27 Ogo 2018

Sissy Imann Tersingkir Dari Big Stage




Sissy Imann, Penyanyi, Pertandingan, Realiti TV, Pertandingan Nyanyian Big Stage, Big Stage, Astro, Tersingkir, Minggu Keempat Big Stage, Profil Sissy Imann, Biodata Sissy Imann, 2018, Lagu, Nyanyian, Juri Big Stage, Peserta Big Stage, Senarai Lagu Sissy Imann,
Sissy Iman Tersingkir Di Minggu Ke - 4 Big Stage

Konsert minggu ke - 4 Big Stage yang bertemakan "Tapi Bukan Aku" menyaksikan para peserta Big Stage perlu menyanyikan lagu di luar kebiasaan mereka. Jadi ada macam - macam lagu pelbagai bahasa yang dinyanyikan para peserta seperti lagu Arab, lagu Jawa / Jepun, lagu Kpop, lagu orang putih dan lain - lain lagi. Walaubagaimanapun nasib tak menyebelahi Sissy Iman apabila tersingkir setelah berada di kadudukan bottom three bersama Ariff Bahran dan Tajul. Sissy yang sentiasa konsisten setiap minggu gagal menyerlah di minggu ini serta mendapatkan kritikan daripada juri ketika menyampaikan lagu dangdut Senggol - Senggolan Cubit - Cubitan nyanyian asal Mas Idayu. Malah Mas Idayu turut menjadi juri jemputan untuk minggu ini. Antara isu yang menjadi perhatian netizen dalam minggu ke - 4 Big Stage ini adalah berkaitan Imuniti. Juri tetap Dato Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir ingin menggunakan imuniti pada minggu ini untuk menyelamatkan peserta yang tersingkir sekaligus menginginkan tiada peserta yang tersingkir pada minggu ini. Namun sebelum mengetahui peserta mana yang tersingkir, juri perlu memilih terlebih dahulu sama ada Sissy Iman, Ariff Bahran mahu pun Tajul untuk diselamatkan.




Hal tersebut membuatkan juri sedikit tidak puas hati, namun Faizal Tahir akhirnya memilih Ariff Bahran untuk diselamatkan kerana markahnya lebih tinggi dari markah Tajul dan Sissy Iman dan lebih adil. Actually aku agak excited nak tengok Tajul nyanyi lagu Amboi nyanyian asal Altimet tu, tapi aku setuju dengan juri yang Tajul kelihatan kurang bertenaga menyampaikan lagu Amboi itu. 
Antara peserta Big Stage pilihan aku yang aku rasakan menyerlah pada minggu ke - 4 ini adalah Sarah Suhairi yang menyanyikan lagu Kpop popular masa kini dari Blackpink itu. Cara dia menyanyi dan sebutan bahasa Korea tu memang sempurna, siap rapping dalam bahasa Korea, wah susah kot nak nyanyi lagu Korea, tergeliat lidah nak sebut semua perkataan tu, tapi Sarah Suhairi nyanyi releks je, siap menari walaupun kurang sihat sebab selsema. Penyanyi asal pun payah kot nak nyanyi live kan, selain itu aku suka juga dengan persembahan Baby Shima tu, walaupun aku tahu dia memang dah pernah rakam dan nyanyi lagu Mawar Putih Tanda Perpisahan ini dan lagu tersebut turut jadi lagu tema telemovie Mawar Putih Tanda Perpisahan lakonan Rosyam Nor dan Nad Zainal. Jadi aku memang dah agak Baby Shima boleh nyanyi lagu ni dengan baik dan sedap suara dia masa nyanyi lagu ini.

Persembahan Syafiq Farhain, Wani Kayrie dan juga Afieq Shazwan juga tak kurang hebatnya, semua menarik, rancak dan best. Minggu ke - 5 nanti entah siapa yang akan tersingkir kan?. Apa pun jom tengok Biodata Ringkas Sissy Iman di bawah ini okey..
Sissy Imann, Penyanyi, Pertandingan, Realiti TV, Pertandingan Nyanyian Big Stage, Big Stage, Astro, Tersingkir, Minggu Keempat Big Stage, Profil Sissy Imann, Biodata Sissy Imann, 2018, Lagu, Nyanyian, Juri Big Stage, Peserta Big Stage, Senarai Lagu Sissy Imann,
Biodata Sissy Imann

Nama Penuh: Sissy Imann Bt Mohammad Kamil​
Nama Komersil: Sissy Imann
Tarikh Lahir: 24 Oktober 1995​​
Umur: 23 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Label: FMC Music
Senarai Lagu Nyanyian Sissy Iman: Mungkin Kamu, Jatuh, Keliru, Benar Ku Tak Bohong, Entah Apa Rasa Ft Eyza Bahra,

2 ulasan:

  1. tak kenal sangat sissy iman ni tapi banyak cakap patutnya tajul yang kluar

    BalasPadam
  2. Tak sempat nak tgk ulangan lagi...

    BalasPadam



My Random Post