15 Ogo 2018

Drama Cinta Lemon Madu (Lestary TV3)




Cinta Lemon Madu, Drama Cinta Lemon Madu, Drama Melayu, 2018, Drama Bersiri, Slot Lestary, TV3, Cinta Lemon Madu Cast, Pelakon Drama Cinta Lemon Madu, Aidil Aziz, Riena Diana, Ruhainies, Eyra Hazali, Epy Kodiang, Kazar Saisi, Mubarak Majid, Helvera Susanti, Siti Noor Fadilla, Eylla Diefila, Zya Naziha, Carolia, Sweet, Cinta,
Drama Cinta Lemon Madu Lakonan Aidil Aziz & Ruhaines

Drama Cinta Lemon Madu telah disiarkan di Slot Lestary TV3 bermula 8 Ogos yang lalu menggantikan Drama Andainya Takdir 2. Antara barisan pelakon - pelakon drama Cinta Lemon Madu ini adalah Aidil Aziz, Riena Diana, Ruhainies, Eyra Hazali, Epy Kodiang, Kazar Saisi, Mubarak Majid, Helvera Susanti, Siti Noor Fadilla, Eylla Diefila, Zya Naziha, Carolia dan ramai lagi. Setahu aku drama Cinta Lemon Madu ini telah disiarkan lebih awal di portal Tonton dan baru sekarang drama ini disiarkan di TV pula. Pelakon Riena Diana pun ada berlakon dalam drama ini juga, kalau ada yang ingat, Riena Diana ini famous dengan watak Dr Qhadeeja menerusi drama Nur yang disiarkan di TV3 pada bulan Ramadan yang lalu. Episod drama Cinta Lemon Madu ini juga tak panjang sangat, hanya 13 episod saja, jadi bolehlah layan kan, plus jalan ceritanya juga nampak menarik gitu.




Sinopsis Drama Cinta Lemon Madu Lakonan Aidil Aziz & Ruhaines

Firash (Aidil Aziz) telah diambil sebagai anak angkat dalam keluarga berada semenjak kematian ibunya dari kecil. Haida, adik angkat Firash telah dijodohkan untuk berkahwin dengannya kerana ibu mereka risaukan kenakalan Haida (Ruhainies). Sikap Haida yang masih muda dan masih mahu berseronok tidak disenangi Firash dan Firash sentiasa rasa terabai. Sehinggalah Firash berjumpa dengan Aisyah (Riena Diana) ketika menyelamatkannya dari peragut, Firash mula terjatuh hati kepada Aisyah. Apa yang berlaku seterusnya?.

Tiada ulasan:

Catat Komen



My Random Post