29 Mac 2022

Drama Dendam Seorang Isteri Episod 1 Hingga 80 Slot Tiara Astro Prima



Drama Dendam Seorang Isteri, Poster Drama Dendam Seorang Isteri, Sinopsis Drama Dendam Seorang Isteri, Drama Dendam Seorang Isteri Full Episode, Drama Dendam Seorang Isteri Episod 1 Hingga 80, Drama Slot Tiara Astro Prima, Pelakon - Pelakon Drama Dendam Seorang Isteri, Fasha Sandha, Nad Zainal, Wan Raja, Aidit Noh, Dendam Seorang Isteri Cast,

Drama Dendam Seorang Isteri adalah sebuah drama adaptasi drama Korea Temptation Of Wife, drama ini merupakan drama terbaru di slot Tiara Astro Prima. Drama Dendam Seorang Isteri ini mula disiarkan pada 21 Mac 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Hati Yang Dikhianati yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Dendam Seorang Isteri ini adalah Fasha Sandha, Nad Zaina, Aidit Noh dan Wan Raja, Roy Azman, Ziema Din, GM Fauzan, Zarynn Min, Sefik Khair, Amylea Azizan, Sharmaine Farouk, Kween Keela, Isaac Iman dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Uchee Fukada dan Nizam Zakaria serta diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Drama Temptation Of Wife ni aku cuma pernah tengok versi Filipina, versi original iaitu versi Korea aku tak pernah tengoklah. Apa pun memang nampak best drama ni, tambah - tambah bila ada Fasha Sandha dan Nad Zainal kan. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Dendam Seorang Isteri ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

  • Fasha Sandha sebagai Amira
  • Wan Raja sebagai Harris
  • Nad Zainal sebagai Kirana
  • Aidit Noh sebagai Naufal
  • GM Fauzan sebagai Sulaiman
  • Dian P. Ramlee sebagai Ain
  • Sefik Khair sebagai Syafiq
  • Roy Azman sebagai Dato Mustapha
  • Ziema Din sebagai Datin Mona
  • Zarynn Min sebagai Aunty Baby
  • Sharmaine Farouk sebagai Diana
  • Amylea Azizan sebagai Neelisa
  • Kween Keela sebagai Hilda
  • Isaac Iman sebagai Haziq




Sinopsis Drama Dendam Seorang Isteri Lakonan Fasha Sandha, Nad Zaina, Aidit Noh dan Wan Raja Di Slot Tiara Astro Prima

Mengisahkan Amira, seorang gadis kampung, berkahwin dengan seorang jejaka daripada keluarga kaya, Harris dan menjalani hidup sebagai seorang isteri yang setia. Malangnya Harris tetap bersikap berfoya-foya dan tidak pernah setia. Keguguran pertama Amira membuatkan Amira tidak disenangi ibu Harris, Mona yang hanya pentingkan status dan kedudukan. Amira sering didera oleh Mona tetapi dia masih bernasib baik kerana bapa mertuanya, Mus prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi Amira. Kemudian, adik angkat dan rakan karib Amira, Kirana pulang ke Malaysia dan terus menjalinkan hubungan sulit dengan Harris kerana dendam lamanya terhadap Amira. Syafiq, adik Amira telah lama jatuh hati dengan Kirana dan berharap Kirana dapat membalas cintanya. Namun kerana hubungan sulit Kirana dengan Harris, Kirana langsung tidak mempedulikan cinta Syafiq. Amira yang masih mengharapkan dirinya untuk hamil mula berprasangka kepada Harris apabila mendapati Harris sering mengelak daripada bermesra dengannya dan sering pulang lewat. 
Drama Dendam Seorang Isteri, Poster Drama Dendam Seorang Isteri, Sinopsis Drama Dendam Seorang Isteri, Drama Dendam Seorang Isteri Full Episode, Drama Dendam Seorang Isteri Episod 1 Hingga 80, Drama Slot Tiara Astro Prima, Pelakon - Pelakon Drama Dendam Seorang Isteri, Fasha Sandha, Nad Zainal, Wan Raja, Aidit Noh, Dendam Seorang Isteri Cast,
Hasil siasatan Amira, Amira dapat rasakan yang Kirana terlibat. Tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi, Amira nekad untuk pergi bersemuka dengan Kirana. 
Kirana tidak peduli akan perasaan Amira dan mengakui dia ada hubungan dengan Haris dan memaksa Amira untuk meninggalkan Harris. Dalam kesedihan, Amira kemudian mengetahui dirinya kini sudah hamil. Saat Amira merancang untuk membawa diri, satu masalah besar yang menimpa ayahnya membuatkan Amira terpaksa meminta bantuan kepada Mus untuk membantu ayahnya dengan syarat Amira bersetuju untuk terus kekal menjadi isteri Harris. Amira juga tahu yang Kirana tidak akan mengalah untuk merampas Harris daripada hidupnya. Kirana dan Harris akhirnya merancang untuk membunuh Amira walaupun Amira hamil. Amira yang disangkakan mati dalam sebuah tragedi telah diselamatkan oleh seorang lelaki bernama Naufal. Dialah yang memberi Amira semangat baharu untuk bangkit semula dan membalas dendam terhadap mereka yang memusnahkan kehidupannya. Lantas Amira menjadi Neelisa!

Lagu Tema / OST Drama Dendam Seorang Isteri

👄👄 Kesumat nyanyian Rian Shain
👄👄 Seperti Dia nyanyian Amylea Azizan

Tonton Online Drama Dendam Seorang Isteri Full Episode

5 episod terawal drama Dendam Seorang Isteri ini boleh ditonton di Youtube Astro Gempak. Episod seterusnya boleh ditonton di Astro Go..



Read More

28 Mac 2022

Drama Jangan Menangis Cinta Episod 1 Hingga 40 Slot MegaDrama Astro Ria



Drama Jangan Menangis Cinta, Sinopsis Drama Jangan Menangis Cinta, OST Drama Jangan Menangis Cinta, Poster Drama Jangan Menangis Cinta, Drama Jangan Menangis Cinta Full Episode, Jangan Menangis Cinta Cast, Pelakon - Pelakon Drama Jangan Menangis Cinta, Remy Ishak, Amyra Rosli, Drama Bulan Ramadan Astro Ria,

Drama Jangan Menangis Cinta adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan Drama Ulya Dini. Drama ini mempunyai 40 episod dan mula bersiaran di Astro Ria sejak 21 Mac 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Antara pelakon drama Jangan Menangis Cinta ini adalah Remy Ishak, Amyra Rosli, Rita Nadira, Halim Radzi, Siti Rohkhaida @ Kiah Propa, Hilal Azman Khaty Azian, Ku Faridah, Fadilah Mansor, Atilia Haron, Rahim Jailani, Wanns Ahmad, Amanda Amry, Idzham Ismail, Fiza Thomas, Rashdan Baba, Sharifah Fathimah Hawra dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Jangan Menangis Cinta Karya Siti Rosmizah Semail. Selain itu drama ini diarahkan oleh Raja Mukhriz dan diterbitkan oleh SR One Sdn Bhd. Drama Jangan Menangis Cinta ini juga akan bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini kerana episodnya agak panjang iaitu 40 episod, sama macam drama Rindu Awak Separuh Nyawa gitu. Nampak menarik kan drama ini, apa pun jom tengok watak - watak pelakon drama Jangan Menangis Cinta ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey, selamat membaca..

Remy Ishak sebagai Zafran
Amyra Rosli sebagai Riyana
Rita Nadira sebagai Dina
Halim Radzi sebagai Hariz
Sharifah Fathimah Hawra sebagai Cinta Aryana
Kiah Propa sebagai Mak Yang
Atilia Haron sebagai Amirah 
Khaty Azian sebagai Puan Sabrina
Wanns Ahmad sebagai Hafiz
Fiza Thomas sebagai Mawar
Ku Fridah sebagai Puan Seri Latifah
Amanda Amry sebaagai Nabilah
Idzham Ismail sebagai Zulkifli
Rahim Jailani sebagai Dato Seri Jaafar
Fadilah Mansor sebagai Datin Seri Raziah
Hilal Azman sebagai Pak Nordin




Sinopsis Drama Jangan Menangis Cinta Lakonan Remy Ishak dan Amyra Rosli Di Slot MegaDrama Astro Ria

Mengisahkan perkahwinan aturan keluarga antara Riyana (Amyra Rosli) dan Zafran (Remy Ishak) yang mana mencetuskan rasa cinta apabila Riyana hamil. Bagaimanapun perkahwinan mereka diduga apabila anak mereka, Cinta Aryana, dilahirkan tanpa sebelah kaki. Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya. Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia. Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya. Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna. Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik! Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja.
Drama Jangan Menangis Cinta, Sinopsis Drama Jangan Menangis Cinta, OST Drama Jangan Menangis Cinta, Poster Drama Jangan Menangis Cinta, Drama Jangan Menangis Cinta Full Episode, Jangan Menangis Cinta Cast, Pelakon - Pelakon Drama Jangan Menangis Cinta, Remy Ishak, Amyra Rosli, Drama Bulan Ramadan Astro Ria,
Runut Bunyi / Lagu Tema/ OST Drama Jangan Menangis Cinta 

  • Jangan Menangis Cinta - Idayu
  • Selamat Tinggal Cinta - Syarfa
  • Cinta Khayalan - Wany Hasrita
  • Bukan Milikku - Muna Shahirah
  • Kecewa - Tuah Adzmi
  • Izinkan Aku - Tajul Ariff
  • Mimpi - Haqiem Rusli
  • Malam Semakin Dingin - Tajul Ariff & Afieq Shazwan
  • Hello - Farisha Iris
  • Lumpuh - Izzal Anuar
  • Duri - Ahmad Syafiq
  • Hati Nan Rapuh - Fanzi Ruji
  • Cemburu - Nabila Razali

Tonton Online Drama Jangan Menangis Cinta Full Episode

Drama Jangan Menangis Cinta boleh ditonton di Youtube Astro Gempak tapi hanya 4 episod terawal saja, selebihnya boleh ditonton di Astro Go.



Read More

26 Mac 2022

Telefilem Biar Aku Jadi Imammu Lakonan Fikry Ibrahim dan Daniella Sya (TV1)



Telefilem Biar Aku Jadi Imammu, Telemovie Biar Aku Jadi Imammu, Telefilem Biar Aku Jadi Imammu TV1, Sinopsis Telefilem Biar Aku Jadi Imammu, Biar Aku Jadi Imammu Cast, Pelakon Telefilem Biar Aku Jadi Imammu, Fikry Ibrahim, Daniella Sya, Ku Faridah, Naza Manas,

Telefilem Biar Aku Jadi Imammu ini akan disiarkan pada 26 Mac 2022, hari Sabtu, jam 9 malam di slot Panggung RTM TV1. Antara pelakon telefilem Biar Aku Jadi Imammu ini adalah Fikry Ibrahim, Daniella Sya, Ku Faridah, Naza Manas dan ramai lagi. Selain itu Telemovie Biar Aku Jadi Imammu ini diarahkan oleh Faizal Nadxaman dan diterbitkan oleh GUAM Teamwork Sdn Bhd. Nampak macam best je kan telemovie ini, jadi jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Biar Aku Jadi Imammu Lakonan Fikry Ibrahim dan Daniella Sya (TV1)

Kisah Fitri graduan dari Mesir mahu menyempurnakan hajat ibunya untuk menjadi pendakwah. Dalam masa sama, dia terlebih dulu memilih bidang lakonan yang penuh glamour dan kontroversi lalu membawanya mengenali Sarah, Apakah kesudahannya?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Bukan Sebuah Dakyah (TV3)


 ⏩⏩ Drama Sayang Tak Dikenang Episod 1 Hingga 28 Di Slot Akasia TV3

Read More

Telefilem Bukan Sebuah Dakyah (TV3)



Telefilem Bukan Sebuah Dakyah, Telemovie Bukan Sebuah Dakyah, Cerekarama TV3, Sinopsis Telefilem Bukan Sebuah Dakyah, Pelakon - Pelakon Telefilem Bukan Sebuah Dakyah,

Telefilem Bukan Sebuah Dakyah akan disiarkan pada hari Sabtu, 26 Mac 2022, jam 10 malam di TV3. Antara pelakon telefilem Bukan Sebuah Dakyah ini adalah Mawar Rashid, Puteri Sarah Liyana, Raf Yaakob, Kismah Johar, Syarul Ezani, Zainab Othman, Dato Amin Khan, Zoey Rahman, Abd Manan Sulaiman, Rohaya Maya, Idzham Ismail dan ramai lagi. Selain itu telemovie Bukan Sebuah Dakyah ini diarahkan oleh Adam Hamid dan diterbitkan oleh Creative Skill Solution. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Bukan Sebuah Dakyah - Cerekarama TV3

Doktor Arini, seorang petugas barisan hadapan di wad ICU Covid di sebuah hospital. Saban hari dia melihat mangsa dari pelbagai peringkat dimasukkan ke situ untuk menerima rawatan Covid. Apa yang berlaku seterusnya?..



 ⏩⏩ Drama Hindi Meri Gudiya - Slot Sonia TV3

Read More

23 Mac 2022

Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti Episod 1 Hingga 16 (Astro Ria)



Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti, Poster Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti, Info dan Sinopsis Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti, Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti Full Episode, Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti Episod 1 Hingga 16, Pok Ya Cong Codei Memburu Siti Cast, Pelakon - Pelakon Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti, Wan Hanafi Su, Sabri Yunus, Eman Manan, Farid Kamil, Angeline Tan, Saidi Sabri, Issey Fazlisham, Azizul Ammar,

Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti telah pun disiarkan di Astro Ria bermula 21 Mac 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Tetuan Ang & Rahimin yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti ini adalah Wan Hanafi Su, Sabri Yunus, Eman Manan, Farid Kamil, Angeline Tan, Saidi Sabri, Issey Fazlisham, Azizul Ammar, Shazia Rozaini, Asrulfaizal Kamaruzaman, Zee Khan Hussein dan ramai lagi. Selain itu drama ini mempunyai 16 episod dan diarahkan oleh Sabri Yunus serta diterbitkan oleh Porcupine Sdn Bhd dan Heritage Movies Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, barisan pelakon - pelakon drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti ini memang mantap - mantap gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Sabri Yunus sebagai Pok Ya
Wan Hanafi Su sebagai Mamat Kertuk
Eman Manan sebagai Muda Primula
Issey Fazlisham sebagai Rosit
Asrulfaizal Kamaruzaman sebagai Jering
Farid Kamil sebagai JJ
Shazia Rozaini sebagai Sara
Azizul Ammar sebagai Mada
Zee Khan Hussein sebagai Siti
Saidi Sabri sebagai Halim
Angeline Tan sebagai Mrs Liew 




Sinopsis Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti 
(Astro Ria)

Selepas Siti menghilangkan diri, Pok Ya tidak pernah berhenti berusaha mencarinya sehingga Pok Ya mengetahui bahawa Siti sedang mengandungkan anaknya. Pemburuan Siti semakin memuncak apabila Pok Ya mendapat tahu Siti tidak meninggalkannya malah Siti telah diculik. Pok Ya ke Kuala Lumpur mencari Siti dan berharap Siti hamil anak lelaki yang bakal menjadi pewarisnya. Apa yang berlaku seterusnya? berjayahkah Pok Ya menemui Siti dan menyelamatkannya?..



Read More

20 Mac 2022

Episod Akhir Drama Hati Yang Dikhianati



Drama Hati Yang Dikhianati Astro Prima, Episod Akhir Drama Hati Yang Dikhianati, Ending Drama Hati Yang Dikhianati, Poster Drama Drama Hati Yang Dikhianati, Sinopsis Episod Akhir Drama Hati Yang Dikhianati,
Episod Akhir dan Ending Drama Hati Yang Dikhianati 

Drama Hati Yang Dikhianati sudah habis episodnya, secara keseluruhannya drama Hati Yang Dikhianati ini mempunyai 146 episod dan merupakan antara drama yang terpanjang di Malaysia, selepas drama Cinta Ibadah (175 episod) serta drama Memori Cinta Suraya (137 episod). Iqram Dinzly turut berlakon dalam drama Memori Cintra Suraya itu serta drama Hati Yang Dikhianati. Lebih menarik bila drama ini turut mencatat rekod baru di dalam Astro Prima sebagai drama rantaian satu jam yang paling panjang sejak penubuhan slot Tiara Astro Prima. Walaupun penggambaran drama terpaksa dihentikan seketika akibat perlaksanaan PKP 3.0, namun drama ini berjaya disambung semula dengan jayanya, jalan ceritanya juga menjadi semakin best dengan kehadiran Elizad Shariffudin yang memegang watak sebagai Tasya serta Iqram Dinzly sebagai Azran dalam episod 100 keatas. 

Memang enjoy layan drama ini. Manakala ending drama Hati Yang Dikhianati ini mestilah happy ending, bila Ilyas dengan Lisa juga akhirnya. Walaupun percintaan mereka ni banyak liku, banyak dugaan, akhirnya bersama juga. Tapi bagi aku, aku lagi suka kalau Ilyas dan Lisa ni move on saja. Biar Ilyas terus dengan Tasya dan Lisa pula dengan Samir. Selepas ini drama ini akan diganti dengan drama Dendam Seorang Isteri lakonan Fasha Sandha, Wan Raja, Nad Zainal dan Aidit Noh yang merupakan drama adaptasi drama Korea Temptation Of Wife. Sebelum ini drama Filipina Temptation Of Wife lakonan Marian Rivera dah pernah disiarkan di Malaysia pada tahun 2012. Apa pun jom tengok sinopsis episod akhir drama Hati Yang Dikhianati di bawah ini okey..




Sinopsis Episod Akhir Drama Hati Yang Dikhianati 
(Slot Tiara Astro Prima)

Azran mahukan harta Dato Ghafar sepenuhnya namun Samir berasa marah dengan permintaan melampau Azran itu. Samir kemudian ingin memberitahu kebenaran pada pihak polis mengenai Azran yang membunuh ibu bapanya. Azran menculik Lisa kerana menyangka Lisa adalah teman wanita pada Samir. Kemudian Samir, Ilyas dan Iskandar bekerjasama untuk mencari Lisa. Maria menjadi dalang kegagalan rancangan Azran, Maria dan Azran kemudian mengalami kemalangan dan mati. Ilyas ditembak oleh Azran ketika cuba menyelamatkan Lisa. Manakala Syaz pula terbuka hati untuk rujuk semula dengan Imran. 3 tahun kemudian Lisa dah tamat belajar dan berkumpul beramai - ramai di rumahnya. Ilyas dah bercerai dengan Tasya dan kemudian menghilangkan diri. Ending drama ini berakhir dengan Lisa berjumpa dengan Ilyas semula.



Read More

18 Mac 2022

Filem Renjana Lakonan Nabila Huda dan Saharul Ridzwan (Astro First)



Filem Renjana, Renjana Movie, Filem Astro First, Filem Renjana 2022, Renjana Full Movie, Renjana Cast, Sinopsis Filem Renjana, Poster Filem Renjana, Pelakon - Pelakon Filem Renjana, Nabila Huda, Saharul Ridzwan, Fauzi Nawawi, Aida Aris, Hasnul Rahmat, Nadia Aqilah, Zamarul Hisham, Kodi Rasheed,

Filem Renjana akan ditayangkan di Astro First, saluran 480 bermula 17 Mac 2022 ini. Antara pelakon filem Renjana ini adalah Nabila Huda, Saharul Ridzwan, Fauzi Nawawi, Aida Aris, Hasnul Rahmat, Nadia Aqilah, Zamarul Hisham, Kodi Rasheed, Sefik Khair, Emma Latah, Kamal Bakar, Ainin Batrisya dan ramai lagi. Filem Renjana ini mengisahkan tentang perjuangan seorang wanita yang menjadi guru pada tahun 1907. Nampak menarik kan filem Renjana ini, sebab lain dari lain gitu. Selain itu filem Renjana ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya dan diterbitkan oleh Mache All Star United Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah okey..




Sinopsis Filem Renjana Lakonan Nabila Huda dan Saharul Ridzwan (Astro First)

Pada tahun 1907, seorang guru dari Pulau Pinang, Che Aminah datang ke Kedah. Che Aminah dikritik dan dianggap terlalu kebaratan oleh penduduk kampung apabila cuba meyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak perempuan mereka ke sekolah dan diberikan pendidikan. Pada mulanya, hanya 5 orang gadis yang hadir ke sekolah Jawi & Al-Quran, keazamannya untuk melihat lebih ramai pelajar mendaftar ke sekolah tersebut. Dia telah mencipta sejarah sebagai guru pertama di sekolah perempuan.

Filem Renjana, Renjana Movie, Filem Astro First, Filem Renjana 2022, Renjana Full Movie, Renjana Cast, Sinopsis Filem Renjana, Poster Filem Renjana, Pelakon - Pelakon Filem Renjana, Nabila Huda, Saharul Ridzwan, Fauzi Nawawi, Aida Aris, Hasnul Rahmat, Nadia Aqilah, Zamarul Hisham, Kodi Rasheed,

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Kerana Dia Suka Lakonan Fikry Ibrahim dan Rita Nadira (TV3)

👉👉 Drama Sayang Tak Dikenang Episod 1 Hingga 28 Di Slot Akasia TV3

⏩⏩ Drama Hindi Meri Gudiya - Slot Sonia TV3

Read More

17 Mac 2022

Drama Kerana Dia Suka Lakonan Fikry Ibrahim dan Rita Nadira (TV3)



Drama Kerana Dia Suka, Info dan Sinopsis Drama Kerana Dia Suka, Poster Drama Kerana Dia Suka, Drama Kerana Dia Suka Full Episode, Ending Drama Kerana Dia Suka, Episod Akhir Drama Kerana Dia Suka, Kerana Dia Suka Cast, Pelakon Drama Kerana Dia Suka, Fikry Ibrahim, Rita Nadira, Trisha Ooi, Aidit Noh, Rozita Che Wan, Fendi London, Riz Amin, Nasha Aziz, Nafiez Zaidi, Mimi Ernida, Ezany Nizarif, Marisa Yasmin, Harris Annuar,

Drama Kerana Dia Suka adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 dan mula bersiaran di TV3 sejak 9 Mac 2022 yang lalu, setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Cinta Amnesia yang telah tamat episodnya dan drama ini juga adalah adaptasi daripada novel Kerana Dia Suka karya Marissa. Antara pelakon drama Kerana Dia Suka ini adalah Fikry Ibrahim, Rita Nadira, Trisha Ooi, Aidit Noh, Rozita Che Wan, Fendi London, Riz Amin, Nasha Aziz, Nafiez Zaidi, Mimi Ernida, Ezany Nizarif, Marisa Yasmin, Harris Annuar dan ramai lagi. Selain itu drama Kerana Dia Suka ini diarahkan oleh Kyoll Hamzah dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Kerana Dia Suka ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

  • Fikry Ibrahim sebagai Idham
  • Rita Nadira sebagai Wardina
  • Nasha Aziz sebagai Seha
  • Rozita Che Wan sebagai Hajah Mariah
  • Riz Amin sebagai Ijoi
  • Ezany Nizariff sebagai Dato Zaki
  • Marissa Yasmin sebagai Datin Frida
  • Nafiez Zaidi sebagai Sufian
  • Zain Saidin sebagai Encik Khalid
  • Mimi Ernida sebagai Aida
  • Nadia Kesuma sebagai Datin Aspha
  • Aidit Noh sebagai Riz
  • Nina Smith sebagai Nurlisa
  • Trisha Ooi sebagai Zaimah




Sinopsis Drama Kerana Dia Suka Lakonan Fikry Ibrahim dan Rita Nadira Slot Lestary TV3

Wardina kecewa apabila tunangnya Sufian ditangkap khalwat dengan wanita lain. Semasa Sufian terpaksa mengahwini Aida, Wardina membawa diri ke Kundasang, Sabah untuk merawat lukanya. Di sana dia bertemu dengan seorang lelaki tampan bernama Idham. Timbul perasaan suka antara satu sama lain tetapi mereka tidak boleh bersama kerana Idham sudah bertunang.Wardina tidak mahu jadi orang ketiga.
Drama Kerana Dia Suka, Info dan Sinopsis Drama Kerana Dia Suka, Poster Drama Kerana Dia Suka, Drama Kerana Dia Suka Full Episode, Ending Drama Kerana Dia Suka, Episod Akhir Drama Kerana Dia Suka, Kerana Dia Suka Cast, Pelakon Drama Kerana Dia Suka, Fikry Ibrahim, Rita Nadira, Trisha Ooi, Aidit Noh, Rozita Che Wan, Fendi London, Riz Amin, Nasha Aziz, Nafiez Zaidi, Mimi Ernida, Ezany Nizarif, Marisa Yasmin, Harris Annuar,
Sinopsis Novel Kerana Dia Suka karya Marissa 

“Tapi saya nak awak percaya yang saya benar-benar tak bersalah. Saya tetap cintakan awak sampai saya mati.”Itu kata-kata Sufian, tunangnya apabila baru saja kena tangkap khalwat dengan Aida. Lagi kurang sebulan saja majlis perkahwinan mereka, tapi kini semuanya tinggal kenangan. Rasa tawar hati itu membawa Wardina ke bumi Kundasang bersama teman baiknya, Zaimah. Tak sangka, dia dipertemukan dengan lelaki serabut alam bernama Idham. Serupa perompak punya. Tapi lelaki itu memang sesuatu.
“Aku rasa lelaki tu minat kaulah.”
“Merepek!”
Wardina menolak sekerasnya namun Zaimah tetap dengan pendiriannya. Dan akhirnya Idham menjelaskan statusnya.
“Saya dah bertunang.” - Idham
Sumpah, Wardina takkan terlibat dengan milik orang. Dia sudah rasa sakitnya apabila calon suami yang diharapkan dirampas orang lain. Terus dia letakkan jarak pada hubungan mereka. Namun, Idham seolah-olah lupa pada status yang disandangnya. Diajaknya Wardina keluar makan bersama, malah sampai pernah bermalam di rumah keluarga Wardina di kampung. Ajaibnya, semakin lama, hati Wardina kian terpaut pada lelaki serabut alam itu.
“Awak tak risau ke tunang awak nampak? Tak pasal nanti putus tunang terus.” -Wardina “Dia tak kesah pun. Selama ni dia langsung tak hiraukan saya. Entah suka atau tidak dengan pertunangan ni.” - Idham
Namun satu pengakuan dari bibir Idham buat Wardina bagai tersedar daripada mimpinya.
“Saya ingat nak putuskan pertunangan saya.” -Idham
“Apa?” – Wardina
“Ya, saya nak putuskan pertunangan saya. Saya dah tak sanggup nak teruskan. Tak guna kalau saya tak ada hati langsung dengan dia.” – Idham
“Kenapa baru sekarang awak buat keputusan tak nak teruskan pertunangan awak?
Kenapa tak dari mula lagi?” – Wardina
“Saya cuba untuk menerima dia sebab masa tu saya tak ada sesiapa tapi sekarang saya rasa saya dah jatuh cinta dengan seorang gadis.”- Idham
Tiba-tiba Wardina rasa cukup lega. Sesungguhnya Idham dengan dia sekadar sebatas teman. Tak lebih dari itu. Dia lega kerana dia takkan jadi pihak ketiga sama sekali kerana Idham sudah jatuh cinta dengan gadis lain. Atau mungkin dia orang keempat atau kelima. Malangnya perasaan lega itu bersulam perasaan kesal. Ya, kesal kerana telah jatuh hati pada lelaki serabut alam itu!

Lagu Tema / OST Drama Kerana Dia Suka

👄 Kan Kan Kan nyanyian Zarol Zarif

Tonton Online Drama Kerana Dia Suka Full Episode

Selain di kaca TV, korang juga boleh menonton drama ini di sini 👉 disney+ hotstar Malaysia



Read More

16 Mac 2022

Drama Sayang Tak Dikenang Episod 1 Hingga 28 Di Slot Akasia TV3



Drama Sayang Tak Dikenang, Poster Drama Sayang Tak Dikenang, Sinopsis Drama Sayang Tak Dikenang, Drama Slot Akasia TV3, Drama Adaptasi Novel, Sayang Tak Dikenang Cast, ost sayang tak dikenang, review novel sayang tak dikenang, sayang tak dikenang wattpad, Pelakon Sayang Tak Dikenang, Fadlan Hazim, Ruhainies, Ezzanie Jasny, Syafnida Shuhaimi, Riz Amin, sayang tak dikenang full episode, sayang tak dikenang episod 1 hingga episod 28, ending sayang tak dikenang, episod akhir drama sayang tak dikenang,

Drama Sayang Tak Dikenang adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama 3 Nota Cinta yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Sayang Tak Dikenang ini adalah Fadlan Hazim, Ruhainies, Ezzanie Jasny, Syafnida Shuhaimi, Riz Amin, Andy Teh, Alif Muhaimin, Sera Melissa, Fad Anuar, Ku Faridah, Mahmud Ali Bashah, Fazlina Ahmad Daud, Ainina Ahmad B dan ramai lagi. Drama Sayang Tak Dikenang ini mempunyai 28 episod dan mula bersiaran di slot Akasia TV3 sejak 4 Mac 2022 yang lalu. Selain itu drama ini adalah adaptasi daripada Novel Sayang Tak Dikenang karya Wazrul Shah dan drama ini diarahkan oleh Feroz Kader serta diterbitkan oleh FJ Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ni, para pelakonnya juga best - best belaka. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Sayang Tak Dikenang beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Fadlan Hazim sebagai Raqib Tafzani
Ruhainies sebagai Ayu Izhani
Ezzanie Jasny sebagai Hattin Isabella
Andy Teh sebagai Erick
Syafnida Shuhaimi sebagai Camelia
Riz Amin sebagai Omar
Sera Melissa sebagai Amalin
Fad Anuar sebagai Fitri 
Alif Muhaimin sebagai Rizal
Mahmud Ali Bashah sebagai Raif
Fazlina Ahmad Daud sebagai Amira
Ainina Ahmad sebagai Azilah
Kak Girl sebagai Kak Roslaini
Jasmine Ashraff sebagai Asmidar
Mak Engku Fridah sebagai Nek Chik




Sinopsis Drama Sayang Tak Dikenang Lakonan Fadlan Hazim, Ruhainies dan Ezzanie Jasny - Slot Akasia TV3

Mengisahkan Ayu Izhani (Ruhainies) dan Hattin Isabella (Ezzanie Jasny), dua pupu yang bersahabat baik walaupun keluarga mereka tidak rapat. Mereka belajar di kolej yang sama. Setelah mendapat kerja, mereka tinggal di rumah sewa yang sama. Ayu dan Hattin berkenalan dengan lelaki yang sama tetapi nama yang berbeza. Raqib Tafzani (Fadlan Hazim) memperkenalkan dirinya sebagai Raqib kepada Ayu manakala Hattin mengenalinya sebagai Tafzani. Ayu mula terbuka hati untuk menerima Raqib yang rajin melayan keluarganya. Ibu Ayu mendesak Ayu supaya menerima Raqib sebagai suami. Hattin mendapat berita bahawa tunangnya, Omar curang dengan perempuan lain. Lebih teruk, Omar bertukar menjadi panas baran dan bersikap kasar dengan Hattin. Hattin merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Ayu. Tafzani cuba menggoda Hattin selepas mendapat tahu dia telah putus tunang. Hattin mula dibuai dengan perasaan bahagia ketika bersama dengan Tafzani. Raqib ingin membatalkan perkahwinan dengan Ayu tetapi majlis terpaksa diteruskan apabila keluarga Raqib yang menetap di luar negara telah sampai di Malaysia. Di majlis perkahwinan itu, Hattin terkejut melihat Tafzani adalah suami kepada Ayu. Lantas, Hattin terus meninggalkan majlis tersebut. Selepas berkahwin, sikap Raqib berubah dari seorang penyayang menjadi suami yang dingin kepada Ayu. Raqib tidak menyentuh Ayu dan mula menunjukkan kebencian. 
Pada masa yang sama, Raqib masih tidak berputus asa untuk memikat hati Hattin. Selepas mengetahui tentang kisah silam keluarga mereka, Hattin mengambil kesempatan ini untuk menyakitkan hati Ayu kerana mahu membalas dendam untuk neneknya. 
Drama Sayang Tak Dikenang, Poster Drama Sayang Tak Dikenang, Sinopsis Drama Sayang Tak Dikenang, Drama Slot Akasia TV3, Drama Adaptasi Novel, Sayang Tak Dikenang Cast, ost sayang tak dikenang, review novel sayang tak dikenang, sayang tak dikenang wattpad, Pelakon Sayang Tak Dikenang, Fadlan Hazim, Ruhainies, Ezzanie Jasny, Syafnida Shuhaimi, Riz Amin, sayang tak dikenang full episode, sayang tak dikenang episod 1 hingga episod 28, ending sayang tak dikenang, episod akhir drama sayang tak dikenang,

Sinopsis Novel Sayang Tak Dikenang Karya Wazrul Shah

Pertemuan yang tidak disengajakan sewaktu pesta buku di PWTC telah menemukan Ayu Izzhani dan Raqib. Tidak semena-mena Ayu menjadi tunang sementara Raqib ketika lelaki itu diserang oleh Camelia. Namun pada saat Ayu berjumpa dengan tunangannya itu, sahabat sejatinya, Hattin juga bertemu dengan pilihan hati, Tafzani setelah hampir beberapa tahun hati Hattin tidak dihuni gara-gara peristiwa hitam yang membuatkan hatinya bernanah. Musim bunga mula mekar dalam hati Hattin. Namun langit tidak selalunya cerah. Ada sesuatu yang berlaku sehingga membuatkan episod kebahagiaan dua sahabat ini berubah kepada suatu peristiwa yang penuh duka dan tragis. Pada masa yang sama, Erick yang selama ini menyukai Ayu Izzhani datang menagih janji dan Raqib yang disayangi Ayu Izzhani mula membuat onar. Sementelah pula Tafzani seakan-akan mempunyai agenda yang tersembunyi sehingga menyebabkan renggangnya hubungan persahabatan di antara Ayu Izzhani dan Hattin. Bertahankah hubungan persahabatan itu? Dan apakah sebenarnya yang disembunyikan oleh Tafzani?

Lagu Tema / OST Drama Sayang Tak Dikenang

👄👄 Kisah Hati Lara nyanyian Naqiu

👄👄 Semakin Benci Semakin Cinta nyanyian Siti Sarah dan Shuib Sepahtu

Tonton Online Drama Sayang Tak Dikenang Full Episode

Selain di kaca TV, korang juga boleh menonton drama ini di sini 👉 disney+ hotstar Malaysia

Jom Baca Ini Juga ⏩⏩ Drama Hindi Meri Gudiya - Slot Sonia TV3


Read More

14 Mac 2022

Telefilem Abang Ngah (TV2)



Telefilem Abang Ngah (TV2), Telemovie Abang Ngah (TV2), Slot Drama On 2, Sinopsis Telefilem Abang Ngah (TV2), Telefilem Abang Ngah Full, Abang Ngah Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Abang Ngah, Fareez Fauzi,

Telefilem Abang Ngah akan disiarkan pada hari Isnin ini, 14 Mac 2022, jam 9 malam di TV2. Antara pelakon telefilem Abang Ngah ini adalah Fareez Fauzi, Sera Melissa, Jaja Iliyes, Dilla Ahmad, Mubarak Majid dan ramai lagi. Selain itu telemovie Abang Ngah ini di arahkan oleh Along Kamaludin dan diterbitkan oleh Layar Ceritera Sdn Bhd. Nampak menarik kan telemovie ini, plus macam banyak pengajaran gitu kan. Jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Abang Ngah TV2

Abang Ngah lahir dengan kekurangan fizikal dan akal yang lemah. Walaupun dengan kekurangan diri, kasih Abang Ngah terhadap adik-adiknya terlalu utuh dan akan kekal walau apa jua keadaan.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Hindi Meri Gudiya - Slot Sonia TV3


Read More


My Random Post