Memaparkan catatan dengan label Situasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Situasi. Papar semua catatan

5 Nov 2017

Hujan Lebat & Banjir Di Penang

Hujan Lebat dan Banjir Di Pulau Pinang, Ribut, Angin Kencang, Penang, Hujan Tak Berhenti,
Hujan Lebat dan Banjir Di Pulau Pinang

Ketika entry ini ditulis, hujan masih lagi tidak berhenti tapi tidak selebat sebelum ini. Agak merisaukan juga bila hujan turun tidak berhenti - henti sejak dari petang pada 4 November hinggalah sekarang, 5 November 2017 (pagi). Kalau tengok status Facebook kawan - kawan yang lain, semuanya pun update tentang hujan lebat dan banjir yang berlaku di kawasan rumah diorang. Air dah naik paras separuh kereta dah, memang merisaukan tambah - tambah bagi mereka yang tinggal di kawasan yang rendah. Tempat aku pula, di kawasan yang agak tinggi, jadi memang jarang berlaku banjir, tapi mestilah risau juga kan. Sebelum ini dah pernah terjadi hujan lebat di Pulau Pinang dan banjir sana sini, ini kali kedua terjadi. Apa pun Hujan Lebat di Pulau Pinang ketika ini dah sedikit kurang berbanding pada waktu malam tadi. Pada waktu malam tadi, hujan memang lebat betul, ini diikuti dengan angin kencang, habis bumbung - bumbung gerai makanan yang ada di sekitar kawasan perumahan aku ini tercabut, memang part angin kencang itu agak menakutkan, sebab dengan bunyi bumbung tercabutlah, kemudian ada dengar juga bunyi kaca pecah beberapa kali. Tapi aku tak pastilah kaca apa yang pecah tu.

Malah kawan - kawan yang tinggak di kawasan Flat pun turut beritahu yang bahagian bawah flat dah banjir. Aku sendiri tinggal di tingkat paling bawah, moga tak banjirlah disini dan aku harap hujan cepat berhenti dan banjir yang berlaku di semua tempat akan mulai surut tak lama lagi. Kesian pada mereka yang mengalami kesusahan, rumah rosak akibat banjir ini dan terpaksa menumpang di rumah orang lain. Mujur hujan ketika ini dah tidak selebat sebelum ini, Ya Allah kau permudahkan segalanya di Pulau Pinang ini. Doa - doakan kami semua disini ya, aku dengar juga yang di negeri lain turut mengalami hujan lebat dan semoga hujan akan berhenti tidak lama lagi, amin.

Update Terkini!!

Dalam pukul 9 pagi macam tu, hujan dah berhenti, Alhamdulilah, banyak jalan ditutup di Pulau Pinang akibat banjir, tanah runtuh serta pokok tumbang. 

Gambar di atas credit to Pixabay
Read More

28 Okt 2017

Antara Kemenangan Dan Kontroversi Kamal Adli

Kamal Adli, Kontroversi Kamal Adli, Zahirah Macwilson, Emma Maembong, Zul Ariffin, Juara, Super Spontan Superstar 2017, Hero Remaja, Lawak Spontan, Game, Zizan Razak, Final, Finalis, Pelakon, Drama Duda Pujaan Dara,
Antara Kemenangan Dan Kontroversi Kamal Adli

Di sebalik segala kontroversi yang melanda pelakon Kamal Adli berhubung dengan perhubungan cintanya bersama pelakon Emma Maembong, ternyata rezeki memihak pada Kamal Adli kerana berjaya menjadi Juara Super Spontan Superstar 2017. Di Final Super Spontan Superstar 2017 itu kelihatan juga Emma Maembong berada disitu untuk memberikan sokongan. Mungkin mereka dah berbaik – baik agaknya, yela bercinta bertahun – tahun memang sayanglah kalau putus di tengah jalan kan. Kamal Adli juga berjaya membuktikan bahawa pelakon juga boleh menjuarai pertandingan lawak spontan tersebut, yang sebelum ini didominasi oleh para pelawak saja. Malah kelihatan tidak ramai artis yang dari kalangan pelakon mahu pun penyanyi berani untuk bersaing di pentas Super Spontan ini. Sebenarnya dari Super Spontan musim lalu lagi dah nampak yang Kamal Adli memang pandai bermain game dan permainan yang ada dalam Super Spontan ini. Cuma tahun lalu, rezeki tak memihak padanya apabila tersingkir di semi final.

Berbeza pada tahun ini, title juara menjadi milik Kamal Adli, tahniah buat Kamal Adli. Selain masuk pertandingan Super Spontan Superstar 2017 ini, bekas juara Hero Remaja ini juga memang aktif berlakon. Aku juga suka tengok drama – drama lakonan Kamal Adli ini antaranya drama Pergilah Air Mata dan paling terbaru adalah Drama Duda Pujaan Dara yang dah tamat disiarkan di Astro baru – baru ini. Malah filem lakonannya bersama Tiz Zaqyah turut keluar di pawagam tahun ini iaitu Kolestrol VS Cinta.  Apa pun ketika drama Duda Pujaan Dara tengah hangat disiarkan di Astro, aku menjadi salah seorang penonton setia drama tersebut. Aku suka dengan gandingan Kamal Adli bersama Zahirah Macwilson dalam Drama Duda Pujaan Dara itu kerana gandingan mereka berdua sangat serasi dan sepadan. Tak sangka pula selepas habis drama itu, Kamal Adli terlibat dalam kontroversi, malah nama Zahirah Macwilson juga turut terkait sekali dan akhirnya menyaksikan Kamal dan Zahirah bergaduh.  Nasib baik Zul Ariffin  tak bagi apa – apa statement pada media, kalau tidak keadaan pasti akan jadi lebih teruk.  Zul Ariffin releks dan cool saja.

Aku sebenarnya tak tahu sangat apa punca sebenar yang buatkan hal ini menjadi kontroversi tapi aku harapkan semuanya akan selesai dengan cara baik. Buang yang keruh ambil yang jernih dan semoga kedua – dua pasangan tersebut iaitu Emma dan Kamal serta Zahirah dan Zul akan ke jinjang pelamin nanti. Berbalik pada Super Spontan, aku suka tengok interaksi Kamal Adli dan Zizan Razak, diorang berdua nampak okey, cool dan gila – gila. Sebelum ini ramai yang ingat Kamal dan Zizan tak boleh digandingkan, tapi bila tengok diorang slumber saja main game sama – sama serta bergurau senda di atas pentas itu, seolah – olah tiada apa yang berlaku membuatkan mereka berdua nampak professional dan  sweet together hahaha. Selain Kamal dan Zizan, kehadiran Johan disitu turut mengubat kerinduan peminat yang merindukan Jozan. Kalau bab – bab sweet ini, siapa boleh lawan Jozan, aku harap Jozan juga boleh buat show  sama – sama di TV seperti Jozan Show yang pernah disiarkan dulu, atau pun ala – ala Sepahtu Reunion Live tu. Baru best dapat tengok tiap – tiap minggu, kan. Apa pun tahniah buat semua finalis dan pemenang Super Spontan Superstar 2017.

Gambar di atas credit to Kosmo
Read More

17 Feb 2017

Review Filem Bollywood - Neerja

Hindi Movie, Sinopsis, Filem, Bollywood, Neerja, Berdasarkan Kisah Benar, Pramugari, Kapal Terbang, Aeroplane, Penumpang, Review, Ulasan Filem, Soonam Kapoor Sebagai Neerja, Pelakon Filem Neerja, Soonam Kapoor, Shabana Azmi, Yogendra Tiku, Shekhar Ravjiani, Jim Sarbh,
Review Filem Hindi - Neerja (2016)

Ikutkan dari tahun sudah aku nak tengok Filem Neerja ini di cinema tapi tapi tak sempat pula dan banyak halangan. Ikutkan lebih best kalau tengok movie ini di panggung wayang. Akhirnya semalam berjaya juga aku tonton Movie Neerja ini bila ianya disiarkan di TV. Filem ini dilakonkan oleh Soonam Kapoor, Shabana Azmi, Yogendra Tiku, Shekhar Ravjiani, Jim Sarbh dan ramai lagi. Filem ini berdasarkan Kisah Benar tentang keberanian seorang Ketua Pramugari yang bernama Neerja Bhanot yang berjaya menyelamatkan 359 dari 379 penumpang dan cabin crew yang berada dalam kapal terbang yang telah di hijack oleh pengganas di Karachi Pakistan pada 5 September 1986. Walaupun akhirnya nyawanya terkorban, dirinya tetap dikenang sampai bila - bila disebabkan jasa dan keberaniannya. Filem Neerja ini release pada 19 Februari 2016 dan telah mendapat pelbagai anugerah serta filem ini juga turut mendapat pujian ramai disebabkan jalan cerita dan keberkesanan watak Neerja yang dilakonkan oleh Soonam Kapoor. Ada juga yang cakap wajah Neerja yang sebenar dan Soonam Kapoor ada iras - iras juga. Tapi bagi aku wajah mereka tidaklah begitu sama pun, mungkin ada iras sikit - sikit saja. Apapun movie ini patut ditonton oleh oleh semua kerana ianya memang terbaik, rugi kalau tak menontonnya.

Filem yang berdasarkan kisah benar sememangnya sangat best ditonton, kerana banyak pengajaran serta kita dapat membayangkan situasi yang benar - benar berlaku. Kalau aku kat tempat Neerja tu, aku rasa aku tak mampu untuk jadi seberani Neerja, ini ditambah lagi dengan situasi yang menakutkan apabila kita tak tahu apa yang akan dilakukan oleh pengganas tersebut dan siapa yang mereka akan bunuh, tambahan lagi ketika babak - babak suspen yang menyaksikan pengganas tersebut melepaskan tembakan secara random dan sesiapa saja boleh terbunuh. Dah la ada orang tua serta kanak - kanak dalam kapal terbang tersebut. Dalam movie ini, Neerja digambarkan sebagai seorang yang ceria dan happy go lucky, suasana akan menjadi meriah dengan kehadiran Neerja, Ini ditambah lagi dia merupakan peminat pelakon Rajesh Khanna. Tak sangka juga yang Neerja ini juga masih muda, baru 23 tahun tapi dia dah berkahwin dan perkahwinannya diatur keluarga namun perkahwinannya tidak bahagia, malah suaminya juga sentiasa mengungkit pasal isu dowry dan akhirnya menyebabkan Neerja kembali semula ke rumah keluarganya. Memiliki wajah yang cantik membuatkan dirinya dapat menjadi model sambilan untuk pelbagai produk dan majalah disamping mempunyai kerjaya tetap iaitu Pramugari.

Aku kagum dengan Neerja yang pantas bertindak, dimana dia cepat - cepat inform pilot yang bertugas bahawa kapal terbang mereka telah di hijack dan membuatkan Pilot alert dan cepat - cepat melarikan diri, jadi kapal terbang tersebut tak dapat nak bergerak disebabkan ketiadaan juruterbang. Neerja juga bertindak bijak dengan cuba menyembunyi passport rakyat Amerika dari pengganas dan membuat mereka tidak dapat mengenal pasti identiti dan menyukarkan mereka untuk memilih penumpang yang nak dibunuh. Dalam situasi yang sukar, Neerja masih mampu berfikir dan cuba menenangkan penumpang dengan memberikan air dan sedikit makanan pada penumpang. Kelihatan Neerja yang paling berani di kalangan pramugari yang ada, manakala yang lain semua dah takut dan menangis. Tambahan lagi Neerja juga adalah ketua pramugari, jadi mestilah dia merasa dia bertanggungjawab untuk mengawal situasi di dalam kapal terbang tersebut. Babak paling suspen sekali mestilah ketika bekalan elektrik dalam kapal terbang tersebut mula terputus dan menyebabkan pengganas menjadi panik dan menyangka itu adalah angkara polis yang nak menyerbu masuk dalam kapal terbang dan membuatkan mereka melepaskan tembakan secara rawak.


Neerja mempertaruhkan nyawanya dengan cuba membuka pintu kecemasan untuk membolehkan penumpang menyelamatkan diri. Walaupun dia boleh menjadi orang pertama yang menyelamatkan diri tapi memilih untuk jadi orang yang terakhir keluar dari kapal terbang dengan keadaan cedera akibat ditembak oleh pengganas ketika cuba mengeluarkan 3 kanak - kanak dari kapal terbang berkenaan. Rasanya scene ketika Neerja ditembak tu mungkin tak begitu sama dengan kejadian sebenar yang berlaku, korang kalau berminat nak tahu tentang kejadian sebenar, rajin - rajinkanlah diri untuk google ye. Apa pun memang berbaloi menonton filem ini dan aku bagi 8.5 Bintang dari 10 Bintang untuk Filem Neerja ini.

Gambar diatas credit to Bollywood Hungama


Read More


My Random Post