Sinopsis Drama Jangan Benci Cintaku Episod 17 Hingga Episod 27
Drama Jangan Benci Cintaku dah sampai ke penghujungnya dan rasanya ramai penonton yang geram betul dengan Husna, Irwan dan Nek Pah tu kan, ramai juga yang geram dengan Shah sebab tak dapat nak buat pilihan sama ada dia nak Husna atau pun Fika, sebab nampak Shah macam nak dua - dua sekaligus hehe. Tak dapat dinafikan lagi drama Jangan Benci Cintaku ini memang popular dan fenomena gitu serta berjaya membuat penonton beremosi menonton drama ini. Antara pelakon - pelakon drama Jangan Benci Cintaku ini adalah Zahirah Macwilson, Saharul Ridzwan, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Daler Yusuf, Amelia Henderson, Azizah Mahzan, Dilla Ahmad, Catriona Ross dan ramai lagi. Dalam entry ini aku nak share Sinopsis Drama Jangan Benci Cintaku Episod 17 Hingga Episod 27 atau lebih tepat lagi, aku akan senaraikan semua perkara penting yang berlaku dalam episod 17 hingga episod 27 drama jangan benci cintaku ini, tapi aku akan senaraikan mana yang aku ingat jela ye hehe. Jadi selamat membaca okey..
Sinopsis Drama Jangan Benci Cintaku Episod 17 Hingga Episod 27
Shah (Saharul Ridzwan) masih melengahkan masa dan tak mahu membuat pilihan sama ada Fika (Zahirah Macwilson) atau Husna (Niena Baharun), manakala Nek Pah (Azizah Mahzan) pula menyokong Husna dan merancang ingin menyatukan Shah dengan Husna. Irwan pula masih mencari jalan untuk membuatkan Fika dan Shah bercerai. Selain itu Linda telah meninggal dunia dan Syazwi (Izzue Islam) kini keseorangan dan merancang ingin pergi bercuti untuk menenangkan fikirannya. Ketika Shah keluar pergi berjumpa Husna, ada lelaki telah menceroboh masuk rumah Shah dan Fika dan cuba untuk merogol Fika, nasib baik Irwan (Daler Yusuf) datang tepat pada masanya. Fika tidak marah tapi kecewa dengan Shah dan akhirnya meminta cerai pada Shah. Shah berasa sangat bersalah dan meminta maaf serta memujuk Fika. Fika kemudiannya ingin pulang ke rumah ibu bapanya. Hal ini diburukkan lagi dengan Husna yang berpakat dengan Nek Pah dan Husna mendakwa dirinya mengandung anak Shah. Nek Pah pula mendesak Shah untuk bertanggungjawab begitu juga dengan ibu Husna. Fika makin sakit hati dan kecewa dengan Shah manakala Shah pula keliru dan yakin yang dia tidak menyentuh Husna pun dan mengagak ini semua hanya helah Husna untuk mempercepatkan perkahwinan mereka.
Setelah berdepan dan bertanya hal sebenar pada Husna, barulah Husna mengaku yang dia sebenarnya tidak mengandung. Mak Shah pula memujuk Fika untuk menerima poligami dan hidup bermadu. Tak lama kemudian Shah dan Husna akhirnya bertunang juga, namun Shah masih tidak menetapkan lagi tarikh perkahwinan mereka. Shah juga cuba memujuk Fika namun kelihatan Fika dah nekad untuk bercerai dia juga meminta Shah untuk memfailkan penceraian mereka. Namun Shah tak mahu bercerai dengan Fika dan Fika pula tetap dengan keputusannya untuk bercerai. Tak lama kemudian Fika ingin pergi ke Perth Australia untuk menenangkan diri seorang diri. Ibu Fika risau kerana Fika seorang diri di negara luar dan akhirnya meminta bantuan Syazwi untuk pergi menemani Fika di sana dan Syazwi bersetuju. Di Airport Syazwi berpura - pura terkejut bila berjumpa Fika dan berlakon seolah - olah pertemuan mereka disitu satu kebetulan. Syazwi juga meminta kebenaran Fika untuk ikut serta percutian Fika di Perth Australia kerana ini kali pertama Syazwi ke sana. Fika bersetuju untuk membenarkan Syazwi mengikutnya berjalan - jalan di Perth itu. Irwan terkejut yang Fika pergi ke Perth tanpa mengajaknya sekali, Irwan juga mula cemburu bila tahu yang Fika ke Perth dengan Syazwi.
Shah pula mencari - cari Fika dan akhirnya tahu yang Fika pergi ke Perth, walaubagaimanapun Shah terkejut mendengar suara lelaki ketika menelefon Fika. Shah yakin yang lelaki tersebut adalah Irwan dan syak Fika curang dengannya. Akibat marah dan menyangka Fika curang dengannya, Shah pergi berjumpa peguam dan memfailkan penceraian. Husna dan Irwan pula gembira kerana Shah dan Fika akan bercerai tak lama lagi. Namun Shah terkejut bila mendapat tahu yang Irwan masih di Malaysia dan bukannya di Perth bersama Fika. Shah mula menyesal dengan tindakannya yang terburu - buru. Syazwi mula jatuh cinta dengan Fika dan ingin melamar Fika menjadi isterinya selepas Fika bercerai nanti, Syazwi kemudiannya pergi berjumpa ibu Fika dan meluahkan hasrat hatinya itu. Ibu Fika memang bersetuju jika Syazwi menjadi menantunya dan dia yakin Syazwi akan membahagiakan Fika. Irwan pergi berjumpa Syazwi dan memberi Syazwi amaran supaya tidak menganggu Fika lagi dan Syazwi berterus - terang yang dia memang menyukai Fika. Irwan pula memberitahu Shah tentang Syazwi dan akhirnya Shah berjumpa dengan Syazwi. Bila berjumpa Shah, Syazwi berterus - terang tentang apa yang berlaku dan turut mengaku yang dirinya menyukai Fika, malah ibu Fika juga merestui hubungannya dengan Fika.
Manakala Fika telah ke rumah suaminya untuk mengambil barang - barangnya lalu terserempak dengan Nek Pah. Fika kemudiannya bergaduh besar dengan Nek Pah dan Fika juga sempat menyelamatkan Nek Pah dari dilanggar kereta lalu membawa Nek Pah ke hospital. Di hospital, Nek Pah mula sedar dan insaf, Fika turut datang melawat Nek Pah dan mengaku yang dirinya sayang pada Nek Pah. Nek Pah mula lembut hati dan berasa bersalah pada Fika dan Shah. Nek Pah turut meluahkan rasa kesalnya pada Shah, tak lama kemudian Shah membuat keputusan untuk menjadikan Husna sebagai isterinya. Husna sangat gembira dengan keputusan Shah dan mula mengubah sikapnya untuk mengambil hati Shah. Manakala Fika pula pergi ke Perth sekali lagi dengan Syazwi dan kali ini turut ditemani Damia (Amelia Henderson). Fika juga mula rasa tidak sihat dan sakit perut, tak lama kemudian Damia dapat tahu yang Fika mengandung dan syak yang Fika akan menggugurkan kandungannya. Syazwi yang terdengar perbualan mereka akhirnya tahu yang Fika dan mengandung, Syazwi juga berterus - terang pada Fika yang dirinya sayang pada Fika dan menerima diri Fika seadanya. Malah dia juga sanggup menjadi bapa pada anak Fika itu nanti.
Damia kemudian memberitahu Faris (Luqman Hafidz) tentang kehamilan Fika, Faris excited bila dapat tahu berita itu dan turut memberitahu Shah. Shah yang ketika itu berada di butik pengantin bersama Husna tidak percaya akan hal tersebut dan mengagak Faris sengaja bergurau. Namun akhirnya Shah percaya dan turut teruja bila dapat tahu yang Fika mengandung. Manakala Fika pula tidak menyangka yang Shah sudah tahu mengenai dirinya yang mengandung. Pelik dengan sikap Shah, membuatkan Husna pergi berjumpa dengan Faris untuk bertanya kebenarannya. Faris kemudian memberitahu hal sebenar mengenai Fika yang mengandung itu pada Husna. Kelihatan Husna agak terganggu dengan berita kehamilan Fika dan risau jika Shah tak jadi kahwin dengannya akhirnya mengambil tindakan drastik. Husna cuba bunuh diri dan sempat menelefon Shah. Apa yang berlaku seterusnya?.
Pada yang terlepas nak baca sinopsis drama ini di episod awal bolehlah klik label "Drama Jangan Benci Cintaku" di bawah ini okey.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan