14 Jan 2018

Episod 20 Hingga 24 Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 20 Hingga Episod 24, Syurga Yang Kedua, Drama Melayu, Episod, Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Astro,
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 20 Hingga Episod 24

Isnin ini dah masuk episod ke 25 Drama Syurga Yang Kedua ini lakonan Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar dan ramai lagi. Makin intense drama ini terutamanya untuk watak Vivy lakonan Fasha Sandha yang terpaksa membuat keputusan drastik, disamping kehilangan insan tersayang. Manakala bagi Sabrina, ada sedikit harapan dan sinar buatnya namun dia masih belum mengetahui mengenai perkahwinan suaminya Daniel dengan sahabat baiknya sendiri iaitu Vivy. Bila agaknya rahsia diorang akan terbongkar kan hehe. Manakala hubungan Vivy dengan mak mertuanya Dato Sherry juga makin tak menentu, apabila makin lama Vivy rasa tertekan dengan perangai mak mertuanya itu. Apa pun jom baca rangkuman sinopsis Drama Syurga Yang Kedua dari episod 20 hingga episod latest iaitu episod 24. Selamat membaca okey..

Sinopsis Episod 20 Hingga Episod 24 Drama Syurga Yang Kedua

Sabrina dan Daniel akhirnya mengambil anak angkat yang bernama Adam dan Sabrina gembira dengan kehadiran Adam dalam hidupnya. Kehadiran Adam membuatkan Daniel lebih meluangkan masa di rumah Sabrina dan membuatkan Vivy makin makan hati. Pak Majid pula membuat keputusan untuk berhenti kerja di rumah Dato Sherry dan ingin pulang ke kampung halamannya. Puteri membantah, memberontak dan menangis kerana tak nak tok Majidnya meninggalkannya. Pak Majid sering meneman Puteri dan telah menganggap Puteri sebagai cucunya sendiri. Dato Sherry juga cuba memujuk Majid untuk terus bekerja dirumah tersebut. Malah Sabrina juga turut memujuk Pak Majid supaya jangan berhenti lagi kerana kesian pada Puteri yang sangat sedih dengan berita itu. Walaubagaimanapun Pak Majid kelihatan sudah nekad dengan keputusannya untuk berhenti dari situ dan Dato Sherry akhirnya akur dan hormat dengan keputusannya.

Delaila masih gagal untuk berbaik dengan Puteri, sikapnya yang kasar dan cepat marah membuatkan semuanya menjadi sukar. Dato Sherry cuba mencari helah baru dan berbincang dengan Vivy supaya anaknya yang bakal lahir itu nanti diserahkan pada Sabrina dan Daniel untuk dijadikan anak angkat mereka. Vivy terkejut dengan permintaan Dato Sherry dan enggan mengikut permintaannya. Kemudian Dato Sherry mengugutnya untuk menyuruh Daniel menceraikannya jika tidak mengikut arahannya. Vivy kemudiannya menceritakan segalanya pada ibunya Rahmah dan kelihatan Rahmah berasa kecewa serta menyesal kerana telah memaksa Vivy untuk berkahwin dengan Daniel. Malah Vivy juga risau jika Dato Sherry tahu yang anaknya yang bakal lahir itu adalah anak perempuan dan bukannya anak lelaki seperti yang diidamkan oleh Dato Sherry. Walaubagaimanapun Rahmah telah mempunyai satu rancangan besar untuk membantu Vivy, dia berpesan pada Vivy untuk pergi berjumpa dengan Mak Som sekiranya ada sesuatu yang berlaku padanya.

Rawatan IVF yang dilakukan Sabrina akhirnya berhasil apabila Sabrina disahkan mengandung. Dato Sherry tidak meletakkan harapan tinggi pada kandungan Sabrina itu. Vivy makin stress dan sakit hati apabila mengetahui yang Sabrina kini mengandung. Dirinya juga makin risau sekiranya anak Sabrina itu adalah anak lelaki. Tak lama kemudian Vivy menjumpai ibunya Rahmah pengsan dan akhirnya dimasukkan ke ICU. Dato Sherry yang awalnya merancang untuk pergi bercuti terpaksa membatalkan rancangannya apabila mengetahui keadaan ibu Vivy itu. Tak lama kemudian ibu Vivy meninggal dunia dan Vivy menjadi sangat sedih dan tertekan, dirinya hilang tempat bergantung dan sentiasa marah pada Daniel. Tak lama kemudian Mak Som / Auntie Som menghubungi Vivy untuk menunaikan janjinya pada arwah ibu Vivy. Setelah berjumpa Auntie Som, baru Vivy mengetahui rancangan sebenar arwah ibunya itu untuk menukar anaknya dengan anak orang lain untuk mendapatkan anak lelaki.


Setelah puas berfikir Vivy setuju untuk mengikut segala arahan Auntie Som itu, malah Vivy juga telah keluar dari rumah Dato Sherry untuk bersiap sedia melahirkan anaknya di suatu tempat. Ketika sedang memandu untuk ke tempat berkenaan, Vivy mula rasa sakit hendak bersalin. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

Bagi yang terlepas nak baca sinopsis drama ini dari episod - episod awal, bolehlah klik link di bawah ini ye.

2 ulasan:



My Random Post