31 Jan 2022

Drama 4 Abdul 1 Mohd (Astro Ria)



Drama 4 Abdul 1 Mohd (Astro Ria), Poster Drama 4 Abdul 1 Mohd, Info dan Sinopsis Drama 4 Abdul 1 Mohd, Drama 4 Abdul 1 Mohd Full Episode, 4 Abdul 1 Mohd Cast, Pelakon - Pelakon Drama 4 Abdul 1 Mohd, Drama Arahan dan Lakonan Sabri Yunus,

Drama 4 Abdul 1 Mohd telah mula bersiaran di Astro Ria sejak 24 Januari yang lalu, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. Antara pelakon drama 4 Abdul 1 Mohd ini adalah Sabri Yunus, Angeline Tan, Asrul Faizal, Cik Man (PU Azman), Brian Chan, Issey Fazlisham, Azizul Ammar dan ramai lagi. Selain itu drama 4 Abdul 1 Mohd ini mempunyai 12 episod saja dan diarahkan oleh Sabri Yunus serta diterbitkan oleh Porcupine Production Sdn Bhd dan  Heritage Movies Sdn Bhd. Apa pun memang nampak menarik drama ini kan, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama 4 Abdul 1 Mohd ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Sabri Yunus sebagai Abdul Jabar, Abdul Wasit, Abdul Somad, Abdul Hakim
Angeline Tan sebagai Yyuen
Asrul Faizal sebagai Kasim
Cik Man (PU Azman) sebagai Salam
Brian Chan sebagai Robin
Saidi Sabri sebagai Jabar Muda
Issey Fazlisham sebagai Musa
Azizul Ammar sebagai Hamidon
Norra Nor sebagai Nora 
Unku Hanafi Harun sebagai Pak Nik




Sinopsis Drama 4 Abdul 1 Mohd (Astro Ria)

Mohd Kasim dibesarkan oleh ayahnya Abdul Jabar sebagai anak tunggal. Dia dikejutkan apabila ayahnya  memberitahu tentang rahsia yang disimpan selama 50 tahun lamanya. Abdul Jabar mempunyai anak dari tiga isteri yang terdahulu. Nama mereka bermula dengan Abdul sedang dia Mohd, tambah pula perangai setiap mereka tidak saperti yang Mohd Kasim harapkan. Disebabkan Jabar tidak mempunyai masa yang lama lagi untuk hidup, Abdul Jabar mula berfikir untuk membahagikan harta pusaka miliknya. Robin dan Hamidon telah diarahkan untuk mencari Somad, Hakim dan Wasit. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah apa yang dirancang berjalan lancar?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Puaka Janda Lakonan Elly Mazlein (Astro Citra)


Read More

30 Jan 2022

Telefilem Puaka Janda Lakonan Elly Mazlein (Astro Citra)



Telefilem Puaka Janda, Telemovie Puaka Janda, Poster Telefilem Puaka Janda, Info dan Sinopsis Telefilem Puaka Janda, Puaka Canda Cast, Telefilem Puaka Janda Full, Sinopsis Penuh Telefilem Puaka Janda, Pelakon - Pelakon Telefilem Puaka Janda, Elly Mazlein, Nasz Sally, Haeriyanto Hassan, Mak Wan, Kak Girl,
Telefilem Puaka Janda Lakonan Elly Mazlein (Astro Citra)

Telefilem Puaka Janda telah pun disiarkan di Astro Citra pada 29 Januari 2022 yang lalu, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Puaka Janda ini adalah Elly Mazlein, Haeriyanto Hassan, Nasz Sally, Mak Wan, Kak Girl, Shukri Tahir dan ramai lagi. Selain itu telemovie Puaka Janda ini diarahkan oleh Hashim Rejab dan diterbitkan oleh Pencil Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan telemovie ni, tambah - tambah ada Elly Mazlein yang melakonkan watak serius kali ini, selalunya Kak Lina pom pom ni banyak berlakon komedi kan. Jadi jom tengok sinopsis telefilem di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Puaka Janda Lakonan Elly Mazlein (Astro Citra)
Seorang gadis miskin, Mariam terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki tua menghadapi pelbagai dugaan selepas suami dan ibu bapanya mati dalam keadaan ngeri dan dia dituduh sebagai penyebabnya. Selepas mempelajari ilmu hitam, dia kembali ke kampung untuk menuntut bela terhadap semua pihak yang pernah menzaliminya. Apa yang berlaku seterusnya?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Survival 486 Lakonan Nora Danish (Astro Citra)


👉👉 Drama Life Lila Slot Lestary TV3
Read More

27 Jan 2022

Drama Life Lila Slot Lestary TV3



Drama Life Lila, Slot Lestary TV3, Info dan Sinopsis Drama Life Lila, Poster Drama Life Lila, Pelakon - Pelakon Drama Life Lila, Life Lila Cast,
Drama Life Lila Slot Lestary TV3 

Drama Life Lila adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang mula disiarkan pada 21 Januari 2022 yang lalu, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Antara pelakon drama Life Lila ini adalah Shasha Abedul, Nia Atasha, Siti Hariesa, Aniq Suhair, Nik Rifa'ie, Marisa Yasmin, Razak Ahmad, Dilla Ahmad dan ramai lagi. Selain itu drama Life Lila ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Liyana Jasmay serta diterbitkan oleh Mermaid Studios Sdn Bhd. Nampak macam menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Life Lila ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Shasha Abedul sebagai Lila
Aniq Suhair sebagai Zack
Nia Atasha sebagai Bibi
Siti Hariesa sebagai Aina
Nik Rifa'ie sebagai Jeff
Dilla Ahmad sebagai Julia
Dhuha Mansor sebagai Udin




Sinopsis Penuh Drama Life Lila - Slot Lestary TV3

Lila, bekerja di sebuah syarikat kosmetik Glow N Go dan pada masa yang sama dia merupakan seorang influencer di media sosial. Lila seorang yang berbakat dalam bidang kosmetik namun dia tidak serius dalam melakukan perkerjaannya kerana rasa dirinya sudah cukup bagus dengan populariti yang diterima di media sosial. Setelah kehilangan segalanya dalam masa satu hari,  Lila memilih untuk berbohong tentang hidupnya, sehinggalah dia lemas dalam helahnya sendiri.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Primadona Makyung Bedah (TV2)

 ⏩⏩ Drama Bunga Hati Lakonan Intan Najuwa dan Redza Rosli (Astro Ria)

👉👉 Drama Kau Cipta Kasih Lakonan Nazim Othman dan Uyaina Arshad (TV3)

Read More

26 Jan 2022

Telefilem Mempelai Panda (Awesome TV)



Telefilem Mempelai Panda (Awesome TV), Telemovie Mempelai Panda (Awesome TV), Poster Telefilem Mempelai Panda, Info dan Sinopsis Telefilem Mempelai Panda, Mempelai Panda Cast, Telefilem Awesome TV, Sinopsis Penuh Telefilem Mempelai Panda, Telefilem Mempelai Panda Full, Pelakon - Pelakon Telefilem Mempelai Panda,

Telefilem Mempelai Panda akan disiarkan pada 26 Januari 2022 ini, jam 9 malam di Awesome TV iaitu di saluran Astro 123 dan saluran MyTv 112. Antara pelakon telefilem Mempelai Panda ini adalah Zalif Sidek, Wanna Ali, Opie Zami, Roy Azman dan ramai lagi. Selain itu telemovie Mempelai Panda ini diarahkan oleh Opie Zami. Tajuk telefilem saja dah unik gitu, mesti menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Mempelai Panda (Awesome TV)

Boobear, seorang pelawak berpakaian Panda, dan sahabat karibnya, Slash, bekerja keras untuk mengumpul duit untuk Boobear mengahwini Zara. Sepanjang proses itu mereka terjebak di dalam pelbagai masalah. Apa yang berlaku seterusnya? Dapatkah Boobear berkahwin dengan Zara akhirnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Survival 486 Lakonan Nora Danish (Astro Citra)

 ⏩⏩ Telefilem Vampire Masuk Kampung (TV2)

👉👉 Drama Turki TV3 Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion)

Read More

24 Jan 2022

Telefilem Vampire Masuk Kampung (TV2)



Telefilem Vampire Masuk Kampung, Telemovie Vampire Masuk Kampung, Poster Telefilem Vampire Masuk Kampung, Info dan Sinopsis Telefilem Vampire Masuk Kampung, Vampire Masuk Kampung Cast, Telefilem Vampire Masuk Kampung Full, Pelakon - Pelakon Telefilem Vampire Masuk Kampung, Daler Yusuf, Nadia Brian, Tony Eusoff, Faradhiya

Telefilem Vampire Masuk Kampung akan disiarkan pada 24 Januari 2022 ini, jam 9 malam di TV2. Antara pelakon telefilem Vampire Masuk Kampung ini adalah Daler Yusuf, Nadia Brian, Tony Eusoff, Faradiya, Taib Zamannuri, Qistina dan ramai lagi. Wahh pandai diorang pilih barisan pelakon - pelakon Vampire Masuk Kampung ni, semua mix, pan asian gitu hehehe. Selain itu Telemovie Vampire Masuk Kampung ini diarahkan oleh Zamri Zakaria dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Nampak menarik kan telemovie ni, unik dan lain dari yang lain gitu. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah okey..




Sinopsis 
Telefilem Vampire Masuk Kampung (TV2)

Mengisahkan tentang seorang Vampire yang cuba beradaptasi dengan kehidupan manusia normal di sebuah kampung yang terpencil dan jauh dari arus kemodenan hari ini. Apa yang berlaku seterusnya?..

Read More

Aliff Aziz Juara Gegar Vaganza Musim Kelapan (GV8)



Aliff Aziz, Bella Astillah, Aliff Aziz Menang GV8, Keputusan Pemenang Gegar Vaganza Musim Kelapan, Senarai Pemenang GV8, Juara GV8 Milik Aliff Aziz,

Walaupun konsisten dalam kedudukan top 3 atau top 4 dalam setiap konsert GV8, ramai yang tidak menyangka Aliff Aziz akan muncul Juara GV8. Selepas beraksi cemerlang di konsert separuh akhir GV8, nama Aweera mula menjadi sebutan peminat untuk menjadi juara. Nama Nikki dan Suki turut disebut - sebut untuk menjadi juara kerana sentiasa konsisten dan memberi saingan sengit. Namun seperti yang dikatakan dalam sidang media selepas konsert, pemilihan lagu yang salah menjadi punca para peserta mendapat markah yang rendah daripada juri. Semua lagu sebenarnya dipilih oleh peserta dan dipersetujui oleh pihak Astro. Berbalik pada kemenangan Aliff Aziz ni, awalnya aku menyangka Nikki akan menjadi juara. 




Namun rezeki memihak pada Aliff. Aliff Aziz menyanyikan lagu Dealova, duet bersama Hafiz Suip kemudian menyanyikan lagu solo bertajuk Sampai Syurga nyanyian asal Faizal Tahir. Memang tak dinafikan kedua - dua lagu tersebut memang kena dengan suara Aliff. Kemudian dalam pusingan Battle pula Aliff Aziz akan berentap dengan Aweera menyampaikan lagu Bangun. Dalam battle round ni pun memang nampak Aliff lebih menyerlah sikit dari Aweera. Walaubagaimanapun dalam segmen battle tu aku lebih suka tengok battle di antara Adibah Noor dan Azan Scan menyanyikan lagu Kami Rappers nyanyian asal kumpulan 4U2C dan juga battle lagu Oppa Gangnam Style nyanyian Suki dan Nikki. Apa pun semua peserta all out malam ini, tahniah untuk semua finalis GV8.

Keputusan Pemenang GV8 

Juara - Aliff Aziz
Naib Juara - Nikki
Tempat Ketiga - Suki
Tempat Keempat - Adibah Noor
Tempat Kelima - Azan Scan
Tempat Keenam - Aweera



Read More

22 Jan 2022

Telefilem Survival 486 Lakonan Nora Danish (Astro Citra)



Telefilem Survival 486, Telemovie Survival 486, Info dan Sinopsis Telefilem Survival 486, Poster Telefilem Survival 486, Sinopsis Penuh Telefilem Survival 486,        Telefilem Survival 486, Telemovie Survival 486, Poster Telefilem Survival 486, Info dan Sinopsis Telefilem Survival 486, Sinopsis Penuh Telefilem Survival 486, Telefilem Survival 486 Full, Telefilem Survival 486 Full Episode, Telefilem Survival 486 Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Survival 486,

 Telefilem Survival 486 akan disiarkan pada 22 Januari 2022 ini, jam 9 malam di Astro Citra. Antara pelakon telefilem Survival 486 ini adalah Nora Danish, Redza Rosli, Lydiawati, Khairil Anwar Aman, Ezany Nizariff, Bazly Hanif, Haifa Nadhirah dan ramai lagi. Selain itu telemovie Survival 486 ini diarahkan oleh Faizal Nadxaman dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ni, jalan cerita pun nampak best gitu. Jadi jom tengok sinopsis penuh telemovie ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Survival 486 Lakonan Nora Danish dan Redza Rosli (Astro Citra)

Mengisahkan tentang Syuhada, gadis yang naif dan mencintai alam telah bersetuju untuk melakukan aktiviti hiking bersama kawan-kawannya di Bukit Damai pada hujung minggu. Namun, pada hari kejadian, Syuhada merasa pelik apabila kawan kawanya tidak muncul. Menyangkakan kawan kawannya telah memulakan pendakian, Syuhada pun masuk ke hutan dan berjalan seorang diri. Malang menimpa apabila dia jatuh ke dalam satu lubang yang berkedalaman 15 kaki dan dia tidak mampu keluar dari lubang itu. Syuhada makin panik dan takut apabila ternampak ular disitu. Syuhada sememangnya trauma dengan ular kerana pernah dipatuk ular ketika kecil. Selain ular, Syuhada juga turut diganggu oleh makhluk halus, Apa nasib Syuhada? mampukah Syuhada bertahan?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Primadona Makyung Bedah (TV2)


Read More

Drama Primadona Makyung Bedah (TV2)



Drama Primadona Makyung Bedah, Drama Melayu TV2, Drama Adaptasi Novel Nasi Putih Air Kosong, Info dan Sinopsis Drama Primadona Makyung Bedah, Poster Drama Primadona Makyung Bedah, Drama Primadona Makyung Bedah Full Episode, Drama Primadona Makyung Bedah Cast, Pelakon - Pelakon Drama Primadona Makyung Bedah,

Drama Primadona Makyung Bedah sudah mula bersiaran di TV2 sejak 13 Januari 2022 yang lalu, drama ini disiarkan setiap hari Khamis hingga hari Sabtu, jam 8 malam. Drama Primadona Makyung Bedah ini adalah adaptasi daripada Novel Nasi Putih, Air Kosong karya Fida Rohani. Antara pelakon drama Primadona Makyung Bedah ini adalah Laila Nasir, Catriana Ross, Hazman Idrus, Afiq Muiz, Zalfa Zin, Ezzanie Jasny, Nazeera Sardi, Amri Aziz Nynaa Harizal, Danish Hazriq dan ramai lagi. Selain itu drama Primadona Makyung Bedah ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Sharidan Popeye serta diterbitkan oleh Green Nova Media Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, kisah sedih gitu dan banyak pengajaran. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Primadona Makyung Bedah ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini ye..

Laila Nasir sebagai Makyung Bedah
Catriona Ross sebagai Semah
Hazman Idrus sebagai Imran
Afiq Muiz sebagai Azman
Zalfa Zin sebagai Maryam
Ezzanie Jasny sebagai Suria
Nazeera Sardi sebagai Marinah
Amri Aziz sebagai Fazrin
Nynaa Harizal sebagai Humaira
Danish Hazriq sebagai Luqman




Sinopsis Drama Primadona Makyung Bedah - TV2

Drama Primadona Makyung Bedah mengisahkan watak Bedah yang merupakan seorang primadona Makyung yang disisihkan oleh 3 orang anaknya selepas kematian suaminya. Disebabkan itu, Bedah terpaksa mengharungi pelbagai rintangan untuk meneruskan kelangsungan hidup sehari-hari tanpa bantuan orang lain terutamanya anak-anaknya. Apa yang berlaku seterusnya?..

Tonton Online Drama Primadona Makyung Bedah Full Episode

Drama Primadona Makyung Bedah, Drama Melayu TV2, Drama Adaptasi Novel Nasi Putih Air Kosong, Info dan Sinopsis Drama Primadona Makyung Bedah, Poster Drama Primadona Makyung Bedah, Drama Primadona Makyung Bedah Full Episode, Drama Primadona Makyung Bedah Cast, Pelakon - Pelakon Drama Primadona Makyung Bedah, Drama Adaptasi Novel,

Selain menonton di kaca TV, korang juga boleh juga boleh tonton secara online di portal RTMKLIK iaitu rtmklik.rtm.gov.my atau aplikasi mobile yang boleh dimuat-turun di Play Store atau App Store.

Baca Online Novel Nasi Putih Air Kosong Karya Fida Rohani Bab 1 Hingga Bab 64

Bagi yang suka membaca pula, korang boleh membaca versi novel Primadona Makyung Bedah ni tapi tajuk novelnya tak sama macam drama lah iaitu Novel Nasi Putih Air Kosong. Korang boleh baca Novel Nasi Putih Air Kosong secara online 👉 Di Sini..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Turki TV3 Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion)


Read More

15 Jan 2022

Telefilem Nafsu Mental Lakonan Syafiq Kyle dan Fatin Afeefa (Astro Citra)



Telefilem Nafsu Mental, Telemovie Nafsu Mental, Info dan Sinopsis Telefilem Nafsu Mental, Poster Telefilem Nafsu Mental, Telefilem Nafsu Mental Full, Pelakon Telefilem Nafsu Mental,
Telefilem Nafsu Mental Lakonan Syafiq Kyle dan Fatin Afeefa (Astro Citra)

Telefilem Nafsu Mental akan disiarkan pada hari Sabtu, 15 Januari 2022 ini, jam 9 malam di Astro Citra. Antara pelakon telefilem Nafsu Mental ini adalah Syafiq Kyle, Fatin Afeefa, Riz Amin, Fazlina Ahmad Daud, Meor Mohd dan ramai lagi. Selain itu telemovie Nafsu Mental ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh Fast Motion Sdn Bhd. Wah nampak macam menarik kan drama ini, macam unik je jalan ceritanya. Apa pun jom tengok sinopsis penuh telemovie ini dibawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Nafsu Mental Lakonan Syafiq Kyle dan Fatin Afeefa (Astro Citra)

Mengisahkan tentang tabiat buruk yang mendorong seseorang yang pada pandangan mata kasar manusia sebagai 'orang baik' boleh bertindak di luar batas kemanusiaan. 
Mengisahkan Hazriq dan kawannya yang ditangkap oleh ketua flat kerana menonton video lucah. Awalnya Hazriq tenang namun segalanya berubah bila ayahnya iaitu Firdaus (Riz Amin) datang memarahinya dan memukulnya. Hazriq terkejut melihat ayahnya begitu marah padanya. Dalam hal yang lain. Nizam (Syafiq Kyle) dan Idin (Meor Mohd) adalah bersahabat baik dan tinggal berjiran, malah isteri mereka berdua juga berkawan baik. Nizam seorang suami dan ayah yang baik berbeza dengan Idin. Namun suatu hari isteri Nizam menemui satu koleksi video lucah di bawah katil dan mula rasa tak sedap hati mengenai perangai suaminya itu. Namun Nizam mengatakan video tersebut milik kawannya dan dia hanya tolong menyimpannya sahaja. Rupa - rupanya kesemua video tersebut milik sahabatnya Idin. Dalam hal yang lain Maria (Fatin Afeefa) datang melawat ayahnya yang sakit dan mereka merupakan keluarga yang bahagia. Suatu hari Maria dan ibunya Anita (Fazlina Ahmad Daud) pergi ke pasaraya untuk membeli barang - barang memasak. Namun Maria yang tertinggal dompetnya kembali ke kereta lalu diculik oleh seorang lelaki. Setelah sedar kereta dan anaknya yang hilang, Anita meminta pihak pengurusan untuk check CCTV disitu dan akhirnya Anita sedar yang anaknya telah diculik. Apa yang berlaku seterusnya? 

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Turki TV3 Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion)


Read More

Drama Turki TV3 Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion)



Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion), Drama Turki TV3, Poster Drama Turki TV3 Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion), Info dan Sinopsis Drama Turki TV3 Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion), Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion) Cast, Pelakon Utama Drama Turki TV3 Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion), Siyah Beyaz Ask Full Episode,

SIYAH BEYAZ ASK (Price Of Passion), adalah sebuah drama bersiri popular Turki yang kini sedang rancak ditayangkan menerusi slot Yasemin TV3, setiap hari Sabtu, pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang mula mendapat perhatian luas daripada peminat drama TV3 kerana sinematografi yang memukau, barisan pelakon yang tampan dan jelita serta jalan cerita yang semakin mendebarkan! Drama Turki Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion) lakonan oleh dua bintang Turki yang penuh dengan karisma iaitu Ibrahim Çelikkol dan Bircey Akalay memperoleh rating tontonan tinggi ketika siarannya di Channel D, Turki. Drama bersiri 48 episod ini turut dicalonkan dalam anugerah yang berprestij seperti Golden Palm Awards (2018), Pantene Golden Butterfly Awards (2018) dan PRODU Awards (2019). Selain itu drama ini disiarkan selama 2 jam setiap hari Sabtu di TV3. Memang menarik drama ini kan, jadi jom baca sinopsis drama turki ini okey..




Sinopsis Drama Turki TV3 Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion)

SIYAH BEYAZ ASK (Price Of Passion) mengisahkan tentang pengorbanan yang dilakukan oleh Asli, seorang pakar bedah yang mendedikasikan hidupnya dalam bidang perubatan namun kini demi keselamatannya, dia terpaksa mengahwini Ferhat, seorang ketua mafia yang berhati keras dan tiada belas kasihan. Pertemuan Asli dan Ferhat bermula dengan insiden yang tidak disenangi. Asli telah diculik oleh konco-konco Ferhat untuk memberi rawatan kepada lelaki yang didakwa sebagai ayah Ferhat. Selepas mendapati lelaki yang tercedera akibat tembakan itu bukanlah ayah kepada Ferhat, Asli tidak menghabiskan pembedahan yang sepatutnya dan dia melepaskan diri. Ferhat memburu Asli kerana dia perlu mendapatkan sesuatu daripada lelaki tersebut dan dia mengarahkan Asli menyelamatkan lelaki itu. Ferhat telah mengurung Asli di kandang kuda apabila seorang anggota polis, Cem Cinar telah datang untuk mendapatkan maklumat tentang kes pembunuhan yang dalam proses siasatan.. Namun, Cem Cinar gagal memperoleh sebarang bukti. Dalam usaha untuk melarikan diri, Asli ternampak pembunuhan yang dilakukan oleh Namik, bapa saudara kepada Ferhat yang juga merupakan bos kepada Ferhat.
Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion), Drama Turki TV3, Poster Drama Turki TV3 Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion), Info dan Sinopsis Drama Turki TV3 Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion), Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion) Cast, Pelakon Utama Drama Turki TV3 Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion),
Namik telah membunuh pesakit tersebut di depan mata Asli. Sekali lagi, Ferhat menjejaki Asli hingga ke sebuah hutan. Di situ, Ferhat telah mengacukan pistol ke arah Asli. Asli merayu kepada Ferhat supaya dilepaskan dan memberitahu bahawa Cem Cinar ialah abangnya. Oleh kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan pihak polis, Ferhat tidak membunuh Asli. Namun, Ferhat memberikan dua pilihan kepada Asli kerana dia kini menjadi sasaran Namik. Asli boleh memilih untuk dibunuh ataupun berkahwin dengan Ferhat supaya terlepas daripada ancaman Namik. Demi meneruskan hidupnya, Asli membuat keputusan untuk berkahwin dengan lelaki yang berbahaya ini. Bermulalah perjalanan hidup seorang pakar bedah yang kini terpaksa bertarung nyawa dalam dunia mafia! Teruskan menyaksikan SIYAH BEYAZ ASK (Price Of Passion) yang penuh dengan aksi dan penceritaan romantik ini pada setiap hari Sabtu, pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang menerusi slot Yasemin di TV3.


Read More

13 Jan 2022

Info dan Sinopsis Telefilem Orang Minyak Kampung Lenggong



Telefilem Orang Minyak Kampung Lenggong, Telemovie Orang Minyak Kampung Lenggong, Sinopsis Telefilem Orang Minyak Kampung Lenggong, Telemovie Orang Minyak Kampung Lenggong Cast, Telefilem Orang Minyak Kampung Lenggong Full, Pelakon - Pelakon Telefilem Orang Minyak Kampung Lenggong, Poster Telefilem Orang Minyak Kampung Lenggong,

Telefilem Orang Minyak Kampung Lenggong telah pun disiarkan di Astro Citra pada 8 Januari 2022 yang lalu. Antara pelakon telefilem Orang Minyak Kampung Lenggong ini adalah Faizal Hussein, Hilal Azman, Taufik Hanafi dan ramai lagi. Selain itu Telemovie Orang Minyak Kampung Lenggong ini diarahkan oleh Dato Jurey Latiff Rosli dan diterbitkan oleh World Evolution Brain. Siapa yang tengok telefilem ni, jalan cerita dia unik kan, apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Orang Minyak Kampung Lenggong (Astro Citra)

Mengisahkan Amir (Faizal Hussein) yang ingin menjadi kaya dan meminta bantuan Tok Ketua Kampung Bunian dengan syarat Amir tidak dibenarkan mengambil rasuah, tetapi dia telah melanggar larangan itu dan dia serta merta menjadi miskin semula. Amir terpaksa melakukan 'sesuatu' terhadap 21 lelaki yang mengambil rasuah di kampung Lenggong untuk dia mendapatkan semula kekayaannya. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Bunty Aur Babli 2 Movie Lakonan Rani Mukerji dan Saif Ali Khan (2021)


⏩⏩ Review dan Sinopsis Drama Korea Dali and Cocky Prince

Read More

6 Jan 2022

Bunty Aur Babli 2 Movie Lakonan Rani Mukerji dan Saif Ali Khan (2021)



Bunty Aur Babli 2, Bunty Aur Babli 2 Movie, pelakon - pelakon movie Bunty Aur Babli 2, Saif Ali Khan, Rani Mukerji, Siddhant Chaturvedi, Sharvari Wagh, Pankaj Tripathi, Prem Chopra, Neeraj Sood, Brijendra Kala, Poster Bunty Aur Babli 2, Hindi Movie Bunty Aur Babli 2, Bollywood Movie Bunty Aur Babli 2, Bunty Aur Babli 2 Cast, Info dan Sinopsis Bunty Aur Babli 2, Bunty Aur Babli 2 Synopsis, Movie Baru Rani Mukerji, Movie Baru Saif Ali Khan,

Bollywood Movie Bunty Aur Babli 2 telah pun release pada 19 November 2021dan movie ini adalah sequel pada movie Bunty Aur Babli (2005). Aku memang suka dengan movie Bunty Aur Babli ni so bila dapat tau ada sequelnya memang excited gitu. Tapi of courselah ada perubahan besar dalam movie Bunty Aur Babli 2 ini terutamanya dengan ketiadaan Abhishek Bachan yang merupakan pelakon utama yang memegang watak Bunty dalam filem Bunty Aur Babli yang pertama tu. Terkejut juga bila dapat tau yang Saif Ali Khan akan memegang watak Bunty itu sekaligus menggantikan Abhishek Bachchan tu. Dah Abhishek Bachan tak ada dalam movie ni, mestilah bapanya pun tak ada juga iaitu Amitabh Bachchan. Ikutkan kedua - dua mereka antara watak penting dalam original movie ini, rasa macam tak lengkap pula movie ni tanpa kehadiran mereka berdua. Walaubagaimanapun aku suka juga dengan gandingan Saif Ali Khan dan Rani Mukerji, filem ini adalah filem kelima gandingan mereka bermula dengan filem LOC Kargil, Hum Tum, Ta Ra Rum Pum dan Thoda Pyaar Thoda Magic. Walaubagaimanapun aku paling suka tengok gandingan mereka dalam filem Hum Tum dan Ta Ra Rum Pum.  
Bunty Aur Babli 2, Bunty Aur Babli 2 Movie, pelakon - pelakon movie Bunty Aur Babli 2, Saif Ali Khan, Rani Mukerji, Siddhant Chaturvedi, Sharvari Wagh, Pankaj Tripathi, Prem Chopra, Neeraj Sood, Brijendra Kala, Poster Bunty Aur Babli 2, Hindi Movie Bunty Aur Babli 2, Bollywood Movie Bunty Aur Babli 2, Bunty Aur Babli 2 Cast, Info dan Sinopsis Bunty Aur Babli 2, Bunty Aur Babli 2 Synopsis, Movie Baru Rani Mukerji, Movie Baru Saif Ali Khan,

Kenapa Abhishek Bachchan tidak berlakon dalam movie Bunty Aur Babli 2 ini?

Bila dapat tahu Abhishek Bachchan tiada dalam movie ini dan digantikan dengan Saif Ali Khan, aku pun tertanya - tanyalah kenapa dia takde kan. Salah satu sebab of courselah dia sibuk dengan movie - movie lain kan. Salah satu sebab yang paling kukuh sekali adalah kerana ketika dia berlakon dalam movie Dhoom 3, ada berlaku perselisihan faham antara Abhishek Bachchan dan juga produser filem ini iaitu Aditya Chopra yang kini merupakan suami pada Rani Mukerji. Selepas dari itu Abhishek Bachchan memutuskan untuk tidak lagi berlakon filem - filem terbitan Yash Raj Films. Jadi dalam movie Dhoom 4 nanti, tiadalah kelibat Abhishek Bachchan sebagai polis dalam filem tu nanti kan.

Berbalik pada movie ini, Saif Ali Khan kembali berlakon dalam filem terbitan Yash Raj Films menerusi movie Bunty Aur Babli 2 selepas 12 tahun. Last filem Saif Ali Khan bersama Yash Raj Films adalah filem Thoda Pyaar Thoda Magic. Antara pelakon - pelakon movie Bunty Aur Babli 2 ini adalah  Saif Ali KhanRani MukerjiSiddhant Chaturvedi pelakon baru Sharvari Wagh, Pankaj Tripathi, Prem Chopra, Neeraj Sood, Brijendra Kala dan ramai lagi. Pelakon Siddhant Chaturvedi dan Sharvari Wagh akan menjadi Bunty and Babli junior dalam movie ni. Aku rasa Siddhant Chaturvedi ni macam ada iras - iras sikit Shahid Kapoor, sikit jela iras tu tak banyak pun, ke aku sorang je yang rasa macam tu hahaha. Aku suka tengok Sharvari Wagh dalam movie ni, cantik je dia ni kan. 
Bunty Aur Babli 2, Bunty Aur Babli 2 Movie, pelakon - pelakon movie Bunty Aur Babli 2, Saif Ali Khan, Rani Mukerji, Siddhant Chaturvedi, Sharvari Wagh, Pankaj Tripathi, Prem Chopra, Neeraj Sood, Brijendra Kala, Poster Bunty Aur Babli 2, Hindi Movie Bunty Aur Babli 2, Bollywood Movie Bunty Aur Babli 2, Bunty Aur Babli 2 Cast, Info dan Sinopsis Bunty Aur Babli 2, Bunty Aur Babli 2 Synopsis, Movie Baru Rani Mukerji, Movie Baru Saif Ali Khan,
Secara keseluruhan bagi aku movie ini masih belum mampu nak menandingi kehebatan movie Bunty Aur Babli yang pertama. Movie ni macam so - so je bolehlah nak layan tu, nak kata best sangat tu pun tak juga. Rindu nak tengok JCP Dashrath Singh lakonan Amitabh Bachchan tu, nak tahu juga apa jadi dengan dia kan, tapi dalam movie ni diorang ada bagitau yang Dashrath Singh dah pencen gitu. Cuma kan best kalau Amitabh Bachchan boleh jadi cameo gitu kan. Ada satu scene ketika Saif Ali Khan yang dah bergaya dan kemas keluar daripada kereta di Abu Dhabi tu automatik mengingatkan aku dekat movie Race dan Race 2 lakonannya dulu. Suka juga tengok Rani Mukerji kembali jadi feminin selepas jadi polis yang tegas dalam filem Maardani 2 tu. Apa pun jom tengok sinopsis filem Bunty Aur Babli 2 di bawah ini okey.




Sinopsis Movie Bunty Aur Babli 2 Lakonan Rani Mukerji dan Saif Ali Khan (2021)

16 tahun berlalu selepas Rakesh Tridevi (Bunty) dan juga isterinya Vimmi Saluja Trivedi (Babli) bersara dari menipu menggunakan jenama Bunty Aur Babli. Mereka berdua menjalani kehidupan biasa seperti orang lain dan kini mempunyai seorang anak lelaki bernama Pappu. Dalam masa yang sama sepasang kekasih bernama Kunal Singh and Sonia Rawat yang baru habis belajar kini terdesak mencari kerja memutuskan untuk menipu orang dengan menggunakan nama Bunty Aur Babli. Hal ini menyebabkan polis terutamanya Inspektor Jatayu Singh mencari Rakesh dan Vimmi yang merupakan Bunty dan Babli original. Rakesh dan Vimmi menafikan yang mereka terlibat dalam sebarang aktiviti menipu orang dan akhirnya Inspektor Jatayu Singh memaksa Rakesh dan Vimmi untuk bekerjasama menangkap penipu yang menyamar menjadi Bunty dan Babli itu. 
Bunty Aur Babli 2, Bunty Aur Babli 2 Movie, pelakon - pelakon movie Bunty Aur Babli 2, Saif Ali Khan, Rani Mukerji, Siddhant Chaturvedi, Sharvari Wagh, Pankaj Tripathi, Prem Chopra, Neeraj Sood, Brijendra Kala, Poster Bunty Aur Babli 2, Hindi Movie Bunty Aur Babli 2, Bollywood Movie Bunty Aur Babli 2, Bunty Aur Babli 2 Cast, Info dan Sinopsis Bunty Aur Babli 2, Bunty Aur Babli 2 Synopsis, Movie Baru Rani Mukerji, Movie Baru Saif Ali Khan, Review By Miss Banu,
Inspektor Jatayu Singh sebenarnya mempunyai perancangan untuk menangkap keempat - empat mereka iaitu Rakesh dan Vimmi serta Kunal dan Sonia, sekaligus berazam untuk naik pangkat. Dengan campurtangan Rakesh dan Vimmi menyiasat kes penipuan Bunty Aur Babli itu, mereka berjaya mengesan dan menangkap suspek iaitu Kunal dan Sonia. Namun Kunal dan Sonia terlepas kerana bukti tidak mencukupi untuk menangkap mereka. Inspektor Jatayu kemudian sengaja merendah - rendahkan kemampuan Rakesh dan Vimmi yang gagal memcari bukti lalu menyuruh mereka kembali ke kehidupan asal mereka yang membosankan itu. Rakesh dan Vimmi kemudian berasa marah dan terhina, lalu berazam untuk menipu dan menangkap Bunty Aur Babli palsu itu yang berani menggunakan jenama Bunty aur Babli yang mereka cipta. Rakesh dan Vimmi kemudian merancang satu penipuan untuk memerangkap Kunal dan Sonia dan keempat - empat mereka bertemu di Abu Dhabi. Apa yang berlaku seterusnya??...

Ada plot twist di penghujung cerita okey, ending movie Bunty Aur Babli ini memang happy endinglah, cuma rasanya diorang tak sambung dah kot movie ni jadi Bunty Aur Babli 3 kot. Lagi pun yang movie nombor 2 ni pun kurang best berbanding yang sebelumnya. Jadi secara keseluruhannya aku bagi movie ni 7/10 bintang okey.



Read More

5 Jan 2022

Info dan Sinopsis Telefilem Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman



Telefilem Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman, Telemovie Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman, Poster Telefilem Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman, Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman Cast, Info dan Sinopsis Telefilem Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman, Telefilem Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman Full Episode, Pelakon - Pelakon Telefilem Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman,

Telefilem Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman telah pun disiarkan di Astro Citra pada 1 Januari lalu, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman ini adalah Nasir Bilal Khan, Azri Iskandar, Mona Allen, Jalaludin Hassan, Wan Maimunah dan ramai lagi. Selain itu telemovie Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman ini diarahkan oleh Rashid Sibir serta diterbitkan oleh Opera Klasik Sdn Bhd. Memang nampak menarik kan telefilem ni, siapa yang dah tengok telefilem ni? apa pun jom baca sinopsis ringkas telemovie ini di bawah okey




Sinopsis Telefilem Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman

Khatijah janda yang mengandung telah menuduh Tok Adi merogolnya. Tok Adi telah ditangkap penduduk kampung namun dia menafikan semua tuduhan dan berdoa supaya Allah tunjukkan kebenarannya. Apa yang berlaku seterusnya?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Angan - Angan Mat Jiman (Astro Citra)

Read More


My Random Post