22 Sep 2021

Drama Bila Hati Berbisik Lakonan Ikmal Amry dan Tania Hudson (TV Okey)



Drama Bila Hati Berbisik, Drama TV Okey RTM, Info dan Sinopsis Drama Bila Hati Berbisik, Poster Drama Bila Hati Berbisik, Pelakon - Pelakon Drama Bila Hati Berbisik, Bila Hati Berbisik Cast, Ikmal Amry, Tania Hudson, Zaki Azeman,


Drama Bila Hati Berbisik adalah drama terbaru di TV Okey. Teraju utama drama Bila Hati Berbisik ini adalah Ikmal Amry dan Tania Hudson. Drama Bila Hati Berbisik ini mempunyai 26 episod dan disiarkan setiap hari bermula 4 September 2021 yang lalu, jam 12 tengah malam di TV OKEY. Antara pelakon drama Bila Hati Berbisik ini adalah  Ikmal Amry, Tania Hudson, Zaki Azeman,  Adriana Adnan, Fathil Dani, Amanda Misbun, Kuna Muzani, PU Rizz, Qazem Nor dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Wan Cromox dan diterbitkan oleh Juanridz Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Bila Hati Berbisik ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Ikmal Amry sebagai Mukhriz
Tania Hudson sebagai Laila
Zaki Azeman sebagai Tengku Adam
Adriana Adnan sebagai Natasha
Fathil Dani sebagai Bahri
Amanda Misbun sebagai Suraya
Kuna Muzani sebagai Norma
PU Rizz sebagai Ustaz Reza




Sinopsis Drama Bila Hati Berbisik Lakonan Ikmal Amry dan Tania Hudson ( TV Okey)

Mengisahkan Laila seorang model yang jauh dari amalan agama. Satu hari dia dilamar oleh kekasihnya Mukhriz walaupun hakikatnya Norma ibu Mukhriz amat benci pada Laila. Tanpa disangka ayahnya Bahri meminta permintaan terakhir supaya Laila berubah menjadi anak yang solehah. Berat untuk Laila membuat keputusan walaupun dinasihati oleh teman baiknya Natasha. Apabila Laila menerima pelbagai tanda hidayah dirinya mula cuba berhijrah. Laila mula rajin ke masjid menyertai usrah dan solat berjemaah bersama teman-teman jemaah yang baru dikenali. Tanpa di sangka, Ustaz Reza dan Tengku Adam yang ke masjid yang sama juga terjatuh hati padanya. 
Perhubungan Laila bersama Mukhriz makin goyah akibat campur tangan ibu Mukhriz, Norma yang sengaja mencari calon isteri mengikut kehendaknya dengan perkenalkan Hanum kepada Mukhriz, yang akhirnya berjaya menambat hati Mukhriz. Pada masa yang sama, Laila semakin rapat bersama Tengku Adam. Tanpa disangka, Natasha terjatuh hati kepada Tengku Adam, membuatkan Laila cemburu sedangkan kekasihnya Mukhriz. Laila dalam dilema mencintai Tengku Adam yang tersangat baik terhadapnya sedangkan Laila masih setia kepada Mukhriz.



2 ulasan:



My Random Post