Memaparkan catatan dengan label Semi Final. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semi Final. Papar semua catatan

19 Okt 2019

Final All Stars Buka Panggung (Astro Warna)




All Stars Buka Panggung, Katakan Tidak Pada Skrip, Juara Mingguan All Stars Buka Panggung, Dato Aaron Aziz, Dato Rosyam Nor, Zul Huzaimy, RIta Rudaini, Noorkhiriah, Finalis All Stars Buka Panggung, Peserta All Stars Buka Panggung, Program Komedi, Spontan, Berlakon Secara Spontan, Juara All Stars Buka Panggung, Astro Warna,

All Stars Buka Panggung merupakan sebuah program komedi dari Astro Warna yang mencabar para pelakon untuk melakonkan watak secara improvisasi, tanpa disediakan sebarang skrip. Maknanya diorang kena spontan je berlakon, actually seronok gak tengok program All Stars Buka Panggung ni, plus barisan pesertanya juga hebat - hebat belaka. Seramai 20 pelakon terlibat dalam program All Stars Buka Panggung ni yang berlangsung selama 7 minggu. 5 Juara Mingguan yang dipilih berdasarkan undian online peminat setiap minggu akan berentap kembali di pusingan separuh akhir dan seorang akan tersingkir, manakala 4 peserta lain akan mara ke Final. Barisan peserta All Stars Buka Panggung terdiri daripada : -
Peserta Minggu Pertama - Dato Aaron Aziz, Liyana Jasmay, Naim Daniel dan Yusry KRU
Juara Minggu Pertama: Dato Aaron Aziz
Peserta Minggu Kedua - Farahdhiya, Dato Rosyam Nor, Fizo Omar dan Diana Danielle
Juara Minggu Kedua -Dato Rosyam Nor
Peserta Minggu Ketiga - Fahrin Ahmad, Zulhuzaimy, Sweet Qismina dan Sharifah Sakinah
Juara Minggu Ketiga : Zulhuzaimy
Peserta Minggu Keempat - Dato Fizz Fairuz, Rita Rudaini, Johan As'ari dan Ruhainies
Juara Minggu Keempat : Rita Rudaini
Peserta Minggu Kelima - Izzue Islam, Noorkhiriah, Mona Allen dan Fauzi Nawawi
Juara Minggu Kelima : Noorkhiriah




Juara Mingguan berentap semula di minggu separuh akhir All Stars Buka Panggung

Dato Aaron Aziz, Zulhuzaimy, Dato Rosyam Nor, Rita Rudaini dan Noorkhiriah
Keputusan: Dato Rosyam Nor tersingkir
Finalis All Stars Buka Panggung 2019 - Zulhuzaimy, Rita Rudaini, Noorkhiriah dan Dato Aaron Aziz

Keputusan Pemenang All Stars Buka Panggung (2019)
Juara All Stars Buka Panggung menjadi milik Zul Huzaimy
Naib Juara : Noorkhiriah
Tempat Ketiga: Dato Aaron Aziz
Tempat Keempat: Rita Rudaini

Tahniah buat Zul Huzaimy, memang nampak dia all out malam final tu dan persembahannya mmg best.
All Stars Buka Panggung, Katakan Tidak Pada Skrip, Juara Mingguan All Stars Buka Panggung, Dato Aaron Aziz, Dato Rosyam Nor, Zul Huzaimy, RIta Rudaini, Noorkhiriah, Finalis All Stars Buka Panggung, Peserta All Stars Buka Panggung, Program Komedi, Spontan, Berlakon Secara Spontan, Juara All Stars Buka Panggung, Astro Warna,
P/s- Dato Fizz Fairuz antara yang kelakar dan best dalam dua - dua segmen, iaitu segmen solo dan segmen beregu tapi tak ada rezeki jadi juara mingguan. Sayang juga Dato Rosyam Nor tak dapat ke final sebab dia memang best, tapi nak buat macam mana kan huhu..

Jom Baca Ini Juga ➔ Movie Review - De De Pyaar De (Bollywood Movie)

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

17 Sep 2018

Ariff Bahran Gagal Ke Final Big Stage




Ariff Bahran, Penyanyi, Lagu Kata Akhirmu, Peserta Big Stage, Konsert Big Stage, Pertandingan Nyanyian, Artis Malaysia, Semi Final Big Stage, Konsert Big Stage Minggu Ke - 7, Ariff Bahran Tersingkir, Final Big Stage, Finalis Big Stage 2018, Profil Ariff Bahran, Biodata Ariff Bahran,
Ariff Bahran Gagal Ke Final Big Stage

Minggu separuh akhir Konsert Big Stage meriah, ditambah lagi dengan semua peserta cuba memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan mereka, kerana semua ingin layak ke pentas akhir Big Stage yang akan berlangsung pada 23 September 2018 ini. Ariff Bahran, Sarah Suhairi dan Baby Shima berada di kedudukan bottom three. Manakala Syafiq Farhain, Wani Kayrie dan Afieq Shazwan mendapat kedudukan tiga teratas. Walaubagaimanapun nasib tidak menyebelahi Ariff Bahran kerana tersingkir di minggu ketujuh yang merupakan minggu separuh Akhir konsert Big Stage ini. Namun kelihatan Ariff Bahran memang all out dan memberikan persembahan terbaiknya serta nyanyiannya di puji oleh juri. Apa pun syabas buat Ariff Bahran kerana berani dan sentiasa memberikan yang terbaik sepanjang menyertai Big Stage ini. Mengulas persembahan peserta lain, aku rasa semua pun bagi yang terbaik. 




Tapi minggu semi final ini tidak begitu membawa tuah pada Baby Shima kerana berada di tangga terbawah, berbeza pada minggu - minggu sebelum ini. 
Sejujurnya aku memang menyokong Baby Shima dalam Big Stage ini, tapi pemilihan lagu yang kurang sesuai menjadi punca dia tidak dapat perform dengan baik untuk minggu ini. Dia tak patut bawa dua - dua lagu rancak, apa pun sebut pasal juara Big Stage nanti, susah nak teka siapa yang akan menang, tapi rasanya maybe Syafiq Farhain ada peluang besar untuk menang kalau dia menyerlah di Final nanti. Lagi pun aku tak pernah tengok Syafiq Farhain ni masuk dalam bottom three langsung, selalu dalam top 3 gitu. Apa pun all the best buat semua finalis Big Stage 2018 ini. Jom tengok biodata ringkas Ariff Bahran di bawah ini okey..
Ariff Bahran, Penyanyi, Lagu Kata Akhirmu, Peserta Big Stage, Konsert Big Stage, Pertandingan Nyanyian, Artis Malaysia, Semi Final Big Stage, Konsert Big Stage Minggu Ke - 7, Ariff Bahran Tersingkir, Final Big Stage, Finalis Big Stage 2018, Profil Ariff Bahran, Biodata Ariff Bahran,

Nama Penuh: Muhammad Ariff Bahran bin Ahmad Azhari
Tarikh Lahir: 15 Januari 1998
Asal: Selangor
Umur: 20 tahun
Lagu Popular: Kata Akhirmu
Syarikat Rakaman: RUSA Music
Read More


My Random Post