Sinopsis Drama Bila Aidil Ada Fitri Episod 1 Hingga 6
Ada banyak drama menarik yang disiarkan di bulan Ramadan ini, antara salah satu drama yang aku layan adalah drama Bila Aidil Ada Fitri. Drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Raya = Aidil + Fitri karya Yumi Hyra dan disiarkan di Astro Oasis dan Astro Maya HD. Seronok layan drama ini sebab kelakar, sweet dan juga islamik gitu, aku suka setiap kali Ungku Ismail berlakon drama - drama yang bergenre romantik komedi ini memang menyerlah watak dan lakonannya itu. Gandingannya dengan Siti Saleha pun comel dan sweet. Pelakon - Pelakon Drama Bila Aidil Ada Fitri ini adalah Ungku Ismail Aziz, Siti Saleha, Fikhree Bakar, Talha Harith, Zaki Azeman, Aida Khalida, Hilal Azman, Hairie Othman, Kuza, Zul Helmi, Putri Qaseh dan ramai lagi. Jadi dalam entry ini, aku nak share sinopsis drama Bila Aidil Ada Fitri dari episod 1 hingga episod 6, silakan baca ramai - ramai ye hehe.
Sinopsis Drama Bila Aidil Ada Fitri Episod 1 Hingga 6
Mengisahkan Fitri Syafia yang berasa gembira dan selesa dengan kerjayanya sebagai Personal Shopper. Fitri mula mengenali Datin Mariam selepas menyelamatkannya dari diragut oleh peragut. Datin Mariam terhutang budi pada Fitri dan mula mengupah Fitri menjadi personal assistantnya dan juga personal shopper untuk anak lelakinya Aidil yang bekerja sebagai Juruterbang. Datin Mariam juga tertarik dengan personaliti Fitri yang baik hati dan sentiasa ceria, malah dirinya juga berharap Fitri akan menjadi bakal menantunya nanti. Fitri ditugaskan untuk membeli barang - barang dapur untuk anak lelaki Datin Mariam sepanjang bulan Ramadan. Datin Mariam menyangka Aidil tiada di rumah dan menyuruh Fitri menghantar barang - barang dapur tersebut ke rumah Aidil. Ketika Fitri meletakkan barang - barang dapur tersebut di rumah Aidil, Aidil baru saja lepas mandi dan terkejut melihat Fitri berada di rumahnya.
Begitu juga dengan Fitri yang menyangka Aidil adalah perompak dan cepat - cepat mengacukan pisau pada Aidil dan menghalau Aidil keluar dari rumahnya sendiri. Aidil berasa benggang dan marah dengan situasi tersebut, mujurlah datin Mariam datang tepat pada masanya dan menyelesaikan segala salah faham antara Aidil dan Fitri. Sejak dari itu Aidil mula berasa tidak puas hati dengan Fitri namun segalanya berubah bila Fitri dengan seikhlas hatinya meminta maaf pada Aidil dan Aidil memaafkannya. Sejak dari itu Aidil gemar bergaduh dengan Fitri dan dalam masa yang sama mereka sama - sama jatuh hati antara satu sama lain. Namun Aidil sengaja jual mahal dengan Fitri tapi cepat berasa cemburu jika ada lelaki lain yang cuba rapat dengan Fitri, terutamanya Amar yang merupakan sepupunya. Amar yang suka bersaing dengan Aidil sengaja melayan Fitri dengan mesra supaya Aidil berasa cemburu.
Datin Mariam sengaja cuba merapatkan Aidil dan Fitri dan kelihatan Aidil sentiasa mencari peluang untuk berjumpa dengan Fitri. Suatu malam ketika Fitri berbuka puasa dengan Datin Mariam, Aidil dan Amar, seorang lelaki yang bernama Qarizh datang menegur Fitri. Fitri yang terkejut dengan kemunculan Qarizh mengajak Qarizh untuk berbual di luar restoran. Qarizh mengingatkan Fitri tentang janji mereka dan Fitri menyuruh Qarizh pergi dari situ. Qarizh berasa tidak senang hati melihat Fitri rapat dengan lelaki lain dan menggesa ibunya untuk cepat - cepat pergi meminang Fitri. Namun ibunya menyuruh Qarizh bersabar dan menunggu sehingga 1 Syawal nanti. Qarizh kemudiannya cuba menelefon Fitri beberapa kali, tapi bila Fitri menjawab panggilannya, Qarizh hanya mendiamkan diri. Qarizh juga membelikan bunga buat Fitri dan meletakkan bunga tersebut di pintu pagar rumah Fitri. Manakala Fitri pula menyangka bunga tersebut diberi oleh Aidil dan berasa gembira melihat bunga tersebut.
Qarizh yang melihat Fitri dari jauh berasa senang hati bila melihat Fitri gembira menerima bunga pemberiannya itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
dalam list nak tengok nanti :D
BalasPadamtakleh go la cerita ni huhu
BalasPadamknapa xleh go awak?..meleret sgt ke..x logik ke?
PadamSuka drama nie.. suka tengok gelagat Aidil dan Fitri..
BalasPadamterbaek.. :)
BalasPadam