29 Jan 2018

Episod 30 Hingga 34 Syurga Yang Kedua

 Rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 30 Hingga Episod 34, Drama Syurga Yang Kedua, Astro Prima, Maya HD, Sinopsis Berepisod, Sinopsis Syurga Yang Kedua, Cinta, Poligami, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar,
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 30 Hingga Episod 34

Isnin ini, Drama Syurga Yang Kedua ini dah masuk episod ke - 35 dah, cepat masa berlalu kan, tapi entah bila Sabrina akan tahu pasal perkahwinan suaminya dengan kawan baiknya itu. Dalam episod 30 hingga 34 drama Syurga Yang Kedua ini, kelihatan Azril cuba nak mengkantoikan Vivy dan Daniel pada Sabrina tapi tak berjaya pula hehehe. Selain itu ada watak baru yang diperkenalkan untuk minggu ini iaitu watak Fazira, aku tak tahu apa yang Fazira ini akan buat, hope watak ini juga boleh bagi impak yang baik pada drama ini. Antara pelakon drama Syurga Yang Kedua ini adalah Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar dan ramai lagi. Jadi hari ini aku nak share Rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 30 Hingga Episod 34, selamat membaca okey. Pada yang tak pernah tengok drama ini, boleh juga try baca sinopsis drama ini yang aku gabungkan semua episod dalam seminggu. Link - link untuk sinopsis episod - episod awal boleh tengok di bawah sekali ye.

Rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 30 Hingga Episod 34

Sabrina dan Daniel telah mengambil Alia menjadi anak angkat mereka manakala Dato Sherry pula telah membenarkan Delaila berkahwin dengan Azril juga akhirnya. Malah Dato Sherry juga turut menaikkan pangkat Azril ke jawatan yang lebih tinggi dalam syarikatnya. Sebelum bernikah, Dato Sherry turut membawa Azril untuk berjumpa dengan wali Delaila yang sah iaitu Daud yang juga merupakan ayah pada Sabrina. Kelihatan Azril sangat terkejut mengetahui mengenai Daud yang juga merupakan ayah kandung pada Delaila. Sabrina yang keluar dengan Daniel turut terlihat bapanya bertemu dengan Dato Sherry dan Azril dari jauh. Kemudian Sabrina bertanyakan ayahnya, jika ayahnya ada menyimpan rahsia selama ini dan akhirnya Daud berterus - terang pada Sabrina mengenai Delaila. Sabrina sangat sedih apabila mengetahui perkara yang sebenar, malah dirinya juga terpaksa menyimpan rahsia tersebut daripada Daniel. Shida turut mendengar perbualan suaminya dan anaknya itu dari luar pintu. Vivy yang merindui anaknya Alia menelefon Sabrina dan menggesanya untuk membawa Alia datang ke rumah Dato Sherry. Akhirnya Sabrina dan Daniel membawa Alia datang ke rumah Dato Sherry.



Vivy dapat melepaskan rindunya pada Alia, namun sikap Dato Sherry yang terlampau pilih kasih serta melebihkan baby Yusof berbanding Alia membuatkan Sabrina sentap dan sedih, lalu bergegas pulang. Vivy menyuruh Dato Sherry supaya tidak melebihkan baby Yusof di depan Sabrina. Selain itu, bekas isteri pertama Syed Mansor iaitu Fazira ingin menuntut haknya dalam harta Syed Mansor yang diwarisi oleh Dato Sherry dan anak - anaknya. Peguam telah memaklumkan hal ini pada Dato Sherry dan membuatkan Dato Sherry sedikit terkejut. Azril yang telah berkahwin dengan Delaila terpaksa bersabar melayan kerenah dan perangai Delaila yang cepat marah itu. Selain itu Azril juga cuba mencari peluang dan kesempatan untuk berdua - duaan dengan Vivy. Manakala Delaila pula telah menampar Vivy kerana menyangka Vivy cuba menggoda suaminya Azril. Daud pula terkejut apabila mengetahui yang isterinya juga sudah mengetahui mengenai Delaila. Vivy keluar dari rumah untuk pergi bertemu dengan Daniel serta berbincang mengenai hubungan mereka. Bagi Vivy, Daniel bersikap tidak adil padanya dan kemudian Daniel dan Vivy mula marah dan bertengkar. Kemudian Azril menasihati Daniel supaya membawa Vivy pergi bercuti dan akhirnya Daniel mengikut nasihat Azril itu.

Vivy pula berasa sangat gembira kerana dapat pergi bercuti dengan Daniel, Vivy juga berazam untuk membuat Daniel mencintainya. Delaila juga mengajak Azril untuk pergi bercuti seperti Vivy dan Daniel itu. Daniel yang merancang untuk pergi bercuti dengan Vivy itu, memberi alasan pada Sabrina yang dirinya kena pergi outstation selama seminggu. Azril sebenarnya sengaja menyuruh Daniel membawa Vivy pergi bercuti supaya senang untuk dia mendedahkan perkara sebenar mengenai perkahwinan Vivy dan Daniel pada Sabrina, sebab itu jugalah Azril turut mengajak Sabrina untuk pergi ke tempat Daniel itu untuk membuat kejutan. Sabrina akhirnya bersetuju untuk mengikut cadangan Azril itu setelah mak ayah Sabrina turut menggalakkan Sabrina untuk pergi bertemu Daniel, sekaligus meluangkan masa berdua. Azril gembira apabila Sabrina bersetuju untuk mengikut cadangannya itu. Sementara itu, Vivy kelihatan sangat gembira dan bahagia dapat bercuti dengan Daniel. Manakala Dato Sherry dan Pak Majid pula bersedih kerana sangat merindui Puteri yang kini berada di luar negara. Kawan Shidah mengajaknya untuk menjadi rakan kongsinya untuk membuka restoran. Shidah awalnya menolak tapi akhirnya bersetuju, malah dia juga teringin untuk bertemu dengan Fazira.

Sabrina dan Azril akhirnya sampai di hotel tempat Daniel menginap, Azril menunjukkan bilik Daniel pada Sabrina dan Sabrina menuju ke situ, tapi akhirnya salah bilik, Daniel menginap di bilik lain. Sebenarnya Vivy telah pun mengetahui rancangan Azril itu dan berjaya mengelak bertemu Sabrina. Azril tidak berputus asa, dia akhirnya dapat menangkap gambar Daniel dan Vivy dalam telefon bimbitnya itu. Vivy terpaksa pulang lebih awal kerana Sabrina telah berada di situ, namun Vivy tetap gembira kerana dapat meluangkan masa bersama Daniel walaupun sekejap. Sabrina juga gembira dapat bercuti bersama Daniel namun percutian mereka tidak lama kerana Sabrina ingin pulang segera kerana terlalu merindukan Alia. Dato Sherry risau dengan perniagaannya yang makin merosot sejak kebelakangan ini, dia dan Daniel terpaksa bekerja lebih keras selepas ini untuk memajukan syarikat mereka. Azril terus membuat rancangan untuk mengenakan Vivy dan Daniel. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Bagi yang terlepas nak baca sinopsis drama ini dari episod - episod awal, bolehlah klik link dibawah ini ye.
Read More

28 Jan 2018

Episod 16 Hingga 19 Kekasih Paksa Rela

Rangkuman Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 16 Hingga Episod 19, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Kekasih Paksa Rela, Slot Akasia, TV3, Poligami, Sinopsi Drama Kekasih Paksa Rela, Sinopsis Berepisod, Ending, Cinta, Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela, Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan, Dayang Areeda, Fatin Afeefa, 2018, Malay Drama,
Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 16 Hingga Episod 19

Diam tak diam isnin ini dah masuk episod ke - 20 dah, Drama Kekasih Paksa Rela yang disiarkan di Slot Akasia TV3 ini. Antara Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela ini terdiri daripada Remy Ishak sebagai watak Adham, Ain Edruce sebagai Rosnaida, Intan Najuwa sebagai Hanan Khaira, Dayang Areeda sebagai Shiqin, Afzan Rahman sebagai Firdaus, Emelda Rosemila sebagai Suraya, Fizz Fairuz sebagai Yusman, Fatin Afeefa sebagai Zilla dan ramai lagi. Ketika di awal perkahwinan Adham dan Hanan, kelihatan Hanan kurang matang dan berperangai sedikit kebudakkan. Namun dalam episod 16 hingga episod 19 ini, dapat dilihat Hanan dah makin matang, dia sering bertolak - ansur dan sedar kedudukannya yang merupakan orang ketiga antara Adham dan Rosnaida. Lebih menarik apabila Hanan yang menasihati Adham untuk berbaik - baik dengan Rosnaida itu. Tapi aku juga hairan kenapa nak merahsiakan statusnya dari Izamil itu, patutnya berterus - terang sajalah kan, selesai masalah dan tak perlu lagi Hanan nak bergaduh dengan Adham lagi pasal Izamil ini kan. Rasanya episod seterusnya pasti lebih banyak konflik dengan kehadiran Shiqin yang cuba menghasut Rosnaida dan sebagainya. Apa pun dalam entry ini aku nak share Rangkuman Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 16 Hingga Episod 19, jadi selamat membaca, okey..

Rangkuman Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 16 Hingga Episod 19

Rosnaida meminta maaf pada Adham atas kesalahannya kerana meninggalkan Adham selama 2 tahun, Ros ingin kembali pada Adham seperti dahulu dan menebus kesalahannya selama ini. Ros juga agak terkejut, apabila Adham begitu senang memaafkannya. Manakala Hanan Khaira pula bergegas pulang ke rumah untuk mengemas pakaian dan barang - barangnya untuk keluar dari rumah Adham dan berpindah ke rumah lain kerana Rosnaida akan tinggal di rumah Adham itu. Adham berasa bersalah pada Hanan kerana terpaksa membiarkannya Hanan pergi dan dia juga tidak sangka yang Rosnaida akan pulang secara tiba - tiba. Ros ingin menjadi suri rumah dan menjaga Adham sebaik mungkin, walaubagaimanapun Ros perasan yang Adham sudah banyak berubah dan sedikit dingin dengannya. Adham / Am sentiasa mencari masa untuk bertemu Hanan dan Hanan pula terpaksa tinggal sendirian di rumah lain serta bersabar dengan situasi sekarang. Namun Hanan sedar yang dia adalah isteri kedua dan perlu bertolak - ansur, malah Hanan juga ingin merapatkan diri dengan Rosnaida sebelum Ros tahu kebenarannya. Tak lama kemudian, Ros menjumpai gambar Mak Hanan dalam almari dan mula marah serta bertanyakan pada Adham tentang perempuan dalam gambar tersebut.

 Am mengelak dan tidak mahu berterus - terang pada Rosnaida mengenai gambar tersebut. Ros merasakan yang Am ada perempuan lain tapi Adham tidak mahu mengaku mahu pun berterus - terang padanya. Ros juga tak dapat nak menghubungi Shiqin, hubungan Ros dan Adham makin dingin apabila mereka kerap bertengkar dan bergaduh. Manakala Hanan pula selalu menasihati Adham supaya berbaik semula dan meluangkan lebih banyak masa dengan Ros. Selain itu, Ros turut cemburu melihat kemesraan Adham dan Nonie di pejabat, lalu bertindak memarahi Nonie. Ros juga makin yakin yang Adham ada perempuan lain selepas terdengar perbualan telefon Am dengan seseorang. Tak lama kemudian, Hanan terjumpa Rosnaida di shopping mall ketika Hanan ingin mendaftar dan bertanyakan tentang aktiviti lasak yang dianjurkan di situ. Hanan begitu terkejut - melihat Rosnaida menyapanya dan Hanan cuba memberi alasan untuk cepat - cepat pergi dari situ. Ros juga agak hairan melihat kelakuan Hanan yang tiba - tiba nampak takut dan terkejut. Selepas dari itu, Hanan ada bertemu dengan seniornya yang bernama Izamil / Izam untuk meminta bantuannya untuk satu projek. Izamil kemudiannya mempertemukan Hanan dengan Rosnaida.



Selepas Izamil mempertemukan mereka, kelihatan Rosnaida senang dan selesa dengan Hanan, malah Rosnaida juga ikhlas untuk membantu Hanan. Kelihatan Izamil menyukai Hanan, namun Hanan sukar untuk berterus - terang mengenai statusnya yang sudah bergelar isteri orang itu pada Izam. Ros sentiasa memberi semangat dan menggalakkan izam untuk meluahkan perasaannya pada Hanan. Selain itu, Ros dan Adham makin kerap bergaduh dan Ros juga sangat sedih apabila Adham sudah tidak memakai cincin kahwin mereka lagi. Tak lama kemudian Adham melihat Hanan menaiki kereta Izamil untuk ke satu tempat. Adham mula cemburu apabila sudah beberapa kali dia nampak Hanan keluar bersama Izam. Hanan juga cuba untuk mengelakkan diri dari Izam, malah dia dan Adham turut bergaduh sebab Izam ini kerana Adham sangat cemburu dengan Izam. Akhirnya Hanan berjanji pada Adham yang dia tidak akan keluar dengan Izam lagi. Selain itu, Izam juga ternampak cincin yang dipakai oleh Hanan itu dan menganggap Hanan sudah ada seseorang yang disayanginya. Namun Ros menyuruh Izam untuk berfikiran positif dan menggalakkannya untuk berterus - terang pasal perasaannya itu.

Manakala hubungan Adham dan Rosnaida sekejap baik, sekejap lagi bergaduh. Tak lama kemudian Hanan terserempak dengan Izam dan cuba untuk mengelaknya, tapi Izam mengajaknya berjumpa untuk membincangkan satu perkara penting di satu tempat. Akhirnya Hanan terpaksa bersetuju untuk megikut Izam. Dalam perjalananan ke restoran, Hanan dan Izam akhirnya terserempak dengan Rosnaida dan Adham. Hanan dan Adham berpura - pura tidak mengenali antara satu sama lain, namun kelihatan Adham sedikit marah pada Hanan kerana Hanan telah mungkir janji untuk tidak keluar dengan Izam lagi. Manakala Hanan pula agak terkejut dan berasa bersalah pada Adham.

Bagi yang terlepas nak baca sinopsis episod - episod awal drama ini, bolehlah klik link di bawah ye..

Read More

26 Jan 2018

Review Bollywood Movie - Phobia

Bollywood Movie, Phobia, Bollywood Movie Review, Hindi Movie, Filem, Hindustan, Suspen, Filem Psychological Thriller, Extreme Agoraphobia, Trauma, Psychiatrist, Pelakon Filem Bollywood Phobia, Radhika Apte, Satyadeep Mishra, Ankur Vikal, Yashaswini Dayama, Nivedita Bhattacharya, Faezeh Jalali, Ending Phobia, 2016, Review By Miss Banu,
Phobia - Bollywood Movie Review

Hari ini aku nak buat Review Filem Bollywood yang bertajuk Phobia, bila sebut filem Phobia ini, aku terus teringat dekat filem seram Thailand yang tajuknya juga sama iaitu Phobia dan Phobia 2. Tapi korang jangan konfius pula sebab aku nak buat Review Filem Bollywood okey hehehe. Bollywood Movie ini release pada 27 Mei 2016 yang lalu serta diarahkan oleh Pavan Kirpalani dan merupakan sebuah filem Psychological Thriller. Antara Pelakon Filem Phobia ini adalah Radhika Apte, Satyadeep Mishra, Ankur Vikal, Yashaswini Dayama, Nivedita Bhattacharya, Faezeh Jalali dan ramai lagi. Filem ini memang menguji kemampuan pelakon utamanya iaitu Radhika Apte yang perlu membawakan watak sebagai Mehak Deo yang mengalami agoraphobia yang teruk. Apa pun lakonan Radhika Apte dalam filem Phobia ini memang mendapat pujian ramai atas keberkesanan lakonannya. Bagi penggemar filem Bollywood pastinya kenal dengan Radhika Apte ini malah Radhika juga turut berlakon filem Tamil dan sebagainya.

Filem Phobia ini juga lari dari kebiasaan tipikal filem Hindi yang lain apabila tak banyak lagu dalam filem ini sebab cuma ada satu lagu saja. Dalam filem ini juga, korang boleh melihat perubahan personaliti Mehak Deo yang mendadak dari seorang yang happy go lucky, ramai kawan, gemar bergurau berubah menjadi pendiam, penakut, mengasingkan dirinya dari semua orang serta dunia luar. Mehak mula mengalami extreme agoraphobia ini selepas mengalami satu kejadian, dimana dirinya hampir dicabul oleh seorang pemandu teksi namun Mehak berjaya menyelamatkan dirinya namun selepas itu, dirinya mula trauma dan mengalami agoraphobia yang teruk sehingga menjejaskan kehidupannya. Awalnya Mehak dijaga oleh kakaknya Anusha, malah Anusha mencuba pelbagai cara untuk menyembuhkan Mehak termasuklah memanggil psychiatrist datang ke rumah, namun semuanya tidak berkesan. Anusha mula hilang sabar dengan perangai adiknya itu, apabila Mehak tidak membenarkan anak Anusha yang baru pulang dari sekolah masuk ke dalam rumah, kerana Mehak takut untuk membuka pintu.



Anusha dan Mehak akhirnya bergaduh besar dan kemudian Shaan yang merupakan kawan lelaki Mehak membawa Mehak berpindah ke satu rumah kosong dan membiarkan Mehak tinggal seorang diri supaya dia boleh berdikari dan mengatasi phobianya itu. Sekali - sekala Shaan akan datang ke rumah Mehak itu untuk membawa barang - barang keperluan harian untuk Mehak. Tak lama kemudian Mehak merasakan rumah yang didudukinya itu berhantu kerana dirinya kerap nampak macam - macam. Bukan itu saja Mehak turut yakin yang salah seorang daripada jirannya adalah pembunuh. Scene yang Mehak over confident mengenai jirannya adalah pembunuh tu kelakar hahaha, selain itu ada satu scene yang aku paling suka, ketika Mehak kena keluar rumah untuk membuang sampah tu. Ikutkan tong sampah tak jauh pun, cuma beberapa langkah dah sampai tapi gaya dan cara Mehak nak pergi membuang sampah itu dah macam nak pergi mendaki gunung Everest dah hehehe, siap ikat kain yang panjang dekat pinggangnya yang bersambung sampai ke rumahnya.

Paling best bila sampah mehak tu akhirnya tak masuk dalam tong sampah pun hehehe. Tapi nasib ada anak jirannya yang bernama Nikki menolongnya. Aku agak kagum juga dengan kawan Mehak yang bernama Shaan itu yang setia betul melayan kerenah Mehak tu, walaupun kadangkala Mehak melayannya dengan kasar sekali. Ada satu scene yang buat aku annoying sikit dengan Mehak ini, iaitu ketika dia salah faham pada Shaan dan ingat Shaan akan membunuhnya. Kesian gila dengan Shaan masa ini, sebab tercedera lepas itu kena tuduh pula sebagai pembunuh. Kalau orang lain yang jadi Shaan tu mesti awal - awal lagi dah surrender nak melayan kerenah Mehak ini. Ending filem Phobia ini agak open ending gitu dan penonton perlu membuat tafsiran sendiri mengenai ending filem ini. Kiranya kita buat ending sendiri heheh.

Terdapat juga plot twist dalam filem Phobia ini, bila semua yang Mehak nampak ada sebabnya, tapi aku tak naklah bagi spoiler kan, kalau nak tahu kenalah tonton sendirilah kan. Jadi secara keseluruhannya aku bagi 7 Bintang dari 10 Bintang untuk Hindi Movie Phobia ini.

Gambar di atas credit to  Bollywood Hungama

Read More

22 Jan 2018

Sinopsis Kekasih Paksa Rela Episod 12 Hingga 15

Kekasih Paksa Rela, Slot Akasia, TV3, Drama Kekasih Paksa Rela, Watak Pelakon, Hanan Khaira, Adham, Rosnaida, Shiqin, Firdaus, Yusman, Suraya, Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela, Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan Rahman, Dayang Areeda, Rangkuman Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 12 Hingga Episod 15, Sinopis Berepisod,
Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 12 Hingga Episod 15

Nampaknya Drama Kekasih Paksa Rela ini makin menarik jalan ceritanya, apabila watak Rosnaida dah muncul kembali. Jadi konflik antara Ros, Adham dan Hanan makin mendebarkan. Adakah Ros dah tahu pasal pernikahan suaminya itu, sebab tu dia tiba - tiba muncul?. Atau pun sebenarnya Ros merindui Adham dan berasa bersalah jadi dia muncul semula untuk menebus kesalahannya? Hope Adham berterus - terang pada Rosnaida tu nanti pasal perkahwinannya dengan Hanan itu. Selain itu, rasa kesian juga dengan ibu Hanan itu, sebab baru sekarang dia nampak kejahatan Yusman tu, konform dia menyesal gila sebab berkahwin dengan Yusman dulu kan hehe. Manakala watak Shiqin itu memang sentiasa annoying okey. Apa pun aku suka tengok Dayang Areeda yang membawakan watak Shiqin tu, sebab dia memang lawa, first time aku tengok dia berlakon adalah menerusi Drama Semusim Rindu. 

Antara Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela ini terdiri daripada Remy Ishak sebagai watak Adham, Ain Edruce sebagai Rosnaida, Intan Najuwa sebagai Hanan Khaira, Dayang Areeda sebagai Shiqin, Afzan Rahman sebagai Firdaus, Emelda Rosemila sebagai Suraya, Fizz Fairuz sebagai Yusman, Fatin Afeefa sebagai Zilla. Untuk entry hari ini, aku nak share rangkuman sinopsis drama kekasih paksa rela ini dari episod 12 hingga 15 di bawah ini. Jadi selamat membaca okey.

Rangkuman Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 12 Hingga Episod 15

Hanan telah selamat pulang ke hotel penginapannya itu dan kemudian jatuh sakit, Adham menjaganya dengan baik. Shiqin datang ke rumah Adham untuk berjumpa dengannya, tapi Mak Senah telah terlepas cakap yang Am pergi ke pulau dengan Hanan dan membuatkan Shiqin marah. Shiqin juga turut menyelongkar laci pejabat Adham untuk mencari sesuatu namun setiausaha Adham yang datang secara tiba - tiba membuatkan Shiqin terus keluar. Shiqin juga tidak melepaskan peluang untuk menghina Hanan setiap kali mereka berjumpa. Tak lama kemudian Adham / Am telah mendapat tahu yang Shiqin telah melakukan kesalahan besar pada syarikat dan telah transfer Shiqin ke Indonesia. Bapa Shiqin telah memujuk Shiqin untuk mengikut saja arahan dan akhirnya Shiqin akur walaupun berasa sangat marah. Sebelum pergi, dia sempat berjumpa dengan Hanan untuk memberinya amaran kerana dia tidak akan melepaskan Hanan dan dia juga tidak akan berputus asa. Selain itu Adham juga sedikit merajuk dengan Hanan tapi happy bila Hanan buat suprise padanya dengan celebrate birthday Adham bersama - sama. Pada masa yang sama Am turut terkejut menerima mesej dari Rosnaida yang mengucapkan happy birthday padanya. 



Adham tidak suka dengan hasrat Hanan yang ingin sambung belajar di luar negara, dirinya takut jika Hanan juga akan meninggalkannya seperti Rosnaida. Tak lama kemudian Adham menghadiahkan kereta buat Hanan. Selain itu ibu Hanan iaitu Suraya telah di buang kerja kerana mencuri barang - barang hotel kerana ingin membayar hutang - hutang along yang dibuat oleh suaminya Yusman. Selepas itu Suraya dan Yusman sering bergaduh, malah Yusman turut berjumpa Hanan di pusat beli belah, namun Adham datang tepat pada masanya dan Yusman terpaksa beredar dari situ. Am juga turut menghalang Hanan dari berjumpa ibunya buat sementara waktu. Tak lama kemudian Hanan mendapat panggilan telefon dari ibunya yang mengajaknya untuk berjumpa di suatu tempat. Rupa - rupanya Suraya dan Yusman ingin meminta duit daripada Hanan, Yusman juga turut mengugut Hanan. Walaubagaimanapun Yusman dan Suraya terpaksa melarikan diri dari situ, apabila ternampak kelibat along yang mengejar mereka. Dalam masa yang sama, Adham juga turut sampai di situ dan membawa Hanan pulang.

Suraya dan Yusman terpaksa melarikan diri daripada Along, mereka juga tidak dapat pulang ke rumah dan terpaksa bersembunyi di tempat lain. Hanan yang berasa marah pada Adham menyuruh Firdaus menjemputnya pulang dari universiti sebelum meminta pertolongannya untuk menghantarnya ke rumah ibunya. Pada masa yang sama Yusman turut berada dalam rumah tersebut dan menunggu Hanan di dalam rumah itu. Namun nasib baik Firdaus sempat menghalang Yusman dan akhirnya Yusman melarikan diri. Am berasa marah dan kecewa dengan Hanan manakala Hanan pula berusaha untuk meminta maaf pada Am. Selain itu Yusman juga sudah mula memukul isterinya Suraya, malah Suraya juga sudah tak tahan untuk hidup bersama dengan Yusman lagi dan sering meminta cerai. Namun Yusman enggan menceraikannya. Setelah Adham dan Hanan sudah berbaik, Adham memutuskan untuk memperkenalkan Hanan sebagai Isterinya di majlis Annual Dinner Syarikat. Di majlis tersebut, ketika Adham baru nak membuat pengumuman mengenai Hanan, isteri pertama Adham iaitu Rosnaida tiba - tiba muncul. Apa yang bakal berlaku seterusnya?..

Bagi yang terlepas nak baca sinopsis episod - episod awal drama ini, bolehlah klik link di bawah ye..

Read More

21 Jan 2018

Sinopsis Syurga Yang Kedua Episod 25 Hingga 29

Syurga Yang Kedua, Drama Syurga Yang Kedua, Astro, Drama Melayu, Drama Best, Drama 70 Episod,  Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 25 Hingga Episod 29, Watak Pelakon, Vivy, Sabrina, Daniel, Dato Sherry, Delaila, Poligami, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar,
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 25 Hingga Episod 29

Diam tak diam dah masuk episod ke 29 dah Drama Syurga Yang Kedua ini, highlight utama drama ini untuk minggu ini adalah pasal anak Vivy dan juga anak angkat Sabrina. Makin complicated drama ini, aku tak boleh bayang macam manalah reaksi dan tindakan Sabrina apabila mengetahui semua orang menipunya hidup - hidup hahaha. Aku juga tak sabar nak tengok reaksi Dato Sherry apabila mengetahui baby Yusof itu bukanlah cucu kandungnya yang sebenar hahaha. Aku rasa perwatakan dan personaliti Vivy juga dah mula berubah dari lemah - lembut menjadi makin berani. Manakala watak Sabrina pula memang maintain baik saja. Lakonan para pelakon drama Syurga Yang Kedua ini iaitu Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar memang terbaik. Apa pun jom baca Rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 25 Hingga Episod Terkini iaitu episod ke 29. Selamat Membaca ye.

Rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 25 Hingga Episod 29

Vivy yang menghilangkan dirinya secara tiba - tiba membuatkan Daniel menjadi pening kerana tidak menjumpai Vivy walaupun telah mencarinya di merata tempat. Sabrina turut risau dan susah hati memikirkan keadaan Vivy yang sedang sarat mengandung. Vivy akhirnya telah selamat melahirkan anak perempuan yang dinamakannya Alia. Vivy sukar nak berpisah dan menyerahkan anaknya itu pada Auntie Som namun terpaksa juga menyerahkan Alia pada Auntie Som itu. Manakala Dato Sherry masih gagal memujuk Delaila supaya tidak berkahwin dengan Azril. Bagi Azril pula, dia sengaja ingin berkahwin dengan Delaila untuk mengenakan Dato Sherry itu, hakikatnya Azril hanya mencintai Vivy. Setelah berfikir panjang, Vivy akhirnya menelefon Daniel dan menyuruh Daniel untuk menjemputnya pulang. Dato Sherry begitu gembira kerana impiannya untuk mendapat cucu lelaki tercapai. Azril pula cuba untuk mengajak Vivy lari dari rumah itu, namun Vivy enggan melayan kerenah Azril itu. Sabrina turut melawat Vivy dan anaknya itu yang bernama Yusof, selain itu, Puteri pula secara tak sengaja melihat Daniel memeluk Vivy dan mula bertanyakan tentang hal tersebut.

Dato Sherry pula memarahi Sabrina kerana membawa anak angkatnya Adam datang ke rumah berkenaan. Bagi Dato Sherry, Adam bukan cucunya kerana tidak tahu asal keturunannya. Sabrina berasa sedih dan kecewa dengan sikap Dato Sherry pada anak angkatnya itu. Selain itu, Dato Sherry juga bercadang untuk menghantar Puteri bersama dengan Diana untuk belajar ke luar negara iaitu di London. Manakala Vivy pula mula merindui anak kandungnya itu manakala Dato Sherry pula sering mengawal serta menjaga baby Yusof dan menyukarkan Vivy untuk meluangkan masa dengan Yusof. Sabrina mula sedih dan terasa hati dengan sikap Daniel yang melebihkan anak Vivy berbanding anak angkat mereka Adam. Namun Daniel pandai memujuk dan mengambil hati Sabrina kembali. Tak lama kemudian Sabrina membawa Adam ke rumah Dato Sherry untuk melawat Vivy yang tengah berpantang itu. Sabrina meninggalkan Adam di ruang tamu dan pergi ke bilik Vivy, Delaila turut berada di ruang tamu itu dan merupakan orang terakhir di ruang tamu itu sebelum Adam dijumpai mati disitu. Namun Delaila menafikan yang dia bersalah dan dia tidak tahu apa yang berlaku pada Adam itu. Sabrina berasa sangat sedih dengan kematian Adam.



Auntie Som mendapat idea yang bernas untuk mendekatkan Vivy dengan anak kandungnya itu, iaitu dengan menjadikan anak Vivy itu sebagai anak angkat Sabrina dan Daniel yang baru
. Auntie Som dan Vivy kemudiannya bertemu di klinik lalu auntie Som menerangkan ideanya itu pada Vivy. Selain itu, Azril pula membawa Puteri untuk berjumpa Sabrina, Puteri tak mahu berpisah dengan Sabrina, malah Sabrina juga sanggup untuk menjaga Puteri jika Azril membenarkannya. Namun Azril pula sudah nekad untuk mengikut cakap Dato Sherry untuk menghantar Puteri belajar ke London. Akhirnya Sabrina memujuk Puteri untuk mendengar cakap ayahnya itu dan menyakinkan Puteri yang mereka masih boleh berhubung, walaupun Puteri dah ada di luar negara nanti. Auntie Som pula telah menghantar anak kandung Vivy iaitu baby Alia ke rumah perlindungan dan Vivy pula boleh melawat baby Alia pada bila - bila masa saja. Kebetulan Sabrina juga sering singgah ke rumah perlindungan tersebut untuk membuat kerja - kerja amal dan akhirnya Sabrina berjumpa dengan baby Alia itu. Sabrina tertarik dan suka dengan baby Alia itu manakala Diana pula sedih apabila mengetahui kekasihnya itu akan berkahwin tak lama lagi.

Sabrina menceritakan tentang Baby Alia pada Vivy dan teringin untuk mengambil Alia itu menjadi anak angkatnya tapi dia risau dengan penerimaan Daniel dan juga Dato Sherry. Vivy berjanji akan memujuk Dato Sherry bagi pihak Sabrina. Tak lama kemudian Vivy cuba menyakinkan Daniel dan Dato Sherry untuk bersetuju dan membenarkan Sabrina untuk mengambil baby Alia sebagai anak angkatnya yang baru. Manakala Sabrina pula menyuarakan rasa tidak puas hatinya pada Daniel tentang layanan Dato Sherry yang berlebihan pada anak Vivy iaitu baby Yusof. Tapi Daniel berjaya memujuk Sabrina untuk berfikir positif saja. Apa yang bakal berlaku seterusnya?. Bagi yang terlepas nak baca sinopsis drama ini dari episod - episod awal, bolehlah klik link dibawah ini ye.

Read More

20 Jan 2018

Mek Zumbie 2k18 Giveaway

Mek Zumbie 2k18 Giveaway, Blogger Giveaway, Hadiah, Senarai, Peserta, Pemenang, 2018,

Hari ini saya nak join Mek Zumbie 2k18 Giveaway, Tarikh Tutup Giveaway ini adalah pada bila - bila masa saja. Jadi cepat - cepat join okey, plus hadiah yang ditawarkan juga memang best - best belaka, kalau menang memang untunglah kan, hope ada rezeki kat giveaway ini. Good Luck untuk semua. Hadiah yang saya pilih adalah - Novel The Unsung Hero: NTUH006
Mek Zumbie 2k18 Giveaway, Blogger Giveaway, Hadiah, Senarai, Peserta, Pemenang, 2018,
Saya dah lama tak beli dan baca Novel ni, jadi kalau dapat nanti bolehlah sambung semula hobi membaca macam dulu - dulu hehe, plus tajuk novelnya juga menarik gitu.



Read More

18 Jan 2018

Episod 8 Hingga 11 Kekasih Paksa Rela

Drama Kekasih Paksa Rela, Slot Akasia, TV3, Drama Kekasih Paksa Rela Episod 8 Hingga Episod 11, Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod hingga Episod 11, Cinta, Perkahwinan, Poligami, Rangkuman Sinopsis Episod 8 Hingga 11, Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela, Remy Ishak, Ain Edruce, Intan Najuwa, Dayang Areeda, Afzan Rahman, Emelda Rosemila, Fizz Fairuz, Fatin Afeefa, Episod 8 Hingga 11,
Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 8 Hingga Episod 11

Agak terlewat sikit untuk post entry mengenai episod terlatest Drama popular Slot Akasia iaitu Kekasih Paksa Rela ini sebab internet problem pula masa hujung minggu hari itu. Drama Kekasih Paksa Rela minggu ini dah masuk episod ke 12, 13,14 dan 15. Tapi untuk entry ini aku share rangkuman sinopsis untuk episod minggu lalu iaitu episod ke 8 hingga ke 11. Sekarang ini memang ramai yang demam Drama Kekasih Paksa Rela ini. Antara Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela ini terdiri daripada Remy Ishak sebagai watak Adham, Ain Edruce sebagai Rosnaida, Intan Najuwa sebagai Hanan Khaira, Dayang Areeda sebagai Shiqin, Afzan Rahman sebagai Firdaus, Emelda Rosemila sebagai Suraya, Fizz Fairuz sebagai Yusman, Fatin Afeefa sebagai Zilla dan ramai lagi. Di episod 11 drama ini, banyak scene - scene sweet antara Adham dan juga Hanan hehe. Apa pun jom tengok sinopsis cerita ini i bawah ye.

Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 8 Hingga Episod 11
Hanan mula cemburu melihat betapa rapatnya Adham dan juga Nonie yang merupakan anak saudara Mak Senah. Zila yang merupakan satu – satunya kawan baik Hanan akhirnya mengetahui bahawa Hanan sudah pun bernikah dengan Adham. Zila juga menyuruh Hanan untuk belajar cara makeup supaya dapat memikat hati Adham. Selepas dari itu Hanan mula mengenakan makeup di wajahnya. Tak lama kemudian Hanan terdengar Nonie mengkritik cara makeupnya dan membuatkan Hanan memarahi Nonie. Adham kemudiannya memarahi Hanan atas kelakuannya itu. Sejak dari itu Hanan mula merajuk dengan Adham manakala Shiqin pula meminta pertolongan daripada Adham dan akhirnya Shiqin bermalam di rumah Adham itu. Keesokannya Shiqin sengaja menyakitkan hati Hanan dengan membandingkan dirinya dengan isteri Adham iaitu Ros, malah Shiqin turut menyatakan yang Hanan telah menyusahkan Adham selama ini. Hanan berasa sedih dan sedar dirinya tak layak untuk Adham dan akhirnya meminta cerai pada Adham.
Hanan kemudiannya ingin menumpang rumah Zila serta ingin mencari kerja manakala Adham pula tak nak menceraikan Hanan.  Kemudian Adham membuat kejutan pada Hanan dengan menyediakan makan malam yang romantik buat mereka berdua. Makan malam mereka kemudiannya diganggu oleh Shiqin yang tiba – tiba datang ke rumah Adham atas urusan kerja. Hanan kemudiannya berasa marah dengan Adham dan juga Shiqin, walaubagaimanapun keesokan harinya Adham mengajak Hanan untuk keluar makan bagi menyambung perbincangan mereka yang tergendala disebabkan kedatangan Shiqin. Hanan bersetuju dan pergi sendiri ke tempat tersebut, namun terjumpa Shiqin di tempat makan tersebut. Shiqin tahu yang Adham akan berjumpa Hanan di situ, lalu Shiqin sengaja menghina Hanan dan membuatkan Hanan terasa hati dan sedih lalu pergi dari situ dan terus ke rumah Zila. Shiqin kemudiannya mengajak Adham untuk keluar makan, tapi Adham menolak dengan alasan dia sudah makan. Shiqin yang benggang dengan penolakan Adham itu akhirnya berterus – terang yang dia tahu Adham tak jadi keluar makan dengan Hanan.


Adham sangat marah dengan perbuatan Shiqin pada Hanan dan memutuskan yang mereka hanya akan berurusan atas urusan kerja saja dan bukan lagi kawan baik
. Hanan kemudiannya bermalam di rumah Zila. Keesokan paginya, Hanan mengajak Zila  menemannya untuk mencari kerja. Namun mereka terkejut melihat Adham sudah menunggu di kawasan perumahan Zila itu.  Adham kemudian menarik tangan Hanan untuk mengikutnya ke suatu tempat. Rupa – rupanya Adham membawa Hanan untuk pergi bercuti ke Indonesia. Secara kebetulan Rosnaida / Ros yang merupakan isteri pertama Adham turut berada di Indonesia atas urusan kerja. Malah, dirinya turut terlihat Adham dan cuba mengejarnya, tapi akhirnya tidak menjumpai Adham. Kemudian Adham sekali lagi menyediakan makan malam yang romantik buat Hanan. Kali ini Adham berterus – terang ingin memulakan hidup baru dengan Hanan serta menyuruh Hanan supaya jangan memanggilnya dengan panggilan “Pakcik” lagi. Selepas dari itu, hubungan Adham dan Hanan makin baik dan mesra. Tak lama lepas itu, Hanan mengajak Adham untuk island hopping dan Adham setuju dengan rancangan Hanan itu. Namun di saat – saat akhir, Adham ada kerja pula dan membuatkan Hanan sedikit kecewa.
Adham juga tak sangka yang Hanan akan pergi seorang diri untuk islang hopping itu tanpa memberitahunya mahu pun ditemani sesiapa. Hal ini amat membimbangkan Adham dengan keselamatan Hanan.

Bagi yang terlepas nak baca sinopsis episod - episod awal drama ini, bolehlah klik link di bawah ye..

Read More

14 Jan 2018

Episod 20 Hingga 24 Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 20 Hingga Episod 24, Syurga Yang Kedua, Drama Melayu, Episod, Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Astro,
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 20 Hingga Episod 24

Isnin ini dah masuk episod ke 25 Drama Syurga Yang Kedua ini lakonan Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar dan ramai lagi. Makin intense drama ini terutamanya untuk watak Vivy lakonan Fasha Sandha yang terpaksa membuat keputusan drastik, disamping kehilangan insan tersayang. Manakala bagi Sabrina, ada sedikit harapan dan sinar buatnya namun dia masih belum mengetahui mengenai perkahwinan suaminya Daniel dengan sahabat baiknya sendiri iaitu Vivy. Bila agaknya rahsia diorang akan terbongkar kan hehe. Manakala hubungan Vivy dengan mak mertuanya Dato Sherry juga makin tak menentu, apabila makin lama Vivy rasa tertekan dengan perangai mak mertuanya itu. Apa pun jom baca rangkuman sinopsis Drama Syurga Yang Kedua dari episod 20 hingga episod latest iaitu episod 24. Selamat membaca okey..

Sinopsis Episod 20 Hingga Episod 24 Drama Syurga Yang Kedua

Sabrina dan Daniel akhirnya mengambil anak angkat yang bernama Adam dan Sabrina gembira dengan kehadiran Adam dalam hidupnya. Kehadiran Adam membuatkan Daniel lebih meluangkan masa di rumah Sabrina dan membuatkan Vivy makin makan hati. Pak Majid pula membuat keputusan untuk berhenti kerja di rumah Dato Sherry dan ingin pulang ke kampung halamannya. Puteri membantah, memberontak dan menangis kerana tak nak tok Majidnya meninggalkannya. Pak Majid sering meneman Puteri dan telah menganggap Puteri sebagai cucunya sendiri. Dato Sherry juga cuba memujuk Majid untuk terus bekerja dirumah tersebut. Malah Sabrina juga turut memujuk Pak Majid supaya jangan berhenti lagi kerana kesian pada Puteri yang sangat sedih dengan berita itu. Walaubagaimanapun Pak Majid kelihatan sudah nekad dengan keputusannya untuk berhenti dari situ dan Dato Sherry akhirnya akur dan hormat dengan keputusannya.

Delaila masih gagal untuk berbaik dengan Puteri, sikapnya yang kasar dan cepat marah membuatkan semuanya menjadi sukar. Dato Sherry cuba mencari helah baru dan berbincang dengan Vivy supaya anaknya yang bakal lahir itu nanti diserahkan pada Sabrina dan Daniel untuk dijadikan anak angkat mereka. Vivy terkejut dengan permintaan Dato Sherry dan enggan mengikut permintaannya. Kemudian Dato Sherry mengugutnya untuk menyuruh Daniel menceraikannya jika tidak mengikut arahannya. Vivy kemudiannya menceritakan segalanya pada ibunya Rahmah dan kelihatan Rahmah berasa kecewa serta menyesal kerana telah memaksa Vivy untuk berkahwin dengan Daniel. Malah Vivy juga risau jika Dato Sherry tahu yang anaknya yang bakal lahir itu adalah anak perempuan dan bukannya anak lelaki seperti yang diidamkan oleh Dato Sherry. Walaubagaimanapun Rahmah telah mempunyai satu rancangan besar untuk membantu Vivy, dia berpesan pada Vivy untuk pergi berjumpa dengan Mak Som sekiranya ada sesuatu yang berlaku padanya.

Rawatan IVF yang dilakukan Sabrina akhirnya berhasil apabila Sabrina disahkan mengandung. Dato Sherry tidak meletakkan harapan tinggi pada kandungan Sabrina itu. Vivy makin stress dan sakit hati apabila mengetahui yang Sabrina kini mengandung. Dirinya juga makin risau sekiranya anak Sabrina itu adalah anak lelaki. Tak lama kemudian Vivy menjumpai ibunya Rahmah pengsan dan akhirnya dimasukkan ke ICU. Dato Sherry yang awalnya merancang untuk pergi bercuti terpaksa membatalkan rancangannya apabila mengetahui keadaan ibu Vivy itu. Tak lama kemudian ibu Vivy meninggal dunia dan Vivy menjadi sangat sedih dan tertekan, dirinya hilang tempat bergantung dan sentiasa marah pada Daniel. Tak lama kemudian Mak Som / Auntie Som menghubungi Vivy untuk menunaikan janjinya pada arwah ibu Vivy. Setelah berjumpa Auntie Som, baru Vivy mengetahui rancangan sebenar arwah ibunya itu untuk menukar anaknya dengan anak orang lain untuk mendapatkan anak lelaki.


Setelah puas berfikir Vivy setuju untuk mengikut segala arahan Auntie Som itu, malah Vivy juga telah keluar dari rumah Dato Sherry untuk bersiap sedia melahirkan anaknya di suatu tempat. Ketika sedang memandu untuk ke tempat berkenaan, Vivy mula rasa sakit hendak bersalin. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

Bagi yang terlepas nak baca sinopsis drama ini dari episod - episod awal, bolehlah klik link di bawah ini ye.
Read More

13 Jan 2018

Kontroversi Farid Kamil

Farid Kamil, Kontroversi Farid Kamil, Menampar Polis, Isu Dadah, Di Tahan Reman, Pelakon, Artis Malaysia,
Kontroversi Farid Kamil

Kalau sebelum ini kecoh pasal isu Iqram Dinzly tapi sekarang ini kecoh pula isu mengenai Farid Kamil mengenai kontroversinya berikutan penahanannya sebab menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam kini ditahan reman selama 4 hari. Malah polis turut mengesahkan yang Farid Kamil turut positif dadah. Aku seperti yang lain memang terkejut besar bila membaca berita tentang Farid Kamil ini di Internet. Aku dapat tahu pasal ini di blog blogger lain, awalnya memang macam tak percaya pula sebab ingatkan ianya mungkin gimik lakonan, atau pun mungkin sinopsis terbaru filem terbarunya kot. Kemudian aku buka Twitter pula, masa ini nama Farid belum trending di Twitter lagi, jadi aku search sajalah nama Farid Kamil and then aku baca tweet - tweet netizen pasal isu Farid ini. Bila buka Twitter hari ini, nama Farid Kamil dah trending, macam - macam spekulasi yang dibuat oleh orang ramai, ada yang cakap Farid kena buatan oranglah, kena aniayalah dan macam - macam lagi. Tambahan lagi dia juga dikatakan berkelakuan pelik dan aneh.



Tapi rata - ratanya ramai yang terkejut pasal hal ini, yela tak sangka pula jadi macam ini kan, sebab sebelum ini Farid Kamil tak pernah ada kontroversi sangat pun, malah dia juga baru dapat gelaran "Dato" pula tu, disamping drama terbaru lakonannya iaitu Lafazkan Kalimah Cintamu akan disiarkan di Astro Ria pada 15 Januari 2018 ini. Jadi memang tak sangka pula Farid akan buat hal, selain itu pelakon Ridzuan Hashim juga turut mendakwa Farid juga turut menamparnya di lokasi pengambaran pada hari kejadian. Bila dah jadi macam ini, aku rasa kasihan pula pada isteri dan anak - anaknya, especially Diana Danielle yang terpaksa berdepan dengan media yang nak kan statementnya pasal isu suaminya itu. Aku juga teringin nak dengar penjelasan Farid Kamil sendiri mengenai kontroversinya itu dan apa yang terjadi sebenarnya dan kenapa dia bertindak sedemikian?. Apa pun buat masa ini, elok kita semua bersangka baik sajalah kan.

Gambar di atas credit to BH Online..
Read More

11 Jan 2018

Filem Bad Genius Memukau dan Mendebarkan

Bad Genius, Poster Filem Bad Genius, Review Filem Bad Genius, Filem Thailand, Thai Movie, Thailand Movie Bad Genius, Suspen, Best, Sinopsis Bd Genius, Pelakon Filem Bad Genius, Chutimon Chuengcharoensukying, Eisaya Hosuwan, Teeradon Supapunpinya, Chanon Santinatornkul, Watak, Lynn, Grace, Pat, Bank, 2017, Best Movie,
Filem Bad Genius Memukau dan Mendebarkan

Rasanya ramai yang sudah membuat Review Filem Thailand Bad Genius ini kan, aku pun tak terkecuali ingin membuat sedikit Review Ringkas mengenai Filem Bad Genius ini. Ikutkan dah lama aku menonton filem ini di pawagam, cuma baru sekarang ini berkesempatan untuk membuat review mengenai filem Thai ini. Filem ini release di Thailand pada 3 Mei 2017, manakala di Malaysia ini, ianya release pada 10 Ogos 2017 yang lalu. Boleh dikatakan juga filem Bad Genius ini adalah filem dari Thailand yang paling mendapat sambutan di Malaysia ini, malah rata - rata penonton memuji dan memberikan review yang positif mengenai filem ini. Antara Pelakon Filem Bad Genius ini adalah Chutimon Chuengcharoensukying yang memegang watak Lynn, Eisaya Hosuwan sebagai Grace, Teeradon Supapunpinya sebagai watak Pat, Chanon Santinatornkul sebagai Bank, Thaneth Warakulnukroh sebagai Lynn's Father dan ramai lagi. Manakala pengarah filem ini adalah Nattawut Poonpiriya.

Di awalnya aku suka tengok hubungan persahabatan antara Grace dan Lynn ini, tapi bila Grace dah start membabitkan boyfriendnya Pat dalam hubungan mereka, sehingga ke tahap tiru meniru dalam exam, membuatkan aku jadi kurang suka pula dengan Grace ini. Scene Lynn mengajar dan menggunakan bahasa isyarat dengan gerakan jari nota piano itu untuk memudahkan dirinya memberi jawapan peperiksaan serta memudahkan rakan sekelasnya untuk memahami jawapan itu memang genius hahaha. Tapi ada juga yang tak boleh nak ikut cara Lynn ini sekaligus cuba membabitkan seorang pelajar genius yang lain iaitu Bank. Di awalnya aku suka dengan sikap Bank yang jujur, innocent dan genius itu, sekaligus aku turut kasihan dengannya apabila dia gagal mendapat biasiswa itu, tapi plot twist untuk watak Bank itu memang mengejutkan. Tak sangka Bank berubah dari baik kepada licik dengan sekelip mata. Aku yakin Lynn hampir nak batalkan rancangannya apabila mengetahui Pat yang membuatkan Bank gagal untuk mendapatkan biasiswa itu. Tapi bila Bank setuju nak bekerjasama, Lynn mula teruskan rancangannya semula.


Selain itu, aku sukakan keserasian watak Bank dan Lynn itu, lebih best jika diorang akhirnya bercinta kan hehehe, namun kesian juga pada Lynn yang terkejut besar melihat perubahan mendadak Bank. Scene ketika diorang berdua menjawab peperiksaan di Australia itu sangat suspen dan mendebarkan okey. Sikap Bank yang gelabah membuatkan dirinya tertangkap, hal ini memberi kesan yang besar pada Lynn. Geram pula tengok sikap Pat dan Grace yang seronok dan mengadakan party tanpa memikirkan apa yang telah berlaku pada Bank. Kalau filem Bad Genius ini ada sambungan, alangkah bagusnya kan, Bad Genius 2 gitu. Tapi rasanya macam susah untuk ada sambungan tapi aku harap watak Lynn dan Bank itu akan berbaik akhirnya. Lakonan para pelakon filem Bad Genius ini juga sangat terbaik, tak sangka pula ianya adalah filem pertama Chutimon Chuengcharoensukying yang membawa watak Lynn itu, dia sebelum ini adalah Fashion Model. Ending filem Bad Genius ini agak happy ending dan juga sad ending bagi aku. Apa pun pendek katanya filem ini memang best dan seronok untuk di tonton dan aku bagi 10/10 Bintang untuk filem ini.

Poster Bad Genius diatas credit to GDH 559

Disclaimer: Gambar yang ada di blog/web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hakcipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, sila menghubungi saya disini ➔ Contact Me

Read More

8 Jan 2018

Drama Syurga Yang Kedua Episod 15 Hingga 19 (Astro)

Rangkuman Sinopsis Episod 15 Hingga Episod 19 Drama Syurga Yang Kedua, Astro, Drama Syurga Yang Kedua, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Siti Elizad, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Dynaz Mokhtar, Beego, Afifah Nasir, Dato Jalaluddin Hassan, Fazlina Ahmad Daud, Wan Nor Azlin, Poligami, Perkahwinan, Hidup Bermadu, Watak, Daniel, Sabrina, Vivy, Delaila, Azril, Dato Sherry, Daud, Shida,
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 15 Hingga Episod 19 (Astro)

Diam tak diam dah 19 episod Drama Syurga Yang Kedua disiarkan di Astro Prima dan Maya HD, pelbagai konflik yang berlaku tapi yang penting Sabrina masih tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Antara Pelakon Drama ini adalah Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar dan ramai lagi. Dalam episod 17 Drama ini, satu watak baru diperkenalkan iaitu watak Delaila yang dilakonkan oleh Dynas Mokhtar. Apa pun watak Delaila ini memang pelik sikit sebab gila - gila dan ikut suka hati dia saja, sampai Dato Sherry pun tak boleh nak control Delaila ini seperti anak - anaknya yang lain. Kesian dekat Puterilah kalau dapat mak tiri macam Delaila ini. Apa pun masih ada banyak episod lagi Drama ini sebab Drama ini mempunyai 70 episod, jadi macam - macam boleh berlaku pada setiap watak dalam drama ini. Mungkin juga tak lama lagi akan ada watak baru lagi?. Bagi yang terlepas nak baca sinopsis drama ini dari episod - episod awal, bolehlah klik link di bawah ini ye.


Jadi sekarang ini aku nak buat Rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua dari Episod 15 hingga Episod 19. Jadi selamat membaca okey..

Shida (lakonan Fazlina Ahmad Daud) bergaduh dengan suaminya mengenai gambar lama yang dijumpainya itu, akhirnya Daud (lakonan Dato Jalaluddin Hassan) berterus - terang pada Shida mengenai Dato Sherry (lakonan Azizah Mahzan) yang merupakan bekas isterinya. Shida berada sangat marah dan tertipu, sehingga minta cerai pada Daud namun Daud tidak mahu berpisah dengan isterinya itu. Vivy (lakonan Fasha Sandha) pula cuba berusaha untuk menarik perhatian Daniel dengan memakai tudung, namun akhirnya dia membuka tudungnya semula. Sabrina (lakonan Siti Elizad) telah terdengar perbualan telefon antara Vivy dan kawannya, akhirnya Sabrina tahu yang Vivy sedang mengandung. Vivy pula tidak dapat mengelak dari Sabrina lalu mereka - reka cerita tentang suaminya yang meninggalkannya seorang diri, namun masih merahsiakan identiti suaminya itu. Dato Sherry, Diana dan Vivy berpakat untuk menukar setiausaha Daniel dengan sepupu Vivy bagi memudahkan Vivy memantau pergerakan Daniel serta dapat meluangkan lebih masa bersama Daniel. Shida akhirnya berbaik semula dengan suaminya itu. Tak lama kemudian, Dato Sherry, memperkenalkan anak angkatnya yang bernama Delaila (lakonan Dynaz Mokhtar) pada ahli keluarganya. 

Dalam masa yang sama Delaila pula tertarik dan sukakan Azril (lakonan Beego) namun Dato Sherry menghalang Delaila dari rapat dengan Azril, namun Delaila memberontak dan enggan mendengar cakap Dato Sherry itu. Selain itu Doktor mencadangkan Sabrina dan Daniel menjalankan rawatan IVF untuk mendapatkan anak dan Sabrina gembira kerana berpeluang untuk mendapatkan anak. Delaila sebenarnya adalah anak kandung Dato Sherry ketika berkahwin dengan Daud dulu, ini bermakna Delaila itu adalah kakak pada Sabrina. Namun Daud tidak mengetahui langsung mengenai kewujudan Delaila itu kerana Dato Sherry merahsiakannya. Selain itu, Dato Sherry makin pening dengan kerenah Delaila yang ingin berkahwin dengan Azril itu. Hal ini diburukkan lagi apabila Azril turut ingin berkahwin dengan Delaila itu untuk kepentingan dirinya, walaupun dia sebenarnya tidak mencintai Delaila. Tak lama kemudian Vivy, Sabrina dan Daniel keluar makan bertiga dan Sabrina mendesak Vivy untuk memberitahunya tentang hal suami Vivy itu.



Dato Sherry menyuruh Azril untuk meninggalkan Delaila tapi Azril enggan, malah dirinya juga ingin berkahwin dengan Delaila, manakala anak Azril iaitu Puteri pula sedih, apabila mendengar yang ayahnya ingin berkahwin dengan Delaila. Vivy pula berasa marah dan kecewa kerana Dato Sherry enggan membantunya untuk mendapatkan lebih perhatian daripada Daniel. Delaila pula cuba berbuat baik dengan Puteri tapi Puteri tidak sukakan Delaila itu. Manakala Daniel dan Sabrina pula ingin mengambil anak angkat, namun Dato Sherry tidak bersetuju. Daud pergi berjumpa dengan Sherry dan akhirnya mengetahui mengenai Delaila yang merupakan anaknya. Daud juga bersepakat dengan Dato Sherry untuk terus merahsiakan mengenai hal Delaila itu dari orang lain. Selain itu, Vivy pula tidak suka dengan idea Daniel dan Sabrina untuk mengambil anak angkat itu kerana risau masa Daniel akan berkurangan untuknya nanti. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Read More


My Random Post