4 Sep 2018

Tajul Tersingkir Dari Big Stage Minggu Ke - 5




Tajul, Big Stage, Tersingkir, Minggu Kelima Big Stage, Pertandingan Nyanyian, Penyanyi, Dominasi BBNU, Peserta Big Stage, Tajul Big Stage, Tajul Arif, Adik Achik Spin, 2018, Astro Ria, Biodata Tajul, Profil,
Tajul Tersingkir Di Minggu Kelima Big Stage

Ingatkan Tajul akan bertahan dalam pertandingan nyanyian Big Stage ini sebab undiannya selalu tinggi tapi tak sangka pula minggu ini tersingkir. Kesian juga pada Tajul sebab selalu kena kritik, tapi tahniah juga buat Tajul sebab berani mencuba dan berani masuk pertandingan walaupun dah popular kan. Minggu ini Tajul menyanyikan lagu Sulit yang merupakan nyanyian asal Aman Aziz dan mendapat pujian daripada juri jemputan Altimet. Selain Tajul, Ariff Bahran dan Afieq Shazwan turut berada di kedudukan bottom three. Minggu ini ramai peserta yang mendapat markah sederhana daripada juri dan hanya Baby Shima yang mendapat markah tertinggi untuk minggu kelima Big Stage ini. Baby Shima menyanyikan lagu Asalkan Kau Bahagia dan menukar music arrangement lagu tersebut menjadi rancak. Minggu ini terdapat kejutan juga dimana Dato Seri Siti Nurhaliza telah memilih lagu untuk para peserta Big Stage dan terdapat pusingan battle untuk para peserta nanti. Maklumlah selepas Tajuk keluar, jumlah peserta menjadi 6 peserta saja, jadi dah sesuailah untuk battle kan, dah macam Gegar Vaganza pula kan hehe.




Kalau Tajul tak tersingkir pada minggu ini, dia ditugaskan untuk menyanyikan lagu penglipurlara (Hazama) untuk minggu hadapan. Nampak macam Tajul tidak begitu selesa dengan lagu tersebut tapi nak buat macam mana kan, tersingkir pula, tak ada rezeki, Apa pun jom tengok biodata ringkas Tajul di bawah ini okey..


Profil / Biodata Tajul


Nama Penuh: Tajul Arif Noor B. Md Shari
Tarikh Lahir: 1 April 1998
Umur: 20 tahun
Asal: Felda Sendayan, Negeri Sembilan
Label: FMC Music
Senarai Lagu - Lagu nyanyian Tajul : Sedalam Dalam Rindu, Melamar Rindu, Hasrita, Kembalilah Rindu, Disana Cinta Disini Rindu (duet bersama Wany Hasrita), Rindu Dalam Benci (duet bersama Wany Hasrita)

2 ulasan:

  1. Tak sangka tajul akan tersingkir sebab selalunya dia mesti berada di tangga teratas.. Mungkin bukan rezeki dia disini kan..

    Apapun, jemput singgah untuk baca entry ekin. .

    https://asyiqinroslee.blogspot.com/2018/08/bercuti-di-bayu-beach-resort.html?m=1

    BalasPadam
  2. Tak sempat lagi nak tgk last week punya...
    klu free, jom join segmen blog nieyl
    https://seindahcerita.blogspot.com/2018/09/segmen-top-commentators-blog-nieyl.html

    BalasPadam



My Random Post