Irma (Shakilla Khoriri) gagal memujuk Hakim untuk rujuk semula, lalu membuat satu rancangan jahat untuk perangkap Sarah namun rancangannya gagal apabila telah diketahui oleh Hakim, Suraya dan Atikah. Lebih memeranjatkan bila Laila turut terlibat sama dalam rancangan Irma itu. Laila mengugut akan mencederakan Sarah jika ada sesiapa yang datang dekat. Laila turut menceritakan tentang penderitaannya selama ini yang dirahsiakan pada kawan - kawannya itu. Apa pun aku ingatkan bila Laila dah kemalangan semua, dia akan insaf tapi hampeh tetap jadi diri dia jugak yang benci melihat kebahagiaan kawan - kawannya tu. Laila tu kalau boleh nak tengok semua kawan dia menderita dan hidup lonely macam dirinya. Ending drama Suri Hati ini menyaksikan semua kawan - kawan Laila ada kebahagiaan masing - masing dan Laila tetap jadi dirinya yang masih meratapi nasib malangnya itu.
17 Nov 2022
Episod Akhir dan Ending Drama Suri Hati

20 Okt 2022
Drama Suri Hati Episod 1 Hingga 20 Di Slot Samarinda TV3
Sinopsis Drama Suri Hati Lakonan Puteri Sarah Liyana dan Nadia Brian Di Slot Samarinda TV3
Mengisahkan tentang empat orang gadis iaitu Suraya, Sarah, Laila dan Atikah berkawan rapat ketika menuntut di sebuah kolej. Namun begitu,selepas tamat pengajian mereka berempat membawa haluan masing-masing. Walaupun begitu persahabatan masih diteruskan. Sarah (Puteri Sarah Liyana) mengalami masalah rumah tangga sehingga bercerai dengan suaminya yang panas baran. Setelah bercerai, Sarah membuka sebuah cafe dan mula berkenalan dengan seorang duda bernama Hakim, namun pertelingkahan berlaku apabila orang terdekat mula membantah hubungan mereka. Laila (Nadia Brian) seorang wanita yang berkerjaya mengalami masalah tekanan emosi disebabkan trauma yang dialaminya pada usia yang sangat muda. Keadaan tersebut membuat hidup Laila penuh dendam dan tidak suka melihat kebahagiaan orang lain termasuk rakan-rakannya.