21 Jan 2016

Reply 1988 - Drama Korea Yang Seronok Ditonton

Drama Korea, Korean Drama, Reply 1988, Sinopsis, Review, My Feeling, Sahabat, First Love, Cinta 3 Segi, Pelakon, Park Bo Gum, Hyeri, Go Jung Pyo, Ryu Jun Yeol,
Reply 1988 - Drama Korea Yang Seronok Ditonton

Baru lepas tengok episod akhir Drama Korea Reply 1988. Drama Korea Reply 1988 merupakan siri ketiga selepas Reply 1997 dan Reply 1994. Ketiga-tiga drama tersebut mempunyai jalan cerita serta watak yang berlainan. Berbalik pada cerita Reply 1998, awalnya aku suka tengok Dukseon dengan Jung Hwan tu, nampak sweet sangat, tapi disebabkan Jung Hwan sentiasa teragak-agak dalam meluahkan perasaannya pada Dukseon membuatkan peluangnya hilang dan akhirnya Taek menjadi pasangan Dukseon. Kalaulah Jung Hwan itu berani sikit dan luahkan perasaannya, konform dia dapat dukseon itu. Tapi bila tengok Dukseon dengan Taek ini pun sweet juga, comel dan sepadan. Pelakon - pelakon yang berlakon dalam drama ini juga popular - popular belaka seperti Hyeri, Park Bo Gum dan ramai lagi. Ramai juga yang tak berpuas hati dengan ending drama Reply 1988 ini sebab nampak macam lebih berfokuskan pada kakak Dukseon itu berbanding kisah watak utama, siap ada scene kakak Dukseon berkahwin lagi, aku rasa kalau tak ada scene tersebut pun, okey saja rasanya, sebab watak utama lebih penting.

Aku ingatkan di episod akhir drama ini nanti akan ada scene Dukseon dan Taek berkahwin tapi tak ada pula. Selain itu aku juga nak tahu, adakah Jung Hwan dah ada pengganti Dukseon itu. Apapun drama ini tak memfokuskan pasal kisah percintaan saja, sebaliknya turut memfokuskan tentang kekeluargaan juga serta dugaan dan masalah yang dihadapi dalam sesebuah keluarga serta kisah persahabatan 5 sekawan ini iaitu Duk Seon, Sung Woo, Jung Hwan, Dong Ryong dan Taek. Diselitkan juga cinta tiga segi antara Dukseon, Jung Hwan serta Taek. Memang enjoy tengok drama ini sampai kadang - kadang tersengih sendiri. Drama ini mengambil latar suasana tahun 1988 di Korea dan baru saja habis ditayangkan awal Januari yang lalu dan mempunyai 20 episod kesemuanya. Drama ini sememangnya popular dan disukai oleh ramai penonton sekaligus mempopularkan pelakon - pelakon dalam drama ini.

Gambar di atas credit to https://commons.wikimedia.org
Read More

17 Jan 2016

Ending Oh My Ganu 2 - Cikgu Ayu Pilih Zizang

ending, telemovie, telefilem, Oh My English, Siri TV, Oh My Ganu 2, pelakon, zain saidin, zizan razak, tiz zaqyah, akmal, izara aishah, lawak, ending, team henry, team Zizang,
Ending Oh My Ganu 2 - Cikgu Ayu Pilih Zizang

Selain drama bersiri, Oh My English juga rajin menghasilkan telemovie yang menarik, walaupun pelakonnya bertukar - tukar namun ianya masih menghiburkan. Nampaknya Siri Oh My English iaitu Telemovie Oh My Ganu 2 berakhir dengan Ending yang tidak dijangka, uniknya kali ini, apabila ianya melibatkan penonton, dimana penonton boleh memilih ending mana yang diorang nak, sama ada ending yang memihak pada Cikgu Henry atau pun Zizan. Menarik juga bila diorang menghasilkan 2 ending, walaupun ending untuk cikgu ayu (lakonan Tiz Zaqyah) dan Zizan agak tidak masuk akal juga tapi tetap kelakar. Pada awalnya cikgu Ayu dan cikgu Henry tengah sibuk membuat persiapan kahwin, lepas itu, entah macam mana, cikgu ayu mengalami kemalangan dan masuk hospital, kemudian boleh pula cikgu Ayu hilang ingatan. Masa inilah Zizan tiba - tiba muncul dan berusaha untuk mengorat Cikgu Ayu buat kesekian kalinya. Student cikgu Henry dan Ayu telah melakukan pelbagai cara untuk membuatkan cikgu Ayu memilih untuk berkahwin dengan Henry namun masih gagal. Penonton telah membuat undian dan memilih ending yang memihak pada Team Zizang dan akhirnya dia menjadi pilihan cikgu Ayu, walaupun majlis akad nikah diorang jadi huru hara, siap zizan nak nikahkan tok kadi dengan Ayu.

Masa scene akad nikah tu juga, Ayu nampak macam sakit kepala, jadi aku ingat kemungkinan ingatan cikgu Ayu akan kembali dan pulih seperti sediakala. Rupanya tiada apa yang berlaku sebab Ayu masih akan bernikah dengan Zizan. Kemudian ada orang datang bawa Zizan naik van rupanya zizang sakit mental, jadi aku ingatkan Ayu kemudiannya akan pilih Henrylah kan, tapi tidak, sebab Ayu setia dengan Zizan. Last sekali ramai pula anak - anak diorang, begitulah ending Telemovie Oh My Ganu 2 ini. Ramai juga tak puas hati dengan endingnya sebab macam tak logik pun ade juga, tapi nak buat macam mana kan, sebab penonton juga yang pilih endingnya itu. Dua scene yang aku suka adalah masa scene akad nikah dengan scene Zizan dan Izzue Islam pakai tudung tu, sangat comel dan lawak.

Gambar diatas credit to https://commons.wikimedia.org
Read More

13 Jan 2016

Filem Heropanti Lakonan Tiger Shroff & Kriti Sanon

Filem, Movie, Hindi, Bollywood, Hindustan, Heropanti, Debut, Pelakon, Tiger Shroff, Kriti Sanon, Review,
Ulasan Filem Heropanti Lakonan Tiger Shroff & Kriti Sanon

Ahad yang lalu, aku ada menonton filem hindustan dekat Astro Citra, iaitu Filem Heropanti yang boleh dikategorikan masih baru juga sebab release tahun 2014. Heropanti bermaksud "Big Attitude" dan merupakan filem debut / filem pertama buat Tiger Shroff yang merupakan anak kepada pelakon Bollywood juga iaitu Jackie Shroff. Begitu juga dengan Kriti Sanon, filem Heropanti ini juga merupakan filem debutnya untuk industri filem Bollywood. Rasanya ramai yang kenal dengan Kriti Sanon ini sebab dia juga berlakon dalam filem Dilwale yang ada Shah Rukh Khan dan Kajol tu dan Kriti Sanon ini berlakon jadi adik Kajol tu, ingat tak?. Gandingan hero dan heroin cerita ini memang nampak okey dan sepadan, kiranya bagai pinang dibelah dua, sebabnya seorang kacak dan seorang lagi cantik jelita, memang sweet dah gandingan diorang ini. Selain itu, aku juga suka dengan poster filem Heropanti ini, sangat cantik posternya, boleh buat penonton tertarik untuk menonton Bollywood Movie ini.

Manakala jalan cerita filem ini dah macam filem tamil sebab banyak sangat samseng, lagi pun filem ini memang remake filem telugu, jadi sebab itu ada unsur - unsur ala - ala filem Tamil tu. Kadang - kadang rimas juga tengok samseng banyak sangat dalam filem ini, Apa pun ada pengajaran juga dalam cerita ini, iaitu kasih sayang seorang bapa kepada anak perempuannya, kebebasan wanita dalam membuat keputusan dan pilihan dan lain - lain lagi. Kira okey juga filem ini, cuma banyak sangat adegan lawan - lawan dan bergaduh antara samseng itu semua. Nak kata best sangat tu tak adalah, tapi masih berbaloi menonton filem ini, ini ditambah lagi dengan lagu - lagunya yang menarik serta pelakon yang berbakat besar. Apapun dekat India, filem Heropanti ini kira berjaya juga, sebab agak laris dari segi kutipan tiketnya di pawagam.

Menerusi Filem Heropanti ini juga, Tiger Shroff telah memenangi banyak anugerah antaranya adalah Best Male Debut, Superstar of Tomorrow - Male dan banyak lagi. Aku perasan yang kebanyakan filem - filem lakonan Tiger Shroff ini bergenre Aksi dan Superhero seperti filemnya yang kedua dan ketiga iaitu Baaghi dan A Flying Jatt. Manakala filem Dilwale merupakan filem Hindi kedua buat Kriti Sanon diikuti dengan filem Raabta lakonannya bersama dengan Sushant Singh Rajput. Secara keseluruhannya aku bagi 7 Bintang dari 10 bintang untuk filem Heropanti ini.

Gambar di atas credit to  Bollywood Hungama

Read More

10 Jan 2016

Gori Tere Pyaar Mein Lakonan Imran Khan & Kareena Kapoor

Filem Gori Tere Pyaar Mein, Bollywood Movie, Hindi Movie, India, Pelakon, Imran Khan, Kareena Kapoor Khan, Shraddha Kapoor, Jambatan, Bridge, Kampung, Rural Area, Romantik Komedi, Sweet,
Ulasan Filem Gori Tere Pyaar Mein Lakonan Imran Khan & Kareena Kapoor

Lepas filem Happy New Year yang agak baru juga ditayangkan minggu lalu, kini filem Bollywood yang bertajuk Gori Tere Pyaar Mein ditayangkan minggu ini. Nampaknya dah 2 minggu berturut-turut TV3 tayangkan filem yang agak baru. Minggu - minggu akan datang tak tahulah kan, mungkin diorang akan ulang semula filem - filem lama yang dah disiarkan berulang kali sebelum ini. Apa pun ini first time aku menonton filem Gori Tere Pyaar Mein ni, cerita ini dilakonkan oleh Imran Khan, Kareena Kapoor, Anupam Kher, Shraddha Kapoor dan ramai lagi. Filem ni release tahun 2013, menarik juga jalan ceritanya, lain dari yang lain dan unik, aku suka dengan watak Kareena Kapoor yang agak gila - gila itu. Dia berani dan suka membantu orang susah dan miskin sampai sanggup tinggal di kampung yang terpencil dan buat banyak benda untuk membantu orang kampung di situ, seperti merawat orang kampung yang sakit, sehinggalah ke pembinaan jambatan di kampung tersebut. Salah satu masalah terbesar orang kampung di situ adalah ketiadaan jambatan yang kukuh dan besar menyebabkan penduduk di situ berada dalam keadaan yang susah kerana tiada bantuan yang dapat masuk ke kampung itu.

Manakala watak Imran Khan ini agak kurang matang, suka enjoy sana sini, happy go lucky, sehinggalah dia berjumpa dengan watak Kareena Kapoor itu. Aku suka dengan cara watak Imran Khan tu jatuh cinta pada watak Kareena itu, Sampai last - last sekali, dia pun terlibat sekali dengan pembinaan jambatan itu semua. Walaupun mereka berdua menghadapi banyak masalah dalam menyiapkan jambatan itu kerana terdapat bantahan serta sabotaj dari pihak tertentu. Mereka tetap mencari jalan dan berfikiran positif dan ending filem Gori Tere Pyaar Mein ini memang happy ending sebab mereka akhirnya bersatu, walaupun perangai watak Kareena masih sama macam dulu, tapi nampaklah yang watak Imran Khan itu dah jadi lebih matang lepas bercampur gaul dengan penduduk kampung semua. Bagi aku filem Gori Tere Pyaar Mein ini okey juga dan menarik bagi aku. Apa pun aku bagi 3.5 bintang dari 5 bintang untuk filem ini. Hope minggu depan ada cerita Hindustan yang baru dan best lagi.

Gambar di atas credit to Bollywood Hungama
Read More

2 Jan 2016

Filem Happy New Year Lakonan ShahRukh Khan Dan Deepika Padukone

Filem, Movie, Bollywood, Hindi, Hindustan, Bollywood Movie, Filem Happy New Year, Pelakon, SRK, Deepika,  Abhishek Bachan, Sonu Sood, Boman Irani, Jackie Shroff dan Vivaan Shah,
Filem Happy New Year Lakonan ShahRukh Khan Dan Deepika Padukone

Filem Happy New Year ini release pada tahun 2014 dan merupakan kali ketiga Shah Rukh Khan bergandingan dengan Deepika Padukone selepas filem Om Shanti Om dan Chennai Express. Selain itu, filem ini turut dilakonkan oleh Abhishek Bachan, Sonu Sood, Boman Irani, Jackie Shroff dan Vivaan Shah. Aku dah tengok filem ini memang best. Pada 2 Januari 2016 ini, Tv3 akan menayangkan Filem Happy New Year ini di slot panggung sabtu. Aku harap sangat diorang tak potong mana - mana scene semata -mata nak cukupkan masa disebabkan iklan terlampau banyak. Better tayang filem Happy New Year ini di waktu malam berbanding waktu petang sebab lebih ramai akan tengok filem ini nanti. Aku selalu terbaca komplain dekat Facebook mengenai Tv3 yang tak ada stok cerita hindustan lain yang baru - baru dan best untuk ditayangkan. Asyik ulang cerita yang sama berulang kali, sampai muak penonton. Aku sendiri pun jarang tengok Cerita Bollywood / Hindustan dekat Tv3 ini sebab semuanya agak lama dan merupakan ulangan. Sedangkan Beratus filem baru Bollywood yang best - best yang release setiap tahun di India.

Disebabkan Filem Happy New Year ini kira filem baru yang belum ditayangkan dekat mana - mana stesen tv lain, so insyaallah aku akan tonton nanti. Lagipun aku baru tengok cerita ini sekali saja. Semalam kat Channel Astro kat Zee Variasi pun ada tayang cerita hindustan best yang bertajuk Yeh Jawani Hai Deewani lakonan Deepika dan Ranbir Kapoor. Alangkah bestnya kalau hari - hari diorang siarkan cerita yang best - best. Berbalik pada filem Happy New Year ini, banyak juga scene - scene menarik dan kelakar dalam filem ini contohnya scene ketika watak Deepika yang obses dan suka pada mereka yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik seperti watak Shah Rukh Khan. Kemudian scene ketika watak Shah Rukh Khan dan kumpulannya yang cuba belajar dan berlatih menari tu juga sangat kelakar, guru tarian yang diorang ambil, semuanya pelik - pelik, sampailah diorang jumpa watak Deepika Padukone ini. Aku juga suka tengok beberapa scene yang diorang memparodikan filem Om Shanti Om dan Filem Chakde India

Tak sangka juga diorang boleh selitkan parodi 2 filem berkenaan dalam filem Happy New Year ini. Ending filem ini memang happy endinglah bila semua yang jahat mendapat balasannya. Apa pun bagi aku filem Happy New Year ini memang seronok ditonton.

Gambar Di atas credit to  Bollywood Hungama
Read More


My Random Post