Memaparkan catatan dengan label Peserta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peserta. Papar semua catatan

19 Okt 2019

Final All Stars Buka Panggung (Astro Warna)




All Stars Buka Panggung, Katakan Tidak Pada Skrip, Juara Mingguan All Stars Buka Panggung, Dato Aaron Aziz, Dato Rosyam Nor, Zul Huzaimy, RIta Rudaini, Noorkhiriah, Finalis All Stars Buka Panggung, Peserta All Stars Buka Panggung, Program Komedi, Spontan, Berlakon Secara Spontan, Juara All Stars Buka Panggung, Astro Warna,

All Stars Buka Panggung merupakan sebuah program komedi dari Astro Warna yang mencabar para pelakon untuk melakonkan watak secara improvisasi, tanpa disediakan sebarang skrip. Maknanya diorang kena spontan je berlakon, actually seronok gak tengok program All Stars Buka Panggung ni, plus barisan pesertanya juga hebat - hebat belaka. Seramai 20 pelakon terlibat dalam program All Stars Buka Panggung ni yang berlangsung selama 7 minggu. 5 Juara Mingguan yang dipilih berdasarkan undian online peminat setiap minggu akan berentap kembali di pusingan separuh akhir dan seorang akan tersingkir, manakala 4 peserta lain akan mara ke Final. Barisan peserta All Stars Buka Panggung terdiri daripada : -
Peserta Minggu Pertama - Dato Aaron Aziz, Liyana Jasmay, Naim Daniel dan Yusry KRU
Juara Minggu Pertama: Dato Aaron Aziz
Peserta Minggu Kedua - Farahdhiya, Dato Rosyam Nor, Fizo Omar dan Diana Danielle
Juara Minggu Kedua -Dato Rosyam Nor
Peserta Minggu Ketiga - Fahrin Ahmad, Zulhuzaimy, Sweet Qismina dan Sharifah Sakinah
Juara Minggu Ketiga : Zulhuzaimy
Peserta Minggu Keempat - Dato Fizz Fairuz, Rita Rudaini, Johan As'ari dan Ruhainies
Juara Minggu Keempat : Rita Rudaini
Peserta Minggu Kelima - Izzue Islam, Noorkhiriah, Mona Allen dan Fauzi Nawawi
Juara Minggu Kelima : Noorkhiriah




Juara Mingguan berentap semula di minggu separuh akhir All Stars Buka Panggung

Dato Aaron Aziz, Zulhuzaimy, Dato Rosyam Nor, Rita Rudaini dan Noorkhiriah
Keputusan: Dato Rosyam Nor tersingkir
Finalis All Stars Buka Panggung 2019 - Zulhuzaimy, Rita Rudaini, Noorkhiriah dan Dato Aaron Aziz

Keputusan Pemenang All Stars Buka Panggung (2019)
Juara All Stars Buka Panggung menjadi milik Zul Huzaimy
Naib Juara : Noorkhiriah
Tempat Ketiga: Dato Aaron Aziz
Tempat Keempat: Rita Rudaini

Tahniah buat Zul Huzaimy, memang nampak dia all out malam final tu dan persembahannya mmg best.
All Stars Buka Panggung, Katakan Tidak Pada Skrip, Juara Mingguan All Stars Buka Panggung, Dato Aaron Aziz, Dato Rosyam Nor, Zul Huzaimy, RIta Rudaini, Noorkhiriah, Finalis All Stars Buka Panggung, Peserta All Stars Buka Panggung, Program Komedi, Spontan, Berlakon Secara Spontan, Juara All Stars Buka Panggung, Astro Warna,
P/s- Dato Fizz Fairuz antara yang kelakar dan best dalam dua - dua segmen, iaitu segmen solo dan segmen beregu tapi tak ada rezeki jadi juara mingguan. Sayang juga Dato Rosyam Nor tak dapat ke final sebab dia memang best, tapi nak buat macam mana kan huhu..

Jom Baca Ini Juga ➔ Movie Review - De De Pyaar De (Bollywood Movie)

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

22 Ogo 2019

Senarai Lagu Minggu Kedua Konsert Big Stage 2019




Big Stage, Big Stage 2019, Big Stage Musim Kedua, Astro Ria, Rancangan Realiti TV Nyanyian Untuk Artis - Artis Baru, Pertandingan Nyanyian Big Stage 2019, Konsert Kedua Big Stage 2019, Penyanyi, Lagu Best, Senarai Peserta Big Stage 2019, Santesh, Dinda Permata, Neeta, Syada Amzah, Han Byul, Fieya Julia, Adzrin, Aziz Harun, Sheryl Shazwanie, Kucaimars, Irfan Haris, Chaleeda, Senarai Lagu Konsert Big Stage 2019 Minggu Kedua,
Senarai Lagu Minggu Kedua Konsert Big Stage 2019

Minggu Pertama Konsert Big Stage 2019 (Musim Kedua) sudah pun berlangsung dan menyaksikan peserta dari Thailand iaitu Chaleeda hampir - hampir tersingkir, namun bernasib baik bila tiada penyingkiran di minggu pertama itu. Apa pun teruja juga nak tengok performance Chaleeda di minggu kedua nanti sebab dia akan menyanyikan lagu Havana gitu. Peserta dari Malaysia iaitu Santesh mendapat markah tertinggi di minggu pertama Big Stage 2019 ini. Tak sabar juga nak tengok Santesh nyanyi lagu Balqis di minggu kedua nanti. Antara yang dinantikan juga adalah peserta dari Korea iaitu Han Byul yang akan menyanyikan lagu melayu gitu di minggu kedua nanti. Kalau tengok peserta - peserta dari Malaysia ni semuanya aku kenal, cuma Adzrin dan Kucai Mars yang aku tak berapa familiar sangat, tapi persembahan dan nyanyian Adzrin di minggu pertama konsert Big Stage 2019 itu sedap juga okey. Mark Adam menjadi juri jemputan di minggu pertama dan turut berdepan kontroversi bila dia dikatakan dah tersalah cakap padoa Sherry. Apa pun Mark Adam dah minta maaf dan mengaku kesilapannya dan semuanya selesai. Apa pun jom tengok senarai lagu tugasan peserta Big Stage 2019 di konsert minggu kedua nanti di bawah ini okey..
Big Stage, Big Stage 2019, Big Stage Musim Kedua, Astro Ria, Rancangan Realiti TV Nyanyian Untuk Artis - Artis Baru, Pertandingan Nyanyian Big Stage 2019, Konsert Kedua Big Stage 2019, Penyanyi, Lagu Best, Senarai Peserta Big Stage 2019, Santesh, Dinda Permata, Neeta, Syada Amzah, Han Byul, Fieya Julia, Adzrin, Aziz Harun, Sheryl Shazwanie, Kucaimars, Irfan Haris, Chaleeda, Senarai Lagu Konsert Big Stage 2019 Minggu Kedua,



Semua lagu rancak okey sebab ikut tema gitu..Agak - agak korang siapa yang akan tersingkir di minggu kedua nanti ye??..
Read More

17 Sep 2018

Ariff Bahran Gagal Ke Final Big Stage




Ariff Bahran, Penyanyi, Lagu Kata Akhirmu, Peserta Big Stage, Konsert Big Stage, Pertandingan Nyanyian, Artis Malaysia, Semi Final Big Stage, Konsert Big Stage Minggu Ke - 7, Ariff Bahran Tersingkir, Final Big Stage, Finalis Big Stage 2018, Profil Ariff Bahran, Biodata Ariff Bahran,
Ariff Bahran Gagal Ke Final Big Stage

Minggu separuh akhir Konsert Big Stage meriah, ditambah lagi dengan semua peserta cuba memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan mereka, kerana semua ingin layak ke pentas akhir Big Stage yang akan berlangsung pada 23 September 2018 ini. Ariff Bahran, Sarah Suhairi dan Baby Shima berada di kedudukan bottom three. Manakala Syafiq Farhain, Wani Kayrie dan Afieq Shazwan mendapat kedudukan tiga teratas. Walaubagaimanapun nasib tidak menyebelahi Ariff Bahran kerana tersingkir di minggu ketujuh yang merupakan minggu separuh Akhir konsert Big Stage ini. Namun kelihatan Ariff Bahran memang all out dan memberikan persembahan terbaiknya serta nyanyiannya di puji oleh juri. Apa pun syabas buat Ariff Bahran kerana berani dan sentiasa memberikan yang terbaik sepanjang menyertai Big Stage ini. Mengulas persembahan peserta lain, aku rasa semua pun bagi yang terbaik. 




Tapi minggu semi final ini tidak begitu membawa tuah pada Baby Shima kerana berada di tangga terbawah, berbeza pada minggu - minggu sebelum ini. 
Sejujurnya aku memang menyokong Baby Shima dalam Big Stage ini, tapi pemilihan lagu yang kurang sesuai menjadi punca dia tidak dapat perform dengan baik untuk minggu ini. Dia tak patut bawa dua - dua lagu rancak, apa pun sebut pasal juara Big Stage nanti, susah nak teka siapa yang akan menang, tapi rasanya maybe Syafiq Farhain ada peluang besar untuk menang kalau dia menyerlah di Final nanti. Lagi pun aku tak pernah tengok Syafiq Farhain ni masuk dalam bottom three langsung, selalu dalam top 3 gitu. Apa pun all the best buat semua finalis Big Stage 2018 ini. Jom tengok biodata ringkas Ariff Bahran di bawah ini okey..
Ariff Bahran, Penyanyi, Lagu Kata Akhirmu, Peserta Big Stage, Konsert Big Stage, Pertandingan Nyanyian, Artis Malaysia, Semi Final Big Stage, Konsert Big Stage Minggu Ke - 7, Ariff Bahran Tersingkir, Final Big Stage, Finalis Big Stage 2018, Profil Ariff Bahran, Biodata Ariff Bahran,

Nama Penuh: Muhammad Ariff Bahran bin Ahmad Azhari
Tarikh Lahir: 15 Januari 1998
Asal: Selangor
Umur: 20 tahun
Lagu Popular: Kata Akhirmu
Syarikat Rakaman: RUSA Music
Read More

12 Sep 2018

I Can See Your Voice Malaysia (NTV7)




I Can See Your Voice Malaysia, NTV7, Penyiasat, Penyamar Bersuara Sumbang, Penyanyi Sebenar, Hos I Can See Your Voice Malaysia, Shuk Sahar, Alvin Chong, Mark Adam, Jihan Muse, Seelan Paul, Artis Jemputan I Can See Your Voice Malaysia, Chakra Khan, Ayda Jebat, De Fam, Wany Hasrita, Faizal Tahir, Misha Omar, 2018, Rancangan Muzik Misteri, Lawak, Lagu, Menyanyi,
I Can See Your Voice Malaysia NTV7

I Can See Your Voice Malaysia adalah sebuah rancangan muzik misteri yang disiarkan setiap hari sabtu, jam 8.30 malam di ntv7. Rancangan I Can See Your Voice Malaysia yang disiarkan di channel ntv7 ini adalah versi bahasa Melayu sebab ada lagi satu versi tapi ianya dalam bahasa Cina. Ikutkan aku tak pernah tengok langsung versi original iaitu dari Korea tu dan first time aku tengok I Can See Your Voice Malaysia ni, rasa best dan lawak pula hehe. Setiap episod artis jemputan perlu meneka dan menyingkirkan beberapa peserta yang dirasakan penyamar yang bersuara sumbang dengan bantuan penyiasat dan mengekalkan penyanyi sebenar hingga ke pusingan akhir, kemudian peserta akhir yang dipilih oleh artis jemputan itu dapat berduet bersama - sama. Hos I Can See Your Voice Malaysia ini adalah Shuk Sahar dan Alvin Chong, manakala penyiasat tetap pula adalah Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul. 




Memang lawak bila artis jemputan tersalah pilih dan memilih penyamar bersuara sumbang untuk berduet dengan mereka hahaha. Hal ini telah terjadi pada kumpulan De Fam, Faizal Tahir, Hazama dan lain - lain lagi. 
Interaksi para penyiasat dengan hos bersama artis jemputan pun lawak dan menarik juga, kadang - kadang komen diorang boleh buat aku tergelak. Bila artis jemputan dah singkirkan peserta yang disangka penyamar tapi sebenarnya adalah penyanyi, memang nampaklah rasa bersalah tu hahaaha. Manakala semua peserta I Can See Your Voice Malaysia ni nampak sporting betul walaupun dikritik dan digelakkan, especially penyamar yang bersuara sumbang ketika menyanyi. Tapi diorang cool dan slumber gitu. Apa pun jom tengok senarai artis jemputan untuk I Can See Your Voice Malaysia musim pertama (NTV7) di bawah ini okey.

Minggu Pertama - Chakra Khan
Minggu Kedua - Ayda Jebat
Minggu Ketiga - De Fam
Minggu Keempat - Wany Hasrita
Minggu Kelima - Faizal Tahir
Minggu Keenam - Misha Omar
Minggu Ketujuh - Hazama
Minggu Kelapan - Kaka Azraff
Minggu Kesembilan - Black
Minggu Kesepuluh - Ziana Zain
Minggu Kesebelas - Dayang Nurfaizah
Minggu Keduabelas - Altimet
Minggu Ketigabelas - Pasha
Read More

4 Sep 2018

Tajul Tersingkir Dari Big Stage Minggu Ke - 5




Tajul, Big Stage, Tersingkir, Minggu Kelima Big Stage, Pertandingan Nyanyian, Penyanyi, Dominasi BBNU, Peserta Big Stage, Tajul Big Stage, Tajul Arif, Adik Achik Spin, 2018, Astro Ria, Biodata Tajul, Profil,
Tajul Tersingkir Di Minggu Kelima Big Stage

Ingatkan Tajul akan bertahan dalam pertandingan nyanyian Big Stage ini sebab undiannya selalu tinggi tapi tak sangka pula minggu ini tersingkir. Kesian juga pada Tajul sebab selalu kena kritik, tapi tahniah juga buat Tajul sebab berani mencuba dan berani masuk pertandingan walaupun dah popular kan. Minggu ini Tajul menyanyikan lagu Sulit yang merupakan nyanyian asal Aman Aziz dan mendapat pujian daripada juri jemputan Altimet. Selain Tajul, Ariff Bahran dan Afieq Shazwan turut berada di kedudukan bottom three. Minggu ini ramai peserta yang mendapat markah sederhana daripada juri dan hanya Baby Shima yang mendapat markah tertinggi untuk minggu kelima Big Stage ini. Baby Shima menyanyikan lagu Asalkan Kau Bahagia dan menukar music arrangement lagu tersebut menjadi rancak. Minggu ini terdapat kejutan juga dimana Dato Seri Siti Nurhaliza telah memilih lagu untuk para peserta Big Stage dan terdapat pusingan battle untuk para peserta nanti. Maklumlah selepas Tajuk keluar, jumlah peserta menjadi 6 peserta saja, jadi dah sesuailah untuk battle kan, dah macam Gegar Vaganza pula kan hehe.




Kalau Tajul tak tersingkir pada minggu ini, dia ditugaskan untuk menyanyikan lagu penglipurlara (Hazama) untuk minggu hadapan. Nampak macam Tajul tidak begitu selesa dengan lagu tersebut tapi nak buat macam mana kan, tersingkir pula, tak ada rezeki, Apa pun jom tengok biodata ringkas Tajul di bawah ini okey..


Profil / Biodata Tajul


Nama Penuh: Tajul Arif Noor B. Md Shari
Tarikh Lahir: 1 April 1998
Umur: 20 tahun
Asal: Felda Sendayan, Negeri Sembilan
Label: FMC Music
Senarai Lagu - Lagu nyanyian Tajul : Sedalam Dalam Rindu, Melamar Rindu, Hasrita, Kembalilah Rindu, Disana Cinta Disini Rindu (duet bersama Wany Hasrita), Rindu Dalam Benci (duet bersama Wany Hasrita)
Read More

27 Ogo 2018

Sissy Imann Tersingkir Dari Big Stage




Sissy Imann, Penyanyi, Pertandingan, Realiti TV, Pertandingan Nyanyian Big Stage, Big Stage, Astro, Tersingkir, Minggu Keempat Big Stage, Profil Sissy Imann, Biodata Sissy Imann, 2018, Lagu, Nyanyian, Juri Big Stage, Peserta Big Stage, Senarai Lagu Sissy Imann,
Sissy Iman Tersingkir Di Minggu Ke - 4 Big Stage

Konsert minggu ke - 4 Big Stage yang bertemakan "Tapi Bukan Aku" menyaksikan para peserta Big Stage perlu menyanyikan lagu di luar kebiasaan mereka. Jadi ada macam - macam lagu pelbagai bahasa yang dinyanyikan para peserta seperti lagu Arab, lagu Jawa / Jepun, lagu Kpop, lagu orang putih dan lain - lain lagi. Walaubagaimanapun nasib tak menyebelahi Sissy Iman apabila tersingkir setelah berada di kadudukan bottom three bersama Ariff Bahran dan Tajul. Sissy yang sentiasa konsisten setiap minggu gagal menyerlah di minggu ini serta mendapatkan kritikan daripada juri ketika menyampaikan lagu dangdut Senggol - Senggolan Cubit - Cubitan nyanyian asal Mas Idayu. Malah Mas Idayu turut menjadi juri jemputan untuk minggu ini. Antara isu yang menjadi perhatian netizen dalam minggu ke - 4 Big Stage ini adalah berkaitan Imuniti. Juri tetap Dato Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir ingin menggunakan imuniti pada minggu ini untuk menyelamatkan peserta yang tersingkir sekaligus menginginkan tiada peserta yang tersingkir pada minggu ini. Namun sebelum mengetahui peserta mana yang tersingkir, juri perlu memilih terlebih dahulu sama ada Sissy Iman, Ariff Bahran mahu pun Tajul untuk diselamatkan.




Hal tersebut membuatkan juri sedikit tidak puas hati, namun Faizal Tahir akhirnya memilih Ariff Bahran untuk diselamatkan kerana markahnya lebih tinggi dari markah Tajul dan Sissy Iman dan lebih adil. Actually aku agak excited nak tengok Tajul nyanyi lagu Amboi nyanyian asal Altimet tu, tapi aku setuju dengan juri yang Tajul kelihatan kurang bertenaga menyampaikan lagu Amboi itu. 
Antara peserta Big Stage pilihan aku yang aku rasakan menyerlah pada minggu ke - 4 ini adalah Sarah Suhairi yang menyanyikan lagu Kpop popular masa kini dari Blackpink itu. Cara dia menyanyi dan sebutan bahasa Korea tu memang sempurna, siap rapping dalam bahasa Korea, wah susah kot nak nyanyi lagu Korea, tergeliat lidah nak sebut semua perkataan tu, tapi Sarah Suhairi nyanyi releks je, siap menari walaupun kurang sihat sebab selsema. Penyanyi asal pun payah kot nak nyanyi live kan, selain itu aku suka juga dengan persembahan Baby Shima tu, walaupun aku tahu dia memang dah pernah rakam dan nyanyi lagu Mawar Putih Tanda Perpisahan ini dan lagu tersebut turut jadi lagu tema telemovie Mawar Putih Tanda Perpisahan lakonan Rosyam Nor dan Nad Zainal. Jadi aku memang dah agak Baby Shima boleh nyanyi lagu ni dengan baik dan sedap suara dia masa nyanyi lagu ini.

Persembahan Syafiq Farhain, Wani Kayrie dan juga Afieq Shazwan juga tak kurang hebatnya, semua menarik, rancak dan best. Minggu ke - 5 nanti entah siapa yang akan tersingkir kan?. Apa pun jom tengok Biodata Ringkas Sissy Iman di bawah ini okey..
Sissy Imann, Penyanyi, Pertandingan, Realiti TV, Pertandingan Nyanyian Big Stage, Big Stage, Astro, Tersingkir, Minggu Keempat Big Stage, Profil Sissy Imann, Biodata Sissy Imann, 2018, Lagu, Nyanyian, Juri Big Stage, Peserta Big Stage, Senarai Lagu Sissy Imann,
Biodata Sissy Imann

Nama Penuh: Sissy Imann Bt Mohammad Kamil​
Nama Komersil: Sissy Imann
Tarikh Lahir: 24 Oktober 1995​​
Umur: 23 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Label: FMC Music
Senarai Lagu Nyanyian Sissy Iman: Mungkin Kamu, Jatuh, Keliru, Benar Ku Tak Bohong, Entah Apa Rasa Ft Eyza Bahra,

Read More

8 Jul 2018

GIVEAWAY SOUVENIRS BY SITIYANGMENAIP

GIVEAWAY SOUVENIRS BY SITIYANGMENAIP, Blogger Giveaway, Peserta, Lucky Draw, 2018,


Hari ini aku nak join Giveaway Souvenirs By SitiYangMenaip yang menarik ini. Tarikh tamat giveaway ini adalah pada 13 Julai 2018. Hadiah giveaway ini juga menarik belaka, rugi kalau tak join sekali ni hehe, hope ada rezekilah kan. Bagi yang nak join giveaway ini juga, bolehlah klik Banner okey. Saya tag http://www.nadiaizzaty.com/




Read More

6 Nov 2017

Liza Hanim Terbaik, Ferhad Tersingkir - Gegar Vaganza 2017 (Minggu Kedua)

Review Minggu Kedua Gegar Vaganza 2017, GV4, Gegar Vaganza Musim Ke-4, Nyanyian, Lagu Best, Pertandingan Nyanyian, Penyanyi, Artis Malaysia, Astro Ria, Ferhad Tersingkir, Peserta Gegar Vaganza Musim Keempat, Liza Hanim, Haida, Hazami, Syura, Aishah, Tia Jinbara, Lan Kristal, Aqasha, Firman, Elyana, Raja Azura,
Minggu Kedua Konsert Gegar Vaganza Musim Ke -4 - Ferhad Tersingkir, Liza Hanim Terbaik

Minggu kedua Gegar Vaganza Musim keempat (2017) berlangsung dengan meriah, rata - rata peserta GV4 ini memberikan persembahan yang terbaik. Liza Hanim yang menyampaikan lagu Aku Hanya Pendatang nyanyian asal Fransisca Peter mendapat standing ovation dari juri tetap Gegar Vaganza. Aku rasa Liza Hanim ini pasti akan ke Final Gegar Vaganza nanti. Selain itu Haida mengejutkan penonton dengan mutu vokalnya yang mantap dalam lagu Gubahan Rindu Puisi Syahdu. Aku sendiri pun suka lagu tersebut, aku suka Haida menyanyikan lagu sebegini berbanding lagu Irama Malaysia di minggu pertama itu. Manakala Hazami pula memang nyanyiannya sentiasa sedap dan aku teringin nak lihat Hazami ini menyanyikan lagu Rock pula nanti. Aku tak sangka Aishah dah berusia 52 tahun, tapi suaranya bila menyanyi memang sedap habis, maintain suara dia tu, tak berubah langsung. Minggu ketiga nanti Aishah akan menyanyikan lagu Yuna iaitu Terukir Di Bintang, tak sabar nak tengok Aishah nyanyi lagu Yuna. Apa pun aku rasa comel bila dengar suara Aishah ini bercakap, dah macam budak - budak pula hehehe.
Minggu Kedua Konsert Gegar Vaganza Musim Ke -4 - Ferhad Tersingkir, Liza Hanim Terbaik
Aku hope Aqasha akan kekal lama dalam pertandingan Gegar Vaganza ni, bukan apa, risau pula kalau dia tersingkir sebab kedudukannya di minggu pertama bottom three dan minggu ini nampak peningkatannya, manakala minggu depan pula dia akan menyanyikan lagu dangdut pula. Rasanya ramai yang tak terkejut Ferhad tersingkir minggu ini sebab aku rasa lagu Harus Terpisah itu agak susah nak dinyanyikan serta nampak Ferhad struggle nak menyampaikan lagu itu. Walaubagaimanapun nampak Ferhad dah bersungguh - sungguh menyanyikan lagu tersebut yang merupakan lagu nyanyian Cakra Khan. Berbanding minggu lalu, Firman berada dalam kedudukan Bottom 4 minggu ini, tapi aku tak sabar juga nak lihat Firman menyanyikan lagu Zalikha (Floor 88) di minggu ketiga nanti. Aku suka dengan gaya persembahan Elyana masa menyanyikan lagu dari kumpulan Kotak yang berjudul Masih Cinta, tapi rasanya lagu tersebut memang makanannya saja, teringin nak tengok Elyana nyanyi lagu - lagu yang lebih susah dan mencabar vokalnya. 

Raja Azura terselamat di minggu kedua ini dan berjaya meneruskan perjuangannya di minggu ketiga nanti. Aku agak terhibur dan suka pula dengan lagu yang dinyanyikannya itu, best juga lagu itu, sebab sebelum ini aku rasa Raja Azura ini dah salah pilih lagu tapi rupanya lagu itu sesuai dengannya. Minggu depan dia akan menyanyikan lagu Perhaps Perhaps Perhaps nyanyian Pussycat Dolls. Aku suka lagu tersebut, entah macam mana pula gaya persembahan Kak Engku di minggu ketiga nanti. Apa pun Good Luck untuk semua peserta di minggu ketiga GV4 nanti.

Gambar - Gambar diatas credit to Pixabay.com
Read More


My Random Post