30 Jul 2017

English Movie 10 Cloverfield Lane

English Movie, Filem, Movie, 10 Cloverfield Lane, Review, My Review, My Feeling, My Opinion, Sinopsis, Pelakon, John Goodman, Mary Elizabeth Winstead, John Gallagher, Suzanne Cryer,
Review & Sinopsis 10 Cloverfield Lane (English Movie)

Hari ini aku nak buat review ringkas tentang English Movie yang aku tengok baru - baru ini yang bertajuk 10 Cloverfield Lane. Filem ini dilakonkan oleh John Goodman, Mary Elizabeth Winstead, John Gallagher, Suzanne Cryer dan ramai lagi. Selepas menonton drama siri BrainDead, aku tertarik nak tengok filem - filem lakonan Mary Elizabeth Winstead ini, jadi aku pun tontonlah filem 10 Cloverfield Lane ini. Jalan cerita filem ini boleh tahan best juga, penuh suspen dan menarik. Uniknya dalam filem ini tidak perlukan ramai pelakon pun, hanya 5 hingga 6 orang pelakon saja, namun lakonan mereka memang terbaik. Selain itu tiada kisah cinta dalam filem ini sebab ianya lebih memfokuskan tentang watak Michelle yang perlu menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran baru. Filem ini release pada 11 Mac 2016 dan diarahkan oleh Dan Trachtenberg.

Jalan cerita filem ini akan membuatkan kita tertanya - tanya apa yang akan berlaku seterusnya terutamanya untuk watak Howard Stambler. Sebab watak Howard ini agak pelik dan susah nak mempercayai segala kata - katanya. Kadangkala nampak Howard ini baik, kadangkala nampak Howard ini macam tak betul pun ada juga. Aku suka juga scene ketika mereka bertiga hidup bersama dalam keadaan tentang dan aman, namun disebabkan satu insiden, semuanya mula berubah. Selain itu aku tak sangka juga, ada Aliens di hujung filem ini. Ingatkan Howard tu mereka - reka cerita saja, tapi betul rupanya, tapi Howard itu tak patut bersikap kejam pada Emmett sampai membunuhnya. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini dibawah ye.

Sinopsis Filem 10 Cloverfield Lane

Mengisahkan Michelle yang bergaduh dengan kekasihnya lalu memutuskan untuk pergi menenangkan dirinya. Ketika dirinya sedang memandu, dia mengalami kemalangan lalu tidak sedarkan diri. Apabila dia sedar, dia mendapati dirinya telah dikurung di bilik bawah tanah, dia cuba untuk melepaskan dirinya tapi tak berjaya. Lelaki yang mengurungnya bernama Howard Stambler, dia cuba menerangkan perkara sebenar pada Michelle namun Michelle langsung tidak mempercayainya. Howard mengatakan dia telah melanggar kereta Michella tanpa dia sengaja lalu membawa Michelle ke tempat yang selamat. Setelah Michelle mulai tenang, Howard mula melepaskan Michelle supaya Michelle dapat berjalan - jalan di sekitar kubu bawah tanah tersebut dan mengetahui perkara sebenarnya yang berlaku. Michelle juga telah berjumpa dengan seorang lagi lelaki yang turut tinggal dalam kubu bawah tanah itu yang bernama Emmett Dewitt. Emmett menyuruh Michelle untuk mempercayai Howard kerana semua kata - katanya itu benar.

Michella masih tidak percaya pada Howard lalu memutuskan untuk mencuri kunci dari Howard lalu membuka pintu keluar dan melihat sendiri keadaan di luar. Ketika sampai di pintu keluar, Michelle terkejut melihat seorang perempuan yang bernama Leslie menjerit serta merayu pada Michelle supaya membuka pintu dan membenarkan dirinya untuk masuk kerana dirinya sedang berada dalam bahaya. Michelle tergamam lalu mula sedar yang kemungkinan besar kata - kata Howard adalah benar, Howard kemudiannya menghalang Michelle dari membuka pintu tersebut. Akhirnya Michelle mengalah dan memutuskan untuk tinggal disitu. Sejak itu kehidupan mereka bertiga mulai aman dan tenang. Tak lama kemudian Michelle dan Emmett mula sangsi dengan Howard selepas terjumpa satu gambar budak perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ini. Mereka syak Howard menipu serta ada kaitan dengan kes budak hilang itu dan kemungkinan besar Howard telah membunuh budak perempuan itu. 

Michelle dan Emmett mula membuat satu rancangan untuk keluar dari kubu bawah tanah itu, namun rancangan itu diketahui oleh Howard dan akhirnya Howard telah membunuh Emmett. Apa yang bakal berlaku pada Michelle?, dapatkah Michelle keluar dari kubu bawah tanak itu dengan selamat?. Kalau korang nak tahu kenalah tengok filem ini nanti, apa pun aku bagi 8 Bintang dari 10 bintang untuk filem 10 Cloverfield Lane ini.
Read More

26 Jul 2017

Sinopsis Filem Complete Unknown (English Movie)

Filem, Movie, English Movie, English Film, Complete Unknown, 2016, Misteri, Sinopsis, Pelakon, Rachel Weisz, Michael Shannon, Kathy Bates, Danny Glover, Condola Rashad, Chriss Lowell, Azita Ghanizada,
Sinopsis Filem Complete Unknown (English Movie)

Hari ini macam biasa, aku nak buat review tentang filem Complete Unknown. Filem Complete Unknown ini release pada 26 Ogos 2016 dan dilakonkan oleh Rachel Weisz, Michael Shannon, Kathy Bates, Danny Glover, Condola Rashad, Chriss Lowell, Azita Ghanizada dan ramai lagi. Filem ini diarahkan oleh Joshua Marston. Bagi aku filem ini agak membosankan, tak banyak adegan suspen mahu pun plot twist sebaliknya jalan cerita filem ini lebih memfokuskan tentang watak Alice lakonan Rachel Weisz yang suka menyamar dan mempunyai banyak identiti. Filem ini tidak ada unsur - unsur kejutan yang boleh membuatkan penonton ternanti - nanti babak yang seterusnya. Apa pun korang boleh baca sinopsis filem ini di bawah ya, selamat membaca.

Sinopsis Filem Complete Unknown (English Movie)

Mengisahkan tentang Alice yang berusia dalam lingkungan 30 tahun ke atas yang mempunyai banyak identiti serta telah melakukan banyak pekerjaan di beberapa negara. Apabila dirinya sudah berasa bosan dengan identiti serta pekerjaannya yang lama, maka dia akan berhijrah ke negara baru beserta dengan identitinya yang baru. Tak lama kemudian Alice mula berasa rindu dengan identiti asalnya dan ingin pulang ke kampung halamannya serta bertemu dengan orang yang mengenali dirinya yang asal. Alice kemudiannya memutuskan untuk berjumpa dengan Tom yang merupakan bekas teman lelakinya. Tom sudah pun berkahwin dengan Ramina namun mempunyai beberapa masalah dengan isterinya itu. Alice kemudiannya cuba mendekati kawan baik Tom iaitu Clyde untuk mencari peluang berjumpa dengan Tom. Akhirnya Clyde mengajak Alice untuk pergi ke Birthday Party Tom dan kemudian Alice dapat berjumpa dengan Tom namun berpura - pura tidak mengenalinya. Tom amat terkejut apabila melihat Alice atau nama sebenarnya Jennifer kerana mereka sudah lama tidak berjumpa.

Ketika berada di parti hari jadi Tom itu, Alice sangat disenangi oleh kawan - kawan Tom yang lain dan hal ini membuatkan Alice menceritakan serba sedikit tentang dirinya pada kawan - kawan Tom itu. Alice juga turut menceritakan tentang pertukaran namanya serta identitinya dan menyebabkan kawan - kawan Tom terkejut dan ada juga yang kagum dengan keberanian Alice itu. Akhirnya Tom mengajak semua kawan - kawannya ke Club untuk berhibur dan bersuka ria. Disana berlaku satu insiden yang menyebabkan kawan - kawan Tom mula mensyaki dan menganggap Alice ini penipu. Hal tersebut menyebabkan Alice sedih lalu keluar dari Club berkenaan dan Tom 
turut mengikutnya. Mereka berdua kemudiannya menolong seorang perempuan tua bernama Nina yang terseliuh kakinya. Di rumah Nina, Alice menyamar lagi dan memperkenalkan dirinya dan Tom sebagai Cardiologist dan juga doktor. Tom kemudiannya berpura - pura menjadi doktor dan memeriksa kaki Nina, dirinya berasa agak enjoy menjadi orang lain. Tom dan Alice akhirnya bergegas keluar dari rumah Nina kerana tak mahu lakonan dan penipuan mereka terbongkar.

Dalam perjalanan pulang, Tom menyuruh Alice untuk menunjukkan apa yang dilakukannya sekarang dan Alice kemudiannya membawa Tom ke tempat kerjanya. Disitu Tom dapat melihat dengan lebih dekat lagi tentang cara hidup Alice yang sering berpindah randah dan bertukar pekerjaan. Tom turut mengikut Alice pulang ke rumahnya dan melihat Alice sibuk mengemas barang - barangnya untuk berhijrah ke tempat baru di keesokan harinya. Alice turut mengajak Tom untuk pergi bersamanya, namun Tom tidak mahu dan akhirnya mereka berpisah dan membawa haluan masing - masing. Tom juga sudah berbaik - baik semula dengan isterinya dan akan berpindah ke tempat baru seperti yang diinginkan isterinya itu. Manakala Alice pula sudah pun berada di tempat baru beserta identitinya yang baru. Ending filem Complete Unknown ini memang simple dan straight to the point saja, jadi secara keseluruhannya, aku bagi 4.5 Bintang dari 10 bintang untuk filem ini.

Gambar diatas credit to Stephanie Luong

Read More

23 Jul 2017

Sinopsis Telemovie Ooops! Terlajak Nikah

Sinopsis, Telemovie, Telefilem, Astro Citra, Ending, Drama, Cinta, Pelakon, Dato Aliff Syukri, Sharifah Shahirah, Normah Damanhuri, Azad Jasmin, Ruhainies,
Sinopsis Telemovie Ooops! Terlajak Nikah

Telemovie Ooops! Terlajak Nikah telah pun disiarkan di Slot Citra Exclusive, Astro Citra dan Mustika HD pada 22 Julai 2017 yang lalu. Telemovie ini dilakonkan oleh Dato Aliff Syukri, Sharifah Shahirah, Normah Damanhuri, Azad Jasmin, Ruhainies dan ramai lagi. Manakala pengarah telemovie Ooops Terlajak Nikah ini adalah Shuhaimi Zulkefli dan diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd. Ini kali pertama Dato Aliff Syukri berlakon telemovie sebagai watak utama dan dari tajuk telemovie ini, aku ingatkan jalan cerita telefilem ini memang ceria dan happy ending di akhirnya. Tapi salah jangkaan aku sebab ending telemovie ini boleh pula bertukar jadi sad ending. Apa pun boleh tahan juga jalan cerita telemovie ini sebab macam - macam ada, komedi ada, sedih pun ada juga. Lakonan para pelakonnya pun best - best belaka. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini dibawah ya, selamat membaca.

Sinopsis Telemovie Ooops! Terlajak Nikah

Mengisahkan Zahid yang sangat manja dengan ibunya, Zahid mempunyai kerjaya tetap tapi masih belum berkahwin dan sangat menyayangi ibunya itu. Suatu hari Zahid telah terserempak dengan seorang wanita jelita (lakonan Ruhainies) di dalam sebuah kedai runcit. Zahid tepukau dengan kecantikan wanita jelita itu dan mengekori wanita tersebut hingga sampai ke sebuah rumah, Zahid kemudian terus memerhati wanita jelita itu dari jauh, kelakuan Zahid yang mencurigakan itu telah dilihat oleh seorang makcik lalu makcik itu memarahi Zahid kerana menyangkanya pencuri / perompak. Namun Zahid menerangkan perkara yang sebenarnya, dimana dia hanya memerhatikan seorang wanita jelita yang berada dalam rumah tersebut. Makcik itu kemudiannya mencadangkan Zahid supaya menyuruh keluarganya datang meminang kerana wanita tersebut masih single and available. Selepas itu Zahid tidak dapat melupakan wanita jelita tersebut dan ingin berkahwin dengannya, Zahid kemudiannya menelefon ibunya dan menyuruh ibunya untuk meminang wanita tersebut. Zahid tidak tahu nama wanita tersebut sebaliknya hanya mengingati wajah wanita tersebut serta warna langsir depan rumah wanita itu saja.

Berpandukan gambaran rumah yang diberikan oleh Zahid, Ibunya dan rombongan merisik terus pergi ke rumah tersebut. Lamaran Zahid diterima oleh keluarga wanita berkenaan dan mereka inginkan pernikahan segera dijalankan. Zahid bersetuju dan tak sabar nak berkahwin, kawan Zahid menasihati Zahid supaya berjumpa dan berkenalan dulu dengan bakal isterinya itu sebelum berkahwin. Namun Zahid enggan mendengar nasihat kawannya itu. Ketika hari pernikahan, wanita tersebut memakai purdah dan akhirnya Zahid selamat menjadi suami pada wanita tersebut yang bernama Zakiah. Selepas sah bernikah, ibu Zahid menyuruh Zakiah untuk membuka purdahnya, setelah purdah dibuka, Zahid terkejut kerana Zakiah itu bukan wanita jelita yang dijumpainya tempoh hari, sebaliknya Zakiah adalah janda yang lebih berusia daripada Zahid. Rupa - rupanya Ibu Zahid telah tersalah meminang, rumah wanita jelita itu adalah disebelah rumah Zakiah. Hal ini membuatkan Zahid tidak dapat menerima isterinya itu namun setelah dimarahi ibunya, Zahid akhirnya akur dan membawa Zakiah pulang ke rumahnya setelah 2 hari berkahwin.

Setelah berkahwin, Zahid melayan Zakiah dengan kasar, dia juga sering memarahi Zakiah serta sangat tidak menyukai Zakiah dan menganggap Zakiah sebagai perempuan tua yang layak jadi pembantu rumahnya saja. Zakiah hanya tenang dan mengikut segala kata Zahid tanpa membantah. Selain itu Zahid juga meninggalkan Zakiah seorang diri di rumah berbulan lamanya, dan pergi menumpang di rumah kawan baiknya itu. Setelah dinasihati oleh kawannya untuk pulang ke rumah, Zahid akhirnya pulang ke rumah dan disebabkan satu hal, Zahid mula memarahi Zakiah dan tanpa sengaja Zakiah terjatuh dan terseliuh kakinya. Disebabkan insiden kaki Zakiah cedera itu berjaya membuatkan Zahid bercakap dan berborak dengan Zakiah. Akhirnya Zakiah mencadangkan supaya mereka bercerai saja pada akhir tahun dan membuatkan Zahid gembira, Zahid kemudiannya mencadangkan agar mereka berdua menjadi kawan baik saja dan Zakiah setuju. Sejak menjadi kawan baik, hubungan Zahid dan Zakiah bertambah baik dan mesra, Zahid juga sudah mula berubah menjadi lebih alim dan lebih baik berbanding dulu.

Akhirnya Zahid benar - benar jatuh cinta pada isterinya Zakiah, lalu Zahid memutuskan untuk meluahkan rasa cintanya itu pada isterinya, sekaligus membatalkan penceraian mereka. Zahid menyangka isterinya akan gembira bila mendapat tahu yang Zahid sudah mencintainya namun sebaliknya pula terjadi, apabila Zakiah menjadi sedikit marah serta ingin bercerai dengan Zahid seperti yang dirancang sebelum ini. Zahid mula keliru dengan sikap Zakiah serta mula tidak tentu arah bila Zakiah tetap dengan keputusannya ingin bercerai. Apa yang bakal berlaku seterusnya? kenapa Zakiah ingin bercerai?. 
Read More

18 Jul 2017

Sinopsis Telemovie Jula Juli Bintang Putus Cinta

 Sinopsis, Telemovie, Telefilem, Jula Juli Bintang Putus Cinta, Watak, Jula, Juli, Izham, Dani, Donita, Pelakon, Zizan Razak, Mira Filzah, Amerul Afendi, Adriana Adnan, Eleena Sui, Rashidah Jaafar, Komedi,
Sinopsis Telemovie Jula Juli Bintang Putus Cinta

Telemovie Jula Juli Bintang Putus Cinta adalah sambungan kepada telemovie sebelum ini iaitu Jula Juli Bintang Cinta. Telemovie ini diarahkan oleh Osman Ali dan masih mengekalkan pelakon yang sama seperti Zizan Razak, Mira Filzah, Adriana Adnan, Amerul Afendi dan ramai lagi. Dalam telemovie Jula Juli Bintang Putus Cinta ini ada beberapa watak baru diwujudkan seperti watak Mak Izham yang dilakonkan oleh Rashidah Jaafar serta watak Donita yang dilakonkan oleh pelakon cantik manis Eleena Sui. Telemovie ini sudah pun disiarkan di Astro Citra dan Mustika HD pada 15 Julai yang lalu. Telemovie ini memfokuskan tentang hubungan cinta dan konflik dalam hubungan cinta watak - watak utama dalam cerita ini. Aku suka tengok sinematografi telemovie ini sebab cantik sangat, apa pun jom tengok sinopsis telemovie cerita ini dibawah, selamat membaca ya..

Sinopsis Telemovie Jula Juli Bintang Putus Cinta

Mengisahkan Jula dan Juli yang semakin selesa dan gembira dapat bekerja di Hotel Ombak Villa, mereka juga turut mendapat ramai kawan baru. Hubungan cinta antara Jula dan Dani serta Juli dan Izham juga berjalan lancar. Konflik mula berlaku apabila mak Izham ingin bertemu dengan bakal menantunya Juli serta menginginkan seorang menantu yang pandai memasak. Juli yang tidak tahu memasak mula berasa risau dengan penerimaan mak Izham padanya, malah pertemuan pertama Juli dengan bakal mak mertuanya juga tidak seperti yang diharapkan kerana mak mertuanya sangat garang, tegas dan suka memaksa. Mak Izham sengaja ingin menguji kepakaran Juli dalam memasak dan akhirnya dia memutuskan Juli tidak sesuai dengan anaknya Izham. Juli kemudiannya belajar memasak dari rakan sekerjanya. Kemudian Juli cuba untuk memasak pada bakal mak mertuanya itu namun dirinya dilayan agak teruk oleh mak Izham dan membuatkan Juli merajuk dan ingin memutuskan hubungan dengan Izham.

Manakala hubungan cinta antara Jula dan Dani berjalan lancar pada awalnya namun semuanya berubah dengan kemunculan Donita yang merupakan anak majikannya. Donita rupanya telah mengenali Dani sejak dari dulu. Donita juga menganggap Dani adalah kekasihnya, manakala Dani mula tersepit antara Jula dan Donita, Dani tidak sanggup nak berterus terang tentang hubungan cintanya dengan Jula kerana dia bimbang akan disingkirkan dari Hotel Ombak Villa. Dani cuba melayan Donita dengan baik dan hal ini membuatkan Jula menjadi cemburu melihat kemesraan Dani dan Donita. Manakala Donita pula dapat mengagak yang Dani ada hubungan cinta dengan Jula dan mula menyiasat hal itu. Setelah mengetahui hal yang sebenar, Donita bersemuka dengan Jula dan mula memarahi Jula dan Jula pula merasa dirinya ditipu oleh Dani dan ingin memutuskan hubungan dengan Dani. Selepas itu, Izham dan Dani bersungguh - sungguh cuba memujuk Jula dan Juli, manakala Jula dan Juli pula berasa rimas dengan kelakuan Izham dan Dani, lalu bertindak mengikut dan lari ke kampung Kak Ton.

Tak lama lepas itu, Dani dan Izham mengetahui yang Jula dan Juli telah lari ke kampung kak Ton dan memutuskan untuk pergi ke kampung kak Ton itu untuk memujuk Jula dan Juli. Apa yang bakal berlaku seterusnya?. Apa pun ending telemovie ini memang happy ending dan mungkin akan ada sambungannya nanti. Cuma satu saja yang aku pelik dengan sikap mak Izham ini, awalnya dia nampak macam tak suka betul dengan Juli, tapi di akhir cerita senang - senang saja dia berubah pula jadi baik dan boleh terima Juli jadi menantunya pula?. Apa pun memang seronok menonton telemovie ini.

Gambar diatas credit to Pinterest

Read More

16 Jul 2017

No Season 2 For BrainDead

English Drama, English Series, Drama Siri, Drama TV, BrainDead, Alien Bugs, Politik, Sains Fiksyen, Komedi, Best, Lawak, Pelakon, Mary Elizabeth Winstead, Danny Pino, Tony Shalhoub, Aaron Tveit, Nikki M. James, Johny Ray Gill, Jan Maxwell, Charlie Semine,
No Season 2 For BrainDead

Hari itu aku secara tak sengaja aku tertengok english Series BrainDead di Astro iaitu channel AXN Asia, lepas tengok satu episod, aku terus suka dengan jalan ceritanya yang unik habis. Drama ini dilakonkan oleh ramai pelakon hebat, antaranya adalah Mary Elizabeth Winstead, Danny Pino, Tony Shalhoub, Aaron Tveit, Nikki M. James, Johny Ray Gill, Jan Maxwell, Charlie Semine dan ramai lagi. Aku tak nafikan yang aku memang enjoy menonton english drama ini sebab jalan ceritanya menggabungkan unsur - unsur politik, sains fiksyen dan juga komedi. Pernah beberapa kali aku ketawa besar bila menonton scene - scene kelakar dalam drama BrainDead ini. Ikutkan aku susah nak ketawa kalau benda tu tak berapa lawak, ini ditambah lagi dengan lakonan cemerlang semua watak - watak dalam english drama ini. Opening Scene setiap episod drama ini juga unik apabila singer song writer iaitu Jonathan Coulton akan menyanyikan lagu ost drama ini, yang mana liriknya, adalah recap dan sinopsis episod - episod yang terdahulu. 

Drama siri BrainDead ini mempunyai 13 episod dan mula disiarkan pada 13 Jun 2016 hingga 11 September 2016. Malangnya pada 17 Oktober 2016, drama ini telah ditamatkan pada musim pertama saja tanpa disambung ke musim - musim yang seterusnya. Sepatutnya drama ini ada 4 season tapi diorang tak jadi sambung ke season 2 dan seterusnya, sayangnya sebab drama ini best dan unik. Secara keseluruhannya, drama ini mengisahkan tentang Laurel Healy yang merupakan seorang pembuat filem dokumentari bebas yang bekerja di bawah abangnya iaitu Luke Healy yang merupakan seorang Senator dalam beberapa bulan, bagi mendapatkan dana untuk menyiapkan dokumentarinya yang tergendala disebabkan masalah kewangan. Ketika berkhidmat dengan abangnya itu, Laurel secara tak sengaja mengetahui tentang satu konspirasi pelik mengenai serangga dari angkasa lepas yang boleh memakan otak manusia kemudian mengawal segala tindakan dan pemikiran manusia yang dijangkitinya. Hasilnya manusia yang dijangkiti oleh serangga tersebut akan bertindak agresif, radikal dan sekaligus berminat dalam politik. Dalam situasi tertentu, serangga tersebut boleh membuatkan otak manusia yang dijangkitinya meletup. Laurel menghadapi dilema untuk memberitahu orang - orang terdekatnya kerana bimbang dianggap gila.

Naiblah Laurel mempunyai 2 kawan baru iaitu Doktor Rochelle Daudier dan Gustav Triplett / Dr. Bob yang turut mempunyai pendapat dan teori yang sama mengenai isu serangga yang memakan otak manusia itu. Mereka bertiga cuba mencari punca serta cara penyelesaian bagi masalah tersebut, ada banyak perkara lucu dan kelakar yang terjadi dalam usaha mereka memahami dan mencari jalan penyelesaian bagi masalah itu. Antara scene - scene lawak dalam drama BrainDead ini yang berjaya buat aku ketawa adalah scene ketika Gustav dan Rochelle mengetahui cara bagaimana mereka yang dijangkiti serangga tersebut berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Scene paling best ketika semua ahli politik kena mengundi untuk satu isu itu dan proses pengundian dilakukan dengan cara sangat kelakar okey, aku asyik ketawa bila tengok scene ini. Kemudian aku juga sukakan babak ketika Boyfriend Laurel iaitu Gareth Ritter menjadi takut, risau dan merasakan dirinya telah menjadi kurang waras apabila melihat sendiri majikannya iaitu Senator Red Wheatus bercakap seorang diri sambil mengeluarkan serangga alien itu dari telinganya sebelum memasukkan kembali serangga tersebut di telinganya. Selepas itu Gareth terus berjumpa dengan Laurel dan menceritakan apa yang dia nampak, Laurel kemudiannya membawa Gareth berjumpa dengan Rochelle, Gustav dan juga seorang pakar. 

Mereka berbincang tentang kemungkinan serangga yang berada di dalam telingga Senator Red Wheatus itu adalah Queen kepada serangga - serangga lain dan perlu dihapuskan secepat mungkin. Aku sangat sukakan reaksi Gareth yang merasakan dirinya dah tak waras dan sangat terkesan dengan isu serangga alien ini, apabila dia dah nampak sendiri berbanding sebelum ini, dia tak begitu percayakan cerita Laurel mengenai serangga tersebut. Bila dah nampak sendiri, barulah dia rasa hampir nak gila dan asyik google pasal serangga ini selama sehari suntuk. Selain itu babak ketika Laurel, Rochelle dan Gustav yang cuba menangkap dan membunuh serangga alien tersebut di pejabat Senator Red Wheatus itu juga sangat kelakar. Malangnya mereka hanya dapat mencederakan serangga alien tersebut saja dan tidak dapat membunuhnya lagi. Selain itu reaksi abang Laurel iaitu Luke Healy apabila mengetahui kebenaran tentang kisah serangga alien itu juga sangat best, akhirnya dia sedar yang cerita adiknya itu sememangnya betul. Scene ketika Senator Red Wheatus yang cuba nak menembak senator Luke itu juga kelakar apabila dia gagal, kerana Luke Healy asyik berjalan mundar - mandir dan menyukarkan Senator Red untuk menembaknya.

Selain scene - scene kelakar, ada juga scene - scene sedih dalam drama ini, apabila ayah Laurel dan Luke turut dijangkiti oleh serangga alien ini dan membuatkan Laurel sedih kerana ayahnya itu dah berbeza. Walaubagaimanapun, di episod akhir drama ini nanti, Laurel akhirnya mengetahui satu cara untuk membuatkan serangga tersebut keluar dari telinga ayahnya itu dan dia berjaya. Ending BrainDead ini memang happy ending cuma ianya tiada musim kedua, aku memang berharap kalau ada musim kedua buat english series BrainDead ini, tapi lain pula yang jadi apabila season 2 tak ada. Agaknya kalau ada sambungannya drama ini, apa yang akan terjadi?, mesti lagi menarik jalan ceritanya. Tapi nak buat macam mana, tiada musim kedua buat BrainDead ini, apa pun aku bagi 9 Bintang dari 10 Bintang buat english drama ini. 

Gambar diatas credit to Gage Skidmore

Read More

10 Jul 2017

Sinopsis Telemovie Kad Raya Dalam Kolong

Sinopsis, Telemovie, Telefilem, Kad Raya Dalam Kolong, Autisme, Kisah Sedih, Astro Citra, Telemovie Raya, Pengajaran, Pelakon, Ungku Ismail Aziz, Elaine Daly, Nik Adam Mika, Liza Rafar, Azad Jasmin, Zazly Baginda, Yusri Saleh,
Sinopsis Telemovie Kad Raya Dalam Kolong

8 Julai 2017 yang lalu, aku sempat menonton telemovie yang bertajuk Kad Raya Dalam Kolong yang disiarkan di Astro Citra dan Mustika HD. Jalan cerita telemovie ini unik, menarik dan sedih, malah para pelakon yang berlakon dalam telemovie Kad Raya Dalam Kolong ini juga best - best belaka antaranya seperti Ungku Ismail Aziz, Elaine Daly, Nik Adam Mika, Liza Rafar, Azad Jasmin, Zazly Baginda, Yusri Saleh dan ramai lagi. Dah lama juga tak nampak Liza Rafar berlakon, masa aku kecil dulu, selalu juga aku tengok Liza Rafar ini berlakon, masa zaman - zaman drama spektra di RTM dulu. Selain itu telemovie ini diarahkan oleh Khir Rahman dan merupakan terbitan Pandang Timur Sdn Bhd. Bagi sesiapa yang terlepas nak tengok telemovie ini, bolehlah tunggu ulangannya nanti di TV. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini dibawah ye.

Sinopsis Telemovie Kad Raya Dalam Kolong

Mengisahkan tentang Nadi yang merupakan kanak - kanak lelaki yang autisme, dia juga merupakan anak tunggal dalam keluarganya, Nadi sangat suka pada kad raya yang dibeli dan ditulis oleh ayahnya. Selepas ayah Nadi meninggal dunia, Ibu Nadi iaitu Hanan mengalami kesukaran untuk membesarkan nadi seorang diri. Ini ditambah lagi dengan perangai orang kampung yang selalu mengutuk dan menghina Nadi. Malah bapa saudara Nadi iaitu Awang juga sangat membenci Nadi, kerana Nadi tidak seperti kanak - kanak normal yang lain, baginya Nadi adalah gila dan tak patut berada dalam kampung tersebut. Hanya Cikgu Asri saja yang memahami dan baik dengan Nadi, dia sentiasa menasihati ibu Nadi supaya bersabar. Hanan yang geram dengan perangai orang kampung membuat keputusan untuk mengurung Nadi dalam kolong di bawah rumah. Hanan mengatakan Kolong itu adalah tempat yang selamat buat Nadi. Nadi juga selesa dan suka tinggal di Kolong itu, sehinggalah pada suatu hari, di pagi hari raya, ibu Nadi meninggal dunia lalu menyebabkan Nadi kini anak yatim piatu.

Nadi kemudiannya dipelihara oleh keluarga angkat yang kaya dan meninggalkan kampung itu, rumah Nadi di kampung itu dijaga dengan baik oleh cikgu Asri. Nadi membesar dengan baik di bawah jagaan keluarga angkatnya, malah Nadi juga dah normal seperti orang lain, dia juga dah berkahwin dengan Salina dan kini Salina dah mengandung. Walaubagaimanapun Nadi mempunyai hobi pelik, dimana dirinya suka mengurung diri di dalam stor di rumah mereka berjam - jam lamanya. Hal ini membuatkan Salina pelik dengan perangai suaminya itu. Tak lama kemudian Nadi mula teringat kembali pada rumahnya di kampung dan pulang ke sana bersama Salina. Nadi gembira dapat bertemu semula dengan Cikgu Asri dan kemudiannya memori silamnya kembali menghantui dirinya. Perangai Nadi menjadi semakin pelik dan dirinya menghabiskan masanya dengan duduk di dalam kolong tersebut. Hal ini membimbangkan Salina dan Salina mengambil keputusan untuk beredar dari kampung itu dengan ayahnya sekaligus meninggalkan Nadi sendirian di Kolong itu.

Awang mendapat tahu yang anak saudaranya itu telah kembali ke kampung dan kebenciannya pada Nadi makin menjadi - jadi. Dia melayan Nadi dengan teruk sekali sehingga sanggup untuk membakar Nadi yang berada dalam Kolong tersebut. Apa yang bakal berlaku seterusnya? dapatkah Nadi selamat? dan adakah Awang akan insaf? bagaimana pula dengan Salina?. Apa pun telemovie ini memang happy ending dan banyak pengajaran yang boleh kita dapat. 
Read More

6 Jul 2017

Song Joong Ki Dan Song Hye Kyo Kahwin 31 Oktober 2017

Song Joong Ki, Song Hye Kyo, Bercinta, Dating, Berkahwin, Love, Pelakon, Descendent Of The Sun, Pelakon, Korean Star, Korean Drama, Drama Korea, Korean Style, Sweet Couple, Song Song Couple,
Song Joong Ki Dan Song Hye Kyo Bakal Berkahwin Pada 31 Oktober 2017 Ini

Agak terkejut juga bila mendengar berita tentang perkahwinan dua pelakon hebat dari Korea Selatan ini iaitu Song Joong Ki dan Song Hye Kyo. Mereka berdua bakal berkahwin pada 31 Oktober 2017 ini, tak sangka pula mereka bercinta dan tak lama lagi dah nak berkahwin pula. Rasanya ramai yang terkejut tentang berita ini dan ramai juga peminat wanita Song Joong Ki akan kecewa apabila akhirnya Song Joong Ki akan berkahwin tak lama lagi. Bila masanya Song Joong Ki dan Song Hye Kyo ini dating dan bercinta ye? ingatkan gosip atau khabar angin saja, akhirnya jadi kenyataan. Tahniah buat mereka berdua, sama cantik, sama padan, mereka berdua turut digelar sebagai "Song Song Couple". Sebelum ini Song Hye Kyo dah pernah bercinta dengan beberapa pelakon lain seperti Hyun Bin dan lain - lain namun kisah cinta mereka putus di tengah jalan. Song Joong Ki juga bertuah dapat Song Hye Kyo yang cantik dan comel itu. Tambahan lagi Song Hye Kyo sentiasa tersenarai dalam list Top 5 Pelakon Tercantik Korea sejak dari dulu sampailah sekarang. Berita tentang mereka berdua akan berkahwin ini turut trending di Twitter. 

Rata - rata komen yang aku baca di Twitter, ramai yang terkejut dan juga happy bila Song Joong Ki dan Song Hye Kyo akan berkahwin, semuanya setuju bahawa pasangan ini memang sepadan dan sweet. Kedua - dua mereka ini juga dah pernah berlakon bersama dalam Drama Popular 2016 iaitu Descendent Of The Sun. Ending drama tersebut, tiada babak perkahwinan antara mereka, namun siapa sangka perkahwinan itu akan terjadi di alam realiti. Dengar cerita Pihak KBS juga akan menayangkan semula drama Descendent Of The Sun di TV sempena perkahwinan mereka tak lama lagi. Aku juga turut membaca beberapa artikel di Internet tentang kisah cinta Song Hye Kyo dan Song Joong Ki ini. Rupa - rupanya mereka berdua dah bercinta sebelum berlakon drama Descendent Of The Sun lagi. Ini bermakna ketika mereka shooting drama tersebut, mereka berdua memang tengah hangat bercintalah kan. Patutlah kisah cinta watak mereka dalam drama itu nampak macam real, rupa - rupanya memang tengah bercinta pun. Pastinya Song Hye Kyo kelihatan jelita memakai baju pengantin nanti.

Selain mereka berdua, ada ramai juga selebriti lain yang berlakon bersama dalam satu drama kemudian berkahwin, contohnya seperti Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun yang berlakon bersama dalam drama Korea Blood, selepas itu mereka berkahwin. Ryu Soo Young dan Park Ha Sun pula pernah berlakon bersama dalam drama Two Weeks dan selepas itu mereka berkahwin. Begitu juga Ji Sung dan Lee Boo Young, In Gyo Jin & So Yi Hyun, Yeon Jung Hoon dan Han Ga In, Eugene dan Ki Tae Young, Kim So Yeon dan Lee Sang Woo serta Jo Sang Wook dan Cha Ye Ryun yang bertemu dalam drama Glamorous Temptation dan kemudiannya berkahwin.

Gambar diatas credit to jingdianmeinv at Flickr


Read More

3 Jul 2017

Telemovie Menarik Di Bulan Syawal (2017)

Telemovie, Best, Sinopsis, Hari Raya, Raya, Aidilfitri, Telefilem, Review, My Review, Drama, Dodol Untuk Menantu, Pergilah Cinta, Pesan Dari Tuhan, RTM, TV2, TV3, TV9, Pelakon, Saim Ali, Mimi Lana, Shamsul Ghau Ghau, Hairi Safwan, Nadzmi Adhwa, Remy Ishak, Azhan Rani, Ellie Suriati, Izreen Azminda, Erma Fatima, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Raja Afiq, Sasqia Dahuri, Bulan Syawal, 2017,
Telemovie Menarik Di Bulan Syawal

Bila masuk bulan Ramadan memang banyak drama dan telemovie yang disiarkan di kaca tv, bila tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, lagilah banyak telemovie menarik yang disiarkan di semua stesen TV. Kadang - kadang sampai tak tahu nak tengok yang mana satu sebab semua telemovie pun best. Dalam banyak - banyak telemovie yang disiarkan di TV itu, aku sempatlah tengok beberapa telemovie antaranya adalah telemovie Dodol Untuk Menantu di Tv9, Telemovie Pesan Dari Tuhan di TV2 dan Telemovie Pergilah Cinta di Tv3. Ikutkan ada lagi telemovie yang aku tonton, tapi masa itu, aku tak berapa fokus sangat menonton TV, jadi tengok pun macam - macam tu sajalah. Jadi dalam entry ini aku akan buat review ringkas tentang 3 telefilem yang aku tengok masa hari raya hari itu. Ketiga - tiga telemovie ini mempunyai genre yang berbeza, ada yang bergenre komedi, ada juga yang bergenre serius dan juga bergenre cinta. Telemovie pertama yang aku tonton adalah Dodol Untuk Menantu yang disiarkan pada Hari Raya kedua di TV9. Antara pelakon yang membintangi drama ini terdiri daripada Saim Ali, Mimi Lana, Shamsul Ghau Ghau, Hairi Safwan, Nadzmi Adhwa, Syida Melvin dan ramai lagi.

Saim Ali yang merupakan hero telemovie ini memang benar - benar berasal dari Pakistan dan sememangnya merupakan seorang pelakon dan berasal dari keluarga yang ternama dan kaya di sana. Tak sangka juga dia dah berjinak - jinak berlakon di Malaysia, kalau tak silap aku, Saim Ali ini juga pernah berlakon dalam Teater Mak Cun di Istana Budaya. Dalam telemovie ini, dia melakonkan watak Basyir yang bekerja sebagai pelayan restoran. Dia kemudiannya berkahwin dengan Noni yang merupakan warga Malaysia. Ayah Noni awalnya tidak bersetuju dengan permintaan Noni untuk berkahwin dengan Basyir yang merupakan warga asing. Disebabkan Noni berkeras nak berkahwin juga, maka Pak Dolah memberi keizinannya. Selepas itu Pak Dolah melayan Basyir dengan dingin sekali dan sentiasa memarahinya. Walaubagaimanapun aku suka dengan personaliti Basyir yang penyabar dan rajin melayan kerenah bapa mertuanya itu. Malah dia juga sanggup menjaga Pak Dolah yang sakit dengan baik sekali. Akhirnya siapa sangka bila Basyir terpaksa pulang ke negaranya buat seketika, Pak Dolahlah yang paling rindu sekali dengan Basyir itu. Sweet betul Pak Dolah dengan Basyir ni kan. Ending telemovie ini mestilah happy ending kan.

Seterusnya aku sempat juga menonton telefilem Pesan Dari Tuhan yang diarahkan oleh Erma Fatima yang disiarkan pada hari raya kedua di RTM TV2. Telefilem Pesan Dari Tuhan ini pernah mencetuskan sedikit kontroversi apabila sebuah stesen TV Swasta membatalkan tayangan telefilem ini. Selepas 2 tahun barulah penonton dapat menonton telemovie ini di TV2, dan aku suka jalan ceritanya, malah kualiti gambar juga sangat cantik serta dilakonkan oleh ramai pelakon hebat seperti Remy Ishak, Izreen Azminda, Azhan Rani, Ellie Suriati dan ramai lagi. Telemovie Pesan Dari Tuhan ini mengisahkan tentang perebutan kuasa dan harta pusaka dalam sebuah keluarga sehingga kampung mereka dilanda musibah seperti banjir, kehilangan harta dan tempat tinggal serta kehilangan anak mereka sendiri. Ending telefilem ini berakhir dengan penyesalan dan keinsafan serta penduduk kampung mula bersatu padu, tolong menolong antara satu sama lain selepas dilanda musibah itu. Telemovie seterusnya yang aku tonton adalah Telemovie Pergilah Cinta yang disiarkan pada hari raya ketiga di TV3. Telemovie Pergilah Cinta ini dilakonkan oleh Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Raja Afiq, Sasqia Dahuri, Marissa Yasmin dan ramai lagi.

Diana Danielle memegang watak jahat dalam telemovie ini, aku suka tengok betapa cintanya Reza pada isterinya Liyana, malah lepas bercerai, Reza betul - betul terganggu dan tak dapat nak melupakan bekas isterinya Liyana. Reza mula mengabaikan dirinya serta syarikatnya dan menyebabkan pekerjanya menjadi bimbang. Tak sangka juga Liyana ini sanggup curang pada Reza dan akhirnya berkahwin dengan Fazley yang juga merupakan kawan baik Reza. Part yang paling geram sekali bila Fazley mula sakit dan kewangan mereka juga makin teruk menyebabkan Liyana ingin kembali semula pada Reza. Walaubagaimanapun ending telemovie Pergilah Cinta ini memang happy ending bila Reza membuat keputusan tepat dengan memilih orang yang paling sayangkannya sebagai teman hidupnya dan bukannya bekas isterinya itu yang materialistik dan curang. Scene yang paling aku suka masa Reza marah Liyana cukup - cukup, memang puas hati tengok Reza marah Liyana itu. 3 Telemovie inilah yang aku tonton masa hari raya hari itu.

Read More

My Random Post