6 Nov 2017

Liza Hanim Terbaik, Ferhad Tersingkir - Gegar Vaganza 2017 (Minggu Kedua)

Review Minggu Kedua Gegar Vaganza 2017, GV4, Gegar Vaganza Musim Ke-4, Nyanyian, Lagu Best, Pertandingan Nyanyian, Penyanyi, Artis Malaysia, Astro Ria, Ferhad Tersingkir, Peserta Gegar Vaganza Musim Keempat, Liza Hanim, Haida, Hazami, Syura, Aishah, Tia Jinbara, Lan Kristal, Aqasha, Firman, Elyana, Raja Azura,
Minggu Kedua Konsert Gegar Vaganza Musim Ke -4 - Ferhad Tersingkir, Liza Hanim Terbaik

Minggu kedua Gegar Vaganza Musim keempat (2017) berlangsung dengan meriah, rata - rata peserta GV4 ini memberikan persembahan yang terbaik. Liza Hanim yang menyampaikan lagu Aku Hanya Pendatang nyanyian asal Fransisca Peter mendapat standing ovation dari juri tetap Gegar Vaganza. Aku rasa Liza Hanim ini pasti akan ke Final Gegar Vaganza nanti. Selain itu Haida mengejutkan penonton dengan mutu vokalnya yang mantap dalam lagu Gubahan Rindu Puisi Syahdu. Aku sendiri pun suka lagu tersebut, aku suka Haida menyanyikan lagu sebegini berbanding lagu Irama Malaysia di minggu pertama itu. Manakala Hazami pula memang nyanyiannya sentiasa sedap dan aku teringin nak lihat Hazami ini menyanyikan lagu Rock pula nanti. Aku tak sangka Aishah dah berusia 52 tahun, tapi suaranya bila menyanyi memang sedap habis, maintain suara dia tu, tak berubah langsung. Minggu ketiga nanti Aishah akan menyanyikan lagu Yuna iaitu Terukir Di Bintang, tak sabar nak tengok Aishah nyanyi lagu Yuna. Apa pun aku rasa comel bila dengar suara Aishah ini bercakap, dah macam budak - budak pula hehehe.
Minggu Kedua Konsert Gegar Vaganza Musim Ke -4 - Ferhad Tersingkir, Liza Hanim Terbaik
Aku hope Aqasha akan kekal lama dalam pertandingan Gegar Vaganza ni, bukan apa, risau pula kalau dia tersingkir sebab kedudukannya di minggu pertama bottom three dan minggu ini nampak peningkatannya, manakala minggu depan pula dia akan menyanyikan lagu dangdut pula. Rasanya ramai yang tak terkejut Ferhad tersingkir minggu ini sebab aku rasa lagu Harus Terpisah itu agak susah nak dinyanyikan serta nampak Ferhad struggle nak menyampaikan lagu itu. Walaubagaimanapun nampak Ferhad dah bersungguh - sungguh menyanyikan lagu tersebut yang merupakan lagu nyanyian Cakra Khan. Berbanding minggu lalu, Firman berada dalam kedudukan Bottom 4 minggu ini, tapi aku tak sabar juga nak lihat Firman menyanyikan lagu Zalikha (Floor 88) di minggu ketiga nanti. Aku suka dengan gaya persembahan Elyana masa menyanyikan lagu dari kumpulan Kotak yang berjudul Masih Cinta, tapi rasanya lagu tersebut memang makanannya saja, teringin nak tengok Elyana nyanyi lagu - lagu yang lebih susah dan mencabar vokalnya. 

Raja Azura terselamat di minggu kedua ini dan berjaya meneruskan perjuangannya di minggu ketiga nanti. Aku agak terhibur dan suka pula dengan lagu yang dinyanyikannya itu, best juga lagu itu, sebab sebelum ini aku rasa Raja Azura ini dah salah pilih lagu tapi rupanya lagu itu sesuai dengannya. Minggu depan dia akan menyanyikan lagu Perhaps Perhaps Perhaps nyanyian Pussycat Dolls. Aku suka lagu tersebut, entah macam mana pula gaya persembahan Kak Engku di minggu ketiga nanti. Apa pun Good Luck untuk semua peserta di minggu ketiga GV4 nanti.

Gambar - Gambar diatas credit to Pixabay.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post