5 Ogo 2018

Sinopsis Telemovie Khalifahkah Aku (Cerekarama TV3)




Khalifahkah Aku, Telemovie, Telefilem, Telemovie Khalifahkah Aku, Sinopsis Khalifahkah Aku, Cerekarama, TV3, Poster, Malay Telemovie, 2018, Kisah Cinta 3 Segi, Ending Khalifahkah Aku, Cast, Senarai Pelakon Telemovie Khalifahkah Aku, Wanns Ahmad, Aishah Azman, Wanna Ali, Izzy Reef, Fauzi Nawawi, Datin Ira Ghani,
Sinopsis Telemovie Khalifahkah Aku - Cerekarama TV3

Telefilem Khalifahkah Aku sudah pun disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 4 Ogos yang lalu. Antara pelakon telemovie Khalifahkah Aku ini adalah Wanns Ahmad, Aishah Azman, Wanna Ali, Izzy Reef, Fauzi Nawawi, Datin Ira Ghani dan ramai lagi. Selain itu telemovie Khalifahkah Aku ini diarahkan oleh Hashim Rejab dan diterbitkan oleh Pencil Pictures & Records Sdn Bhd. Jalan cerita dia okeylah, dekat - dekat nak ending tu jadi dramatik sikit siap main tikam - tikam lagi hehe. Teringin nak tahu apa jadi dengan Wanna lepas tu, ikutkan kesian juga dengan Wanna tu, kena friendzone just like that hahaha, si Fatah pula jenis slow sampai tak boleh nak agak langsung yang best friend dia tu ada hati pada dia. Manakala Wanna pula patut move on lepas tahu yang Fatah tak ada hati pada dia kan. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye. Selamat Membaca..




Sinopsis Telemovie Khalifahkah Aku - Cerekarama TV3

Mengisahkan Fatah (Wanns Ahmad) anak kepada Datuk Amran dan Datin Marissa. Kedua-dua ibu bapanya sibuk dengan urusan dunia dan kerap alpa dalam urusan ibadat seharian. Mereka menghantar Fatah belajar di sekolah agama dengan harapan dia menjadi anak yang soleh. Tak lama kemudian Fatah berkenalan dengan Fathia (Aishah Azman) dan mereka mula jatuh cinta antara satu sama lain. Fatah mula angau dengan cintanya pada Fathia sehingga tidak mahu mengikut ibunya pulang ke kampung. Tak lama kemudian ibu Fatah meninggal dunia dan Fatah menyalahkan dirinya, hal ini diburukkan lagi dengan Fathia yang turut meninggalkan Fatah dan berkahwin dengan Zack. Dengan bantuan dan sokongan dari Wanna (Wanna Ali) yang merupakan kawan baik Fathia, Fatah mula bangkit meneruskan hidupnya dan berjaya mencapai cita - citanya. 
Khalifahkah Aku, Telemovie, Telefilem, Telemovie Khalifahkah Aku, Sinopsis Khalifahkah Aku, Cerekarama, TV3, Poster, Malay Telemovie, 2018, Kisah Cinta 3 Segi, Ending Khalifahkah Aku, Cast, Senarai Pelakon Telemovie Khalifahkah Aku, Wanns Ahmad, Aishah Azman, Wanna Ali, Izzy Reef, Fauzi Nawawi, Datin Ira Ghani, Kahwin,
Fatah kemudian mempunyai syarikat sendiri dan Wanna juga bekerja di bawah Fatah dan sentiasa setia disisi Fatah. Wanna sudah lama menyimpan perasaan pada Fatah namun Fatah hanya menganggap Wanna sebagai kawan baiknya saja. Tak lama kemudian Fatah bertemu dengan Fathia semula yang kini sudah menjadi ibu tunggal dan mereka mula rapat. Fathia juga gembira dapat bertemu semula dengan kawan baiknya Wanna, namun Wanna kurang senang apabila Fathia muncul dalam hidup Fatah semula. Keadaan makin buruk apabila Fatah ingin berkahwin dengan Fathia dan menyebabkan Wanna kecewa dan tidak puas hati. Wanna kemudian meluahkan perasaan cintanya pada Fatah dan mengatakan Fatah bersikap tidak adil pada dirinya, namun segala hal tersebut tidak menghalang Fatah untuk berkahwin dengan Fathia. Apa yang berlaku seterusnya?.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post