11 Nov 2017

Nerve - English Movie Review

English Movie Review - Nerve, Nerve Film, Nerve Game, Filem Nerve, English Film, Filem, Pelakon Filem Nerve, Emma Roberts, Dave Franco, Calson Baker, Emily Meade, Miles Heizer, Suspen, Ending, Sinopsis,
English Movie Review - Nerve

Hari ini aku nak buat review filem Nerve yang release pada 27 Julai 2016 yang lalu. Antara pelakon Filem Nerve ini adalah Emma Roberts, Dave Franco, Calson Baker, Emily Meade, Miles Heizer dan ramai lagi. Filem Nerve ini adalah berdasarkan daripada Novel Nerve (2012) karya Jeanne Ryan, kiranya macam filem adaptasi novel, manakala pengarah filem Nerve ini pula adalah Henry Joost dan Ariel Schulman. Aku suka dengan filem ini sebab ianya unik dan sedikit berbeza dari yang lain serta penuh dengan unsur - unsur suspen. Awalnya aku ingatkan watak Dave Franco iaitu Ian atau Sam jahat, tapi nasib baiklah tidak, Ian ini baik sampai sanggup nak menyelamatkan nyawa Vee di hujung cerita filem ini. Pendek katanya filem Nerve ini mengisahkan tentang permainan Video Online yang berkonsepkan ala - ala Truth Or Dare Game, dan permainan tersebut diberi nama Nerve. Dalam game ini, seseorang itu mempunyai dua pilihan, sama ada menjadi Watchers atau pun Players. Sekiranya seseorang itu memilih menjadi watchers, maka mereka boleh menjadi penonton serta membuat cabaran pada Players lain dengan menawarkan sejumlah wang. 



Manakala bagi Players pula, mereka perlu menyahut cabaran yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan, sekiranya mereka berjaya, maka mereka akan mendapat wang. Mereka juga dikehendaki sentiasa online dan merakam video mereka dengan menggunakan handphone masing - masing ketika melakukan semua cabaran sepanjang masa. Awalnya memang nampak menyeronokkan juga game tersebut sebab cabaran yang diberikan kadangkala kelakar namun semakin lama, cabaran yang diberikan pada pemain semakin tak masuk akal dan berbahaya. Aku rasa antara cabaran berbahaya itu seperti Vee yang menjadi pembonceng motosikal perlu menjadi penunjuk arah pada Ian yang membawa motosikal dalam keadaan matanya tertutup dengan kain. Tak sangka Vee dan Ian sanggup menyahut cabaran ini, sedangkan diorang tahu betapa bahayanya. Ada lagi beberapa cabaran berbahaya yang lain. Cabaran paling tak masuk akal adalah ketika di ending Filem Nerve ini, siap ada adegan tembak - menembak lagi. Tapi nasiblah Vee dah ada rancangannya yang tersendiri untuk melepaskan dirinya dan juga kawan - kawan lain dari permainan Nerve ini.

Selain itu aku suka melihat hubungan persahabatan yang erat antara Vee, Sydney dan Tommy ini kerana mereka sentiasa saling tolong menolong antara satu sama lain, walaupun di awalnya ada timbul sedikit perselisihan faham antara mereka. Sydney awalnya berasa cemburu dengan Vee yang tiba - tiba lebih popular darinya dalam permainan Nerve ini, manakala Tommy pula ada hati pada Vee tapi Vee memilih untuk mengikut Ian dan bermain dalam Nerve ini. Tapi nasiblah hubungan persahabatan mereka tetap baik. Di penghujung cerita nanti, Sydney dan Tommy memainkan peranan penting dalam membantu Vee menyelamatkan dirinya dan orang lain. Ending filem Nerve ini memang happpy endinglah kan, secara keseluruhannya, filem ini memang seronok untuk ditonton dan aku bagi 7.8 Bintang dari 10 Bintang untuk English Movie ini.

1 ulasan:



My Random Post