16 Ogo 2021

Online Novel dan Tonton Drama Dia Random Guy



Drama Dia Random Guy, Novel Dia Random Guy, Drama Adaptasi Novel, Baca Online Novel Dia Random Guy, Sinopsis Drama Dia Random Guy, Pelakon - Pelakon Drama Dia Random Guy, Drama Baru Tania Hudson, Drama Baru Afiq Muiz, Drama Dia Random Guy Full Episode,

Drama Dia Random Guy lakonan Afiq Muiz dan Tania Hudson sudah pernah disiarkan di TV Okey pada tahun lepas, kini ianya diulangsiar semula di tv2, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Antara pelakon drama Dia Random Guy ini adalah Tania Hudson, Afiq Muiz, Nazim Othman, Wilma Muhammad, Elanie, Nadhira, Nurul Sofia dan ramai lagi. Tania Hudson akan melakonkan watak sebagai Alina Suffiya manakala Afiq Muiz sebagai Zariel Amzar. Drama 20 episod ini diarahkan oleh MP Roslin dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Drama ini juga adalah adaptasi daripada novel Dia Random Guy karya Farah Husain. Nampak menarik kan drama ni, jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.




Sinopsis Drama Dia Random Guy

Pertemuan pertama Amzar dan Alina hanyalah kerana salah faham. Alina yang tak mahu digelar 'loser' sebab masih belum berteman di kala umur sudah menjejak 30-an, pantas menarik lengan Amzar yang kebetulan berada di situ untuk diperkenalkan sebagai tunangannya bagi mengelak daripada menjadi mangsa sindiran Zufa, musuh tradisinya sejak zaman persekolahan. Hidup Amzar menjadi huru-hara selepas tercetusnya kisah tunangan segera itu. Bagaikan sudah tersurat, selepas peristiwa itu mereka dipertemukan pula di tempat kerja Alina dan Amzar diperkenalkan sebagai bakal majikan barunya. 
Drama Dia Random Guy, Novel Dia Random Guy, Drama Adaptasi Novel, Baca Online Novel Dia Random Guy, Sinopsis Drama Dia Random Guy, Pelakon - Pelakon Drama Dia Random Guy, Drama Baru Tania Hudson, Drama Baru Afiq Muiz, Drama Dia Random Guy Full Episode,
Amzar menggunakan peluangnya untuk membalas rasa sakit hatinya pada Alina sehingga Alina dibuang kerja dengan alasan untuk mengurangkan beban kewangan syarikat. Pertemuan Alina dengan Zafril, abang kepada Amzar membawa kisah Amzar dan Alina ke fasa yang lain. Daripada perasaan benci kepada sebaliknya. Bunga-bunga dalam hati mula berkembang tapi tiba-tiba datang pula gangguan daripada Hairi, bekas teman lelaki Alina yang pernah mencoret luka dalam hidup Alina. Gangguan demi gangguan dari Hairi dan juga bekas isteri Hairi membuatkan Amzar mengambil kesempatan untuk mengikat Alina dengan syarat.

Lagu Tema / OST Drama Dia Random Guy
💘 Cinta Kasih nyanyian Mila dan Nubhan

Tonton Drama Dia Random Guy Full Episode
Jadi sambil - sambil tengok drama Dia Random Guy di tv2 tu, korang boleh tonton drama Dia Random Guy ini disini 👉 RTM KLIK

Selain tengok drama Dia Random Guy di kaca TV, korang juga boleh baca Novel Dia Random Guy ini secara online iaitu dari Bab 1 hingga Bab 8 disini 👉 Baca Online Novel Dia Random Guy


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post