Memaparkan catatan dengan label Nadhir Nasar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nadhir Nasar. Papar semua catatan

13 Ogo 2022

Drama Ash dan Aish Episod 1 Hingga 28 Di Slot MegaDrama Astro Ria



Drama Ash dan Aish, Drama Ash dan Aish Astro Ria, Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Astro Ria, Sinopsis Drama Ash dan Aish, Poster Drama Ash dan Aish, Pelakon - Pelakon Drama Ash dan Aish, Meerqeen, Siti Khadijah, Anna Jobling, Nadhir Nasar, Drama Ash dan Aish Full Episode, Drama Ash dan Aish Episod 1 Hingga 28, Drama Adaptasi Novel Ash dan Aish,

Drama Ash dan Aish adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan Drama Jodohku Babysitter lakonan Aliff Aziz dan Intan Najuwa yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah mula bersiaran di Astro Ria mulai 10 Ogos 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Selain itu drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Ash dan Aish karya Maya Adira. Antara pelakon drama Ash dan Aish ini adalah Meerqeen, Siti Khadijah Halim, Anna Jobling, Nadhir Nasar, Harissa Adlynn, Asha Merican, Jaja Iliyes, Norreen Iman, Arash Mohd, Kuza, Nada Nursyuhada, Idzham Ismail dan ramai lagi. Drama Ash dan Aish ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Helmi Yusof serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, para pelakon pun best - best belaka. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Ash dan Aish ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Ash dan Aish

  • Meerqeen Sebagai Ashrafi/Ash
  • Siti Khadijah Halim Sebagai Aisha/Aish
  • Anna Jobling Sebagai Delila
  • Harissa Adlynn sebagai Amni
  • Nadhir Nasar sebagai Izhan
  • Asha Merican sebagai Izma
  • Jaja Iliyes sebagai Nadia
  • Norreen Iman sebagai Kak Wati
  • Arash Mohd sebagai Hj Adnan
  • Kuza Muzani sebagai Hajah Zarina
  • Zainol MacWilson sebagai Encik Mukhtar
  • Zarina Zainuddin sebagai Puan Suraya
  • Nada Nursyuhada sebagai Jihan
  • Idzham Ismail sebagai Anwar
  • Rahhim Omar sebagai Haji Rahim




Sinopsis Drama Ash dan Aish Lakonan Meerqeen dan Siti Khadijah Di Slot MegaDrama Astro Ria

Mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang tabah bernama Aisha. Aisha atau Aish, kehilangan keluarganya dalam satu kemalangan. Oleh sebab itu, dia pernah hampir dicabul oleh bapa saudaranya sendiri kerana mahukan harta keluarga. Aish melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan baharu. Ketika sedang bekerja di sebuah kedai serbaneka, Aish bertemu dengan Ashrafi (Ash), seorang lelaki misteri yang sering membeli lolipop dan makanan kucing di kedai tersebut. Selepas mengetahui tentang Aish yang menghadapi kesempitan hidup untuk menyara diri di kota raya, Ash mempelawa Aish untuk bekerja di kafe miliknya sendiri. Pekerja-pekerja di kafe Ash iaitu Sanctuary Café mempunyai kisah hitam masing-masing. Mereka diberi peluang oleh Ash untuk membina kehidupan yang baharu sebagai pekerja di kafenya. Aish yang turut mempunyai impian yang sama seperti pekerja-pekerja yang lain terus menerima tawaran Ash.

Drama Ash dan Aish, Drama Ash dan Aish Astro Ria, Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Astro Ria, Sinopsis Drama Ash dan Aish, Poster Drama Ash dan Aish, Pelakon - Pelakon Drama Ash dan Aish, Meerqeen, Siti Khadijah, Anna Jobling, Nadhir Nasar, Drama Ash dan Aish Full Episode, Drama Ash dan Aish Episod 1 Hingga 28, Drama Adaptasi Novel Ash dan Aish,
Ash sering membantu Aish untuk menyesuaikan diri di Kuala Lumpur. Pada suatu hari, Aish menawarkan diri untuk menjadi isteri Ash sebagai gurauan supaya dia tidak perlu membantunya lagi untuk mencari tempat tinggal. Namun guaraun itu diambil serius oleh Ash dan mereka akhirnya disatukan menjadi suami isteri. Perkahwinan mereka pada awalnya agak kekok namun bibit-bibit percintaan kian berputik apabila Ash sering mengambil berat tentang Aish. Malangnya Ash ditimpa kemalangan dan berada dalam keadaan koma. Sewaktu berada di hospital, Aish terkejut apabila dia boleh melihat Ash bangun dan bercakap seperti biasa. Namun apa yang dilihat ternyata hanyalah roh Ash sahaja. Keupayaan istimewa Aish yang boleh melihat roh manusia kembali setelah beberapa tahun terhenti. Oleh sebab itu, Ash bertekad untuk meminta Aish menolongnya sedar daripada koma.


Lagu Tema / Runut Bunyi/ OST Drama Ash dan Aish

👄 Halusinasi nyanyian Fieya Julia
👄 Goodbye, Hello nyanyian Syamel dan Ernie Zakri
👄 Beku nyanyian Elizabeth Tan dan Hazama
👄 Nafas Cinta nyanyian Khai Bahar dan Aina Abdul
👄 Luka Baru nyanyian Margosa
👄 Sembah nyanyian Naim Daniel ft Man Kidal




Read More

26 Apr 2022

Telefilem Kebal Janji Syaitan (Astro Citra)



Telefilem Kebal Janji Syaitan, Telemovie Kebal Janji Syaitan, Info dan Sinopsis Telefilem Kebal Janji Syaitan, Poster Telefilem Kebal Janji Syaitan, Telemovie Astro Citra, Kebal Janji Syaitan Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Kebal Janji Syaitan, Nadhir Nasar, Ain Yasmin, Puovin, Syean Mokhtar, Balkisyh Semundur Khan, Duerra Mitilda,

Telefilem Kebal Janji Syaitan telah pun disiarkan di Astro Citra pada 23 April yang lalu, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Kebal Janji Syaitan ini adalah Nadhir Nasar, Ain Yasmin, Puovin, Syean Mokhtar, Balkisyh Semundur Khan, Duerra Mitilda dan ramai lagi. Selain itu telemovie Kebal Janji Syaitan ini diarahkan oleh Izuan Mokhtar dan diterbitkan oleh Kreatis Medialoka. Nampak menarik kan telefilem ini, siapa yang dah tengok telefilem Kebal Janji Syaitan ni?, pada yang belum tengok cerita ini, jom kita tengok sinopsis ringkas telemovie ini dibawah okey..




Sinopsis Telefilem Kebal Janji Syaitan

Idin dibesarkan di dalam persekitaran dadah dan ilmu hitam, sehingga membesar menjadi seorang lelaki yang percaya dirinya mampu menjadi kebal dan akhirnya terlibat kes dalam pemubunuhan. Di antara taat dan taksub, Idin sanggup mengorbankan segalanya demi menuntut ilmu kebal dari gurunya yang telah mengikat perjanjian dengan syaitan. Apakah harga mutlak yang harus dibayar?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Republik Gombak Episod 1 Hingga 20 Di Slot Sakura TV3


Read More

18 Apr 2022

Drama Nusyuz Berkiblat Cinta Lakonan Fikri Ibrahim dan Emma Maembong (Astro Ria)



Drama Nusyuz Berkiblat Cinta, Drama Nusyuz Berkiblat Cinta Astro Ria, Drama Nusyuz Berkiblat Cinta Full Episode, Info dan Sinopsis Drama Nusyuz Berkiblat Cinta, Nusyuz Berkiblat Cinta Cast, Pelakon Drama Nusyuz Berkiblat Cinta, Emma Maembong, Fikry Ibrahim, Nadhir Nasar, Shaza Bae, Sabhi Saddi, Tengku Kamalia, Dayana Roza, Yaya Maembong, Ako Mustapha,
Drama Nusyuz Berkiblat Cinta Full Episode Lakonan Fikri Ibrahim, Emma Maembong, Nadhir Nasar dan Shaza Bae (Astro Ria)

Drama Nusyuz Berkiblat Cinta sudah pun disiarkan di Astro Ria bermula 3 April 2022 yang lalu, setiap hari Ahad, jam 9 malam hingga 11 malam. Antara pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta ini adalah Emma Maembong, Fikry Ibrahim, Nadhir Nasar, Shaza Bae, Sabhi Saddi, Tengku Kamalia, Dayana Roza, Yaya Maembong, Ako Mustapha, Mak Wan, Aznah Hamid, Jalaludin Hassan, Rahim Omar, Ikhwan Khairudin dan ramai lagi. Drama Nusyuz Berkiblat Cinta ini mempunyai 7 episod dan setiap episod disiarkan selama 2 jam terus. Selain itu drama ini diarahkan oleh Hadith Omar dan diterbitkan oleh Mache All Star United Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ni, para pelakon pun best - best belaka, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Nusyuz Berkiblat Cinta beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Emma Maembong sebagai Hawa
Fikry Ibrahim sebagai Adam
Nadhir Nasar sebagai Erfhan
Shaza Bae sebagai Safiana
Dayana Roza sebagai Khadijah
Sabhi Sadhi sebagai Zarul
Yaya Maembong sebagai Aisyah
Ako Mustapha sebagai Arman
Aznah Hamid sebagai Hajah Asmah
Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Haji Aris
Mak Wan sebagai Puan Fatimah
Tengku Malia sebagai TJ
Ikhwan Khairudin sebagai Amir




Sinopsis Drama Nusyuz Berkiblat Cinta Lakonan Fikri Ibrahim, Emma Maembong, Nadhir Nasar dan Shaza Bae (Astro Ria)

Mengisahkan dua pasangan suami isteri, Adam dan Hawa, dan Erfhan dan Safiana. Apabila Hawa mendapat tahu yang Safiana menjadi mangsa keganasan rumah tangga, dia membuat keputusan untuk mengawal rumah tangganya sendiri dan bertegas untuk tidak tunduk sedikitpun pada suaminya. Hawa menetapkan syarat dalam perkahwinannya bersama Adam dan Adam hingga Adam sanggup mengenepikan keluarga dan kawan-kawannya demi Hawa. Tanpa disedari, Adam dikawal sepenuhnya oleh Hawa. Malang sekali, keadaan tidak berubah untuk Safiana apabila dia seringkali didera dari segi emosi, fizikal dan seksual oleh Erfhan. Patutkah Adam dan Safiana terus kekal dalam perkahwinan masing-masing? Adakah Hawa dan Erfhan akan berubah menjadi pasangan yang lebih baik?
Drama Nusyuz Berkiblat Cinta, Drama Nusyuz Berkiblat Cinta Astro Ria, Drama Nusyuz Berkiblat Cinta Full Episode, Info dan Sinopsis Drama Nusyuz Berkiblat Cinta, Nusyuz Berkiblat Cinta Cast, Pelakon Drama Nusyuz Berkiblat Cinta, Emma Maembong, Fikry Ibrahim, Nadhir Nasar, Shaza Bae, Sabhi Saddi, Tengku Kamalia, Dayana Roza, Yaya Maembong, Ako Mustapha,
Lagu Tema / OST Drama Nusyuz Berkiblat Cinta 

👄👄 Mainan nyanyian Naim Daniel

Drama Nusyuz Berkiblat Cinta Full Episode

Tonton Online Drama Nusyuz Berkiblat Cinta di aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Selain itu episod 1 drama Nusyuz Berkiblat Cinta ini boleh ditonton di Youtube Astro Gempak.



Read More


My Random Post