21 Jan 2016

Reply 1988 - Drama Korea Yang Seronok Ditonton

Drama Korea, Korean Drama, Reply 1988, Sinopsis, Review, My Feeling, Sahabat, First Love, Cinta 3 Segi, Pelakon, Park Bo Gum, Hyeri, Go Jung Pyo, Ryu Jun Yeol,
Reply 1988 - Drama Korea Yang Seronok Ditonton

Baru lepas tengok episod akhir Drama Korea Reply 1988. Drama Korea Reply 1988 merupakan siri ketiga selepas Reply 1997 dan Reply 1994. Ketiga-tiga drama tersebut mempunyai jalan cerita serta watak yang berlainan. Berbalik pada cerita Reply 1998, awalnya aku suka tengok Dukseon dengan Jung Hwan tu, nampak sweet sangat, tapi disebabkan Jung Hwan sentiasa teragak-agak dalam meluahkan perasaannya pada Dukseon membuatkan peluangnya hilang dan akhirnya Taek menjadi pasangan Dukseon. Kalaulah Jung Hwan itu berani sikit dan luahkan perasaannya, konform dia dapat dukseon itu. Tapi bila tengok Dukseon dengan Taek ini pun sweet juga, comel dan sepadan. Pelakon - pelakon yang berlakon dalam drama ini juga popular - popular belaka seperti Hyeri, Park Bo Gum dan ramai lagi. Ramai juga yang tak berpuas hati dengan ending drama Reply 1988 ini sebab nampak macam lebih berfokuskan pada kakak Dukseon itu berbanding kisah watak utama, siap ada scene kakak Dukseon berkahwin lagi, aku rasa kalau tak ada scene tersebut pun, okey saja rasanya, sebab watak utama lebih penting.

Aku ingatkan di episod akhir drama ini nanti akan ada scene Dukseon dan Taek berkahwin tapi tak ada pula. Selain itu aku juga nak tahu, adakah Jung Hwan dah ada pengganti Dukseon itu. Apapun drama ini tak memfokuskan pasal kisah percintaan saja, sebaliknya turut memfokuskan tentang kekeluargaan juga serta dugaan dan masalah yang dihadapi dalam sesebuah keluarga serta kisah persahabatan 5 sekawan ini iaitu Duk Seon, Sung Woo, Jung Hwan, Dong Ryong dan Taek. Diselitkan juga cinta tiga segi antara Dukseon, Jung Hwan serta Taek. Memang enjoy tengok drama ini sampai kadang - kadang tersengih sendiri. Drama ini mengambil latar suasana tahun 1988 di Korea dan baru saja habis ditayangkan awal Januari yang lalu dan mempunyai 20 episod kesemuanya. Drama ini sememangnya popular dan disukai oleh ramai penonton sekaligus mempopularkan pelakon - pelakon dalam drama ini.

Gambar di atas credit to https://commons.wikimedia.org

2 ulasan:

  1. aie just layan Reply 1997 je... T.T nak layan lain macam xmampu.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam



My Random Post