Memaparkan catatan dengan label Siti Khadijah Halim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Siti Khadijah Halim. Papar semua catatan

28 Sep 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Ash dan Aish



Episod 28 Drama Ash dan Aish, Episod Akhir Drama Ash dan Aish, Ending Drama Ash dan Aish, Sinopsis Episod Akhir Drama Ash dan Aish, Drama Meerqeen, Drama Siti Khadijah, Drama Anna Jobling Jadi Jahat,

Berakhir sudah drama 28 episod yang bertajuk Ash dan Aish ini, episod terakhir iaitu episod 28 drama Ash dan Aish sudah pun disiarkan pada 27 September 2022 yang lalu. Antara pelakon - pelakon yang membintangi drama Ash dan Aish ini terdiri daripada Meerqeen, Siti Khadijah, Anna Jobling, Idzham Ismail, Nada Syuhada, Andy Teh, Kuza, Arash Mohd, Harissa Adlynn, Nadhir Nasar, Asha Merican dan ramai lagi. Selepas ini drama ini akan digantikan dengan drama Tiada Maaf Buatmu lakonan Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson. 




Berbalik pada drama Ash dan Aish ini banyak dugaan yang perlu ditempuh oleh Aisha / Aish ni antaranya maksu Jiha meninggal dunia, rumah pusaka dibakar serta dirinya diburu oleh Anuar yang bekerjasama dengan Delila untuk membalas dendam padanya. Namun begitu konflik antara Aish dan mak mertuanya dah selesai, diorang dah berbaik, mak mertuanya dah menyesal dan melayan Aish dengan baik sekali. Aish bahagia dengan keluarga mentuanya itu. Namun boleh pula dia diculik oleh Anuar tu namun nasib baiklah semuanya okey dan ending drama Ash dan Aish ni mestilah happy ending gitu kan. Aish pun pregnant gitu, comel je kan. 

Jom Baca Ini Juga ⏩⏩ Telefilem Cinta Yang Ternoktah (TV2)


⏩⏩ Drama Aku Tanpa Cintamu Lakonan Zamarul Hisham dan Bella Astillah Episod 1 Hingga 15 Di Slot Samarinda TV3

Read More

15 Sep 2022

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali Di Slot Akasia TV3



Drama Sekali Lagi Cinta Kembali, Drama Slot Akasia TV3, Sinopsis Drama Sekali Lagi Cinta Kembali, Poster Drama Sekali Lagi Cinta Kembali TV3, Sekali Lagi Cinta Kembali Cast, Drama Sekali Lagi Cinta Kembali Full Episode, Drama Sekali Lagi Cinta Kembali Episod 1 Hingga 28, Pelakon - Pelakon Drama Sekali Lagi Cinta Kembali, Aniq Suhair, Siti Khadijah, Zaki Azeman, Syamim Farid, Ellyas Abdullah,

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali adalah drama terbaru di slot Akasia yang mula disiarkan pada 13 September 2022, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Ku Punya Hati lakonan Nabil Aqil dan Sharifah Rose yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Sekali Lagi Cinta Kembali ini adalah Aniq Suhair, Siti Khadijah, Zaki Azeman, Syamim Farid, Izzendra, Fazlina Ahmad Daud, Kismah Johar, Nina KSC, Shatirah Amanda, Ellyas Abdullah, Siti Hariesa, Kuza, Raja Azmi dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 28 episod dan merupakan adaptasi daripada Novel Sekali Lagi Cinta Kembali karya Anna Milia. Selain itu drama ini diarahkan oleh Riza Baharudin dan diterbitkan oleh A. Aida Production Sdn Bhd. Tak silap aku drama ni kontroversi juga sebab pelakon asal drama ini menarik diri iaitu Amelia Henderson dan Idris Khan, sekarang ni digantikan dengan Aniq Suhair dan Siti Khadijah. Apa pun nampak macam best dan menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Siti Khadijah Halim sebagai Aira
Aniq Suhair sebagai Hayyat
Zaki Azeman sebagai Zafran
Fazlina Ahmad Daud sebagai Aida
Kismah Johar sebagai Neksom
Syamim Farid sebagai Heliza
Nina KSC sebagai Tasha
Shatirah Amanda sebagai Hana
Ellyas Abdullah sebagai Imran
Siti Hariesa sebagai Amirah
Kuza sebagai Rozita
Raja Azmi sebagai Badariah
Izzendra sebagai Amberlyn




Sinopsis Drama Sekali Lagi Cinta Kembali Lakonan Aniq Suhair dan Siti Khadijah - Slot Akasia TV3

Mengisahkan tentang kehidupan Aira yang membawa diri setelah Imran berkahwin dengan adiknya, Hana dan bekerja di sebuah pusat terapi. Kerana kesilapan yang dilakukan ketika bekerja tersebut, Aira terpaksa berhenti dan menjadi pengasuh Syafi dan membetulkan kembali keadaan dengan menyatukan semula keluarga Zafran. Dari situ juga, Aira bertemu dengan Hayyat, abang kepada Zafran yang sering kali cuba untuk mencari gaduh dengannya. Dari benci bertukar cinta, dalam diam Hayyat jatuh cinta kepada Aira. Kisah silam Hayyat terbongkar. Jika Imran digelar spesies virus, Hayyat pula ibarat bom atom. Boleh membunuh Aira bila-bila masa sahaja. Namun, Aira hanya mempunyai dua pilihan. Pilih si virus yang kini bergelar duda atau menerima bom atom. Aira perlu cari jalan keluar daripada permainan yang dia sendiri cipta.

Lagu Tema / OST Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

💚💚 Ku Cuba nyanyian Hariz Fayahet

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Episod Akhir dan Ending Drama Biarkan Ia Pergi

Read More

13 Ogo 2022

Drama Ash dan Aish Episod 1 Hingga 28 Di Slot MegaDrama Astro Ria



Drama Ash dan Aish, Drama Ash dan Aish Astro Ria, Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Astro Ria, Sinopsis Drama Ash dan Aish, Poster Drama Ash dan Aish, Pelakon - Pelakon Drama Ash dan Aish, Meerqeen, Siti Khadijah, Anna Jobling, Nadhir Nasar, Drama Ash dan Aish Full Episode, Drama Ash dan Aish Episod 1 Hingga 28, Drama Adaptasi Novel Ash dan Aish,

Drama Ash dan Aish adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan Drama Jodohku Babysitter lakonan Aliff Aziz dan Intan Najuwa yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah mula bersiaran di Astro Ria mulai 10 Ogos 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Selain itu drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Ash dan Aish karya Maya Adira. Antara pelakon drama Ash dan Aish ini adalah Meerqeen, Siti Khadijah Halim, Anna Jobling, Nadhir Nasar, Harissa Adlynn, Asha Merican, Jaja Iliyes, Norreen Iman, Arash Mohd, Kuza, Nada Nursyuhada, Idzham Ismail dan ramai lagi. Drama Ash dan Aish ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Helmi Yusof serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, para pelakon pun best - best belaka. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Ash dan Aish ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Ash dan Aish

  • Meerqeen Sebagai Ashrafi/Ash
  • Siti Khadijah Halim Sebagai Aisha/Aish
  • Anna Jobling Sebagai Delila
  • Harissa Adlynn sebagai Amni
  • Nadhir Nasar sebagai Izhan
  • Asha Merican sebagai Izma
  • Jaja Iliyes sebagai Nadia
  • Norreen Iman sebagai Kak Wati
  • Arash Mohd sebagai Hj Adnan
  • Kuza Muzani sebagai Hajah Zarina
  • Zainol MacWilson sebagai Encik Mukhtar
  • Zarina Zainuddin sebagai Puan Suraya
  • Nada Nursyuhada sebagai Jihan
  • Idzham Ismail sebagai Anwar
  • Rahhim Omar sebagai Haji Rahim




Sinopsis Drama Ash dan Aish Lakonan Meerqeen dan Siti Khadijah Di Slot MegaDrama Astro Ria

Mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang tabah bernama Aisha. Aisha atau Aish, kehilangan keluarganya dalam satu kemalangan. Oleh sebab itu, dia pernah hampir dicabul oleh bapa saudaranya sendiri kerana mahukan harta keluarga. Aish melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan baharu. Ketika sedang bekerja di sebuah kedai serbaneka, Aish bertemu dengan Ashrafi (Ash), seorang lelaki misteri yang sering membeli lolipop dan makanan kucing di kedai tersebut. Selepas mengetahui tentang Aish yang menghadapi kesempitan hidup untuk menyara diri di kota raya, Ash mempelawa Aish untuk bekerja di kafe miliknya sendiri. Pekerja-pekerja di kafe Ash iaitu Sanctuary Café mempunyai kisah hitam masing-masing. Mereka diberi peluang oleh Ash untuk membina kehidupan yang baharu sebagai pekerja di kafenya. Aish yang turut mempunyai impian yang sama seperti pekerja-pekerja yang lain terus menerima tawaran Ash.

Drama Ash dan Aish, Drama Ash dan Aish Astro Ria, Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Astro Ria, Sinopsis Drama Ash dan Aish, Poster Drama Ash dan Aish, Pelakon - Pelakon Drama Ash dan Aish, Meerqeen, Siti Khadijah, Anna Jobling, Nadhir Nasar, Drama Ash dan Aish Full Episode, Drama Ash dan Aish Episod 1 Hingga 28, Drama Adaptasi Novel Ash dan Aish,
Ash sering membantu Aish untuk menyesuaikan diri di Kuala Lumpur. Pada suatu hari, Aish menawarkan diri untuk menjadi isteri Ash sebagai gurauan supaya dia tidak perlu membantunya lagi untuk mencari tempat tinggal. Namun guaraun itu diambil serius oleh Ash dan mereka akhirnya disatukan menjadi suami isteri. Perkahwinan mereka pada awalnya agak kekok namun bibit-bibit percintaan kian berputik apabila Ash sering mengambil berat tentang Aish. Malangnya Ash ditimpa kemalangan dan berada dalam keadaan koma. Sewaktu berada di hospital, Aish terkejut apabila dia boleh melihat Ash bangun dan bercakap seperti biasa. Namun apa yang dilihat ternyata hanyalah roh Ash sahaja. Keupayaan istimewa Aish yang boleh melihat roh manusia kembali setelah beberapa tahun terhenti. Oleh sebab itu, Ash bertekad untuk meminta Aish menolongnya sedar daripada koma.


Lagu Tema / Runut Bunyi/ OST Drama Ash dan Aish

👄 Halusinasi nyanyian Fieya Julia
👄 Goodbye, Hello nyanyian Syamel dan Ernie Zakri
👄 Beku nyanyian Elizabeth Tan dan Hazama
👄 Nafas Cinta nyanyian Khai Bahar dan Aina Abdul
👄 Luka Baru nyanyian Margosa
👄 Sembah nyanyian Naim Daniel ft Man Kidal




Read More


My Random Post