Memaparkan catatan dengan label Afiq Muiz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Afiq Muiz. Papar semua catatan

25 Apr 2022

Telefilem Aku Ingin Ke Syurga (TV2)



Telefilem Aku Ingin Ke Syurga TV2, Telemovie Aku Ingin Ke Syurga, Poster Telefilem Aku Ingin Ke Syurga, Info dan Sinopsis Telefilem Aku Ingin Ke Syurga, Aku Ingin Ke Syurga Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Aku Ingin Ke Syurga, Telefilem Aku Ingin Ke Syurga Full, Gen Darwish, Fauzi Nawawi, Tasha Shila, Afiq Muiz, Tisha Shamsir,

Telefilem Aku Ingin Ke Syurga akan disiarkan pada hari Isnin, 25 April 2022 ini, jam 9 malam di slot Drama On 2 TV2. Antara pelakon telefilem Aku Ingin Ke Syurga ini adalah Gen Darwish, Fauzi Nawawi, Tasha Shila, Afiq Muiz, Tisha Shamsir, Lisdawati, Kenji Sawahi, Adam Shadan, Erry Putra dan ramai lagi. Selain itu telemovie Aku Ingin Ke Syurga ini diarahkan oleh Emdy Idris dan diterbitkan oleh Adtisha Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan telemovie Aku Ingin Ke Syurga ini, jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Aku Ingin Ke Syurga (TV2)

Sakinah, pengasuh kepada Amar (yang tidak boleh bercakap akibat trauma didera makciknya sendiri), juga sering menjadi mangsa dera suaminya sendiri. Pelbagai konflik berlaku, akhirnya Amar meninggal dunia. Apa yang berlaku seterusnya?..



Read More

27 Feb 2022

Drama La Luna Episod 1 Hingga 13 Lakonan Zahirah Macwilson (TV2)



Drama La Luna (TV2), Drama Melayu La Luna TV2, Drama La Luna Full Episode, Sinopsis Drama La Luna, Poster Drama La Luna (TV2), La Luna Cast, Drama La Luna Lakonan Zahirah Macwilson (TV2), Pelakon - Pelakon Drama La Luna, Zahirah Macwilson, Azrel Ismail, Nasha Aziz, Elisha Sandha, Drama Baru Zahirah Macwilson, Drama Baru Nasha Aziz,

Drama La Luna mula bersiaran di slot Drama On 2 bermula 13 Februari 2022 yang lalu, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 8 malam. Antara pelakon drama La Luna ini adalah Zahirah Macwilson, Azrel Ismail, Nasha Aziz, Elisha Sandha, Esma Danial, Aaron Al-Fateh, Aida Khalida, Afiq Muiz, Julia Ziegler, Jesse Lim, Steve Yap, Adam Corrie dan ramai lagi. Selain itu drama La Luna siaran TV2 ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Liza Ismail serta diterbitkan oleh Tenview (M) Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus barisan pelakon drama ini juga mantap - mantap belaka. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama La Luna beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey, selamat membaca..

Zahirah Macwilson sebagai Luna
Azrel Ismail sebagai Joe
Elisha Sandha sebagai Amelia
Esma Danial sebagai Tan Sri Mustafa
Nasha Aziz sebagai Puan Sri
Jesse Lim sebagai Juan
Ridzuan Hashim sebagai Sunny
Afiq Muiz sebagai Don
Aaron Al-Fateh sebagai Kenji




Sinopsis Drama La Luna Episod 1 Hingga 13 Lakonan Zahirah Macwilson (TV2)

Luna menjadi peguam bela seorang gadis yang menjadi mangsa sindiket. Melalui gadis ini Luna mendapat maklumat berkaitan gerakan sindikit ini dan ketuanya, Juan. Malangnya gadis yang memberi maklumat ini mati dibunuh oleh orang suruhan Juan. Luna rasa bersalah kerana gagal memberi perlindungan dan jaminan keselamatan kepada gadis itu. Luna kemudiannya dipanggil sebagai saksi pendakwa kes perbicaraan Juan, ketua sindiket pemerdagangan manusia dan pelacuran. Juan mengarahkan orang-orangnya mengekori Luna dan mengirim sejambak bunga dengan mesej ugutan kepada Luna. Dalam perjalanan ke pejabat, kereta Luna juga diekori oleh seorang lelaki yang kemudian cuba menembaknya. 

Episod 2 - Dalam pertemuannya dengan Sunny, Don bertanyakan tentang Cuwei. Don tidak menafikan apabila Sunny bertanya samada Kenji yang sebenarnya ingin tahu dimana Cuwei. Sunny menjelaskan yang Cuwei telah dijual kepada sindiket pelacuran di luar negeri. Sementara itu, ibu Emir yang bergegas ke hospital untuk menziarah Emir, menyalahkan Luna dengan tragedi yang menimpa anaknya, Emir. Ibu Emir juga melepaskan perasaan marahnya dengan memutuskan pertunangan anaknya dengan Luna. Luna meminta maaf tetapi dihalau oleh ibu Emir. Kenji yang mengekori Don akhirnya tahu di mana Sunny tinggal. Kenji memecah masuk rumah Sunny sebelum memukul dan mencederakannya Sunny kerana dia enggan memberitahu di mana ibunya, Cuwei. Sunny cedera parah dan tidak sedarkan diri. 

Episod 3 - Pasukan Polis tiba di rumah Tan Sri Mustafa dan mula menyiasat kes penculikan Amelia dan mereka merakam panggilan telefon dan cuba mengesan lokasi penculik. Pihak Polis meminta gambar rakan-rakan Amelia dan bertanyakan ibu Amelia samada dia mengenalinya. Pihak Polis juga menemui kawan Amelia, Zee yang memberi tahu dia dirogol di Kelab Malam pada malam Amelia diculik. Lee yang tiba di rumah Sunny terkejut mendapati pintu rumah Sunny terbuka. Dia kemudian menemui Sunny terbaring tidak sedarkan diri dengan kesan kecederaan dan lumuran darah di kepala dan dibawa ke hospital.

Episod 4 - Dadah ecstasy yang ditemui dalam bilik tidur Amelia memeranjatkan Luna dan ayahnya. Tan Sri Mustafa mengesyaki Amelia merancang penculikannya. Luna meminta pihak Polis menghentikan siasatan. Wartawan menyerbu rumah Tan Sri dan mengajukan pelbagai soalan tentang Luna yang dikatakan menjadi sasaran tembakan dalam tragedi yang menimpa Emir. Apa yang berlaku seterusnya..



Read More

20 Feb 2022

Drama Ulya & Dini Lakonan Hun Haqeem dan Shaza Bae Di Astro Ria



Drama Ulya & Dini, Poster Drama Ulya & Dini, Drama Ulya & Dini Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Astro Ria 2022, Info dan Sinopsis Drama Ulya & Dini, Sinopsis Penuh Drama Ulya Dini, Ulya Dini Cast, Drama Ulya & Dini Full Episode, Watak Pelakon Drama Ulya Dini, Pelakon - Pelakon Drama Ulya & Dini, Shaza Bae, Hun Haqeem, Afiq Muiz, Fara Nadiah, Che Kem, Catriona Brian Ross, Noralbaniah, Syazlin Zainal,

Drama Ulya & Dini adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan Drama Bunga Hati lakonan Intan Najuwa dan Redza Rosli yang telah tamat episodnya. Drama ini mula bersiaran di Astro Ria bermula 14 Februari 2022 yang lalu iaitu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Ulya Dini ini adalah Shaza Bae, Hun Haqeem, Afiq Muiz, Fara Nadiah, Che Kem, Catriona Brian Ross, Noralbaniah, Syazlin Zainal dan ramai lagi. Selain itu drama Ulya Dini ini diarahkan oleh Tam Suhaimi dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Macam best je kan drama ini kan, so jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Ulya & Dini ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Shaza Bae sebagai Ulya
Hun Haqeem sebagai Dini
Afiq Muiz sebagai Hamdan
Fara Nadiah sebagai Najwa
Syazlin Zainal sebagai Lin
Catriona Brian Ross sebagai Ummi Yana
Che Kem sebagai Encik Zaim
Noralbaniah sebagai Mak




Sinopsis Penuh Drama Ulya & Dini Lakonan Hun Haqeem dan Shaza Bae Di Slot MegaDrama Astro Ria

Mengisahkan Ulya, yang dulunya berbadan besar dan dibuli terutamanya oleh Lin, anak kepada usahawan kosmetik Umi Yana, dan Dini, abang kepada kawan baiknya, Hamdan. Selepas kematian ayahnya, Ulya menyambung pengajian di Amerika Syarikat. Di situ, hidupnya berubah setelah dia berjaya menurunkan berat badannya dan menjadi influencer gaya hidup dan kesihatan dengan 80,000 pengikut dari seluruh dunia. Pengikut Ulya memujanya tetapi mereka tidak tahu Ulya sebenarnya mempunyai isu kesihatan mental. Dia menghadapi bulimia dan serangan panik yang disangkanya sudah terkawal tetapi sebenarnya tidak. Selepas tamat pengajian Sarjana Muda, Ulya berpeluang menyambung ke peringkat pengajian Siswazah tetapi terpaksa pulang ke Malaysia untuk menolong ibunya jual rumah mereka.

Drama Ulya & Dini, Poster Drama Ulya & Dini, Drama Ulya & Dini Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Astro Ria 2022, Info dan Sinopsis Drama Ulya & Dini, Sinopsis Penuh Drama Ulya Dini, Ulya Dini Cast, Drama Ulya & Dini Full Episode, Watak Pelakon Drama Ulya Dini, Pelakon - Pelakon Drama Ulya & Dini, Shaza Bae, Hun Haqeem, Afiq Muiz, Fara Nadiah, Che Kem, Catriona Brian Ross, Noralbaniah, Syazlin Zainal,
Walaupun Ulya berat hati kerana teringatkan ibunya yang kurang memberi perhatian kepada dia dan adiknya, Najwa, Ulya pulang juga ke Malaysia. Di Malaysia, berlaku satu insiden yang mencetuskan serangan panik Ulya selepas pertemuannya dengan Lin yang pernah membulinya dengan teruk yang akhirnya juga mempertemukan Ulya dengan Hamdan dan Dini. Insiden itu juga memberi idea kepada Ulya untuk bantu Hamdan yang dulunya kurus kini sudah gemuk dan kembali ke gaya hidup sihat. Kerana perasaan cemburu, tertekan serta dendam yang terpendam dalam hati masing-masing telah menyebabkan beberapa insiden dan konflik berlaku antara Ulya, Dini, Hamdan, Lin dan Najwa sekaligus merapatkan hubungan Ulya dan Dini.


Lagu Tema / OST Drama Ulya Dini

💋💋 Tiada Noktah nyanyian Chubb-E


Tonton Online Drama Ulya & Dini Full Episode


Drama Ulya & Dini episod 1 hingga 4 boleh ditonton di Youtube Astro Gempak, manakala episod seterusnya boleh ditonton di aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.


Jom Baca Ini Juga ⏩⏩ Drama Cinta Amnesia Lakonan Riena Diana Slot Lestary TV3


👉👉 Drama 3 Nota Cinta Episod 1 Hingga 14 (Akhir) Lakonan Ashraf Muslim dan Sharifah Rose Di Slot Akasia TV3


⏩⏩ Info dan Sinopsis Drama Filipina Legal Wives (TV3)

Read More

16 Ogo 2021

Online Novel dan Tonton Drama Dia Random Guy



Drama Dia Random Guy, Novel Dia Random Guy, Drama Adaptasi Novel, Baca Online Novel Dia Random Guy, Sinopsis Drama Dia Random Guy, Pelakon - Pelakon Drama Dia Random Guy, Drama Baru Tania Hudson, Drama Baru Afiq Muiz, Drama Dia Random Guy Full Episode,

Drama Dia Random Guy lakonan Afiq Muiz dan Tania Hudson sudah pernah disiarkan di TV Okey pada tahun lepas, kini ianya diulangsiar semula di tv2, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Antara pelakon drama Dia Random Guy ini adalah Tania Hudson, Afiq Muiz, Nazim Othman, Wilma Muhammad, Elanie, Nadhira, Nurul Sofia dan ramai lagi. Tania Hudson akan melakonkan watak sebagai Alina Suffiya manakala Afiq Muiz sebagai Zariel Amzar. Drama 20 episod ini diarahkan oleh MP Roslin dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Drama ini juga adalah adaptasi daripada novel Dia Random Guy karya Farah Husain. Nampak menarik kan drama ni, jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.




Sinopsis Drama Dia Random Guy

Pertemuan pertama Amzar dan Alina hanyalah kerana salah faham. Alina yang tak mahu digelar 'loser' sebab masih belum berteman di kala umur sudah menjejak 30-an, pantas menarik lengan Amzar yang kebetulan berada di situ untuk diperkenalkan sebagai tunangannya bagi mengelak daripada menjadi mangsa sindiran Zufa, musuh tradisinya sejak zaman persekolahan. Hidup Amzar menjadi huru-hara selepas tercetusnya kisah tunangan segera itu. Bagaikan sudah tersurat, selepas peristiwa itu mereka dipertemukan pula di tempat kerja Alina dan Amzar diperkenalkan sebagai bakal majikan barunya. 
Drama Dia Random Guy, Novel Dia Random Guy, Drama Adaptasi Novel, Baca Online Novel Dia Random Guy, Sinopsis Drama Dia Random Guy, Pelakon - Pelakon Drama Dia Random Guy, Drama Baru Tania Hudson, Drama Baru Afiq Muiz, Drama Dia Random Guy Full Episode,
Amzar menggunakan peluangnya untuk membalas rasa sakit hatinya pada Alina sehingga Alina dibuang kerja dengan alasan untuk mengurangkan beban kewangan syarikat. Pertemuan Alina dengan Zafril, abang kepada Amzar membawa kisah Amzar dan Alina ke fasa yang lain. Daripada perasaan benci kepada sebaliknya. Bunga-bunga dalam hati mula berkembang tapi tiba-tiba datang pula gangguan daripada Hairi, bekas teman lelaki Alina yang pernah mencoret luka dalam hidup Alina. Gangguan demi gangguan dari Hairi dan juga bekas isteri Hairi membuatkan Amzar mengambil kesempatan untuk mengikat Alina dengan syarat.

Lagu Tema / OST Drama Dia Random Guy
💘 Cinta Kasih nyanyian Mila dan Nubhan

Tonton Drama Dia Random Guy Full Episode
Jadi sambil - sambil tengok drama Dia Random Guy di tv2 tu, korang boleh tonton drama Dia Random Guy ini disini 👉 RTM KLIK

Selain tengok drama Dia Random Guy di kaca TV, korang juga boleh baca Novel Dia Random Guy ini secara online iaitu dari Bab 1 hingga Bab 8 disini 👉 Baca Online Novel Dia Random Guy


Read More


My Random Post