Sinopsis Drama Nur Episod 1 Hingga 4 (Samarinda TV3)
Sempena bulan Ramadan ini, stesen TV berlumba - lumba menyiarkan drama terbaik, salah satu drama yang aku layan adalah drama Nur yang disiarkan di slot Samarinda TV3. Antara barisan pelakon drama Nur ini adalah Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah dan ramai lagi. Aku suka drama Nur ini sebab jalan ceritanya menarik, islamik gitu dan banyak memberi pengajaran, kiranya drama ini memang sesuai sangat disiarkan pada bulan ramadan yang mulia ini. Apa pun jom baca rangkuman sinopsis drama Nur dari episod 1 hingga episod 4 di bawah ini okey.
Sinopsis Drama Nur Episod 1 Hingga 4 (Samarinda TV3)
Mengisahkan Adam yang merupakan ustaz muda yang baru pulang dari Jordan, kepulangannya disambut meriah oleh ahli keluarganya. Adam sememangnya popular dan dikenali ramai kerana ilmunya dan juga rupa parasnya yang kacak serta merupakan anak kepada penceramah bebas yang cukup terkenal iaitu Datuk Ayah Haji Mukhsin. Adam agak tertekan dengan sikap kakaknya Aishah yang cuba mengatur kehidupannya, malah kakak dan ibunya juga beria - ria menginginkan Adam berkahwin dengan Qhadeeja, seorang doktor muda, juga anak kepada seorang usahawan terkenal yang cukup rapat dengan Datuk Ayah Haji Mukhsin. Qhadeeja sudah lama ada hati dengan Adam sejak mereka masih bersekolah lagi dan kini sangat gembira apabila bakal menjadi isteri Adam tak lama lagi. Berbeza dengan Adam yang terpaksa bersetuju dengan permintaan ibu dan kakaknya untuk berkahwin dengan Qhadeeja. Malah Adam juga terkilan apabila keluarganya pergi merisik Qhadeeja tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Qhadeeja cuba mengambil hati Adam supaya Adam tidak berasa kekok dengannya, namun kadangkala Qhadeeja keliru dengan sikap Adam yang kadangkala melayannya dengan baik namun adakalanya Adam bersikap dingin dengannya. Selain itu rakan sekerja Dr Qhadeeja iaitu Dr Mukhriz kelihatan menaruh hati pada Dr Qhadeeja.
Adam sering mendapat soalan daripada pengirim misteri ketika memberi kuliah di masjid. Rupanya soalan itu datang daripada Nur, seorang pelacur yang mempunyai minat untuk mendalami agama Islam. Nur ingin berubah menjadi lebih baik serta berhenti dari menjadi pelacur namun dihalang oleh ibunya yang juga pelacur, Adam telah ternampak Nur ketika Nur berada di kawasan masjid, namun Nur cepat - cepat melarikan diri. Adam berasa keliru dengan tindakan Nur dan akhirnya memutuskan untuk pergi mencari Nur. Adam kemudian terkejut apabila terserempak dengan Nur di satu kawasan yang menjadi sarang maksiat. Nur yang ternampak Adam terus melarikan diri buat kali kedua, Adam makin keliru dengan tindakan dan identiti Nur jadi Adam cuba lagi mencari Nur dan kali ini Adam ternampak Nur namun Nur tidak perasan akan Adam. Selepas itu Adam cuba mengekori Nur dan terkejut melihat Nur solat subuh di satu sudut dekat sebuah lorong yang sunyi. Hal tersebut membuat Adam makin keliru dan tidak dapat melupakan Nur dari fikirannya itu. Dalam hal yang lain, suami Aishah yang merupakan abang ipar pada Adam iaitu Ustaz Syed Hamadi telah menyalahgunakan duit untuk rumah anak yatim demi kepentingan dirinya sendiri. Malah Syed Hamadi ini hanya berpura - pura baik dan merupakan pelanggan tetap ibu Nur dan kemudian beralih pada Nur pula.
Namun Nur bernasib baik apabila Syed Hamadi terpaksa bergegas pulang setelah mendapat panggilan telefon isterinya Aishah. Aishah telah mempersoalkan dan bertanyakan tentang kebenaran mengenai duit yang tidak dibayar pada pekerja di Darul Mukhsin yang merupakan rumah anak yatim. Namun Syed Hamadi menafikannya dan mula marah - marah. Dia kemudiannya bergegas ke rumah Nur semula, namun Nur tiada di rumahnya. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
macam best je drama ni, nak tengok jugak lah sebab watak Nur tu. Susah nak jumpa heroin watak gelap ni
BalasPadamcerita ni best. saya dh tgk. cuma susah sebab banyak kritikan
BalasPadam