25 Sep 2018

Sarah Suhairi Juara Big Stage 2018




Sarah Suhairi, Penyanyi, Artis Malaysia, Peserta Big Stage, Finalis Big Stage, Juara Big Stage 2018, Pemenang, Lagu Best, Lagu Nyawa dan Raga Nyanyian Sarah Suhairi, Sarah Suhairi Juara Big Stage 2018, Keputusan Final Big Stage 2018, Baby Shima,

Konsert Final Big Stage semalam berlangsung meriah dan menobatkan Sarah Suhairi menjadi Juara Big Stage Musim Pertama. Syafiq Farhain pula menjadi naib juara, manakala Afieq Shazwan mendapat tempat ketiga diikuti Wani Kayrie dan Baby Shima. Juri jemputan untuk konsert final Big Stage ini pula adalah Mas Idayu dan Mark Adam. Juri tetap Big Stage iaitu Faizal Tahir turut membuat persembahan khas dengan lagu terbarunya Ragaman, manakala Dato Seri Siti Nurhaliza pula berduet dengan Alif Satar lagu Kisah Yang Ku Inginkan. Sarah Suhari menyampaikan lagu barunya iaitu Nyawa & Raga dan juga Awan Yang Terpilu nyanyian asal Ning Baizura. Memang rezeki Sarah Suhairi menang besar gitu, walaupun di peringkat awal dia antara peserta underdog dan aku sendiri pun tak kenal Sarah Suhairi ini sampailah dia masuk pertandingan Big Stage ini, pastu jadi juara pula. 




Berbanding semua lagu baru finalis lain, aku paling suka dengan lagu baru Sarah Suhairi iaitu Nyawa dan Raga sebab catchy, rancak dan sedap didengar, siap ada part rapping gitu. First time dengar pun terus suka dengan lagu Nyawa & Raga itu, dan lrik lagu tersebut juga membawa makna yang mendalam mengena sahabat dan persahabatan. Manakala lagu baru finalis lain agak biasa
biasa saja bagi pendapat akulah kan. 
Awalnya aku ingatkan Syafiq Farhain yang menang sebab sebelum ini dia tak berada di kedudukan bottom three namun rezeki memihak pada Sarah. Aku suka juga dengar suara Sarah Suhairi ini, tone suara dia sedap didengar. Manakala Wani Kayrie pula membuat persembahan pembukaan dengan lagu Pematah Hati yang telah ditukar menjadi rentak Irama Malaysia gitu. Memang nampak meriah dan happening atas pentas tu, suara Wani Kayrie pun sedap je menyanyi lagu dalam Irama Malaysia ini, cuma aku tak berapa suka dengan persembahan kedua Wani, mungkin sebab lagu barunya itu tidak disukai aku.
rah Suhairi, Penyanyi, Artis Malaysia, Peserta Big Stage, Finalis Big Stage, Juara Big Stage 2018, Pemenang, Lagu Best, Lagu Nyawa dan Raga Nyanyian Sarah Suhairi, Sarah Suhairi Juara Big Stage 2018, Keputusan Final Big Stage 2018, Baby Shima,
 Afieq Shazwan pula menyerlah dengan persembahan kedua lagu rancak iaitu Foot Loose. Manakala Baby Shima pula menyerlah dengan lagu balada iaitu lagu barunya yang bertajuk Sirna. Walaupun suara Baby Shima sedap menyanyikan lagu ini tapi lagunya itu tidak begitu aku suka. Manakala persembahan keduanya, dia menyampaikan lagu Police Entry. Aku rasa pemilihan lagu ini kurang sesuai, Baby Shima patut pilih lagu yang lebih mencabar, tak pun kalau dia nyanyi lagu irama Malaysia maybe lebih best dan harapan untuk berada dalam top 3 akan lebih cerah gitu. Rasanya Big Stage ini hampir pasti akan ada musim kedua nanti, entah siapa yang akan masuk nanti, apa pun tahniah buat semua finalis kerana berjaya sampai ke peringkat akhir Big Stage ini. Tahniah juga buat Sarah Suhairi kerana menjadi juara Big Stage 2018 ini.

Tiada ulasan:

Catat Komen



My Random Post