Memaparkan catatan dengan label Uyaina Arshad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Uyaina Arshad. Papar semua catatan

8 Feb 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Kau Cipta Kasih (TV3)



Drama Kau Cipta Kasih, Drama Kau Cipta Kasih Full Episode, Poster Drama Kau Cipta Kasih, Info dan Sinopsis Drama Kau Cipta Kasih, Kau Cipta Kasih Cast, Pelakon - Pelakon Drama Kau Cipta Kasih, Drama Baru Nazim Othman, Drama Baru Uyaina Arshad, Drama Melayu 2022, Drama Slot Samarinda TV3,

Drama Kau Cipta Kasih adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam mulai 13 Januari 2022 yang lalu. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Kau Cipta Kasih ini adalah Nazim Othman, Uyaina Arshad, Amanda Amry, Fify Azmi, Nafiz Muaz, Amanda Amry, Sherie Merlis, Sahronizam, Ikhram Juhari, Nynaa Harizal, Izuan Razali dan ramai lagi. Drama Kau Cipta Kasih ini mempunyai 15 episod dan merupakan adaptasi daripada Novel Kau Cipta Kasih karya Azilah Wahab. Selain itu drama ini diarahkan oleh Nazir Jamaludin dan diterbitkan oleh  Ansar Creative Media Sdn Bhd. Wah nampak menarik kan drama ini, barisan pelakon pun best, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Kau Cipta Kasih ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Nazim Othman sebagai Afiq
Uyaina Arshad sebagai Khadijah
Fify Azmi sebagai Ramlah
Nafiz Muaz sebagai Idris
Amanda Amry sebagai Hasnah
Sahronizam sebagai Samad
Sherie Merlis sebagai Sabariah
Ikhram Juhari sebagai Haris
Nynaa Harizal sebagai Nelly
Izuan Razali sebagai Rashid




Sinopsis Penuh Drama Kau Cipta Kasih Lakonan Nazim Othman dan Uyaina Arshad - Slot Samarinda TV3

Mengisahkan Samad (Sahronizam) dan Sabariah (Sherie Merlis) yang disatukan atas paksaan keluarga mereka. Perkahwinan paksa ini telah memudaratkan hubungan Sabariah dengan Samad. Sabariah membenci anak-anaknya kerana dia tidak mencintai Samad yang sering mengasarinya. Idris (Nafiz Muaz) dilahirkan dengan kecacatan di kaki. Dia dibenci dan tidak diakui sebagai anak oleh Samad dan Sabariah. Dia dibesarkan oleh Opah Piah dan Atuk Mat setelah dibuang oleh ibu bapa sendiri. Walaupun kaki tempang, Idris diajar berdikari dan bekerja sejak kecil. Dia seorang yang rajin bekerja, taat pada agama dan hormat kepada orang tua. Opah Piah telah menghadiahkan tanah ladang dan tapak rumah pusaka kepadanya. Ramlah (Fify Azmi) seorang yang sangat bijak dan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara atas bantuan Idris. Dia amat menyayangi Khadijah, kakak sulung kepada empat beradik ini yang menjaganya sejak kecil. Ramlah tidak pernah berputus harapan untuk merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya.


Hasnah (Amanda Amry), anak bongsu kepada pasangan Sabariah dan Samad sangat naif dan percaya bahawa Samad menyayanginya. Hasnah juga manja dengan Khadijah dan menganggapnya sebagai ibu. Ketika di Tingkatan 5, Hasnah bercinta dengan rakan sekampungnya dan berkeras mahu berkahwin dengannya selepas SPM walaupun mendapat tentangan daripada Samad. Sabariah pula bersetuju dengan perkahwinan Hasnah kerana sudah tidak mahu menanggung anaknya itu. Khadijah (Uyaina Arshad), anak sulung kepada Samad dan Sabariah sanggup berkorban dengan menggalas tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika usia masih muda. Khadijah sering menjadi mangsa kemarahan ibunya. Akibat satu kejadian, Khadijah telah dihalau keluar oleh ibunya walaupun Khadijah telah memberitahu apa yang sebenarnya telah berlaku. Khadijah melarikan diri dan terjumpa dengan Afiq (Nazim Othman), anak kepada seorang usahawan yang berjaya. Sejak itu, perjalanan hidup Khadijah mula berubah. Adakah Khadijah, Idris, Ramlah dan Hasnah dapat menemui kebahagiaan selepas dihujani dengan pelbagai ujian dan cabaran dalam hidup mereka? 


Lagu Tema / OST Drama Kau Cipta Kasih

👄👄 Pasrah nyanyian Sarah Suhairi 


Sinopsis Novel Kau Cipta Kasih karya Azilah Wahab


Idris - Lelaki yang serba kekurangan. Ketempangannya menjadikan dia sering dihina dan dianggap menyusahkan orang tua. Selayaknya, dia diberi lebih perhatian, tetapi dia makin jauh tersisih dan tersingkir dari kasih sayang ibu dan ayah. 
Khadijah - Sanggup berkorban demi kesenangan adik-adiknya. Kerana itu, ibunya melepaskan tanggungjawab menjaga urusan rumah tangga ke atas bahunya. Dan kerana itu juga, dia menjadi mangsa! Maruah dirinya direnggut sewenang-wenangnya.
Hasnah - Membawa diri jauh ke luar negara berbekalkan kepintaran yang dianugerahkan oleh ALLAH kepadanya. Sungguh dia kecewa dengan kepincangan institusi keluarganya. Impiannya hanya satu. Mahu merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya dan dia berazam untuk meraih impian itu!
Ramlah - Dimanjai ayah lebih daripada adik-beradiknya yang lain. Bangga dengan kelebihan yang diperolehi membuatkan dia alpa dan gagal menilai baik buruk sesuatu. Sehinggalah dia ditinggalkan terkontang-kanting sendiri...
Mereka adalah empat beradik yang ketandusan kasih sayang orang tua. Salah merekakah bila ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mendidik dan mencorak masa depan anak-anak?

Tonton Online Drama Kau Cipta Kasih Full Episode
Selain di kaca TV korang juga boleh menonton drama ini di platform online Disney + Hotstar



Read More

1 Ogo 2021

Episod Akhir Drama Love Elsa



Drama Love Elsa, Episod Akhir Drama Love Elsa, Ending Drama Love Elsa,
Episod Akhir Drama Love Elsa Lakonan Zul Ariffin dan Uyaina Arshad

Drama Love Elsa lakonan Zul Ariffin dan Uyaina Arshad yang disiarkan di Astro Ria, telah pun tamat episodnya pada 26 Julai 2021 yang lalu. Drama Cik Ayu Mee Sanggul lakonan Amelia Henderson dan Aqasha akan menggantikan drama ini. Dalam episod akhir drama Love Elsa ini, Ammara dan Ridza bertemu semula di Langkawi. Setelah 8 tahun Ridza meninggalkan Ammara, akhirnya mereka bertemu tanpa sengaja. Walaupun Ammara kecewa dengan tindakan Ridza meninggalkannya, namun Ammara tetap meluangkan masanya untuk keluar bersama Ridza. Di kesempatan ini Ridza juga dapat bersama-sama dengan anak mereka Elsa. 




Akhirnya Ridza membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan Ammara dan Elsa, seterusnya kembali me rumah mereka semula. Dalam masa yang sama Kamarul telah keluar dari penjara dan mula mengintip pergerakan Ammara dan Ridza. Dia ingin membalas dendam pada Ridza. Kamarul kemudiannya menculik Elsa dan Ridza berjaya mengejarnya. Namun Kamarul gagal membunuh Ridza kerana dia telah ditembak oleh Rauf. Jadi ending drama Love Elsa ni mestilah happy ending kan. Bila mereka akhirnya bahagia dan bersama - sama semula. 

Read More

16 Jun 2021

Drama Love Elsa Episod 1 Hingga 24 (Akhir) Slot MegaDrama Astro Ria



Drama Love Elsa, Novel Love Elsa Karya Acik Lana, Baca Online Novel Love Elsa, Drama Love Elsa Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Astro Ria, Info dan Sinopsis Novel Love Elsa, Pelakon - Pelakon Drama Love Elsa, Drama Baru Zul Ariffin, Drama Baru Uyaina Arshad, Drama Baru Mona Allen,

Selepas Drama Rindu Awak Separuh Nyawa yang berjaya menjadi drama nombor 1 Malaysia, kini muncul drama baru yang bertajuk Love Elsa yang akan menggantikan drama ini. Drama Love Elsa yang diinspirasikan daripada Novel Love Elsa karya novelis terkenal Acik Lana. Drama ini mula bersiaran di slot MegaDrama Astro Ria sejak 15 Jun 2021 yang lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Barisan Pelakon Drama Love Elsa ini terdiri daripada Zul Ariffin, Uyaina Arshad, Azhar Amir, Ramona Zamzam, Nina Juren, Zeera Azizi, Mona Allen, Riz Amin, Nasz Sally, Iman Suhana, Ikhram Juhari dan ramai lagi. Selain itu drama Love Elsa ini mempunyai 24 episod dan diarahkan oleh Michael Ang serta diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Wow nampak macam best je kan drama ini, tengok dari trailer dan sinopsis cerita ini memang nampak menarik gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Love Elsa ini berserta sinopsisnya di bawah ini okey..

Zul Ariffin sebagai Ridza Kim
Uyaina Arshad sebagai Ammara
Nasz Sally sebagai Habsah
Ramona Zamzam sebagai Ramona
Iman Suhana sebagai Hamidah 
Mona Allen sebagai Madam Qistina
Azhar Amir sebagai Tuan Elias 
Ikhram Juhari sebagai Imran
Zeera Azizi sebagai Sofea




Sinopsis Drama Love Elsa Lakonan Zul Ariffin dan Uyaina Arshad - Slot MegaDrama Astro Ria

Ammara, seorang gadis yang mempunyai penyakit misteri dan dilarang menyentuh sesiapa sahaja di dunia ini. Apabila Ammara menyentuh kulit manusia, dia akan melalui sesuatu yang tidak dapat dikawal. Disebabkan penyakit misterinya itu, ayahnya menempatkan Ammara di satu kawasan. Muncul Ridza Kim yang berpindah bersebelahan rumahnya. Ridza dibelenggu oleh kisah lalu apabila ibunya didapati membunuh diri. Secara tak sengaja, Ammara tersentuh Ridza dan mula melihat masa silam Ridza. Ammara menggunakan ketidaksempurnaannya untuk menolong Ridza menyelesaikan kes pembunuhan keluarganya.

Sinopsis Novel Love Elsa Karya Acik Lana 

Allergic? Ya, dalam dunia ini ada bermacam-macam jenis alahan yang terpaksa ditanggung oleh sesetengah manusia. Tapi berlainan dengan Ammara. ‘Allergic’ yang dihidapi telah mengubah kehidupannya secara total. Katakan apa yang lebih teruk dari alahan terhadap sentuhan manusia? Entah kenapa, Ammara seperti ‘diharam’ untuk menyentuh sesiapa di dunia ini. Setiap kali berlaku hubungan kulit ke kulit, pasti dirinya akan menempuh satu ‘pengembaraan’ yang sangat menjerihkan. Dan ia tak mampu dikawal mahupun dihalang! Dan kerana penyakit misteri yang tiada penawar itu, Ammara membesar sebagai gadis yang sentiasa bergelut dalam kemurungan. Apatah lagi dirinya turut disisih oleh bapa dan keluarga. Berdukalah Ammara sebatang kara di dunia ini tanpa sesiapa menemani.
Namun, kemunculan Ridza Kim yang turut mendiami Mini London City perlahan-lahan berjaya mengubah cara hidup Ammara. Lelaki yang terlihat serba sempurna itu membuatkan lidahnya kembali berbicara, malah bibir juga sudah mampu tersenyum semula. Percayalah, ini satu-satunya sahabat yang dia ada.
Drama Love Elsa, Novel Love Elsa Karya Acik Lana, Baca Online Novel Love Elsa, Drama Love Elsa Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Astro Ria, Info dan Sinopsis Novel Love Elsa, Pelakon - Pelakon Drama Love Elsa, Drama Baru Zul Ariffin, Drama Baru Uyaina Arshad, Drama Baru Mona Allen,
“I sendiri tak tahu apa sumpahan yang ada pada tangan I. Yang I tahu, ia betul-betul menyusahkan hidup I. I dipanggil gila, sakit mental, kurang siuman disebabkan dua tangan ni. I’m a freak, Kim. I don’t belong here!” ~ Ammara
“You pun manusia biasa, macam I. Macam orang lain. Cuma yang membezakan you, you ada keistimewaan yang orang lain tak pernah ada. And I bet, ramai manusia sanggup melakukan apa saja untuk dapat kelebihan yang you ada.” ~ Ridza Kim
Kekurangan kini menjadi kelebihan tatkala Ammara menggunakan ‘allergic’nya untuk membantu Ridza Kim meyelesaikan kes pembunuhan bapa lelaki itu. Siapa sangka kedua belah tangan yang dianggap pembawa malang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Satu persatu misteri berjaya diselesaikan olehnya. Dan selepas menempuhi waktu sukar dan senang bersama, perasaan Ammara terhadap Ridza Kim mula jelas. Rasa itu bukan lagi biasa-biasa, sebaliknya terlalu istimewa. Kehadiran Ridza Kim begitu kuat sehingga dia lemah memendam cinta yang pertama kali membenih dalam hatinya. Tapi mampukah Ammara mencipta bahagia apabila ada Ji Hyun di sisi Ridza Kim? Dan sanggupkah lelaki itu menerima dirinya bila mereka ‘dipantang’ untuk saling bersentuhan?


Lagu Tema / OST Drama Love Elsa
💕 Ika Noh nyanyian Marsha Milan feat Fanzi Ruji

Read More

12 Apr 2021

Info dan Sinopsis Drama Bila Syaitan Berbisik (Astro Ria)



Drama Bila Syaitan Berbisik, Sinopsis Drama Bila Syaitan Berbisik, Drama Astro Ria, Drama Bulan Ramadan, Info dan Sinopsis Penuh Drama Bila Syaitan Berbisik, Drama Baru Azar Azmi, Drama Baru Lah Ahmad, Pelakon - Pelakon Drama Bila Syaitan Berbisik, Poster Drama Bila Syaitan Berbisik,

Drama Bila Syaitan Berbisik akan disiarkan di Astro Ria bermula 12 April 2021 ini setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam. Drama ini disiarkan khas sempena bulan Ramadan ini dan diinspirasikan daripada kisah benar. Antara pelakon drama Bila Syaitan Berbisik ini adalah Lah Ahmad, Azar Azmi, Kamal Adli, Uyaina Arshad, Adlin Aman Ramlie, Zarina Zainuddin, Norlia Ghani, Liza Abdullah, Syafnida Shuhaimi, Hamidah Wahab, Mustaqim Bahadon, Natasha Hudson dan ramai lagi. Selain itu drama Bila Syaitan Berbisik ini mempunyai 18 episod dan diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh Opera Klasik. Nampak menarik kan drama ini, penuh pengajaran gitu, haruslah tonton di Astro Ria nanti kan. Tengok trailer je dah nampak best, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Drama Bila Syaitan Berbisik Lakonan Lah Ahmad dan Azar Azmi (Astro Ria)

Diinspirasikan daripada kisah benar, ikuti perjalanan Naen dan Dhia membantu mangsa yang terlibat dalam kes-kes jenayah dalam agama, jenayah seks dan penderaan domestik.

Tonton Drama Bila Syaitan Berbisik Episod 1 Hingga Episod 18 (Full Episode) Astro Ria
Drama ini boleh ditonton di aplikasi Astro Go.

Read More

13 Okt 2020

Drama Perempuan Tanpa Dosa Lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose (Astro Ria)



Drama Perempuan Tanpa Dosa, Novel Perempuan Tanpa Dosa, Drama Adaptasi Novel, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Astro 2020, Drama Baru Kamal Adli, Drama Baru Uqasha Senrose, Poster Drama Perempuan Tanpa Dosa, Drama Baru Uyaina Arshad, Sinopsis Drama Perempuan Tanpa Dosa,
Drama Perempuan Tanpa Dosa Lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose - Slot MegaDrama Astro Ria

Drama Perempuan Tanpa Dosa adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan drama Bidadari Kiriman Tuhan lakonan Mira Filzah dan Zul Ariffin yang telah tamat episodnya. Drama Perempuan Tanpa Dosa ini mempunyai 28 episod dan sudah mula bersiaran sejak 6 Oktober 2020 yang lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini adalah Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad, Yusof Bahrin, Shaza Bae dan ramai lagi. Drama ini adalah adaptasi daripada Novel Perempuan Tanpa Dosa karya Fatinilam Sari Ahmad. Selain itu drama ini diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Kamal Adli dan Uqasha Senrose dah pernah bergandingan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad yang juga arahan Michael Ang. Memang nampak menarik kan drama ini, so jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Perempuan Tanpa Dosa Lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose - Slot MegaDrama Astro Ria

Demi maruah, Datuk Majid (Hilal Azman) terpaksa mengahwinkan anak tunggalnya, Lily(Uqasha Senrose) dengan Rizal (Kamal Adli) dan Rizal hanya akan melepaskan Lily sebaik saja Lily selamat melahirkan anak yang dikandungnya. Sebagai imbuhan, Rizal meminta sejumlah wang dan dengan wang tersebut dia membina hidup di kampung halamannya. Saat perasaan sayang dan kasih Lily pada Rizal mula bercambah, Eddie(Zac Zaky) datang semula untuk merebut kasih Lily dan juga anak di dalam kandungan. Walaupun pada mula, Lily tekad memilih untuk terus bersama Rizal tetapi perasaannya menjadi berbelah bagi tatkala dia mengetahui akan hubungan Rizal dengan Usu Sakinah (Uyaina Arshad). Lalu dia pergi membawa diri dan anaknya pulang ke Kuala Lumpur. Menyedari keadaan Lily dan Rizal, Usu Sakinah telah menguburkan harapannya terhadap Rizal lalu merima pinangan Rahman (Yusuf Bahrin). Tika ketiadaan Lily, Rizal benar-benar merasa kehilangan dan kerinduan dan menyedari bahawa dia telah mula menyayangi Lily dan cuba memujuk Lily kembali ke pangkuannya. Berjayakah Rizal?
Drama Perempuan Tanpa Dosa, Novel Perempuan Tanpa Dosa, Drama Adaptasi Novel, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Astro 2020, Drama Baru Kamal Adli, Drama Baru Uqasha Senrose, Poster Drama Perempuan Tanpa Dosa, Drama Baru Uyaina Arshad, Sinopsis Drama Perempuan Tanpa Dosa,
Lagu Tema / OST Drama Perempuan Tanpa Dosa

💘💙💛 Sembah nyanyian Naim Daniel

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Biodata Terkini Uqasha Senrose
Read More

8 Okt 2020

Sinopsis Novel Perempuan Tanpa Dosa Karya Fatinilam Sari Ahmad



Novel Perempuan Tanpa Dosa, Drama Perempuan Tanpa Dosa, Drama Adaptasi Novel, Slot MegaDrama, Astro Ria, Cover Depan Novel Perempuan Tanpa Dosa, Karya Fatinilam Sari Ahmad,
Novel Perempuan Tanpa Dosa Karya Fatinilam Sari Ahmad (Drama Adaptasi Novel)

Novel Perempuan Tanpa Dosa karya Fatinilam Sari Ahmad telah diadaptasikan menjadi drama bersiri 28 episod yang kini tengah hangat bersiaran di slot MegaDrama Astro Ria. Watak Rizal dalam novel ini akan dilakonkan oleh Kamal Adli dalam versi drama Perempuan Tanpa Dosa. Watak Lily pula akan dilakonkan oleh Uqasha Senrose. Manakala pelakon Uyaina Arshad akan melakonkan watak Usu Sakinah, Hilal Azman sebagai Datuk Majid, Zac Zaky sebagai Eddie, Yusuf Bahrin dan ramai lagi. Siapa pernah baca novel ini? versi drama pun nampak best. Berbalik pada novel Perempuan Tanpa Dosa ini, ianya diterbitkan pada tahun 2000 oleh Creative Enterprise Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye, selamat membaca..




Sinopsis Novel Perempuan Tanpa Dosa Karya Fatinilam Sari Ahmad

LILY, gadis yang bebas dan agak liar kehidupannya. Bertukar ganti teman lelaki perkara biasa. Walaupun bebas tetapi dia pandai menjaga diri, sehingga dia diperangkap Eddie yang hanya ingin menjadikan Lily mangsa permainan cinta palsunya. Lily nekad untuk membunuh diri. Datuk Majid kelam-kabut mencari seseorang untuk dinikahkan dengan Lily bagi menutup malu. Dia meminta Rizal, pekerjanya yang baik dan setia itu agar menikahi Lily yang hamil anak tidak berayah. “Sekarang, cakaplah... Berapa yang kau mahu? Sejuta? Dua juta? Tiga juta? Aku mampu bayar. Aku mampu!” – DATUK MAJID Selepas menikahi Lily, Rizal membawanya pulang ke kampung. Dia sengaja menyeksa Lily dengan tinggal di rumah pusaka emaknya yang usang tanpa bekalan elektrik dan air. Tanpa pengetahuan Lily, Rizal mempunyai kekasih lama di kampungnya itu. Kekasih yang juga adik angkatnya. Mereka pernah tinggal sebumbung semasa ibu Rizal masih hidup.

Novel Perempuan Tanpa Dosa, Drama Perempuan Tanpa Dosa, Drama Adaptasi Novel, Slot MegaDrama, Astro Ria, Cover Depan Novel Perempuan Tanpa Dosa, Karya Fatinilam Sari Ahmad,
Mengapa Rizal balik membawa seorang isteri bersamanya? Oh Tuhan! Tabahkanlah hati ini. Mengapa aku diuji begini? Sia-sia penantianku selama lapan tahun ini. – USU SAKINAH. Lily berbaik-baik dengan Usu Sakinah dan mula belajar mencintai Islam daripada wanita muda itu. Mereka bersahabat baik sehinggalah rahsia perhubungan Rizal dan Usu Sakinah pada masa lalu terbongkar. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Lily jatuh cinta pada suaminya sendiri atau kembali kepada Eddie? Eddie pula muncul dengan membuat pelbagai onar di kampung untuk merebut semula Lily daripada Rizal. “Aku dah gagal mendidiknya. Aku gagal menjadi suami yang baik. Sepatutnya aku bimbing dia supaya dia tahu dan mengerti. Seharus aku kurung dia dalam sangkar cintaku!” – RIZAL. Apabila Allah mengampuni kesalahan hamba-Nya, apakah akan lahir seorang perempuan tanpa dosa?

Novel Perempuan Tanpa Dosa, Drama Perempuan Tanpa Dosa, Drama Adaptasi Novel, Slot MegaDrama, Astro Ria, Cover Depan Novel Perempuan Tanpa Dosa, Karya Fatinilam Sari Ahmad, Pelakon Drama Perempuan Tanpa Dosa, Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad,

Read More

12 Feb 2020

Baca Online Novel Jujurlah Nikahi Aku Karya Umie Nadzimah




Novel Jujurlah Nikahi Aku, Novel Jujurlah Nikahi Aku Karya Umie Nadzimah, Drama Jujurlah Nikahi Aku, Slot DramaVaganza, Astro Ria, Drama Bersiri Astro 2020, Drama Melayu Astro, Drama Adaptasi Novel, Novel Online, Baca Online Novel Jujurlah Nikahi Aku Bab 1 Hingga Bab 16, Sinopsis Novel Jujurlah Nikahi Aku, Pelakon Utama Drama Jujurlah Nikahi Aku, Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Raja Azura, Rita Nadira, Cover Depan Novel Jujurlah Nikahi Aku,

Novel Jujurlah Nikahi Aku Karya Umie Nadzimah telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 30 episod yang kini tengah disiarkan di slot Drama Vaganza Astro Ria, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Pelakon utama drama Jujurlah Nikahi Aku terdiri daripada Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Raja Azura, Rita Nadira dan ramai lagi. Pelakon Uyaina Arshad akan membawa watak sebagai Nurin Asyfa manakala Sean Lee pula akan melakonkan watak sebagai Alan Wong, Amar Asyraf pula sebagai Ahmad Zanif, Raja Azura sebagai Puan Azah (Ibu Nurin Asyfa), Rita Nadira sebagai Zurin. Jadi sambil menonton versi dramanya di TV, korang juga boleh baca novel Jujurlah Nikahi Aku ini secara online juga, caranya hanya klik link di bawah itu okey. Tapi kalau nak baca penuh kenalah dapatkan novel ini di pasaran ye. Sebelum tu jom tengok sinopsis novel ini di bawah ye, selamat membaca okey..




Sinopsis Novel Jujurlah Nikahi Aku

NURIN ASYFA ditakdirkan sebagai gadis ‘istimewa’. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikannya? Lelaki yang akan berkongsi hati dan hidup bersama? “Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi...”
Itu kata ALAN WONG. Nurin tahu Alan yang berhati mulia akan menjaga diri dia sebaik-baiknya. Tetapi hanya sebagai seorang adik. Jika kerana cinta, tentu Alan akan usaha mencari Tuhan. Tidak sekufu pegangan, bermakna mereka tidak akan bersatu.
AHMAD ZANIF... Bos strawberi, lelaki bajet sempurna serba-serbi. Memanglah Nurin jatuh cinta sangat kepadanya. Namun bagaimana pula penerimaan Zanif yang menitikberatkan kesempurnaan selama ini?
“Errr... Encik tahu rumah saya?” - Nurin
“Ha... Itu tandanya apa?”- Zanif
Ikhlaskah si strawberi ini menerima Nurin Asyfa seadanya? Sepadankah mereka? Berbalaskah cinta kasihnya? Walaupun dicuba untuk menjadi kuat dan tabah... ada masanya Nurin lelah untuk terus mengharap ketulusan hati si lelaki.
Novel Jujurlah Nikahi Aku, Novel Jujurlah Nikahi Aku Karya Umie Nadzimah, Drama Jujurlah Nikahi Aku, Slot DramaVaganza, Astro Ria, Drama Bersiri Astro 2020, Drama Melayu Astro, Drama Adaptasi Novel, Novel Online, Baca Online Novel Jujurlah Nikahi Aku Bab 1 Hingga Bab 16, Sinopsis Novel Jujurlah Nikahi Aku, Pelakon Utama Drama Jujurlah Nikahi Aku, Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Raja Azura, Rita Nadira, Drama Baru Sean Lee, Drama Baru Uyaina Arshad,
Tiba-tiba muncul SI QAYYUM, pemuda yang tidak dikenali dan pemuda yang ingin menikahinya dengan rela hati. Demi Tuhan... Qayyum ikhlas dengan niat untuk menjaga dan melindungi si malang Nurin hingga hembusan nafas terakhir.
“Kena baca tiga puluh juzuk al-Quran sebagai mas kahwin...” Syarat Nurin. “Apa-apa saja saya sanggup.” - Qayyum.
Milik siapakah ‘Cinta Terakhir’ Nurin Asyfa? Si Alan yang terlalu menyayanginya atau Zanif yang akhirnya mengaku cintakan dia? Ataupun Qayyum yang tidak pernah tahu isi hatinya namun sanggup berkorban apa saja?

➔ Baca Online Novel Jujurlah Nikahi Aku Bab 1 Hingga Bab 16  ⬅

Jom Baca Ini juga ➤➤ Baca Online Novel Kau Perempuan Itu Karya Sri Sarah
Read More


My Random Post