10 Sep 2018

Sinopsis Telemovie Hilang Akal (Astro Citra / Mustika HD)

Hilang Akal, Telemovie, Telefilem, Telemovie Hilang Akal, Arahan Osman Ali, Malay Telemovie, Astro Citra, Astro Mustika HD, Slot Citra Xclusive, Hilang Akal Cast, Poster, Pelakon Telemovie Hilang Akal, Dato Farid kamil, Tiz Zaqyah, Jasmin Hamid, Zaki Azeman, Adira Salahudi, Shah Kimin, Firdaus Nadxaman, Wan Syafik, Romantik Komedi, 2018, Cinta, Watak Dalam Telemovie Hilang Akal, Helena, Adam,
Sinopsis Telemovie Hilang Akal Lakonan Farid Kamil & Tiz Zaqyah

Telefilem Hilang Akal lakonan Tiz Zaqyah dan Farid Kamil sudah pun disiarkan di Astro Citra dan Astro Mustika HD pada 8 September yang lalu. Telemovie Hilang Akal ini diarahkan oleh Osman Ali dan antara pelakon telemovie Hilang Akal ini adalah Dato Farid kamil, Tiz Zaqyah, Jasmin Hamid, Zaki Azeman, Adira Salahudi, Shah Kimin, Firdaus Nadxaman, Wan Syafik dan ramai lagi. Sebelum ini Farid Kamil dan Tiz Zaqyah dah pernah digandingkan dalam drama bersiri Jodoh Itu Milik Kita (2013). Kali ini diorang bergandingan dalam telemovie pula. Bagi aku jalan cerita telemovie Hilang Akal ini simple, santai dan kelakar, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini di bawah ye..




Sinopsis Telemovie Hilang Akal Lakonan Farid Kamil dan Tiz Zaqyah

Mengisahkan Adam (Farid Kamil) yang terdesak untuk mencari duit hantaran yang banyak untuk berkahwin dengan kekasihnya Helena (Tiz Zaqyah) yang merupakan anak orang kaya. Adam bekerja dengan seorang datin (Jasmin Hamid) yang cerewet. Tak lama kemudian Adam dan kawan - kawannya dibuang kerja oleh datin berkenaan setelah mendapat laporan serta video yang menunjukkan Adam dan kawan - kawannya curi tulang ketika waktu kerja. Akibat marah dan juga terdesak, Adam dan kawan - kawannya nekad untuk menculik bekas majikan mereka itu. Pelbagai peristiwa lucu yang berlaku dalam proses mereka nak menculik itu. Keadaan makin huru - hara apabila Adam mendapat tahu bahawa datin tersebut sebenarnya adalah bakal mak mertuanya iaitu mak pada kekasihnya Helena. 




Helena awalnya marah dan benci dengan tindakan Adam yang sanggup menculik ibunya tapi akhirnya Helena faham sebab Adam bertindak demikian dan memaafkan Adam. Helena kemudiannya bertindak membantu Adam untuk menyelesaikan segala masalah ini. Keadaan makin buruk apabila polis turut terlibat, apa yang bakal berlaku seterusnya?.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post