18 Ogo 2021

Drama Hello Jangan Tapau Cintaku Episod 1 Hingga 13 Di Slot Lestary TV3



Drama Hello Jangan Tapau Cintaku, Poster Drama Hello Jangan Tapau Cintaku, Drama Hello Jangan Tapau Cintaku Slot Lestary TV3, Info dan Sinopsis Drama Hello Jangan Tapau Cintaku, Drama Hello Jangan Tapau Cintaku Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Hello Jangan Tapau Cintaku, Drama Baru Nafiz Muaz, Drama Baru Eyka Farhana, Drama Baru Elisya Sandha, Drama Adaptasi Novel,
Drama Hello Jangan Tapau Cintaku Episod 1 Hingga 13 Lakonan Nafiz Muaz, Elisya Sandha dan Eyka Farhana Di Slot Lestary TV3

Drama Hello Jangan Tapau Cintaku sudah mula bersiaran sejak 4 Ogos yang lalu iaitu setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di slot Lestary TV3. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Ayahanda yang telah tamat episodnya. Drama ini mempunyai 13 episod dan merupakan adaptasi daripada Novel Hello Jangan Tapau Cintaku karya Hasreeyati Ramli. Drama Hello Jangan Tapau Cintaku ini dibintangi oleh Nafiz Muaz, Elisya Sandha, Eyka Farhana, Syerinie Myra, Lisdawati, Azri Iskandar, Amyza Aznan, Dynas Mokhtar, Sefik Khair, Mak Wan, Badrul Muhayat, Mieza Edora, Cahaya Nilam, Raden Zaharatul, Natasha Hamzah, Ikhwan Khairudin dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan diterbitkan oleh Mache All Star United. Nampak best kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Hello Jangan Tapau Cintaku ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini.

Nafiz Muaz sebagai Ash Fayyad
Elisya Sandha sebagai Ain Dheya
Eyka Farhana sebagai Anne Dayana
Syerinie Myra sebagai Alia
Lisdawati sebagai Mak Jah
Azri Iskandar sebagai Pak Long Asmadi
Amyza Aznan sebagai Mak Long Midah
Dynas Mokhtar sebagai Puan Anisa
Sefik Khair sebagai Hakim
Cahaya Nilam sebagai Masniza
Mak Wan sebagai Mak Ros
Badrul Muhayat sebagai Tuan Daren 
Mieza Edora sebagai Aira
Ikhwan Khairudin sebagai Reez




Sinopsis Drama Hello Jangan Tapau Cintaku Lakonan Nafiz Muaz, Elisya Sandha dan Eyka Farhana Di Slot Lestary TV3

Mengisahkan Ain Dheya yang baru mula bekerja di sebuah syarikat terkemuka di ibu kota. Berasal dari keluarga yang susah, Ain Dheya belajar cara hidup sederhana dan berjimat cermat. Dikenali dengan panggilan ‘Minah Tapau’, Ain tidak kisah pandangan orang lain, yang paling penting dia tidak suka membazir. Niat utamanya ialah meringankan beban ibunya, Mak Jah di kampung. Pak Long Asmadi mula berhasrat untuk menjual tanah yang sebahagiannya adalah tapak rumah yang didiami Mak Jah anak beranak. Oleh itu Pak Long meminta mereka membayar hutang sewa tanah dengan nilai 30 ribu ringgit  dalam masa dua bulan. Ain mula mengenali perangai bosnya, Ash Fayyad, seorang anak hartawan yang pemboros, suka menyakitkan hati orang di sekelilingnya dan sombong. Apabila Ash Fayyad menawarkan gaji bulanan sebanyak 5 ribu kepada sesiapa sahaja yang sanggup menjaga dan mengurus adik perempuannya yang berkerusi roda, Ain Dheya yang pada waktu itu sangat terdesak memerlukan duit untuk membayar hutang sewa tanah orang tuanya menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang.
Baginya dengan gaji yang akan diperolehi nanti bolehlah dia melunaskan hutang sewa tanah Pak Longnya walaupun secara ansur-ansur. Apa yang berlaku seterusnya?.. 
Drama Hello Jangan Tapau Cintaku, Poster Drama Hello Jangan Tapau Cintaku, Drama Hello Jangan Tapau Cintaku Slot Lestary TV3, Info dan Sinopsis Drama Hello Jangan Tapau Cintaku, Drama Hello Jangan Tapau Cintaku Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Hello Jangan Tapau Cintaku, Drama Baru Nafiz Muaz, Drama Baru Eyka Farhana, Drama Baru Elisya Sandha, Drama Adaptasi Novel,
Lagu Tema / OST Drama Hello Jangan Tapau Cintaku
💟 Hello nyanyian Farisha Irish

Tonton Drama Hello Jangan Tapau Cintaku Episod 1 Hingga 13 (Akhir) Full Episode
Selain menonton drama ini di kaca TV, korang juga boleh menonton drama ini secara online di aplikasi iQiyi iaitu 👉 Disini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post