26 Jan 2018

Review Bollywood Movie - Phobia

Bollywood Movie, Phobia, Bollywood Movie Review, Hindi Movie, Filem, Hindustan, Suspen, Filem Psychological Thriller, Extreme Agoraphobia, Trauma, Psychiatrist, Pelakon Filem Bollywood Phobia, Radhika Apte, Satyadeep Mishra, Ankur Vikal, Yashaswini Dayama, Nivedita Bhattacharya, Faezeh Jalali, Ending Phobia, 2016, Review By Miss Banu,
Phobia - Bollywood Movie Review

Hari ini aku nak buat Review Filem Bollywood yang bertajuk Phobia, bila sebut filem Phobia ini, aku terus teringat dekat filem seram Thailand yang tajuknya juga sama iaitu Phobia dan Phobia 2. Tapi korang jangan konfius pula sebab aku nak buat Review Filem Bollywood okey hehehe. Bollywood Movie ini release pada 27 Mei 2016 yang lalu serta diarahkan oleh Pavan Kirpalani dan merupakan sebuah filem Psychological Thriller. Antara Pelakon Filem Phobia ini adalah Radhika Apte, Satyadeep Mishra, Ankur Vikal, Yashaswini Dayama, Nivedita Bhattacharya, Faezeh Jalali dan ramai lagi. Filem ini memang menguji kemampuan pelakon utamanya iaitu Radhika Apte yang perlu membawakan watak sebagai Mehak Deo yang mengalami agoraphobia yang teruk. Apa pun lakonan Radhika Apte dalam filem Phobia ini memang mendapat pujian ramai atas keberkesanan lakonannya. Bagi penggemar filem Bollywood pastinya kenal dengan Radhika Apte ini malah Radhika juga turut berlakon filem Tamil dan sebagainya.

Filem Phobia ini juga lari dari kebiasaan tipikal filem Hindi yang lain apabila tak banyak lagu dalam filem ini sebab cuma ada satu lagu saja. Dalam filem ini juga, korang boleh melihat perubahan personaliti Mehak Deo yang mendadak dari seorang yang happy go lucky, ramai kawan, gemar bergurau berubah menjadi pendiam, penakut, mengasingkan dirinya dari semua orang serta dunia luar. Mehak mula mengalami extreme agoraphobia ini selepas mengalami satu kejadian, dimana dirinya hampir dicabul oleh seorang pemandu teksi namun Mehak berjaya menyelamatkan dirinya namun selepas itu, dirinya mula trauma dan mengalami agoraphobia yang teruk sehingga menjejaskan kehidupannya. Awalnya Mehak dijaga oleh kakaknya Anusha, malah Anusha mencuba pelbagai cara untuk menyembuhkan Mehak termasuklah memanggil psychiatrist datang ke rumah, namun semuanya tidak berkesan. Anusha mula hilang sabar dengan perangai adiknya itu, apabila Mehak tidak membenarkan anak Anusha yang baru pulang dari sekolah masuk ke dalam rumah, kerana Mehak takut untuk membuka pintu.



Anusha dan Mehak akhirnya bergaduh besar dan kemudian Shaan yang merupakan kawan lelaki Mehak membawa Mehak berpindah ke satu rumah kosong dan membiarkan Mehak tinggal seorang diri supaya dia boleh berdikari dan mengatasi phobianya itu. Sekali - sekala Shaan akan datang ke rumah Mehak itu untuk membawa barang - barang keperluan harian untuk Mehak. Tak lama kemudian Mehak merasakan rumah yang didudukinya itu berhantu kerana dirinya kerap nampak macam - macam. Bukan itu saja Mehak turut yakin yang salah seorang daripada jirannya adalah pembunuh. Scene yang Mehak over confident mengenai jirannya adalah pembunuh tu kelakar hahaha, selain itu ada satu scene yang aku paling suka, ketika Mehak kena keluar rumah untuk membuang sampah tu. Ikutkan tong sampah tak jauh pun, cuma beberapa langkah dah sampai tapi gaya dan cara Mehak nak pergi membuang sampah itu dah macam nak pergi mendaki gunung Everest dah hehehe, siap ikat kain yang panjang dekat pinggangnya yang bersambung sampai ke rumahnya.

Paling best bila sampah mehak tu akhirnya tak masuk dalam tong sampah pun hehehe. Tapi nasib ada anak jirannya yang bernama Nikki menolongnya. Aku agak kagum juga dengan kawan Mehak yang bernama Shaan itu yang setia betul melayan kerenah Mehak tu, walaupun kadangkala Mehak melayannya dengan kasar sekali. Ada satu scene yang buat aku annoying sikit dengan Mehak ini, iaitu ketika dia salah faham pada Shaan dan ingat Shaan akan membunuhnya. Kesian gila dengan Shaan masa ini, sebab tercedera lepas itu kena tuduh pula sebagai pembunuh. Kalau orang lain yang jadi Shaan tu mesti awal - awal lagi dah surrender nak melayan kerenah Mehak ini. Ending filem Phobia ini agak open ending gitu dan penonton perlu membuat tafsiran sendiri mengenai ending filem ini. Kiranya kita buat ending sendiri heheh.

Terdapat juga plot twist dalam filem Phobia ini, bila semua yang Mehak nampak ada sebabnya, tapi aku tak naklah bagi spoiler kan, kalau nak tahu kenalah tonton sendirilah kan. Jadi secara keseluruhannya aku bagi 7 Bintang dari 10 Bintang untuk Hindi Movie Phobia ini.

Gambar di atas credit to  Bollywood Hungama

2 ulasan:

  1. tak tengok lagi phobia ni, lepas baca review ni rasa curious nak tahu plot twist tu.

    BalasPadam
  2. macam best je...cikuan tak tgk lagi crita nih..kdg layan jugak crita bollywood mcm nih.. heor ngn heroin pon okey, kita layann..

    BalasPadam



My Random Post