9 Ogo 2018

Episod Akhir Drama Jangan Benci Cintaku




Jangan Benci Cintaku, Drama Jangan Benci Cintaku, Slot Akasia, TV3, Novel Jangan Benci Cintaku, Novelis Emy Roberto, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, Poster, Jangan Benci Cintaku Cast, Senarai Pelakon, Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Ross, Episod Akhir Drama Jangan Benci Cintaku, Watak, Poster Drama, Sinopsis Episod 28 Drama Jangan Benci Cintaku, Watak, Fika, Shah, Husna, Nek Pah, Irwan, Syazwi, Damia, Faris, Ending Drama Jangan Benci Cintaku, Happy Ending, 2018,
Episod Akhir Drama Jangan Benci Cintaku

Akhirnya drama Jangan Benci Cintaku melabuhkan tirainya dan episod terakhir drama ini iaitu episod 28 telah pun disiarkan pada 7 Ogos yang lalu. Selepas ini drama Cinta Bukan Kristal lakonan Sharnaaz Ahmad, Ayda Jebat dan Nina Iskandar akan bersiaran bagi menggantikan drama Jangan Benci Cintaku ini. Berbalik pada episod akhir drama ini memang dramatik sikit di permulaan cerita namun tetap happy ending gitu, siap ada plot twist gitu. Jalan cerita episod akhir drama Jangan Benci Cintaku ini bermula dengan Husna (lakonan Niena Baharun) yang dikatakan cuba membunuh diri, namun doktor mengesahkan yang Husna tidak membunuh diri tapi dia cenderung untuk mencederakan diri sendiri dan merupakan masalah mental juga. Shah (lakonan Saharul Ridzwan) serba salah dan tidak mahu meninggalkan Husna sendirian, namun Faris (lakonan Luqman Hafidz) berjaya menyakinkan Shah untuk ke Perth dan berjumpa dengan Fika (lakonan Zahirah Macwilson). Husna juga marah bila Shah tiada disisinya manakala Syazwi mengalah dan cuba membuat Shah dan Fika untuk berdamai dan berbaik semula. Shah berterus - terang dan menelefon Husna di depan Fika dan memberitahu Husna yang hubungan mereka putus.




Namun tindakan Shah itu tidak disenangi Fika kerana Shah senang - senang saja campak Husna ke tepi bila dah tak diperlukan. Manakala Damia (lakonan Amelia Henderson) pula respek dan jatuh hati dengan Syazwi (lakonan Izzue Islam) yang gentleman meninggalkan Fika untuk kebahagiaan Fika dan Shah, walaupun hati Syazwi terluka. Akhirnya Fika memaafkan Shah dan kembali bersama, manakala Husna pula pergi berjumpa Nek Pah (lakonan Azizah Mahzan) dan Nek Pah pula berhati - hati dan cuba menjaga hati dan perasaan Husna kerana Nek Pah tahu yang Husna sakit. Namun Husna mula marah bila terdengar perbualan Nek Pah dan ibu Shah dan akhirnya Husna bertindak untuk mencari Fika. Setelah berjumpa Fika, Husna gagal mengawal emosinya dan cuba mencederakan Fika dan kelihatan Fika hampir - hampir keguguran, namun nasib baik kandungannya selamat. Shah makin membenci Husna, manakala Husna sedar akan kesilapannya dan meminta maaf pada Fika dan Fika memaafkannya. Selain itu kelihatan Syazwi dan Damia makin rapat dan 9 bulan kemudian Fika pun bersalin dan bahagia dengan hidupnya. Tak lama kemudian ketika keluar bersama Shah, Fika terserempak dengan Husna dan kelihatan Husna makin ceria gitu.
Jangan Benci Cintaku, Drama Jangan Benci Cintaku, Slot Akasia, TV3, Novel Jangan Benci Cintaku, Novelis Emy Roberto, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, Poster, Jangan Benci Cintaku Cast, Senarai Pelakon, Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Ross, Episod Akhir Drama Jangan Benci Cintaku, Watak, Poster Drama, Sinopsis Episod 28 Drama Jangan Benci Cintaku, Watak, Fika, Shah, Husna, Nek Pah, Irwan, Syazwi, Damia, Faris, Ending Drama Jangan Benci Cintaku, Happy Ending, 2018,
Manakala Shah terserempak dengan Faris di tandas, jadi ramai juga penonton yang terkejut dan tak menyangka yang Faris akan bercinta dengan Husna sebab sebelum ini diorang boleh dikatakan bermusuh. Ingatkan Faris dengan Damia kan, tapi boleh pula ada twist sikit di ending drama Jangan Benci Cintaku ini. Jadi last sekali happy ending sebab Fika dan Shah hidup bahagia hehe. Walaubagaimanapun pelik juga bila watak Irwan tidak diceritakan langsung di episod akhir drama ini. Bila baca di tweet di Twitter ramai juga yang menyampah dengan watak Shah ini sebab lemah dan tak dapat buat keputusan dan akhirnya 2 perempuan terseksa disebabkan tindakannya itu. Apa pun memang syok layan drama ini, tertanya - tanya juga adakah drama Cinta Bukan Kristal mampu mengulang kejayaan drama ini sebab fokus utama drama tersebut adalah tentang orang ketiga juga.

2 ulasan:

  1. fika buat silap di awal cerita.. shah buat silap di pertengahan hingga akhir cerita.. hehe

    BalasPadam



My Random Post