5 Nov 2017

Nikmati Semua Saluran Astro Secara Percuma

Nikmati Semua Saluran Astro Secara Percuma, Free Channel, Astro, HBO, Cinemax, Fox Movies, Channel Crime and Investigation, Channel Eve, Kisah Benar,
Nikmati Semua Saluran Astro Secara Percuma

Tahniah buat Astro kerana menang Putra Brand Awards itu selama 8 tahun berturut - turut dan setiap kali Astro menang, pasti semua penonton Astro akan dapat hadiah juga, iaitu para penonton Astro dapat menikmati semua saluran Astro dan Astro Go secara percuma bermula 3 November hingga 19 November 2017. Aku tertunggu juga bila Astro nak bagi akses percuma semua channel Astro ini, akhirnya dapat juga. Selalunya diorang akan bagi akses tersebut pada bulan Ogos tapi kali ini bulan November pula. Alangkah bestnya kalau dapat siaran free semua channel selama sebulan kan tapi 3 November hingga 19 November itu kira lama juga, sekurang - kurangnya dapat jugalah dari tiada kan. Lebih menguntungkan pada yang melanggan Astro Beyond sebab dapat tengok banyak channel Versi HD berbanding yang tak melanggan Astro Beyond itu.

Apa pun, bila dah percuma ni, memang banyak channel yang best - best sampai tak tahu nak pilih yang mana untuk menonton. Sempat jugalah aku layan channel HBO Asia, Cinemax dan juga Fox Movies itu. Ada beberapa filem yang disiarkan di channel tersebut yang aku tonton seperti Filem Joy, Mr. Right, Avengers : The Age Of Ultron dan lain - lain lagi. Selain itu aku juga suka tengok channel 732 Crime and Investigation Network serta Channel 733 (Eve) A Discovery Network. Dua channel tersebut selalu ada menyiarkan kisah penyiasatan yang sememangnya dari Kisah Benar, memang suspen menontonnya. Apa pun aku ucapkan selamat berhujung minggu buat semua pembaca blog ini serta selamat menonton rancangan - rancangan pilihan korang di Astro itu. 

Gambar diatas credit to Twitter Astro Awani

Tiada ulasan:

Catat Komen



My Random Post