21 Sep 2018

Sinopsis Drama Korea - Misty




Misty, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Misty, Drama Korea Misty, Sinopsis Misty, Watak Pelakon, Sinopsis Penuh Korean Drama Misty, JTBC, 2018, Poster, Misty Cast, Pelakon Drama Korea Misty, Kim Nam Joo, Ji Jin Hee, Jeon Hye Jin, Go Joon, Jin Ki Joo, Ahn Nae Sang, Lee Kyoung Young, Im Tae Kyung, Suspen, Ending Misty,
Sinopsis Misty - Korean Drama

Hari ini aku nak share sinopsis drama Korea Misty yang mempunyai 16 episod dan disiarkan di channel JTBC bermula 2 Februari 2018 dan tamat pada 24 March yang lalu. Jalan cerita Korean Drama Misty ini memang best, penuh suspen dan misteri, pendek katanya memang berbaloi layan drama Korea Misty ini, plus para pelakon drama ini juga memang terbaik gitu. Jom tengok senarai pelakon drama ini dibawah okey..

Watak Pelakon Drama Korea Misty
Kim Nam Joo sebagai Go Hye Ran
Ji Jin Hee sebagai Kang Tae Wook
Jeon Hye Jin sebagai Seo Eun Joo
Go Joon sebagai Lee Jae Young / Kevin Lee
Jin Ki Joo sebagai Han Ji Won
Ahn Nae Sang sebagai Kang Ki Joon
Lee Kyoung Young sebagai Jang Gyu Seok
Im Tae Kyung sebagai Ha Myung Woo


Go Hye Ran seorang wanita yang sangat mementingkan kerjayanya, dia bermula sebagai seorang wartawan dan kemudian menjadi pembaca berita slot utama di sebuah stesen tv terkenal. Go Hye Ran berjaya dalam kariernya dan popular serta kekal bertahan menjadi pembaca berita utama di stesen tv berkenaan hampir 7 tahun. Keadaan mula berubah bila orang atasannya telah mencari pelapis dan penggantinya iaitu Han Ji Won. Go Hye Ran masih belum mahu berundur dan ingin mengekalkan jawatannya dengan apa cara sekalipun. Hal ini secara tak langsung membuatkan Go Hye Ran dan Han Ji Won bermusuh dan saling mencari peluang untuk menjatuhkan antara satu sama lain. Bagi Go Hye Ran, kerjayanya sebagai pembaca berita adalah segala - galanya bagi dirinya, malah dia lebih mengutamakan kariernya berbanding suaminya sendiri dan membuatkan hubungannya dengan suaminya makin retak menunggu belah. Suaminya Kang Tae Wook adalah seorang peguambela yang datang dari keluarga terhormat dan kaya - raya. Kang Tae Wook sangat menyayangi isterinya itu, tapi dia sangat kecewa dengan tindakan Go Hye Ran yang sanggup mengugurkan kandungannya demi mencapai cita - citanya sebagai seorang pembaca berita dan membuatkan hubungan antara mereka menjadi dingin bertahun - tahun lamanya.




Kevin Lee merupakan seorang pemain Golf yang berjaya dan sentiasa menang dalam setiap pertandingan yang disertainya. Hal ini membuatkan semua stesen tv ingin menemuramahnya dan Go Hye Ran menawarkan dirinya untuk memujuk Kevin Lee untuk ditemuramah secara ekslusif olehnya, dengan syarat jawatannya sebagai pembaca berita utama di stesen tv berkenaan dikekalkan. Syarat yang dikemukakan Go Hye Ran diterima oleh pihak atasan dan Go Hye Ran berjaya mengekalkan jawatannya buat sementara waktu. Rupa - rupanya Kevin Lee itu adalah bekas kekasih Go Hye Ran, sebelum Go Hye Ran meninggalkannya untuk berkahwin dengan Kang Tae Wook yang lebih berjaya dan kaya berbanding Kevin Lee yang tidak punya apa - apa ketika itu. Go Hye Ran juga terkejut bila dapat tahu yang Kevin Lee sudah berkahwin dengan Seo Eun Joo yang merupakan kawan baiknya. Kevin Lee juga bersetuju untuk ditemubual oleh Go Hye Ran tanpa banyak soal, rupa - rupanya Kevin Lee sebenarnya terluka dan berdendam dengan Go Hye Ran kerana telah meninggalkannya suatu ketika dulu. Dia sengaja menerima tawaran Go Hye Ran itu supaya dapat rapat dengannya serta melihat sejauh mana Go Hye Ran bahagia dengan Kang Tae Wook itu. Asal ada peluang, Kevin Lee akan cuba menggoda Go Hye Ran, namun tindakannya tidak dilayan oleh Go Hye Ran.
Misty, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Misty, Drama Korea Misty, Sinopsis Misty, Watak Pelakon, Sinopsis Penuh Korean Drama Misty, JTBC, 2018, Poster, Misty Cast, Pelakon Drama Korea Misty, Kim Nam Joo, Ji Jin Hee, Jeon Hye Jin, Go Joon, Jin Ki Joo, Ahn Nae Sang, Lee Kyoung Young, Im Tae Kyung, Suspen, Ending Misty,
Kevin Lee memang seorang kaki perempuan, dirinya sudah beberapa kali curang, namun isterinya masih memaafkannya. Kali ini Kevin Lee ada skandal pula dengan Han Ji Won. Hal ini diketahui oleh Go Hye Ran dan menggunakan isu ini untuk menjatuhkan Han Ji Won dan Han Ji Won ditukarkan ke tempat lain buat sementara waktu. Kevin Lee juga cuba untuk meruntuhkan rumahtangga Go Hye Ran dengan Kang Tae Wook, dia sengaja membuat Kang Tae Wook cemburu dan bergaduh dengan Go Hye Ran. Isteri Kevin Lee iaitu Seo Eun Joo langsung tidak tahu mengenai kisah cinta Go Hye dan suaminya suatu ketika dulu, malah dirinya juga tidak tahu apa yang cuba dilakukan oleh suaminya itu pada Go Hye Ran. Tak lama kemudian Kevin Lee telah mati dibunuh dan Go Hye Ran menjadi suspek utama kes pembunuhan Kevin Lee itu. Go Hye Ran mengatakan dirinya tidak bersalah namun polis tidak mempercayainya. Hal ini diburukkan lagi dengan detektif Kang Ki Joon yang menyiasat kes tersebut, kelihatan obses untuk menangkap Go Hye Ran itu. Ketika dirinya dituduh sebagai pembunuh, suaminya Kang Tae Wook hadir semula dalam hidupnya dan menjadi peguambelanya serta cuba menyelamatkannya dari segala ketidakadilan yang berlaku.

Seorang lelaki misteri bernama Ha Myung Woo turut muncul semula dalam hidup Go Hye Ran dan sentiasa memerhatikan Go Hye Ran dari jauh. Siapa lelaki misteri tersebut dan kaitannya dengan Go Hye Ran? Apa sebenarnya yang berlaku? siapa pembunuh Kevin Lee?, adakah Go Hye Ran hanya berlakon seolah - olah tidak bersalah? Apa yang dilakukan oleh isteri Kevin Lee setelah mengetahui kisah sebenar? kenapa detektif tersebut terlalu obses untuk menangkap Go Hye Ran?. Kalau nak tahu kenalah tengok drama ini okey hehe.

4 ulasan:

  1. i love him when he plays king in the drama Dong Yi. I binge watch dong yi so many times that I lost count of how many times it has been. and it's 60 ep hahaha

    BalasPadam
  2. Nak tengok! 😁 next to watch list

    BalasPadam
  3. complicated drama ni tapi pelakon dia memang otai..hihi

    BalasPadam



My Random Post