30 Mei 2021

Info dan Sinopsis Telefilem Takbir Semalam (Awesome TV)



Telefilem Takbir Semalam, Telemovie Takbir Semalam, Info dan Sinopsis Telefilem Takbir Semalam, Poster Telefilem Takbir Semalam, Pelakon - Pelakon Telefilem Takbir Semalam, Fauziah Nawi, Syafie Naswip, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Telemovie Awesome TV,

Telefilem Takbir Semalam akan disiarkan di di slot Ohsem Tele Awesome TV (Astro saluran 123, MyTV  saluran 112). pada 30 Mei 2021 ini. Antara pelakon telefilem Takbir Semalam Fauziah Nawi, Syafie Naswip, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Siti Hariesa dan ramai lagi. Selain itu telemovie Takbir Semalam ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd. Wah nampak menarik telefilem ni kan, mesti sedih kan. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie Takbir Semalam ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Takbir Semalam Lakonan Fauziah Nawi, Syafie Naswip, Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly (Awesome TV)

Mengisahkan Mak Yah terkenal dengan sikap yang suka memaki hamun dan bercakap kasar. Tahun ini merupakan tahun pertama bagi Mak Yah untuk menyambut Hari Raya seorang diri. Orang kampung sedih melihat Mak Yah kerana dia masih lagi belum boleh menerima hakikat kerana semua ini berlaku di atas sikapnya yang sering memarahi anak menantunya sehingga mereka sekeluarga nekad keluar dari rumah dan terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawa mereka semua.

Read More

29 Mei 2021

Telefilem Live Dari Kafe Kak Kona - Cerekarama TV3



Telefilem Live Dari Kafe Kak Kona, Telemovie Live Dari Kafe Kak Kona, Poster Telefilem Live Dari Kafe Kak Kona, Cerekarama TV3, Pelakon - Pelakon Telefilem Live Dari Kafe Kak Kona, Live Dari Kafe Kak Kona Cast, Shiha Zikir, Nazim Othman, Fadlan Hazim, Cerekarama Live Dari Kafe Kak Kona TV3,

Telefilem Live Dari Kafe Kak Kona akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu, 29 Mei 2021 jam 10 malam. Antara pelakon telefilem Live Dari Kafe Kak Kona ini adalah Nazim Othman, Shiha Zikir, Fadlan Hazim, Khairul Idlan, Rasya Dean dan ramai lagi. Selain itu Telemovie Live Dari Kafe Kak Kona ini diarahkan oleh Shahnas Putra dan diterbitkan oleh Brave Heart Studio Sdn Bhd. Wah nampak menarik kan telemovie Live Dari Kafe Kak Kona ini kan, malah para pelakonnya juga best - best belaka. Jadi jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Live Dari Kafe Kak Kona Lakonan Shiha Zikir, Nazim Othman dan Fadlan Hazim - Cerekarama TV3

Dalam usaha untuk menampung semula kerugian kafe milik Kona, beliau berusaha mengupah seorang influencer terkenal iaitu Zarin Payung. Zarin Payung  bersetuju untuk membuat review secara percuma dengan beberapa syarat. Apa syarat - syarat tersebut? berjayakah rancangan Kona itu?


Read More

Telefilem Tanah Kubur Peneman Lakonan Fendy Bakry dan Nasir Bilal Khan (Astro Citra)



Telefilem Tanah Kubur Peneman, Telemovie Tanah Kubur Peneman, Telemovie Astro Citra, Poster Telefilem Tanah Kubur Peneman, Info dan Sinopsis Telefilem Tanah Kubur Peneman, Pelakon - Pelakon Telefilem Tanah Kubur Peneman, Fendy Bakry, Nasir Bilal Khan,
Telefilem Tanah Kubur Peneman Lakonan Fendy Bakry dan Nasir Bilal Khan (Astro Citra)

Telefilem Tanah Kubur Peneman akan disiarkan di Astro Citra pada Sabtu ini, iaitu pada 29 Mei 2021, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Tanah Kubur Peneman ini adalah Fendy Bakry, Nasir Bilal Khan, Syafi Tee, Along Cham, Hamidah Wahab dan ramai lagi. Selain itu Telemovie Tanah Kubur Peneman ini diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh Opera Klasik Sdn Bhd. Wah nampak menarik kan telefilem ini, Tok Adi kembali lagi gitu. Jadi jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye.




Sinopsis Telefilem Tanah Kubur Peneman Lakonan Fendy Bakry dan Nasir Bilal Khan (Astro Citra)

Jebat menggunakan Saka untuk menipu pengikutnya tentang ajaran dibawanya. Tok Adi mula syak pada ajaran yang dibawa oleh Jebat setelah melihat perlakuan para pengikutnya yang terpesong. Apa yang berlaku seterusnya?..

Read More

28 Mei 2021

Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard Lakonan Redza Rosli dan Sharifah Rose (TV3)



Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, Info dan Sinopsis Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, Poster Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard Full Episode, Kekasih Hati Mr Bodyguard Cast, Pelakon - Pelakon Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, Drama Baru Redza Rosli, Drama Baru Ungku Hariz,

Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard Lakonan Redza Rosli dan Sharifah Rose Slot Lestary TV3

Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Kisah Cinta Rumi yang tamat episodnya. Drama ini mula bersiaran di TV3 sejak 15 Mei 2021 yang lalu, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Selain itu drama ini adalah adaptasi daripada Novel Kekasih Hati Mr Bodyguard karya Ateen Khalid dan mempunyai 20 episod. Antara pelakon drama Kekasih Hati Mr Bodyguard ini adalah Redza Rosli, Sharifah Rose, Ungku Hariz, Fadlan Hazim, Ian Haziq, Lisdawati, Zuhairi Ibrahim, Zarina Zainuddin, Lana Nordin, Shasha Abedul, Ikhwan Khairudin, Ezzanie Jasny dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Nizam Zakaria dan diterbitkan oleh Creative Skill Solution Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Kekasih Hati Mr Bodyguard beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

  • Redza Rosli sebagai Hadif Akashah
  • Sharifah Rose sebagai Hana Aralyn
  • Ungku Hariz sebagai Naim
  • Fadlan Hazim sebagai Farel Rizhan
  • Lisdawati sebagai Puan Latifah
  • Shasha Abedul sebagai Najwa
  • Lana Nordin sebagai Vanida
  • Zarina Zainuddin sebagai Datin Izzah
  • Zuhairi Ibrahim sebagai Dato Yusof
  • Ikhwan Khairudin sebagai Idlan
  • Putera Karl sebagai Umar
  • Ezzanie Jasny sebagai Lola
  • Munir sebagai Nizam
  • Aishah Atan sebagai Puan Dahlia
  • Manan Suhaiman sebagai Tok Kadi
  • Sara Jasmin sebagai Fatehah




Sinopsis Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard Lakonan Redza Rosli dan Sharifah Rose Slot Lestary TV3

Hana Aralyn menjejaki Hadif Akashah, seorang bekas pengawal peribadi, untuk merungkai misi yang diberikan ayahnya Datuk Yusof kepadanya. Aralyn berjumpa dengan Hadif yang menjadi penternak kambing di kampungnya. Aralyn cuba untuk mengorek rahsia yang disimpan oleh Hadif. Dia sanggup mengekori Hadif ke mana-mana saja dan turut menolongnya dalam kerja-kerja ladang. Mereka berdua sering bertelagah namun lama-kelamaan perasaan cinta mula hadir dalam hati masing-masing. 

Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, Info dan Sinopsis Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, Poster Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard Full Episode, Kekasih Hati Mr Bodyguard Cast, Pelakon - Pelakon Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, Drama Baru Redza Rosli, Drama Baru Ungku Hariz,

Lagu Tema / OST Drama 
Kekasih Hati Mr Bodyguard

💕 Nafas Cinta nyanyian Khai Bahar dan Aina Abdul

Tonton Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard Online -> Disney Hotstar

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Cukup Derita Itu Episod 1 Hingga Episod 40 (Full Episode) Di Slot Samarinda TV3

Read More

26 Mei 2021

Drama Cukup Derita Itu Episod 1 Hingga Episod 40 (Full Episode) Di Slot Samarinda TV3



Drama Cukup Derita Itu, Novel Cukup Derita Itu Karya Siti Rosmizah, Drama Melayu TV3, Drama Adaptasi Novel, Info dan Sinopsis Drama Cukup Derita Itu, Pelakon - Pelakon Drama Cukup Derita Itu, Drama Baru Ruhainies, Drama Baru Ruhainies, Drama Baru Hisyam Hamid, Drama Baru Chacha Maembong,

Drama Cukup Derita Itu adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiakan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama ini sudah bersiaran sejak 6 Mei 2021 yang lalu dan mempunyai 40 episod. Antara pelakon Drama Cukup Derita Itu adalah Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Didie Alias, Farhan Asri, Dian P Ramlee, Balkisyh Semundur Khan, Sera Melissa, Mubarak Majid, Hafidzuddin Fazil, Rosnah Johari, Lia Natalia. Selain itu drama Cukup Derita Itu disiarkan bagi menggantikan drama Penjara Janji lakonan Alif Satar dan Azira Syafinas. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Cukup Derita Itu karya novelis terkenal Siti Rosmizah. Manakala pengarah drama ini adalah Along Kamaludin dan diterbitkan oleh SR One Sdn Bhd. Selepas Drama Adaptasi Novel Rindu Awak Separuh Nyawa popular, kini muncul lagi drama baru yang merupakan adaptasi novel karya Siti Rosmizah. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Cukup Derita Itu beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Hisyam Hamid sebagai Zarul Zafran
Ruhainies Farehah sebagai Ellani
Chacha Maembong sebagai Ellana
Jasmin Hamid sebagai Mak Ngah Gayah
Rosnah Johari sebagai Datin Mahani
Lia Natalia sebagai Salwa
Didie Alias sebagai Mak Yek
Farhan Asri sebagai Amirul
Dian P. Ramlee sebagai Nek Long
Balkisyh Semundur Khan sebagai Lijah
Fahrin Ahmad sebagai Fariz
Sera Melissa sebagai Ayu
Hafidzuddin Fazil sebagai Dato' Azli
Mubarak Majid sebagai Pak Mat




Sinopsis Penuh Drama Cukup Derita Itu Lakonan Hisyam Hamid dan Ruhainies di Slot Samarinda TV3

Mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani dan Ellana yang telah kematian kedua orang tua dan dibesarkan oleh ibu saudara. Walaupun dibesarkan oleh ibu saudara, Ellani dan Ellana dilayan tidak sama. Ellana dilayan bagaikan puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba. Entah apa alasannya korang kena baca novel ini. Setelah dewasa, Ellana bertemu dengan Zarul Zafran seorang lelaki tampan berjawatan sebagai pensyarah. Cinta pandang pertama telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Tetapi Zarul telah terlibat dalam sebuah kemalangan. Zarul tiba-tiba berubah hatinya kepada Ellani dan melamar Ellani untuk menjadi isterinya. Ellani tidak keruan manakan bakal abang iparnya ingin menjadi suaminya pula. Namun, demi kebahagiaan seorang yang telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui. Dendam Makngah dan pasangan kembarnya, Ellana menyebabkan hidup Ellani penuh dengan duka. Lelaki yang telah menjadi suaminya mula berubah hati dan cintakan semula Ellana hingga sanggup menceraikannya. Dia diceraikan hanya melalui sms. Bagaimanakah nasib Ellani setelah diceraikan? Adakah hubungan yang telah putus itu dapat disambung semula? Adakah sinar bahagia menanti Ellani di akhirnya?
Drama Cukup Derita Itu, Novel Cukup Derita Itu Karya Siti Rosmizah, Drama Melayu TV3, Drama Adaptasi Novel, Info dan Sinopsis Drama Cukup Derita Itu, Pelakon - Pelakon Drama Cukup Derita Itu, Drama Baru Ruhainies, Drama Baru Ruhainies, Drama Baru Hisyam Hamid, Drama Baru Chacha Maembong, Poster Drama Cukup Derita Itu,
Lagu Tema / OST Drama Cukup Derita Itu
💋 Cukup Derita Itu nyanyian Siti Nordiana 
💋 Pergilah Derita nyanyian Asfan Shah dan Lia Aziz

Tonton Drama Cukup Derita Itu Full Episode
Bagi yang terlepas menonton drama ini di TV3, korang boleh menonton secara online drama ini di aplikasi 👌 IQIYI

Read More

24 Mei 2021

Drama Single Terlalu Lama Full Episode Di TV3



Drama Single Terlalu Lama, TV3, Poster Drama Single Terlalu Lama, Info dan Sinopsis Drama Single Terlalu Lama, Pelakon - Pelakon Drama Single Terlalu Lama, Drama Single Terlalu Lama Full Episode, Drama Single Terlalu Lama Cast,

Drama Single Terlalu Lama sudah mula bersiaran di TV3 bermula 29 April yang lalu setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6 petang. Antara pelakon drama Single Terlalu Lama ini adalah Ungku Ismail Aziz, Julia Farhana Marin, Riz Amin, Anas Ridzuan, Shah Kimin, Dayana Roza, Lia Natalia, Azar Azmi, Noorkhiriah, Zila Bakarin, Uchee Fukada, Norman Hakim dan ramai lagi. Selain itu drama Single Terlalu Lama ini diarahkan oleh Ungku Ismail Aziz sendiri dan diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Wah nampak menarik kan telefilem ini, unik gitu, jadi jom tengok watak -watak pelakon dalam drama Single Terlalu Lama ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Ungku Ismail Aziz sebagai Andy
Riz Amin sebagai Raiz Amani
Julia Farhana sebagai Jasmine
Noorkhiriah sebagai Habibah
Zila Bakarin sebagai Mahani
Uchee Fukada sebagai Halena
Norman Hakim sebagai Dr.Farid




Sinopsis Drama Single Terlalu Lama Lakonan Ungku Ismail Aziz dan Julia Farhana Marin TV3

Andy ingin menamatkan zaman bujangnya selepas berjaya dalam kerjayanya apabila dia kini menginjak usia 40 tahun. Selepas hadir ke beberapa temu janji yang diaturkan oleh ibunya, Andy hampir berputus asa untuk menemui wanita idamannya. Ketika di majlis reunion sekolah, Andy bertemu dengan Jasmine, gadis yang menjadi idaman pelajar lelaki semasa belajar. Andy tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan bertunang dengan Jasmine. Pelbagai dugaan dan cabaran menguji pasangan ini. Lebih merumitkan apabila Andy mendapat tahu Jasmine menyimpan sebuah rahsia. Apa rahsia tersebut? dan mampukah hubungan cinta Andy dan Jasmine bertahan lama?..

Lagu Tema / OST Drama Single Terlalu Lama
👌 Sendiri nyanyian Anuar Zain 
👌 Ternyata nyanyian Azhar Osman 
👌 Dia Bagiku nyanyian Khodi

Read More

Telefilem Dolla Watch Me Glow (Astro Citra)



Telefilem Dolla Watch Me Glow, Telemovie Dolla Watch Me Glow, Poster Telefilem Dolla Watch Me Glow, Info dan Sinopsis Telefilem Dolla Watch Me Glow, Pelakon - Pelakon Telefilem Dolla Watch Me Glow, Telemovie Astro Citra, Kumpulan Dolla,

Telefilem Dolla Watch Me Glow telah pun disiarkan di Astro Citra pada 22 Mei 2021 yang lalu. Antara pelakon telefilem Dolla Watch Me Glow ini adalah Sabronzo, Angel, Syasya, Tabby, Azwan Ali, Fauziah Nawi, Catriona Ross, Aida Aris, Angeline Tan, Douglas Lim, Mat Over, Aniq Suhair dan ramai lagi. Telefilem ini mengangkat kisah hidup anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo, Angel, Syasya dan Tabby. Telemovie Dolla Watch Me Glow ini diarahkan oleh Izuan Mokhtar, rasanya ramai yang kenal kumpulan Dolla ni kan, semua lagu diorang popular seperti Make You Wanna, Impikan serta lagu Raya diorang bertajuk Raya Raya Raya. Apa pun memang nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Dolla Watch Me Glow di bawah ini okey..




Sinopsis Penuh Telefilem Dolla Watch Me Glow (Astro Citra)

Mengisahkan Sabrina, gadis yang sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang perniagaan di Los Angeles, California. Juga Tabby, seorang anak tunggal yang dikongkong keluarga. Manakala Shasha  pula yang sekian lama dibenci ibunya sendiri dan Angel, gadis yang sentiasa ingin keluar dari zon selesa hidupnya. Sabrina, Tabby, Angel dan Shasha ingin menggapai cita cita dan minat mereka dalam bidang muzik. Mereka berempat menjalani uji bakat bersama syarikat rakaman tersohor, Universal Muzik secara solo. Bagaimanapun, penyelasar A&R syarikat berkenaan, Kelly lakonan Azwan  Ali membuat keputusan untuk menyatukan mereka sebagai sebuah kumpulan. Sabronzo yang sejak dari kecil bercita-cita hendak menjadi rappers mula tidak berpuas hati dan bermula pelbagai peristiwa bagi membentuk sebuah kumpulan. Apa yang berlaku seterusnya?..
Telefilem Dolla Watch Me Glow, Telemovie Dolla Watch Me Glow, Poster Telefilem Dolla Watch Me Glow, Info dan Sinopsis Telefilem Dolla Watch Me Glow, Pelakon - Pelakon Telefilem Dolla Watch Me Glow, Telemovie Astro Citra, Kumpulan Dolla,

Read More

22 Mei 2021

Telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri - Cerekarama TV3



Telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri, Telemovie Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri, Poster Telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri, Info dan Sinopsis Telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri, Pelakon - Pelakon Telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri, Ending Telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri, Nadia Brian, Adi Putra, Atiq Azman, Lana Nordin, Sharifah Sakinah, Cerekarama TV3,


Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri pernah mencetuskan fenomena sedikit masa lalu, namun ramai yang tidak berpuas hati dengan ending drama tersebut kerana tergantung habis. Jadi istimewa untuk peminat setia drama ini, segala teka - teki dan persoalan akan terjawab dalam telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri yang disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 22 Mei 2021, jam 10 malam. Masih mengekalkan pelakon - pelakon asal, antara pelakon telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri ini adalah Adi Putra, Nadia Brian, Atiq Azman, Sharifah Sakinah, Rita Rudaini, Aidil Aziz, Lana Nordin, Aznah Hamid, Rosli Rahman Adam, Fifi Laura, Umar Zarif dan ramai lagi. Selain itu telemovie Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production. Jom baca sinopsis ringkas telefilem ini okay..




Sinopsis 
Telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri Lakonan Adi Putra, Nadia Brian, Atiq Azman dan Sharifah Sakinah - Cerekarama TV3


Mengisahkan kesinambungan kepada drama Aku Yang Kau Gelar Isteri, Laila yang telah mati cuba dihidupkan semula oleh cik Embun. Manakala Eizlan pula masih tidak begitu sembuh namun bertindak untuk pergi berjumpa dengan cik Embun. Manakala Pian pula masih hidup dan Rai pula masih lagi isteri Pian, namun begitu hubungan antara Eizlan dan Pian tidak baik, Eizlan membenci Pian. Eizlan nekad ingin mendapatkan semula Rai. Muncul ustaz Umar yang cuba membantu Pian, Rai dan Eizlan untuk menentang ilmu hitam cik Embun. Apa yang berlaku seterusnya?..




Read More

17 Mei 2021

Drama Sabarlah Duhai Hati Episod 1 Hingga Episode 35 (Akhir) Di Slot Akasia TV3



Drama Sabarlah Duhai Hati, Drama Sabarlah Duhai Hati Full Episode, Info dan Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati, Novel Sabarlah Duhai Hati, Poster Drama Sabarlah Duhai Hati, Pelakon - Pelakon Drama Sabarlah Duhai Hati, Drama Baru Amyra Rosli, Drama Baru Saharul Ridzwan,

Drama Sabarlah Duhai Hati adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Tak Sempurna Mencintaimu lakonan Redza Rosli dan Intan Najuwa. Drama Sabarlah Duhai Hati ini mulai bersiaran di TV3 sejak 28 April 2021 yang lalu setiap Isnin hingga Ahad, jam 7 malam. Selain itu drama ini adalah adaptasi daripada Novel Sabarlah Duhai Hati karya Mimie Afinie. Aku memang suka baca novel - novel karya Mimie Afinie ni tau. Berbalik pada drama ini, ianya mempunyai 35 episod dan diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya dan Eez Jalaluddin serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam Drama Sabarlah Duhai Hati ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Saharul Ridzwan sebagai Affan
Amyra Rosli sebagai Fira
Izzue Islam sebagai Nazim
Puteri Sarah Liyana sebagai Dian
Iman Suhana sebagai Nadia
Aiman Badrul sebagai Danish
Fadilah Mansor sebagai Opah
Balkisyh Semundur Khan sebagai Mak Teh Zana
Haleeda sebagai Laila
Emelda Rosemila sebagai Shima
Kodi Rasheed sebagai Rizal
Hisyam Bakar sebagai Pak Teh
Pablo Amirul sebagai Johan




Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati Lakonan Amyra Rosli dan Saharul Ridzwan Di Slot Akasia TV3

Hidup Fira berubah sejak kelahiran adik bongsunya, Danish (Aiman Badrul) ketika usianya 20 tahun. Selepas 4 tahun, Fira terpaksa menjaga Danish apabila ibu bapa mereka meninggal dunia. Tiada sesiapa lagi untuk bergantung, Fira perlu menjaga Danish yang masih kecil. Ketika sedang terkapai-kapai dengan fasa baharu dalam hidupnya, Fira dilamar oleh Affan. Bagi mengelak rancangan Opah, Affan memilih Fira untuk dijadikan isteri. Mereka rapat semasa kecil, tetapi kisah lama yang memalukan membuatkan Fira cuba mengelak bertentang mata dengan Affan. Perkahwinan Affan dan Fira mendapat tentangan daripada sepupu Affan, Nadia. Nadia adalah calon isteri yang dipilih oleh Opah Affan Nadia dapat tahu yang Affan bekerja sebagai cikgu sementara. Ini membuatkan Nadia mengambil keputusan untuk menjadi murid di dalam kelas Affan supaya Nadia dapat bertemu dengan Affan lebih kerap. Rumahtangga mereka sentiasa diuji sehinggakan Fira menghilangkan diri. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Affan dan Fira menggapai bahagia?..

Lagu Tema / OST Drama Sabarlah Duhai Hati
💕 Hanyut nyanyian Black Hanifah
Drama Sabarlah Duhai Hati, Drama Sabarlah Duhai Hati Full Episode, Info dan Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati, Novel Sabarlah Duhai Hati, Poster Drama Sabarlah Duhai Hati, Pelakon - Pelakon Drama Sabarlah Duhai Hati, Drama Baru Amyra Rosli, Drama Baru Saharul Ridzwan,
Sinopsis Novel Sabarlah Duhai Hati Karya Mimie Afinie

Dugaan berat yang menimpa, merubah seluruh hidup Nur Syafira. Saat bergelut dengan ujian, dia tiba-tiba dilamar untuk Muhammad Affan. Sungguh, dia tak percaya. Tegur pun tak pernah, tiba-tiba nak jadikan dia isteri. Lagipun, dia masih tak lupa cerita lama. Cerita memalukan yang hanya mereka berdua saja yang tahu. Hatinya kuat mengatakan Affan terpaksa. Affan hanya menurut kehendak orang tua tanpa rela. Namun, kalau dah tertulis jodoh mereka, elak macam mana sekalipun, tetap bersatu juga. Walau dihati ada curiga, Fira tetap mengharap bahagia.
“Sejak bila abang suka Fira?”
“Sejak Fira curi hati abang.”
“Abang kan pernah cakap, abang tak suka Fira. Abang takkan kahwin dengan Fira.”
Tawa Affan memecah suasana hening malam. Kuat dan lama.
Dalam suram cahaya lampu, Fira pandang suaminya. Geram dengan suara tawa itu.
“Ini cerita tahun bila Fira bawa keluar ni?”
“Tak kisahlah tahun berapa pun, yang penting abang pernah cakap macam tu, kan? Kecil hati Fira, tau!”
“Kecik hati dengan abang la ni?”
“Memang pun. Dah buat orang macam tu, pandai pulak ajak orang kahwin. Tak malu.” Fira mengejek.
Lagi sekali Affan hamburkan tawanya.
Bahagia yang disangka sampai ke petang, rupanya masih ada halangan dan rintangan.
“Kalau you nak tahu, bukan Affan yang nak sangat kahwin dengan you tapi mak teh yang paksa dia. Sebabnya mak teh kesiankan you.” - Nadia
Mampukah Fira terus memujuk hatinya supaya bersabar dan bertahan? Atau sudah sampai masanya untuk dia mengalah dan lepaskan segalanya?

Baca Online Novel Sabarlah Duhai Hati Bab 1 Hingga Bab 20

Kalau korang teringin nak baca bab - bab awal novel Sabarlah Duhai Hati ini korang boleh baca di blog penulis novel ini iaitu Mimie Afinie 👉 Di Sini
Drama Sabarlah Duhai Hati, Drama Sabarlah Duhai Hati Full Episode, Info dan Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati, Novel Sabarlah Duhai Hati, Poster Drama Sabarlah Duhai Hati, Pelakon - Pelakon Drama Sabarlah Duhai Hati, Drama Baru Amyra Rosli, Drama Baru Saharul Ridzwan,
Tonton Drama Sabarlah Duhai Hati Full Episode
Bagi yang terlepas menonton drama ini di TV, korang boleh menonton drama ini secara online di IQIYI

Read More

15 Mei 2021

Telefilem Misteri Mona Kuserumu Kembali Lakonan Janna Nick (TV3)



Telefilem Misteri Mona Kuserumu Kembali, Telemovie Misteri Mona Kuserumu Kembali, Cerekarama Misteri Mona Kuserumu Kembali, Info dan Sinopsis Telefilem Misteri Mona Kuserumu Kembali, Pelakon - Pelakon Telefilem Misteri Mona Kuserumu Kembali, Janna Nick, Elisya Sandha, Cerekarama TV3,

Telefilem Misteri Mona Kuserumu Kembali akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu iaitu15 Mei 2021, jam 10 malam. Telefilem Misteri Mona Kuserumu Kembali ini adalah sambungan pada drama Misteri Mona yang pernah disiarkan di TV3 sebelum ini. Antara pelakon telefilem Misteri Mona Kuserumu Kembali ini adalah Janna Nick, Elisya Sandha, Iman Suhana, Ruzana Ibrahim, Balkisyh Semundurkhan, Melanie Tan, Alexis SueAnn, Kween Keela, Tony Eusoff, Irshad Has dan ramai lagi. Selain itu Telemovie Misteri Mona Kuserumu Kembali ini diarahkan oleh Raja Mukhriz dan diterbitkan oleh Aquila Emas. Wah tak sabar nak tahu kesinambungan kisah Anom dan Mona tu dan apa kesudahannya dalam telefilem Misteri Mona Kuserumu Kembali ini. Jadi jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem 
Misteri Mona Kuserumu Kembali Lakonan Janna Nick - Cerekarama TV3 

Setelah berjaya ‘mengurungkan’ Mona, Anom terpaksa melepaskan dia sekali lagi untuk menyelamatkan anaknya yang dikatakan sudah meninggal dunia. Anom sedang menjalani rawatan di sebuah pusat psikiatri dan kini dia dapat mengawal Mona. Anom rasa sedih kerana Mona telah membunuh ibunya dan bayinya. Namun, doktor menjelaskan hasil pencarian pihak berkuasa di rumah itu bahawa tiada mayat seperti didakwa. Ia hanyalah sebuah anak patung yang ditanam di belakang rumah dan mungkin ia adalah halusinasi Anom semata-mata. Apakah rahsia dan kebenaran disebalik kecelaruan delusi Mona?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Puaka Hari Raya Lakonan Hisyam Hamid (Astro Citra)
Read More

Telefilem Puaka Hari Raya Lakonan Hisyam Hamid (Astro Citra)



Telefilem Puaka Hari Raya, Telemovie Puaka Hari Raya, Telefilem Raya, Telemovie Raya, Telefilem Astro Citra, Poster Telefilem Puaka Hari Raya, Pelakon - Pelakon Telefilem Puaka Hari Raya, Hisyam Hamid, Khatijah Tan, Info dan Sinopsis Telefilem Puaka Hari Raya,

Telefilem Puaka Hari Raya akan disiarkan pada hari Sabtu iaitu pada 15 Mei 2021, jam 9 malam di Astro Citra. Antara pelakon Telefilem Puaka Hari Raya ini adalah Hisham Hamid, Khatijah Tan, Sharul Kamal, Aman Aziz, Ummar Dzariff dan ramai lagi. Selain itu telemovie Puaka Hari Raya ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh FJ Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini kan, jadi jom tengok sinopsis telemovie Puaka Hari Raya ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Puaka Hari Raya (Astro Citra)

Mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Fahmi yang derhaka pada ibunya Fatimah sehingga sanggup melarikan diri dan meninggalkan ibunya itu seorang diri pada malam hari raya. Di luar pengetahuan Fahmi ibunya telah pun meninggal dunia pada malam yang sama. Empat tahun berlalu, Fahmi yang terlalu merindui ibunya pulang semula ke kampung halamannya itu. Namun apa yang menantinya hanyalah puaka yang menculik kanak - kanak setiap kali tibanya malam raya. Apa yang berlaku seterusnya?..
Telefilem Puaka Hari Raya, Telemovie Puaka Hari Raya, Telefilem Raya, Telemovie Raya, Telefilem Astro Citra, Poster Telefilem Puaka Hari Raya, Pelakon - Pelakon Telefilem Puaka Hari Raya, Hisyam Hamid, Khatijah Tan, Info dan Sinopsis Telefilem Puaka Hari Raya,
Read More

8 Mei 2021

Telefilem Basikal Karat - Cerekarama TV3



Telefilem Basikal Karat, Telemovie Basikal Karat, Cerekarama TV3, Cerekarama Basikal Karat, Info dan Sinopsis Telefilem Basikal Karat, Pelakon - Pelakon Telefilem Basikal Karat,

Telefilem Basikal Karat sudah pun disiarkan di slot Cerekarama pada hari Sabtu, 8 Mei 2021, jam 10 malam. Antara pelakon telefilem Basikal Karat ini adalah Kamarul Eqfa, Nadiya Nisaa, Zamarul Hisham, Hawra, Haeriyanto Hassan dan ramai lagi. Selain itu telemovie Basikal Karat ini diarahkan oleh Rashidi Ishak dan diterbitkan oleh AB Roll Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, penuh pengajaran gitu. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini dibawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Basikal Karat - Cerekarama TV3

Husin and Hawa mempunyai tiga orang anak bernama Faizal, Yuni and Suria. Husin bekerja menoreh getah, sementara anak-anaknya Faizal and Yuni mengumpul barang terbuang untuk dijual. Kesempitan hidup telah memaksa Husin mencuri lantas dipenjarakan. Meninggalkan anak-anaknya Faizal dan Yuni bersama isteri. Sedih atas apa yang berlaku. Faizal dan Yuni cuba membantu ibunya. Faizal dan Yuni sanggup berbasikal dari Kuala Pilah ke Penjara Seremban hanya untuk mendapatkan tandatangan daripada ayah mereka. Mereka perlukan kebenaran itu untuk menyertai dan memenangi pertandingan karaoke. Mereka berharap hadiah wang tunai itu dapat membayar denda sekaligus membebaskan ayah mereka daripada dipenjarakan. Apa yang berlaku seterusnya??..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Telefilem Ibu Belum Mati (Astro Citra)
Read More


My Random Post