Memaparkan catatan dengan label Gosip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gosip. Papar semua catatan

10 Apr 2018

Zara Zya Dan Hafreez Adam Saling Mencintai

Zara Zya Dan Hafreez Adam Saling Mencintai, Biodata Zara Zya, Biodata Hafreez Adam, Profil, Details, Pelakon, Drama Monalisa, Drama Puteri Malam,
Pelakon Drama Monalisa Zara Zya dan Hafreez Adam Bercinta

Drama Monalisa yang menggandingkan Zara Zya dan Hafreez Adam membuatkan mereka rapat dan akhirnya bercinta. Baguslah moga - moga kekal hingga ke jinjang pelamin gitu. Aku dah pernah melihat drama lakonan mereka berdua yang dulu sebelum drama Monalisa ini, iaitu drama Puteri Malam yang turut membabitkan pelakon Ungku Hariz dan Puteri Chichi. Tak sangka pula Drama Monalisa ini yang akhirnya membuat diorang bercinta hehe. Baguslah mereka berdua ini tak sorok kisah percintaan mereka ini dari wartawan mahu pun peminat, cool je mengaku bercinta. Berbanding artis lain yang cuba coverline dan tak mengaku tapi bila berpisah barulah kecoh dan heboh hehe. Alang - alang tengah bercerita pasal Zara Zya dan Hafreez Adam ini, jom tengok biodata diorang di bawah ini okey.



Biodata Zara Zya

Nama Penuh: Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin
Nama Komersial: Zara Zya
Tarikh Lahir: 22 Oktober 1985
Umur: 33 Tahun (2018)
Asal: Lenggong, Perak
Kerjaya: Pelakon, Usahawan, Pengacara dan Penyanyi
Pendidikan: ASWARA (Akademi Seni Warisan Negara)
Keluarga: Anak Bongsu daripada 4 orang adik beradik
Populariti: Mula popular menerusi Drama Love You Mr Arrogant (2013)
Senarai Drama Lakonan Zara Zya: Puteri Malam, Tanah Merah, Zahira, Delina, HidayahMu Ramadan, Kasih Malisa, Tuan Anas Mikael, Cinta Hati Abah, Duda Terlajak Laris, Kerana Anisa, My Sweet Lavender, Monalisa dan banyak lagi.
Telemovie Lakonan Zara Zya: Love You Mr Arrogant Raya, Isteriku Bukan Tukang Masak, Minah Gangster, Hujan Malam Itu, Takdir Yang Terhenti, Trauma, Cupid dan banyak lagi.
Filem : Filem pertama Zara Zya bertajuk Rembat
Penyanyi: Single Pertama Zara Zya bertajuk Tiada Dendam
Program TV: Pengacara Diari Kilauan Emas Otai (Astro Prima) 2016
Anugerah dan Pencapaian 
- Artis Top Top MeleTOP (Wanita) & Artis Baru MeleTOP Dalam Anugerah MeleTOP Era 2014
- Hero-Heroin Pilihan (bersama Azlee Khairi) Dalam DFKL2014
- Artis Baru Wanita Popular & Gandingan Serasi di Layar (bersama Azlee Khairi) Dalam ABPBH27
- Pelakon Wanita Terbaik Menerusi Drama Tuan Anas Mikael Dalam Anugerah Telenovela 2016

Biodata Hafreez Adam

Nama Penuh: Hafreez Adam Aizat bin Zahalan
Nama Komersial: Hafreez Adam
Tarikh Lahir: 10 Jun 1990
Umur: 28 Tahun (2018)
Asal: Kuala Lumpur
Kerjaya: Pelakon & Peragawan 
Keluarga: anak kedua daripada 3 orang adik beradik
Populariti: Mula popular menerusi Drama Bila Hati Berbicara (2014)
Senarai Drama Lakonan Hafreez Adam: Puteri Malam, Tanah Merah, Bila Hati Berbicara, Hati Perempuan, Tersuka Tanpa Sengaja, Pengantinku Jatuh Dari Langit, Shh I Love You, Hikayat Cinta Si Pematah Hati, Gantung, Monalisa dan banyak lagi.
Telemovie Lakonan Hafreez AdamSeteguh Kasih Ibunda, Kakak, Talak, Ini Jalan Kita, Abang Haji, Isteriku Ms Sally, Tersuka Tanpa Sengaja Raya dan banyak lagi.
Filem: Qadr, Juvana 2, Juvana 3, Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi
Anugerah & Pencapaian
Finalis Hero Remaja 2012 (seangkatan dengan Fattah AminSyafiq KyleHafidz RoshdiNazrief NazriBen Amir, Ben Ali serta Saharul Ridzwan)
Winner of Projek X by Annas Edykey
Pemenang Artis Baru Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 28 (2015)
Percalonan Telenovela Pelakon lelaki Popular 10 Teratas-Pengantinku Jatuh Dari langit(2017)

Gambar di atas credit to Sinar Harian
Read More

13 Jan 2018

Kontroversi Farid Kamil

Farid Kamil, Kontroversi Farid Kamil, Menampar Polis, Isu Dadah, Di Tahan Reman, Pelakon, Artis Malaysia,
Kontroversi Farid Kamil

Kalau sebelum ini kecoh pasal isu Iqram Dinzly tapi sekarang ini kecoh pula isu mengenai Farid Kamil mengenai kontroversinya berikutan penahanannya sebab menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam kini ditahan reman selama 4 hari. Malah polis turut mengesahkan yang Farid Kamil turut positif dadah. Aku seperti yang lain memang terkejut besar bila membaca berita tentang Farid Kamil ini di Internet. Aku dapat tahu pasal ini di blog blogger lain, awalnya memang macam tak percaya pula sebab ingatkan ianya mungkin gimik lakonan, atau pun mungkin sinopsis terbaru filem terbarunya kot. Kemudian aku buka Twitter pula, masa ini nama Farid belum trending di Twitter lagi, jadi aku search sajalah nama Farid Kamil and then aku baca tweet - tweet netizen pasal isu Farid ini. Bila buka Twitter hari ini, nama Farid Kamil dah trending, macam - macam spekulasi yang dibuat oleh orang ramai, ada yang cakap Farid kena buatan oranglah, kena aniayalah dan macam - macam lagi. Tambahan lagi dia juga dikatakan berkelakuan pelik dan aneh.



Tapi rata - ratanya ramai yang terkejut pasal hal ini, yela tak sangka pula jadi macam ini kan, sebab sebelum ini Farid Kamil tak pernah ada kontroversi sangat pun, malah dia juga baru dapat gelaran "Dato" pula tu, disamping drama terbaru lakonannya iaitu Lafazkan Kalimah Cintamu akan disiarkan di Astro Ria pada 15 Januari 2018 ini. Jadi memang tak sangka pula Farid akan buat hal, selain itu pelakon Ridzuan Hashim juga turut mendakwa Farid juga turut menamparnya di lokasi pengambaran pada hari kejadian. Bila dah jadi macam ini, aku rasa kasihan pula pada isteri dan anak - anaknya, especially Diana Danielle yang terpaksa berdepan dengan media yang nak kan statementnya pasal isu suaminya itu. Aku juga teringin nak dengar penjelasan Farid Kamil sendiri mengenai kontroversinya itu dan apa yang terjadi sebenarnya dan kenapa dia bertindak sedemikian?. Apa pun buat masa ini, elok kita semua bersangka baik sajalah kan.

Gambar di atas credit to BH Online..
Read More

21 Nov 2017

Fattah Amin Dan Fazura Dah Bernikah?

Fattah Dan Fazura Dah Bernikah?, Fattzura, Fattah Dan Fazura Dah Bertunang, Fattah dan Fazura Dah Berkahwin, Fattah Amin Dan Fazura Bercinta, Drama Hero Seorang Cinderella, Telefilem Wanita Terindah, Artis Malaysia, Cerita Artis Malaysia, Gosip, Berita Hiburan, Pernikahan Fattzura,
Fattah Dan Fazura Dah Bernikah?

Rasanya dah lama peminat menantikan Nurfazura atau Fazura berkahwin kan? terbaru dikatakan Fazura dan Fattah Amin sudah pun bernikah pada 14 November 2017 yang lalu. Namun begitu, Fattah dan Fazura belum mengesahkan mahu pun membuat pengumuman rasmi mengenai status diri mereka sekarang. Sebelum ini heboh yang pada 13 November yang lalu mereka berdua bertunang, tapi tak sangka pula selepas itu terus bernikah dan kemudian mereka bersama keluarga pergi menunaikan umrah pula. Dengar cerita pada 23 November ini, mereka akan mengadakan sidang media dan mmeberitahu perkara sebenar. Walaupun begitu dah ramai yang mengucapkan tahniah dan mendoakan yang baik - baik buat pasangan popular ini di Instagram masing - masing. Fattah Amin dan Fazura pertama kali digandingkan dalam drama popular yang bertajuk Hero Seorang Cinderella dan selepas itu ramai yang suka mereka digandingkan dan keluar gosip yang mereka berdua bercinta tapi masa ini aku tak begitu percaya dengan gosip - gosip ini semua. Tapi bermula bulan ini, memang dah heboh pasal isu pertunangan dan pernikahan #Fattzura ini. Jadi pendapat aku, macam betul saja yang sebelum ini diorang bercinta dan kemungkinan besar dah bernikah. 



Alhamdulilah kalau berita ini betul kan, lagipun Fattah Amin dan Fazura ini memang sepadan, sama cantik, sama padan, sama popular. Malah gandingan diorang dalam drama sebelum ini pun dah meletup, kalau benar - benar dah berkahwin memang lagi seronoklah peminat Fazura dan Fattah ini. 
Terbaru mereka berdua digandingkan sekali lagi dalam Telefilem Wanita Terindah yang disiarkan di Astro First  Namun berita pernikahan Fattah dan Fazura ini masih belum sahih, sebab kedua - duanya belum mengesahkannya lagi. Apa pun kita semua harapkan yang terbaiklah kan. Aku sendiri pun memang suka tengok Fazura berlakon, plus suka tengok muka dia, comel sangat, tambah - tambah bila senyum, hope lepas ini ada drama mahu pun filem terbaru Fazura yang keluar. Seandainya benar yang Fattah Amin dan Fazura telah bernikah, maka tahniah aku ucapkan buat pasangan ini, moga jodoh kekal selamanya dan bahagia selalu.

Update! 24/11
- Rupa - rupanya Fazura dan Fattah Amin hanya bertunang tapi pernikahan mereka akan diadakan hujung tahun ini. Tahniah diucapkan buat Fattzura ini.
New Update! 28/11
- Fattah Amin dan Fazura baru saja bernikah pada 27/11/2017
Gambar diatas credit to Ieja Photography at Wikimedia Commons
Read More

28 Okt 2017

Antara Kemenangan Dan Kontroversi Kamal Adli

Kamal Adli, Kontroversi Kamal Adli, Zahirah Macwilson, Emma Maembong, Zul Ariffin, Juara, Super Spontan Superstar 2017, Hero Remaja, Lawak Spontan, Game, Zizan Razak, Final, Finalis, Pelakon, Drama Duda Pujaan Dara,
Antara Kemenangan Dan Kontroversi Kamal Adli

Di sebalik segala kontroversi yang melanda pelakon Kamal Adli berhubung dengan perhubungan cintanya bersama pelakon Emma Maembong, ternyata rezeki memihak pada Kamal Adli kerana berjaya menjadi Juara Super Spontan Superstar 2017. Di Final Super Spontan Superstar 2017 itu kelihatan juga Emma Maembong berada disitu untuk memberikan sokongan. Mungkin mereka dah berbaik – baik agaknya, yela bercinta bertahun – tahun memang sayanglah kalau putus di tengah jalan kan. Kamal Adli juga berjaya membuktikan bahawa pelakon juga boleh menjuarai pertandingan lawak spontan tersebut, yang sebelum ini didominasi oleh para pelawak saja. Malah kelihatan tidak ramai artis yang dari kalangan pelakon mahu pun penyanyi berani untuk bersaing di pentas Super Spontan ini. Sebenarnya dari Super Spontan musim lalu lagi dah nampak yang Kamal Adli memang pandai bermain game dan permainan yang ada dalam Super Spontan ini. Cuma tahun lalu, rezeki tak memihak padanya apabila tersingkir di semi final.

Berbeza pada tahun ini, title juara menjadi milik Kamal Adli, tahniah buat Kamal Adli. Selain masuk pertandingan Super Spontan Superstar 2017 ini, bekas juara Hero Remaja ini juga memang aktif berlakon. Aku juga suka tengok drama – drama lakonan Kamal Adli ini antaranya drama Pergilah Air Mata dan paling terbaru adalah Drama Duda Pujaan Dara yang dah tamat disiarkan di Astro baru – baru ini. Malah filem lakonannya bersama Tiz Zaqyah turut keluar di pawagam tahun ini iaitu Kolestrol VS Cinta.  Apa pun ketika drama Duda Pujaan Dara tengah hangat disiarkan di Astro, aku menjadi salah seorang penonton setia drama tersebut. Aku suka dengan gandingan Kamal Adli bersama Zahirah Macwilson dalam Drama Duda Pujaan Dara itu kerana gandingan mereka berdua sangat serasi dan sepadan. Tak sangka pula selepas habis drama itu, Kamal Adli terlibat dalam kontroversi, malah nama Zahirah Macwilson juga turut terkait sekali dan akhirnya menyaksikan Kamal dan Zahirah bergaduh.  Nasib baik Zul Ariffin  tak bagi apa – apa statement pada media, kalau tidak keadaan pasti akan jadi lebih teruk.  Zul Ariffin releks dan cool saja.

Aku sebenarnya tak tahu sangat apa punca sebenar yang buatkan hal ini menjadi kontroversi tapi aku harapkan semuanya akan selesai dengan cara baik. Buang yang keruh ambil yang jernih dan semoga kedua – dua pasangan tersebut iaitu Emma dan Kamal serta Zahirah dan Zul akan ke jinjang pelamin nanti. Berbalik pada Super Spontan, aku suka tengok interaksi Kamal Adli dan Zizan Razak, diorang berdua nampak okey, cool dan gila – gila. Sebelum ini ramai yang ingat Kamal dan Zizan tak boleh digandingkan, tapi bila tengok diorang slumber saja main game sama – sama serta bergurau senda di atas pentas itu, seolah – olah tiada apa yang berlaku membuatkan mereka berdua nampak professional dan  sweet together hahaha. Selain Kamal dan Zizan, kehadiran Johan disitu turut mengubat kerinduan peminat yang merindukan Jozan. Kalau bab – bab sweet ini, siapa boleh lawan Jozan, aku harap Jozan juga boleh buat show  sama – sama di TV seperti Jozan Show yang pernah disiarkan dulu, atau pun ala – ala Sepahtu Reunion Live tu. Baru best dapat tengok tiap – tiap minggu, kan. Apa pun tahniah buat semua finalis dan pemenang Super Spontan Superstar 2017.

Gambar di atas credit to Kosmo
Read More


My Random Post