29 Apr 2023

Cirkus - Hindi Movie Review



Cirkus Movie, Cirkus Hindi Movie, Bollywood Movie Cirkus, Hindi Movie Cirkus Review, Sinopsis Hindi Movie Cirkus, Cirkus Cast, Ranveer Singh, Varun Sharma, Jacqueline Fernandez, Pooja Hegde, Murali Sharma, Sanjay Mishra, Johny Lever, Siddhartha Jadhav, Deepika Padukone, Pelakon - Pelakon Filem Bollywood Cirkus, Rohit Shetty Films,
Cirkus Movie Review 

Hari ni aku nak buat review satu filem Bollywood yang bertajuk Cirkus. Filem ini release pada 23 Disember 2022 dan merupakan ansuran kelima francais Golmaal serta merupakan "Spin Off" kepada filem Golmaal Again (2017). Selain itu filem Cirkus ini adalah remake filem hindi bertajuk Angoor (1982) which itself was based on William Shakespeare's play The Comedy Of Errors. Antara pelakon filem Cirkus ini adalah Ranveer Singh, Pooja Hegde, Varun Sharma, Jacqueline Fernandez, Sanjay Mishra, Murali Sharma, Johny Lever, Siddhartha Jadhav dan ramai lagi. Pelakon terkenal Deepika Padukone turut membuat kemunculan istimewa dalam lagu Current Laga Re. Selain itu filem ini diarahkan dan diterbitkan oleh Rohit Shetty. Dari pembacaan aku, filem ini mendapat banyak negative review daripada penonton serta filem ini juga flop di India. Tapi nak kata filem Cirkus ini teruk sangat tu tak adalah sebab masih ada adegan - adegan yang menghiburkan juga dan sedikit kelakar. Kalau korang nak filem ringan dan ingin menghabiskan masa menonton filem tanpa ada any expectation bolehlaa kalau nak layan filem ini. 
Cirkus Movie, Cirkus Hindi Movie, Bollywood Movie Cirkus, Hindi Movie Cirkus Review, Sinopsis Hindi Movie Cirkus, Cirkus Cast, Ranveer Singh, Varun Sharma, Jacqueline Fernandez, Pooja Hegde, Murali Sharma, Sanjay Mishra, Johny Lever, Siddhartha Jadhav, Deepika Padukone, Pelakon - Pelakon Filem Bollywood Cirkus, Rohit Shetty Films,
Antara yang menarik dalam filem ini adalah kekeliruan diantara watak, yang mana semua salah sangka pastu buat andaian sendiri dan macam - macam perkara luculah yang terjadi. Latar masa filem Cirkus ini adalah dalam tahun 1960 - an gitu. Dari segi lakonan pula semua biasa - biasa saja, especially watak heroin dalam movie Cirkus ni macam pasu bunga saja, sekadar hiasan. Tapi aku suka tengok Pooja Hegde dalam movie ni, nampak sweet ja, manakala Jacqueline Fernandez biasa saja, dia memang banyak bawa watak - watak macam ni pun dalam movie - movie lain. Lagu - lagu dalam hindi Movie Cirkus ni semua kurang best bagi aku, tak ada lagu yang menarik bagi aku. Apa pun jom layan sinopsis filem Cirkus ini di bawah ye...




Sinopsis Hindi Movie Cirkus

Kisahnya bermula pada tahun 1944, Dr Joy Jamnadas (lakonan Murali Sharma) yang merupakan penjaga rumah anak - anak yatim telah memisahkan 2 set kembar seiras yang ditemuinya di depan pintu rumah anak - anak yatim yang dikendalikannya. Dia kemudian menyerahkan mereka kepada 2 keluarga berbeza, sepasang diberikan kepada pasangan di Ooty dan sepasang lagi diberikan pada pasangan di Bangalore. Kedua - dua pasangan itu secara kebetulan menamakan mereka dengan nama yang sama iaitu Roy (lakonan Ranveer Singh) dan Joy (lakonan Varun Sharma). Dr Joy Jamnadas sentiasa melawat mereka dan mempunyai hubungan rapat dengan kedua -dua Roy dan Joy. Walaubagaimanapun Roy dan Joy tidak tahu yang mereka mempunyai kembar seiras dan menjalani kehidupan seperti biasa. Roy 1 dan Joy 1 mengambil alih Sarkas dari ayah mereka yang telah meninggal dunia, Sarkas kendalian mereka sangat berjaya, ini ditambah lagi dengan kebolehan unik Roy 1 sehingga digelar "Electric Man".
Cirkus Movie, Cirkus Hindi Movie, Bollywood Movie Cirkus, Hindi Movie Cirkus Review, Sinopsis Hindi Movie Cirkus, Cirkus Cast, Ranveer Singh, Varun Sharma, Jacqueline Fernandez, Pooja Hegde, Murali Sharma, Sanjay Mishra, Johny Lever, Siddhartha Jadhav, Deepika Padukone, Pelakon - Pelakon Filem Bollywood Cirkus, Rohit Shetty Films,
Roy 1 telah pun berkahwin dengan Mala (lakonan Pooja Hegde) namun masih belum dikurniakan anak. Mala ingin mengambil anak angkat tapi Roy tidak bersetuju. Manakala Roy 2 dan Joy 2 hidup mewah dan Roy 2 pula mempunyai teman wanita bernama Bindu (lakonan Jacqualine Fernandez) Bapa Bindu tidak begitu menyukai Roy kerana menyangka Roy telah curang dengan Bindu. Ini kerana bapa Bindu telah telihat Roy 1 bersama Mala dan menyangka Roy 2 tidak setia dengan anaknya. Keadaan makin jadi huru - hara apabila Roy 2 dan Joy 2 bertolak ke Ooty atas urusan perniagaan. Akhirnya mereka berempat berada di tempat yang sama, namun masih belum terserempak antara satu sama lain. Namun orang - orang di sekeliling mereka menjadi sangat keliru apabila bertemu dengan kedua - dua Roy dan Joy dalam situasi yang berbeza. Apa yang berlaku bila keempat - empat mereka bertemu? adakah semua kekeliruan dapat diselesaikan?..

Secara keseluruhannya filem Cirkus ni biasa - biasa saja, adalah lawak sikit - sikit kat sana sini, tapi nak kata best sangat ti tidaklah. So aku boleh bagi 5/10 bintang untuk movie ni. 

Jom BaCa Ini Juga 👉👉 Drama Nenek Bongkok Tiga Lakonan Hun Haqeem dan Meerqeen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post