6 Jan 2022

Bunty Aur Babli 2 Movie Lakonan Rani Mukerji dan Saif Ali Khan (2021)



Bunty Aur Babli 2, Bunty Aur Babli 2 Movie, pelakon - pelakon movie Bunty Aur Babli 2, Saif Ali Khan, Rani Mukerji, Siddhant Chaturvedi, Sharvari Wagh, Pankaj Tripathi, Prem Chopra, Neeraj Sood, Brijendra Kala, Poster Bunty Aur Babli 2, Hindi Movie Bunty Aur Babli 2, Bollywood Movie Bunty Aur Babli 2, Bunty Aur Babli 2 Cast, Info dan Sinopsis Bunty Aur Babli 2, Bunty Aur Babli 2 Synopsis, Movie Baru Rani Mukerji, Movie Baru Saif Ali Khan,

Bollywood Movie Bunty Aur Babli 2 telah pun release pada 19 November 2021dan movie ini adalah sequel pada movie Bunty Aur Babli (2005). Aku memang suka dengan movie Bunty Aur Babli ni so bila dapat tau ada sequelnya memang excited gitu. Tapi of courselah ada perubahan besar dalam movie Bunty Aur Babli 2 ini terutamanya dengan ketiadaan Abhishek Bachan yang merupakan pelakon utama yang memegang watak Bunty dalam filem Bunty Aur Babli yang pertama tu. Terkejut juga bila dapat tau yang Saif Ali Khan akan memegang watak Bunty itu sekaligus menggantikan Abhishek Bachchan tu. Dah Abhishek Bachan tak ada dalam movie ni, mestilah bapanya pun tak ada juga iaitu Amitabh Bachchan. Ikutkan kedua - dua mereka antara watak penting dalam original movie ini, rasa macam tak lengkap pula movie ni tanpa kehadiran mereka berdua. Walaubagaimanapun aku suka juga dengan gandingan Saif Ali Khan dan Rani Mukerji, filem ini adalah filem kelima gandingan mereka bermula dengan filem LOC Kargil, Hum Tum, Ta Ra Rum Pum dan Thoda Pyaar Thoda Magic. Walaubagaimanapun aku paling suka tengok gandingan mereka dalam filem Hum Tum dan Ta Ra Rum Pum.  
Bunty Aur Babli 2, Bunty Aur Babli 2 Movie, pelakon - pelakon movie Bunty Aur Babli 2, Saif Ali Khan, Rani Mukerji, Siddhant Chaturvedi, Sharvari Wagh, Pankaj Tripathi, Prem Chopra, Neeraj Sood, Brijendra Kala, Poster Bunty Aur Babli 2, Hindi Movie Bunty Aur Babli 2, Bollywood Movie Bunty Aur Babli 2, Bunty Aur Babli 2 Cast, Info dan Sinopsis Bunty Aur Babli 2, Bunty Aur Babli 2 Synopsis, Movie Baru Rani Mukerji, Movie Baru Saif Ali Khan,

Kenapa Abhishek Bachchan tidak berlakon dalam movie Bunty Aur Babli 2 ini?

Bila dapat tahu Abhishek Bachchan tiada dalam movie ini dan digantikan dengan Saif Ali Khan, aku pun tertanya - tanyalah kenapa dia takde kan. Salah satu sebab of courselah dia sibuk dengan movie - movie lain kan. Salah satu sebab yang paling kukuh sekali adalah kerana ketika dia berlakon dalam movie Dhoom 3, ada berlaku perselisihan faham antara Abhishek Bachchan dan juga produser filem ini iaitu Aditya Chopra yang kini merupakan suami pada Rani Mukerji. Selepas dari itu Abhishek Bachchan memutuskan untuk tidak lagi berlakon filem - filem terbitan Yash Raj Films. Jadi dalam movie Dhoom 4 nanti, tiadalah kelibat Abhishek Bachchan sebagai polis dalam filem tu nanti kan.

Berbalik pada movie ini, Saif Ali Khan kembali berlakon dalam filem terbitan Yash Raj Films menerusi movie Bunty Aur Babli 2 selepas 12 tahun. Last filem Saif Ali Khan bersama Yash Raj Films adalah filem Thoda Pyaar Thoda Magic. Antara pelakon - pelakon movie Bunty Aur Babli 2 ini adalah  Saif Ali KhanRani MukerjiSiddhant Chaturvedi pelakon baru Sharvari Wagh, Pankaj Tripathi, Prem Chopra, Neeraj Sood, Brijendra Kala dan ramai lagi. Pelakon Siddhant Chaturvedi dan Sharvari Wagh akan menjadi Bunty and Babli junior dalam movie ni. Aku rasa Siddhant Chaturvedi ni macam ada iras - iras sikit Shahid Kapoor, sikit jela iras tu tak banyak pun, ke aku sorang je yang rasa macam tu hahaha. Aku suka tengok Sharvari Wagh dalam movie ni, cantik je dia ni kan. 
Bunty Aur Babli 2, Bunty Aur Babli 2 Movie, pelakon - pelakon movie Bunty Aur Babli 2, Saif Ali Khan, Rani Mukerji, Siddhant Chaturvedi, Sharvari Wagh, Pankaj Tripathi, Prem Chopra, Neeraj Sood, Brijendra Kala, Poster Bunty Aur Babli 2, Hindi Movie Bunty Aur Babli 2, Bollywood Movie Bunty Aur Babli 2, Bunty Aur Babli 2 Cast, Info dan Sinopsis Bunty Aur Babli 2, Bunty Aur Babli 2 Synopsis, Movie Baru Rani Mukerji, Movie Baru Saif Ali Khan,
Secara keseluruhan bagi aku movie ini masih belum mampu nak menandingi kehebatan movie Bunty Aur Babli yang pertama. Movie ni macam so - so je bolehlah nak layan tu, nak kata best sangat tu pun tak juga. Rindu nak tengok JCP Dashrath Singh lakonan Amitabh Bachchan tu, nak tahu juga apa jadi dengan dia kan, tapi dalam movie ni diorang ada bagitau yang Dashrath Singh dah pencen gitu. Cuma kan best kalau Amitabh Bachchan boleh jadi cameo gitu kan. Ada satu scene ketika Saif Ali Khan yang dah bergaya dan kemas keluar daripada kereta di Abu Dhabi tu automatik mengingatkan aku dekat movie Race dan Race 2 lakonannya dulu. Suka juga tengok Rani Mukerji kembali jadi feminin selepas jadi polis yang tegas dalam filem Maardani 2 tu. Apa pun jom tengok sinopsis filem Bunty Aur Babli 2 di bawah ini okey.




Sinopsis Movie Bunty Aur Babli 2 Lakonan Rani Mukerji dan Saif Ali Khan (2021)

16 tahun berlalu selepas Rakesh Tridevi (Bunty) dan juga isterinya Vimmi Saluja Trivedi (Babli) bersara dari menipu menggunakan jenama Bunty Aur Babli. Mereka berdua menjalani kehidupan biasa seperti orang lain dan kini mempunyai seorang anak lelaki bernama Pappu. Dalam masa yang sama sepasang kekasih bernama Kunal Singh and Sonia Rawat yang baru habis belajar kini terdesak mencari kerja memutuskan untuk menipu orang dengan menggunakan nama Bunty Aur Babli. Hal ini menyebabkan polis terutamanya Inspektor Jatayu Singh mencari Rakesh dan Vimmi yang merupakan Bunty dan Babli original. Rakesh dan Vimmi menafikan yang mereka terlibat dalam sebarang aktiviti menipu orang dan akhirnya Inspektor Jatayu Singh memaksa Rakesh dan Vimmi untuk bekerjasama menangkap penipu yang menyamar menjadi Bunty dan Babli itu. 
Bunty Aur Babli 2, Bunty Aur Babli 2 Movie, pelakon - pelakon movie Bunty Aur Babli 2, Saif Ali Khan, Rani Mukerji, Siddhant Chaturvedi, Sharvari Wagh, Pankaj Tripathi, Prem Chopra, Neeraj Sood, Brijendra Kala, Poster Bunty Aur Babli 2, Hindi Movie Bunty Aur Babli 2, Bollywood Movie Bunty Aur Babli 2, Bunty Aur Babli 2 Cast, Info dan Sinopsis Bunty Aur Babli 2, Bunty Aur Babli 2 Synopsis, Movie Baru Rani Mukerji, Movie Baru Saif Ali Khan, Review By Miss Banu,
Inspektor Jatayu Singh sebenarnya mempunyai perancangan untuk menangkap keempat - empat mereka iaitu Rakesh dan Vimmi serta Kunal dan Sonia, sekaligus berazam untuk naik pangkat. Dengan campurtangan Rakesh dan Vimmi menyiasat kes penipuan Bunty Aur Babli itu, mereka berjaya mengesan dan menangkap suspek iaitu Kunal dan Sonia. Namun Kunal dan Sonia terlepas kerana bukti tidak mencukupi untuk menangkap mereka. Inspektor Jatayu kemudian sengaja merendah - rendahkan kemampuan Rakesh dan Vimmi yang gagal memcari bukti lalu menyuruh mereka kembali ke kehidupan asal mereka yang membosankan itu. Rakesh dan Vimmi kemudian berasa marah dan terhina, lalu berazam untuk menipu dan menangkap Bunty Aur Babli palsu itu yang berani menggunakan jenama Bunty aur Babli yang mereka cipta. Rakesh dan Vimmi kemudian merancang satu penipuan untuk memerangkap Kunal dan Sonia dan keempat - empat mereka bertemu di Abu Dhabi. Apa yang berlaku seterusnya??...

Ada plot twist di penghujung cerita okey, ending movie Bunty Aur Babli ini memang happy endinglah, cuma rasanya diorang tak sambung dah kot movie ni jadi Bunty Aur Babli 3 kot. Lagi pun yang movie nombor 2 ni pun kurang best berbanding yang sebelumnya. Jadi secara keseluruhannya aku bagi movie ni 7/10 bintang okey.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post