Memaparkan catatan dengan label Pemenang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemenang. Papar semua catatan

28 Nov 2022

Final Gegar Vaganza 9 dan Keputusan Markah Konsert



GV9, Gegar Vaganza 9, Finalis GV9, Elly Mazlein, Kak Lina Kepom, Konsert Final GV9, Konsert Akhir GV9, Top 3 GV9,

Berakhir sudah Gegar Vaganza Musim Ke 9 yang menobatkan Jaclyn Victor sebagai juara GV9. Walaupun kemenangan Jaclyn Victor sudah diramal dan bukan satu kejutan, namun semua peserta lain memberikan tentangan yang sengit terutamanya di Konsert Akhir Gegar Vaganza 9 ini. Namun tak dinafikan Jac layak menjadi juara GV9 kerana hasil usahanya dan juga persembahan memukau di kedua - dua pusingan iaitu pusingan solo dan juga Battle Round dengan kumpulan VE. Jac menyanyi lagu rap pun mantap gitu. Bob Yusof juga cemerlang di konsert final GV9 ini, tapi sayangnya di pusingan battle round ianya kurang menyerlah tapi tetap comel okey. Agak kesian juga dengan Shila Amzah kerana dia sakit tekak, masa dia bercakap di sesi sidang media, selepas konsert tu memang hilang terus suara dia, nak bercakap pun susah. Aku rasa persembahan semua finalis di konsert final Gegar Vaganza Musim Ke -9  ni memang best - best belaka. Elly Mazlein a.k.a Kak Lina Kepom memang penyeri GV9 ni kan..Apa pun jom tengok keputusan pemenang GV9 di bawah ini okey..




Keputusan Pemenang Gegar Vaganza 9 (GV9)

Juara GV9 - Jaclyn Victor
Naib Juara - Bob Yusof
Tempat Ketiga - Shila Amzah
Tempat Keempat - Tomok
Tempat Kelima - VE
Tempat Keenam - Hazrul Nizam

Keputusan Markah Peserta Konsert Final GV9

Juara GV9 - Jaclyn Victor (85.86%)
Naib Juara - Bob Yusof (76.28%)
Tempat Ketiga - Shila Amzah (76.02%)
Tempat Keempat - Tomok (75.83%)
Tempat Kelima - VE (72.39%)
Tempat Keenam - Hazrul Nizam (69.75%)

Senarai Juara - Juara Gegar Vaganza

Juara GV1 - Ayai Ilusi
Juara GV2 - Siti Nordiana
Juara GV3 - Azharina Azhar
Juara GV4 - Aishah 
Juara GV5 - Noryn Aziz
Juara GV6 - Naqiu dan Hady Mirza
Juara GV7 - Cliff Umar
Juara GV8 - Aliff Aziz
Juara GV9 - Jaclyn Victor

Jom Baca Ini Juga 👉👉  Drama Jesnita Episod 1 Hingga 40 Di Slot Tiara Astro Prima

Read More

24 Jan 2022

Aliff Aziz Juara Gegar Vaganza Musim Kelapan (GV8)



Aliff Aziz, Bella Astillah, Aliff Aziz Menang GV8, Keputusan Pemenang Gegar Vaganza Musim Kelapan, Senarai Pemenang GV8, Juara GV8 Milik Aliff Aziz,

Walaupun konsisten dalam kedudukan top 3 atau top 4 dalam setiap konsert GV8, ramai yang tidak menyangka Aliff Aziz akan muncul Juara GV8. Selepas beraksi cemerlang di konsert separuh akhir GV8, nama Aweera mula menjadi sebutan peminat untuk menjadi juara. Nama Nikki dan Suki turut disebut - sebut untuk menjadi juara kerana sentiasa konsisten dan memberi saingan sengit. Namun seperti yang dikatakan dalam sidang media selepas konsert, pemilihan lagu yang salah menjadi punca para peserta mendapat markah yang rendah daripada juri. Semua lagu sebenarnya dipilih oleh peserta dan dipersetujui oleh pihak Astro. Berbalik pada kemenangan Aliff Aziz ni, awalnya aku menyangka Nikki akan menjadi juara. 




Namun rezeki memihak pada Aliff. Aliff Aziz menyanyikan lagu Dealova, duet bersama Hafiz Suip kemudian menyanyikan lagu solo bertajuk Sampai Syurga nyanyian asal Faizal Tahir. Memang tak dinafikan kedua - dua lagu tersebut memang kena dengan suara Aliff. Kemudian dalam pusingan Battle pula Aliff Aziz akan berentap dengan Aweera menyampaikan lagu Bangun. Dalam battle round ni pun memang nampak Aliff lebih menyerlah sikit dari Aweera. Walaubagaimanapun dalam segmen battle tu aku lebih suka tengok battle di antara Adibah Noor dan Azan Scan menyanyikan lagu Kami Rappers nyanyian asal kumpulan 4U2C dan juga battle lagu Oppa Gangnam Style nyanyian Suki dan Nikki. Apa pun semua peserta all out malam ini, tahniah untuk semua finalis GV8.

Keputusan Pemenang GV8 

Juara - Aliff Aziz
Naib Juara - Nikki
Tempat Ketiga - Suki
Tempat Keempat - Adibah Noor
Tempat Kelima - Azan Scan
Tempat Keenam - Aweera



Read More

15 Mac 2021

Lagu Gila Menang AJL35



Lagu Gila Menang AJL35, Keputusan Pemenang AJL35, Senarai Pemenang AJL35, Lagu Gila, Anugerah Juara Lagu ke 35, TV3, Penyanyi,

Tahniah buat lagu Gila nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Loca B kerana menjadi juara dan menang AJL 35. Tak dinafikan lagu Gila ni memang best, bila dengar kita pun terikut sekali menyanyi hehehe. Cuma aku tak jangkalah yang lagu Eh nyanyian Zizi Kirana berjaya dapat persembahan terbaik, rezeki dia kan. Tempat kedua atau Naib Juara menjadi milik lagu Semalam nyanyian Aina Abdul, cuma Aina tak tewas pada Ernie Zakri untuk kategori Vokal Terbaik. Tempat ketiga menjadi milik lagu Belenggu Rindu nyanyian Dato Jamal Abdillah dan Wany Hasrita. Tahniah juga pada Ernie Zakri kerana berjaya mengenggam trofi Vokal Terbaik selepas tewas pada Hafiz Suip pada AJL34 yang lalu. Aku ingat lagu Hutang ke lagu Hati tu mungkin akan sangkut tapi tak ada rezeki. Apa pun AJL35 kali ini mencipta sejarah juga bila diadakan tanpa ada penonton. 
Lagu Gila Menang AJL35, Keputusan Pemenang AJL35, Senarai Pemenang AJL35, Lagu Gila, Anugerah Juara Lagu ke 35, TV3, Penyanyi,
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Episod Akhir Drama AKu Yang Kau Gelar Isteri
Read More

24 Dis 2019

Gegar Vaganza 2019 Ada Dua Juara




Juara Gegar Vaganza 2019, Pemenang, Gegar Vaganza Musim Ke - 6, GV6, Hady Mirza, Naqiu Boboy, Gegar Vaganza 2019 Ada Dua Juara,
Hady Mirza dan Naqiu Boboy Juara Gegar Vaganza 2019

Tiada pemenang tempat kedua atau Naib Juara untuk musim ke-6 Gegar Vaganza 2019 ini. Naqiu Boboy dan Hady Mirza berkongsi kejuaraan kerana mereka juga berkongsi markah yang sama, sehingga melayakkan mereka berdua diangkat menjadi juara. Bak kata juri, dua - dua sangat bagus dan dua - dua patut jadi juara. Tapi diorang tak berkongsi hadiahlah kan sebab masing - masing dapat hadiah yang sama gitu hehe. Ramai juga netizen lain tak puas hati dengan keputusan ini, tapi bagi aku okey je, even juara pun tak kisah gitu bila sama - sama menang. Suka tengok pusingan battle antara Hady Mirza dan Naqiu Boboy tu, terbaik gitu. Manakala battle round antara Jatt Ali dan Sham Visa tu comel habis and kelakar hehe. Dalam GV6 ni actually aku sokong Naqiu, Nurfatima dan Roy gitu, tapi tak sangka Hady Mirza juga best gitu. Apa pun tahniah buat Naqiu, Hady Mirza dan semua finalis Gegar Vaganza Musim Ke - 6 ini.



Read More

24 Sep 2019

Mira Filzah Menang Bintang Paling Popular ABPBH32




Mira Filzah, Bintang Paling Popular ABPBH32, ABPBH32, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32, Biodata Terkini Mira Filzah, Mira Filzah Menang Bintang Paling Popular ABPBH32, Mira Filzah Popular, Mira Filzah Menang Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular,
Mira Filzah Menang Besar Dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH32)

Awalnya aku tak dapat nak agak siapa yang akan menang Bintang Paling Popular ABPBH32 ni sampailah Mira Filzah menang kategori Pelakon TV Wanita Popular tu. Pastu aku dah yakin yang Mira Filzah akan menang besar punya hehehe. Pastu dia terus menang and menang gitu, 4 kategori dia menang, tahniah Mira. Lagi pun memang layak kot Mira Filzah menang sebab 3 drama bersiri lakonannya sebelum ini memang popular dan diminati penonton iaitu drama Lelaki Kiriman Tuhan, Pujaan Hati Kanda dan last sekali drama Sweet Dreams. Mira Filzah juga turut muncul dalam filem Sangkar baru - baru ini yang turut mendapat perhatian peminat filem tanah air. Selain Bintang Paling Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, Mira Filzah juga turut menang dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular dan Kategori Online untuk Gandingan Serasi Drama Popular untuk drama Pujaan Hati Kanda bersama Remy Ishak.




P/s - Aku tak faham kenapa wujudkan kategori Artis Korea Popular dengan Artis Indonesia Popular, dah lah tak datang ambik award pun hehehe, lainlah kalau datang kan hahaha, maybe bajet tak cukup kot especially kalau nak jemput artis Korea Popular datang and perform haha.

Jom Baca ini juga ➔ Biodata Terkini Mira Filzah

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

31 Mac 2019

Keputusan Pemenang Festival Filem Malaysia Ke - 30




FFM30, Festival Filem Malaysia Ke - 30, Keputusan Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-30, Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke - 30 (FFM30), Filem One Two Jaga Menang Besar, Filem One Two Jaga Menang Filem Terbaik Dalam FFM30, Filem Melayu, Malay Movies,

Mengangkat tema ‘Inspirasi Sinemaku’, majlis berprestij #FFM30 telah berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Adibah Noor. Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) mempertandingkan 24 kategori termasuk tiga anugerah khas. Sebanyak 42 karya yang bertanding, 25 daripadanya adalah filem berbahasa Malaysia, 8 naskhah Mandarin, 7 Tamil dan 2 lagi Kantonis. Tahniah buat filem One Two Jaga kerana menang besar di FFM30 kali ini, dimana filem One Two Jaga tercalon untuk 10 anugerah dan berjaya memenangi enam daripadanya. Jadi kat sini aku nak share keputusan pemenang FFM30, jom tengok senarai pemenang di bawah ini ye.




Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke - 30 (FFM30)



Filem Terbaik :
One Two Jaga (Pixel Play Entertainment)


Pengarah Terbaik :
Namron (One Two Jaga) 

Pelakon Lelaki Terbaik :
Rosdeen Suboh (One Two Jaga)

FFM30, Festival Filem Malaysia Ke - 30, Keputusan Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-30, Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke - 30 (FFM30), Filem One Two Jaga Menang Besar, Filem One Two Jaga Menang Filem Terbaik Dalam FFM30, Filem Melayu, Malay Movies, Filem One Two Jaga, Poster Filem One Two Jaga, Pelakon Filem One Two Jaga, Along Eyzendy, Amerul Affendi, Ario Bayu, Zahiril Adzim, Vanida Imran, Rahhim Omar, Rosdeen Suboh, Izuan Fitri, Azman Hassan, Chew Kin Wah,



Pelakon Wanita Terbaik :
Datin Seri Umie Aida (Dukun)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik :
Hasnul Rahmat (Polis Evo 2) 

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik :
Nabila Huda (Makrifat Cinta)

Pengarah Harapan :
Quek Shio Chuan (Guang) 

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik :
Eng Wei Jie (Rise Of The Legend: Lee Chong Wei)

Pelakon Wanita Harapan :
Jaya Ganason (The Farm En Veettu Thottathil) 

Pelakon Lelaki Harapan :
Kyo Chen (Guang)

Anugerah Khas Juri 1 :
Paskal The Movie (Asia Tropical Films Sdn Bhd) 

Anugerah Khas Juri 2 :
Vedigundu Pasangge (Veedu Production Sdn Bhd)

Anugerah Khas Juri 3 :
Busker (Astro Shaw Sdn Bhd) 

Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman :
Seniman AR Badul

Anugerah Penggiat Belakang Tabir :
Habsah Hassan

Filem Box Office :
Munafik 2 (Skop Productions Sdn Bhd) 

Lakon Layar Terbaik :
Amri Rohaiyat, Fared Ayam & Namron (One Two Jaga) 

Sinematografi Terbaik :
Yeong Tuck Wei (Guang)

Cerita Asal Terbaik :
Pitt Haniff, Muhammad Syafiq & Namron (One Two Jaga) 

Kostum & Busana Terbaik :
Andy Sulaiman (Dukun) 

Penataan Bunyi Terbaik :
Imaginex Studio Sdn Bhd (Pulang)

Penataan Seni Terbaik :
Chan Hsien Yu (Guang) 

Kesan Khas Terbaik :
Pixelpost (Dukun)

Penyunting Terbaik :
Raja Affandi Raja Jamaludin (Dukun)

Skor Muzik Asal Terbaik :
Nick Davis (Two Sisters) 

Poster Terbaik :
Jazzy Pictures (One Two Jaga)

Lagu Tema Terbaik :
Atma Jiwa, Monoloque (Busker)

- Tahniah buat semua pemenang FFM30 -

(Blog Dari Hati Miss MuLaN)


Read More

5 Feb 2019

Keputusan Pemenang AJL33




AJL33, #AJL33, Anugerah Juara Lagu Ke - 33, AJL 2018, Pertandingan, Nyanyian, Penyanyi Malaysia, Artis Malaysia, Lagu Best, Keputusan Pemenang AJL33, Senarai Pemenang AJL33, Juara AJL33, Lagu Haram, Finalis, Final, TV3, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Lagu Bunga, Ara Johari, Lagu Sampai Bila, Misha Omar, Lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi, Lagu Kau Pun Sama, Syamel,
Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke - 33 ( #AJL33 )

3 Februari 2019 berlangsungnya Anugerah Juara Lagu Ke - 33 yang menyaksikan 12 finalis berentap di pentas akhir. Semua finalis AJL33 memberikan persembahan terbaik dan nyanyian yang memukau. Namun rezeki memihak pada Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini apabila lagu nyanyian mereka iaitu lagu Haram dipilih sebagai pemenang utama AJL33. Lebih manis bila Dayang Nurfaizah adalah Juara AJL31 menerusi lagu Lelaki Teragung manakala Hael Husaini adalah Juara AJL32 menerusi lagu Jampi dan bila mereka berdua bergabung dan berduet dalam lagu Haram, sekali lagi mereka menjadi juara dan dua - dua pun menang hehe. Paling best dan tak sangka lagi boleh ada hujan gitu atas pentas masa lagu Haram tu. Wow first time kot aku tengok diorang boleh bagi hujan atas pentas tu hehe. Ikutkan aku tak jangka pun yang lagu Haram boleh menang sebab ramai yang jangka Misha Omar atau Siti Sarah boleh menang tempat pertama. Rasanya ramai juga yang terkejut lagu Bunga nyanyian Ara Johari boleh jadi naib juara dan lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar dapat tempat ketiga, tapi api Ara dah nyanyi sehabis baik untuk lagu Bunga tu.




Apa pun rezeki masing - masing kan, apa pun aku suka juga dengan persembahan Syamel menerusi lagu Kau Pun Sama, siap menari lagi, comel betul tengok Syamel menari hehehe susah kot nak menari sambil menyanyi kan, pastu suara Syamel maintain je. Selain itu vokal para finalis AJL33 ni semuanya best - best belaka. Nyanyian Misha Omar memang terbaik, persembahan simple tapi mengagumkan dengan suaranya yang powerful, memang patut menang vokal terbaik untuk Anugerah Juara Lagu ke 33 ini. Sebelum ini aku tak begitu suka sangat dengan lagu Di Matamu tu, sampailah Zamani nyanyi lagu Di Matamu kat GV5 barulah aku makin suka dengan lagu tersebut. Nampaknya Sufian Suhaimi all out nyanyi lagu ni dan aku suka pula dengan susunan muzik lagu tersebut kat AJL33 ni. Pastu siap ada pelamin lagi dan bersanding sorang - sorang tu memang epik hahaha. Patutlah boleh menang persembahan terbaik gitu dan persembahannya itu agak kontroversi jugalah sebab ada pihak lain yang terasa. Tapi Sufian Suhaimi dah jawab pun semua soalan - soalan berkaitan persembahannya kat AJL33 itu kat wartawan. Apa pun tahniah buat semua pemenang Anugerah Juara Lagu Ke 33 ini. #AJL33


Anugerah Juara Lagu menjadi milik lagu Haram nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah
Naib Juara - Lagu Bunga nyanyian Ara Johari
Tempat Ketiga - Lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar
Vokal Terbaik - Misha Omar (lagu Sampai Bila)
Persembahan Terbaik - Sufian Suhaimi menerusi lagu Di Matamu
Read More

17 Jan 2019

Biodata Haneesya Hanee - Bekas Juara Dewi Remaja 2018 / 2019




Haneesya Hanee, Biodata Haneesya Hanee, Biodata Lengkap Haneesya Hanee, Juara Dewi Remaja 2018 / 2019, Pelakon Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek, Kontroversi Haneesya Hanee, 2019,
Biodata Lengkap Bekas Juara Dewi Remaja 2018 / 2019 - Haneesya Hanee

Model dan pelakon Haneesya Hanee akhirnya dinobatkan sebagai Juara Dewi Remaja Edisi 2018 / 2019. Ikutkan sebelum Haneesya Hanee ni join Dewi Remaja lagi, ramai yang dah kenal dia sebab dia ada berlakon sebagai Zaza dalam drama Cik Reen Encik Ngok Ngek. Kemudin dia juga ada muncul dalam muzik video Andi Bernadee untuk lagu popular Satu Peluang yang juga OST untuk drama Cik Reen dan Encik Ngok Ngek itu. Rasanya ramai finalis Dewi Remaja, especially juara - juara Dewi Remaja edisi terdahulu dah berjaya dengan karier lakonan masing - masing. Apa pun jom tengok profil / biodata Haneesya Hanee ini di bawah ye.




Biodata Terkini Haneesya Hanee

Nama Penuh: Sharifah Haneesya Binti Sayed Sahlan
Nama Komersil : Haneesya Hanee
Umur: 19 Tahun (2019)
Tarikh Lahir: 11 Februari 2000
Asal : Kuala Lumpur
Berat : 60 kg
Tinggi : 170 cm
Kerjaya : Model dan juga Pelakon
Anugerah: Juara Dewi Remaja 2018 / 2019
Senarai Drama Lakonan Haneesya Hani : Cik Reen Encik Ngok Ngek
Muzik Video : Satu Peluang (Andi Bernadee)
Media Sosial Haneesya Hanee : https://www.instagram.com/haneesyahanee/
Fakta Menarik Mengenai Haneesya Hanee
- Haneesya ingin mewujudkan kesedaran tentang isu yang dihadapinya seperti Disleksia, Scoliosis & Thalassemia.
Kontroversi: Baru saja menang dah ada satu video yang kurang best dah viral mengenai Haneesya Hanee dan beberapa budak Dewi Remaja yang lain. Adakah kejuaraannya akan ditarik balik?..
Update! - 17/1/2019
➤ Gelaran Dewi Remaja 2018 / 2019 yang dimenangi oleh Haneesya Hanee telah ditarik balik kerana didapati telah melanggar kontrak Dewi Remaja. Selain itu tempat Haneesya Hanee sebagai Dewi Remaja tidak akan diganti oleh penyandang kedua. Ini bermakna Dewi Remaja 2018 / 2019 tiada pemenang.
Gelaran Dewi Remaja Haneesya Hanee ditarik balik, Dewi Remaja, Dewi Remaja 2018 / 2019, Majalah Remaja, Haneesya Hanee, Tiada Pemenang Untuk Dewi Remaja 2018 / 2019,
Gelaran Dewi Remaja 2018 / 2019 telah ditarik balik
Read More

21 Dis 2018

Miss World and Miss Universe 2018





Hari ini saja nak share siapa yang menang Miss World 2018 dan juga Miss Universe 2018 yang berlangsung baru - baru ini.

Vanessa Ponce de Leon dari Mexico dinobatkan sebagai Miss World 2018
Miss World 2018 Winner, Vanessa Ponce de Leon, Miss Mexico 2018, Vanessa Ponce De Leon From Mexico Win Miss World 2018, Miss World and Miss Universe 2018, Pertandingan Ratu Cantik, Ratu Cantik Dunia,
Ini adalah kali pertama negara Mexico menang untuk Miss World 2018, sebelum ini Manushi Chhillar dari India telah menang Miss World 2017.
Miss World 2018 Winner, Vanessa Ponce de Leon, Miss Mexico 2018, Vanessa Ponce De Leon From Mexico Win Miss World 2018, Miss World and Miss Universe 2018,




Manakala Catriona Gray dari Philippines telah dinobatkan sebagai Miss Universe 2018
Miss Universe 2018 Winner, Catriona Gray From Philippines Win Miss Universe 2018, Miss Philippines Catriona Gray Win Miss Universe 2018, Pertandingan Ratu Cantik 2018, Miss Universe 2018, Miss World and Miss Universe 2018,

Ini adalah kali ketiga ratu cantik dari Filipina menang Miss Universe gitu.
Miss Universe 2018 Winner, Catriona Gray From Philippines Win Miss Universe 2018, Miss Philippines Catriona Gray Win Miss Universe 2018, Pertandingan Ratu Cantik 2018, Miss Universe 2018, Miss World and Miss Universe 2018,
Read More

25 Sep 2018

Sarah Suhairi Juara Big Stage 2018




Sarah Suhairi, Penyanyi, Artis Malaysia, Peserta Big Stage, Finalis Big Stage, Juara Big Stage 2018, Pemenang, Lagu Best, Lagu Nyawa dan Raga Nyanyian Sarah Suhairi, Sarah Suhairi Juara Big Stage 2018, Keputusan Final Big Stage 2018, Baby Shima,

Konsert Final Big Stage semalam berlangsung meriah dan menobatkan Sarah Suhairi menjadi Juara Big Stage Musim Pertama. Syafiq Farhain pula menjadi naib juara, manakala Afieq Shazwan mendapat tempat ketiga diikuti Wani Kayrie dan Baby Shima. Juri jemputan untuk konsert final Big Stage ini pula adalah Mas Idayu dan Mark Adam. Juri tetap Big Stage iaitu Faizal Tahir turut membuat persembahan khas dengan lagu terbarunya Ragaman, manakala Dato Seri Siti Nurhaliza pula berduet dengan Alif Satar lagu Kisah Yang Ku Inginkan. Sarah Suhari menyampaikan lagu barunya iaitu Nyawa & Raga dan juga Awan Yang Terpilu nyanyian asal Ning Baizura. Memang rezeki Sarah Suhairi menang besar gitu, walaupun di peringkat awal dia antara peserta underdog dan aku sendiri pun tak kenal Sarah Suhairi ini sampailah dia masuk pertandingan Big Stage ini, pastu jadi juara pula. 




Berbanding semua lagu baru finalis lain, aku paling suka dengan lagu baru Sarah Suhairi iaitu Nyawa dan Raga sebab catchy, rancak dan sedap didengar, siap ada part rapping gitu. First time dengar pun terus suka dengan lagu Nyawa & Raga itu, dan lrik lagu tersebut juga membawa makna yang mendalam mengena sahabat dan persahabatan. Manakala lagu baru finalis lain agak biasa
biasa saja bagi pendapat akulah kan. 
Awalnya aku ingatkan Syafiq Farhain yang menang sebab sebelum ini dia tak berada di kedudukan bottom three namun rezeki memihak pada Sarah. Aku suka juga dengar suara Sarah Suhairi ini, tone suara dia sedap didengar. Manakala Wani Kayrie pula membuat persembahan pembukaan dengan lagu Pematah Hati yang telah ditukar menjadi rentak Irama Malaysia gitu. Memang nampak meriah dan happening atas pentas tu, suara Wani Kayrie pun sedap je menyanyi lagu dalam Irama Malaysia ini, cuma aku tak berapa suka dengan persembahan kedua Wani, mungkin sebab lagu barunya itu tidak disukai aku.
rah Suhairi, Penyanyi, Artis Malaysia, Peserta Big Stage, Finalis Big Stage, Juara Big Stage 2018, Pemenang, Lagu Best, Lagu Nyawa dan Raga Nyanyian Sarah Suhairi, Sarah Suhairi Juara Big Stage 2018, Keputusan Final Big Stage 2018, Baby Shima,
 Afieq Shazwan pula menyerlah dengan persembahan kedua lagu rancak iaitu Foot Loose. Manakala Baby Shima pula menyerlah dengan lagu balada iaitu lagu barunya yang bertajuk Sirna. Walaupun suara Baby Shima sedap menyanyikan lagu ini tapi lagunya itu tidak begitu aku suka. Manakala persembahan keduanya, dia menyampaikan lagu Police Entry. Aku rasa pemilihan lagu ini kurang sesuai, Baby Shima patut pilih lagu yang lebih mencabar, tak pun kalau dia nyanyi lagu irama Malaysia maybe lebih best dan harapan untuk berada dalam top 3 akan lebih cerah gitu. Rasanya Big Stage ini hampir pasti akan ada musim kedua nanti, entah siapa yang akan masuk nanti, apa pun tahniah buat semua finalis kerana berjaya sampai ke peringkat akhir Big Stage ini. Tahniah juga buat Sarah Suhairi kerana menjadi juara Big Stage 2018 ini.

Read More

14 Mei 2018

Keputusan Pemenang DFKL 2018

Keputusan Pemenang DFKL 2018, Senarai Pemenang DFKL 2018, Anugerah, DFKL2018, Drama Festival Kuala Lumpur 2018, Artis Malaysia, Pelakon Malaysia, Pemenang, Shukri Yahaya, Syafiq Kyle, Ayda Jebat, Zul Ariffin, Janna Nick, Drama Pilihan, Dekatkan Jarak Kita,
Senarai Pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018

DFKL 2018 kali ini dihoskan oleh Ajak Shira dan Nabila Huda serta ada 11 anugerah yang dipertandingkan. So jom tengok artis mana dan drama apakah yang menang anugerah dalam DFKL tahun ini.




  1. Drama Pilihan Tonton VIP - Drama Zahir Tak Terucap
  2. Lagu Tema Pilihan - Sumpah Cintaku (Asfan)
  3. Drama Pendek Pilihan - Manikam Dalam Lipatan
  4. Skrip Pilihan - Farhana Fauri (Titian Cinta)
  5. Pengarah Pilihan - Heykal Hanifah (Titian Cinta)
  6. Selfie Paling Drama - Ain Edruce 
  7. Antagonis Pilihan - Shukri Yahaya (Andainya Takdir)
  8. Pasangan Pilihan - Syafiq Kyle & Ayda Jebat
  9. Aktor Pilihan - Zul Ariffin
  10. Aktres Pilihan - Janna Nick (Biarlah Aku Jadi Penunggu)
  11. Drama Pilihan - Dekatkan Jarak Kita
Tahniah buat semua pemenang..
Read More

23 Feb 2018

Hadiah Giveaway Dari Mek Zumbie Dah Sampai

Hadiah Giveaway Dari Mek Zumbie, Menang, Pemenang, Hadiah Saguhati, Rezeki, 2018,
Hadiah Giveaway Dari Mek Zumbie

Sebelum ini aku ada join Mek Zumbie 2k18 Giveaway, hadiah - hadiah giveaway anjuran Mek Zumbie ni memang best - best belaka. Walaupun aku tak menang hadiah utama, tapi nasib baik Mek Zumbie menambah hadiah lagi kiranya macam ala - ala hadiah saguhati gitu dan rezeki aku dapat menang hadiah best dan cute seperti dalam gambar di atas. Terima Kasih buat Mek Zumbie kerana bermurah hati untuk menambah hadiah dan menganjurkan giveaway yang awsome ini, hope lepas ini ada giveaway lain pula yang boleh disertai hehehe.

Read More

28 Okt 2017

Antara Kemenangan Dan Kontroversi Kamal Adli

Kamal Adli, Kontroversi Kamal Adli, Zahirah Macwilson, Emma Maembong, Zul Ariffin, Juara, Super Spontan Superstar 2017, Hero Remaja, Lawak Spontan, Game, Zizan Razak, Final, Finalis, Pelakon, Drama Duda Pujaan Dara,
Antara Kemenangan Dan Kontroversi Kamal Adli

Di sebalik segala kontroversi yang melanda pelakon Kamal Adli berhubung dengan perhubungan cintanya bersama pelakon Emma Maembong, ternyata rezeki memihak pada Kamal Adli kerana berjaya menjadi Juara Super Spontan Superstar 2017. Di Final Super Spontan Superstar 2017 itu kelihatan juga Emma Maembong berada disitu untuk memberikan sokongan. Mungkin mereka dah berbaik – baik agaknya, yela bercinta bertahun – tahun memang sayanglah kalau putus di tengah jalan kan. Kamal Adli juga berjaya membuktikan bahawa pelakon juga boleh menjuarai pertandingan lawak spontan tersebut, yang sebelum ini didominasi oleh para pelawak saja. Malah kelihatan tidak ramai artis yang dari kalangan pelakon mahu pun penyanyi berani untuk bersaing di pentas Super Spontan ini. Sebenarnya dari Super Spontan musim lalu lagi dah nampak yang Kamal Adli memang pandai bermain game dan permainan yang ada dalam Super Spontan ini. Cuma tahun lalu, rezeki tak memihak padanya apabila tersingkir di semi final.

Berbeza pada tahun ini, title juara menjadi milik Kamal Adli, tahniah buat Kamal Adli. Selain masuk pertandingan Super Spontan Superstar 2017 ini, bekas juara Hero Remaja ini juga memang aktif berlakon. Aku juga suka tengok drama – drama lakonan Kamal Adli ini antaranya drama Pergilah Air Mata dan paling terbaru adalah Drama Duda Pujaan Dara yang dah tamat disiarkan di Astro baru – baru ini. Malah filem lakonannya bersama Tiz Zaqyah turut keluar di pawagam tahun ini iaitu Kolestrol VS Cinta.  Apa pun ketika drama Duda Pujaan Dara tengah hangat disiarkan di Astro, aku menjadi salah seorang penonton setia drama tersebut. Aku suka dengan gandingan Kamal Adli bersama Zahirah Macwilson dalam Drama Duda Pujaan Dara itu kerana gandingan mereka berdua sangat serasi dan sepadan. Tak sangka pula selepas habis drama itu, Kamal Adli terlibat dalam kontroversi, malah nama Zahirah Macwilson juga turut terkait sekali dan akhirnya menyaksikan Kamal dan Zahirah bergaduh.  Nasib baik Zul Ariffin  tak bagi apa – apa statement pada media, kalau tidak keadaan pasti akan jadi lebih teruk.  Zul Ariffin releks dan cool saja.

Aku sebenarnya tak tahu sangat apa punca sebenar yang buatkan hal ini menjadi kontroversi tapi aku harapkan semuanya akan selesai dengan cara baik. Buang yang keruh ambil yang jernih dan semoga kedua – dua pasangan tersebut iaitu Emma dan Kamal serta Zahirah dan Zul akan ke jinjang pelamin nanti. Berbalik pada Super Spontan, aku suka tengok interaksi Kamal Adli dan Zizan Razak, diorang berdua nampak okey, cool dan gila – gila. Sebelum ini ramai yang ingat Kamal dan Zizan tak boleh digandingkan, tapi bila tengok diorang slumber saja main game sama – sama serta bergurau senda di atas pentas itu, seolah – olah tiada apa yang berlaku membuatkan mereka berdua nampak professional dan  sweet together hahaha. Selain Kamal dan Zizan, kehadiran Johan disitu turut mengubat kerinduan peminat yang merindukan Jozan. Kalau bab – bab sweet ini, siapa boleh lawan Jozan, aku harap Jozan juga boleh buat show  sama – sama di TV seperti Jozan Show yang pernah disiarkan dulu, atau pun ala – ala Sepahtu Reunion Live tu. Baru best dapat tengok tiap – tiap minggu, kan. Apa pun tahniah buat semua finalis dan pemenang Super Spontan Superstar 2017.

Gambar di atas credit to Kosmo
Read More

8 Feb 2017

Ernie Zakri & Syamel Juara Duo Star

Juara Duo Star, Pertandingan Nyanyian, Artis Malaysia, Penyanyi, Ernie Zakri, Syamel AF, Berduet, Lagu, Design By Photoscape,
Ernie Zakri & Syamel Juara Duo Star

Menepati ramalan dan jangkaan ramai apabila pasangan duo iaitu Ernie Zakri dan Syamel menang dan menjadi Juara Duo Star musim pertama. Dari konsert pertama lagi memang dah nampak mereka boleh jadi juara, tambahan lagi mereka berdua juga tak pernah berada dalam kedudukan bottom two sebaliknya sentiasa top 3. Suara mereka berdua juga sesuai dan serasi untuk berduet, paling best sampai keluar gosip yang mereka berdua ni bercinta hehe. Rasanya semua pun tahu yang Syamel ni merupakan Naib Juara AF2015 manakala Ernie Zakrie ni Juara Bintang RTM 2009. Rasanya aku memang dah kenal Ernie Zakrie ni masa dia masuk Bintang RTM lagi tapi lepas tu lagu - lagu dia tidak begitu menyerlah walaupun mempunyai suara yang sedap sampai jadi guru vokal pula tu. Lepas lagu Jangan Marah mula popular barulah nama Ernie Zakrie ni makin menyinar, tambah - tambah menang Duo Star pula tu. Tahniah buat Ernie dan Syamel AF2015.

Aku juga suka single terbaru Syamel yang bertajuk Lebih Sempurna tu, sedap juga lagu tu, lepas ini boleh keluarkan single duet pula dengan Ernie kan. Masa di Final Duo Star, Ernie dan Syamel menyampaikan dua lagu iaitu lagu Balqis dan Lagu Kau Lupa Janji yang dibaladakan. Sedap juga lagu Kau Lupa Janji tu, yang mana penyanyi asal lagu itu adalah Jamal Abdillah. Juri - Juri Duo Star yang terdiri daripada Dato Acis, Adibah Nor dan Dato Hattan siap bagi pujian dan standing ovation lagi pada Syamel dan Ernie selepas mereka menyanyikan lagu Kau Lupa Janji itu. Pasangan duo yang lain turut memberikan persembahan yang terbaik. Kaka Azraff dan Awi Rafael menjadi Naib Juara Duo Star manakala finalis lain terdiri daripada Haiza dan Epol Drama Band serta Ayai Ilusi dan Firman.

Read More


My Random Post