27 Ogo 2021

Drama Ali Alia Lakonan Fimie Don dan Erynne Erynna (Astro Prima)



Drama Ali Alia, Drama Astro Prima, Poster Drama Ali Alia, Info dan Sinopsis Drama Ali Alia, Drama Ali Alia Full Episode, Drama Ali Alia Cast, Pelakon - Pelakon Drama Ali Alia, Drama Baru Fimie Don, Erynne Erynna, Rusdi Ramli, Faezah Elai, Faradhiya, Fahrin Ahmad,

 Drama Ali Alia adalah drama terbaru di slot Tiara Astro Prima yang sudah mula disiarkan sejak 24 Ogos yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Antara pelakon drama Ali Alia ini adalah Fimie Don, Erynne Erynna, Rusdi Ramli, Faezah Elai, Faradhiya, Fahrin Ahmad, Rashid Jaafar, Sharifah Juairiah, Usop Wilcha, Sabrina Ali, Jay Iswazir, Kodi Rasheed, Mior Hashim Manap, Izzy Reef dan ramai lagi. Dah besar dah Fimie Don dan Erynne Erynna ni, dulu diorang ni pelakon kanak - kanak, dari kecik dah berlakon ni. Berbalik pada drama Ali Alia ini, ianya mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Heykal Hanifah dan diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn Bhd.Wah nampak best kan drama ni, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Ali Alia ini beserta sinopsisnya di bawah ini okey..

Fimie Don sebagai Ali
Erynne Erynna sebagai Alia
Rusdi Ramli sebagai Amir
Faezah Elai sebagai Mazni
Fahrin Ahmad sebagai Hanif
Usop Wilcha sebagai Dato Khalil
Sabrina Ali sebagai Shila
Faradhiya sebagai Diana
Sharifah Juairiah sebagai Maknah
Jay Iswazir sebagai Pian
Kodi Rasheed sebagai Zainal
Mior Hashim Manap sebagai Atok




Sinopsis Penuh Drama Ali Alia Lakonan Fimie Don dan Erynne Erynna (Astro Prima)

Memaparkan kisah kepincangan sebuah keluarga urban yang nampak mewah, hakikatnya mereka adalah sebuah keluarga yang ‘miskin’ dalam banyak perkara. Mazni dan Amir mempunyai sepasang anak kembar yang sudah remaja bernama Ali dan Alia. Ali dilahirkan normal, manakala Alia pula seorang remaja autistik. Autisme membuatkan Alia mengalami keterbatasan dalam banyak perkara, terutamanya kemampuan berkomunikasi. Mujur Alia mempunyai kembar,  Ali, yang mampu memahami ‘percakapan’nya dengan baik, membuatkan Alia tidak boleh berjauhan dari Ali. Akibatnya, Ali terpaksa menjalani homeschooling bagi memudahkan kehidupan Alia yang bergantung padanya. Tapi Ali, tidak pernah mengeluh. Dia tahu, sebagai ‘abang’ dia harus bertanggungjawab dan memahami keperluan kembarnya yang autism. 
Drama Ali Alia, Drama Astro Prima, Poster Drama Ali Alia, Info dan Sinopsis Drama Ali Alia, Drama Ali Alia Full Episode, Drama Ali Alia Cast, Pelakon - Pelakon Drama Ali Alia, Drama Baru Fimie Don, Erynne Erynna, Rusdi Ramli, Faezah Elai, Faradhiya, Fahrin Ahmad,
Pada masa yang sama, ibu bapa mereka Mazni dan Amir juga mempunyai dilema mereka yang tersendiri. Mazni yang berjawatan tinggi dan disegani dalam sektor korporat, sudah tidak sanggup untuk terus meikul tanggungjawab sebagai breadwinner dalam keluarga. Manakala Amir pula semakin hari semakin hilang keyakinan diri apabila perniagaan yang telah dua tahun diusahakannya tidak membuahkan hasil. Segala permasalahan yang berlaku dalam keluarga ini menyebabkan pada suatu hari, Ali mengambil keputusan drastik untuk lari dari rumah dan membawa Bersama adiknya Alia. Namun dunia luar tidaklah seindah yang disangka, tambahan pula untuk insan autisme.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post