21 Nov 2017

Fattah Amin Dan Fazura Dah Bernikah?

Fattah Dan Fazura Dah Bernikah?, Fattzura, Fattah Dan Fazura Dah Bertunang, Fattah dan Fazura Dah Berkahwin, Fattah Amin Dan Fazura Bercinta, Drama Hero Seorang Cinderella, Telefilem Wanita Terindah, Artis Malaysia, Cerita Artis Malaysia, Gosip, Berita Hiburan, Pernikahan Fattzura,
Fattah Dan Fazura Dah Bernikah?

Rasanya dah lama peminat menantikan Nurfazura atau Fazura berkahwin kan? terbaru dikatakan Fazura dan Fattah Amin sudah pun bernikah pada 14 November 2017 yang lalu. Namun begitu, Fattah dan Fazura belum mengesahkan mahu pun membuat pengumuman rasmi mengenai status diri mereka sekarang. Sebelum ini heboh yang pada 13 November yang lalu mereka berdua bertunang, tapi tak sangka pula selepas itu terus bernikah dan kemudian mereka bersama keluarga pergi menunaikan umrah pula. Dengar cerita pada 23 November ini, mereka akan mengadakan sidang media dan mmeberitahu perkara sebenar. Walaupun begitu dah ramai yang mengucapkan tahniah dan mendoakan yang baik - baik buat pasangan popular ini di Instagram masing - masing. Fattah Amin dan Fazura pertama kali digandingkan dalam drama popular yang bertajuk Hero Seorang Cinderella dan selepas itu ramai yang suka mereka digandingkan dan keluar gosip yang mereka berdua bercinta tapi masa ini aku tak begitu percaya dengan gosip - gosip ini semua. Tapi bermula bulan ini, memang dah heboh pasal isu pertunangan dan pernikahan #Fattzura ini. Jadi pendapat aku, macam betul saja yang sebelum ini diorang bercinta dan kemungkinan besar dah bernikah. 



Alhamdulilah kalau berita ini betul kan, lagipun Fattah Amin dan Fazura ini memang sepadan, sama cantik, sama padan, sama popular. Malah gandingan diorang dalam drama sebelum ini pun dah meletup, kalau benar - benar dah berkahwin memang lagi seronoklah peminat Fazura dan Fattah ini. 
Terbaru mereka berdua digandingkan sekali lagi dalam Telefilem Wanita Terindah yang disiarkan di Astro First  Namun berita pernikahan Fattah dan Fazura ini masih belum sahih, sebab kedua - duanya belum mengesahkannya lagi. Apa pun kita semua harapkan yang terbaiklah kan. Aku sendiri pun memang suka tengok Fazura berlakon, plus suka tengok muka dia, comel sangat, tambah - tambah bila senyum, hope lepas ini ada drama mahu pun filem terbaru Fazura yang keluar. Seandainya benar yang Fattah Amin dan Fazura telah bernikah, maka tahniah aku ucapkan buat pasangan ini, moga jodoh kekal selamanya dan bahagia selalu.

Update! 24/11
- Rupa - rupanya Fazura dan Fattah Amin hanya bertunang tapi pernikahan mereka akan diadakan hujung tahun ini. Tahniah diucapkan buat Fattzura ini.
New Update! 28/11
- Fattah Amin dan Fazura baru saja bernikah pada 27/11/2017
Gambar diatas credit to Ieja Photography at Wikimedia Commons

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post