29 Mei 2018

Episod 5 Hingga 8 Drama Nur (Samarinda TV3)




Nur, Drama Nur, Slot Samarinda, TV3, Sinopsis Drama Nur, Episod 5 Hingga 8, Sinopsis Drama Nur Episod 5 Hingga Episod 8, Pelakon Drama Nur, Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah, 2018,
Sinopsis Episod 5 Hingga 8 Drama Nur (Samarinda TV3)

Drama Nur ini dah nak masuk episod ke 9 dah minggu ini dan jalan ceritanya makin best pula tu, aku sukakan jalan cerita drama Nur ini sebab dekat dengan realiti masyarakat masa kini. Lagi pun aku dah muak tengok kisah cinta 2 darjat, kisah kahwin paksa, kisah anak - anak orang kaya, tengku - tengku bagai ni dan lain - lain lagi. Plus para pelakonnya juga best - best belaka dan berjaya membawakan watak masing - masing dengan baik sekali. Antara pelakon drama Nur ini adalah Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah dan ramai lagi. Jadi kali ini aku nak share sinopsis drama Nur dari episod 5 hingga episod 8 di bawah ini. Jadi selamat membaca okey. Bagi yang ketinggalan nak baca sinopsis dari episod 1 hingga 4 boleh klik sini okey ➔ Drama Nur Episod 1 Hingga 4

Sinopsis Episod 5 Hingga 8 Drama Nur (Samarinda TV3)

Haji Mukhsin berada dalam dilema sama ada ingin menyambung kontrak dengan stesen tv itu atau pun tidak, ikut hatinya dia ingin berhenti dari memberi ceramah di kaca tv. Tapi memandangkan itu adalah punca pendapatan utamanya, dia terpaksa meneruskannya. Manakala Adam pula asyik teringatkan perempuan misteri yang bernama Nur itu, susah betul untuk Adam lupakan perempuan tersebut dan Adam menjadi makin keliru bila fikirkan tentang hal tersebut. Haji Mukshin menasihati Adam supaya tidak cepat menilai dan menghukum orang dan menyuruh Adam untuk menyelesaikan segala persoalan mengenai perempuan misteri tersebut. Adam kemudian pergi ke lorong tersebut untuk mencari perempuan tersebut dan dia berjumpa dengannya. Adam menyuruh Nur untuk menghabiskan menulis soalan yang dia hendak tanya ketika di masjid tempoh hari dan mengajak Nur untuk berjumpa lagi keesokan harinya. Namun Nur berasa risau untuk berjumpa dengan Adam lagi dan membuat keputusan untuk tidak berjumpa dengan Adam. Walaubagaimanapun dia akhirnya terserempak juga dengan Adam dan akhirnya mereka berdua keluar minum dan berborak.



Syed Hamadi pula berasa marah dan benggang bila Nur tiada di rumahnya dan melarikan diri darinya, hal tersebut membuatkan Syed Hamadi berazam akan mencari Nur walau apa pun yang terjadi. Adam berjumpa dengan Nur lagi dan memberi jawapan pada persoalan Nur mengenai keadilan tuhan. Adam juga mengajak Nur untuk menunaikan solat subuh di masjid, walaupun awalnya Nur takut kerana pernah dihalau dengan teruk ketika ingin masuk masjid di waktu dulu.Tapi disebabkan Adam ada, orang lain tak berani nak melarang Nur untuk masuk ke masjid tersebut. Sejak dari itu Nur dan Adams sering berjumpa, malah Adam turut mengajar Nur mengenai Islam di masjid tersebut. Qhadeeja merasakan Adam makin jauh dengannya, panggilannya tidak dijawab, bila dia datang ke rumah Adam membawa makanan untuk sarapan pagi, Adam pula tiada di rumah. Selain itu, ada seseorang telah mengambil gambar Adam dan Nur ketika Adam berada di lorong tersebut, dan berita serta gambar tersebut menjadi viral dan membuatkan semua orang marah dengan Adam. Kecuali Haji Mukhsin, ayah Adam yang tahu alasan Adam ke lorong tersebut.  

Keluarga Qhadeeja juga turut marah dengan Adam dan malu dengan semua orang kerana semuanya bertanyakan pasal bakal menantu mereka Adam. Qhadeeja percaya dengan Adam cuma dia sedih dengan sikap Adam yang sering menjauhinya. Adam kemudiannya datang ke rumah Qhadeeja bersama kakaknya Aishah untuk menerangkan perkara sebenar pada keluarga Qhadeeja. Aishah juga mencadangkan supaya Adam dan Qhadeeja membuat satu video dan memberi penjelasan mengenai sebab Adam ke lorong tersebut. Setelah video dibuat, isu tersebut mula selesai, namun Adam tidak dapat berjumpa dengan Nur dalam waktu terdekat kerana dihalang oleh keluarganya untuk ke lorong berkenaan. Adam cuba mencari Nur di masjid tapi tidak berjumpa dengan Nur. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

1 ulasan:



My Random Post