Sinopsis Drama Korea - My Mister
Korean Drama My Mister ini adalah drama yang paling latest yang aku tengok, drama Korea My Mister ini disiarkan di TVN dan dilakonkan oleh Lee Sun Kyun, IU, Park Ho San, Song Sae Byeok, Lee Ji Ah, Kim Young Min, Chang Ki Yong, Ahn Seung Kyoon dan ramai lagi. Drama Korea My Mister ini mempunyai 16 episod dan merupakan drama terbaru IU selepas drama Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini ye.
Sinopsis Drama Korea - My Mister
Mengisahkan 2 Insan iaitu Park Dong Hoon (40-an) dan Lee Ji An (20-an) yang tertekan dan berdepan saat sukar dalam hidup mereka. Park Dong Hoon (Lee Sun Kyun) sudah berkahwin dengan Kang Yoon Hee dan mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil, isterinya seorang peguam dan Park Dong Hoon juga mempunyai 2 adik beradik lelaki iaitu Park Sang Hoon dan Park Ki Hoon. Abang sulungnya menganggur kerana perniagaannya telah bankrup manakala adik lelakinya pula tidak menentu kerjanya. Ibu dan adik - beradik Park Dong Hoon mengharapkan Dong Hoon akan terus bekerja di syarikat pembinaan yang terkemuka itu dan memujuknya supaya bertahan lama di syarikat berkenaan. Manakala Park Dong Hoon tidak gembira bekerja sebagai pengurus di syarikat berkenaan kerana merasakan dirinya seolah - olah tidak dihargai walaupun telah bekerja disitu hampir 20 tahun. Dirinya juga tidak dinaikkan pangkat walaupun berkelayakan, hal ini kerana Park Dong Hoon tidak suka membodek orang atasannya dan buat halnya sendiri saja, malah dirinya juga terkenal dengan sikapnya yang baik hati, jujur dan amanah. Tanpa dia sangka isterinya telah curang dengannya dan ada affair dengan Do Joon Young yang merupakan CEO di syarikat tempat dia bekerja.
Do Joon Young sengaja mencari jalan supaya Park Dong Hoon dapat dipecat dari syarikat tersebut. Manakala Lee Ji An (IU) pula berdepan dengan situasi yang sukar apabila sering diganggu dengan ceti haram / along yang bernama Kwang Il (Chang Ki Yong). Malah Lee Ji An juga harus menyara dan menjaga neneknya yang sakit dan tidak boleh berjalan, Lee Ji An juga mempunyai sejarah silam yang gelap apabila dia pernah membunuh ayah Kwang Il kerana telah menggangu keluarganya, namun dia didapati tidak bersalah dan dilepaskan. Disebabkan itulah Kwang Il sering menggangunya serta memukulnya sesuka hatinya kerana Lee Ji An telah membunuh ayahnya, namun dalam masa yang sama dia juga menyukai Lee Ji An. Lee Ji An terpaksa mencari wang yang banyak untuk membayar hutang Along itu jika tidak dia akan terus diganggu oleh mereka. Lee Ji An bekerja di syarikat yang sama dengan Park Dong Hoon namun dia tidak mempunyai kawan disitu dan hanya buat halnya sendiri saja. Sesuatu telah terjadi dan menyebabkan Lee Ji An terpaksa melibatkan dirinya dalam urusan Park Dong Hoon, malah Lee Ji An juga telah membuat tawaran pada Do Joon Young untuk membuat Park Dong Hoon dipecat, selepas dia mengetahui rahsia Do Joon Young yang ada affair dengan isteri Park Dong Hoon.
Lee Ji An meminta sejumlah wang yang banyak dari Do Joon Young sebagai upahnya dan mula menjalankan tugasnya untuk rapat dengan Park Dong Hoon. Lee Ji An meminta Park Dong Hoon belanjanya makan malam untuk satu bulan atas bantuannya sebelum ini, namun Park Dong Hoon tidak selesa untuk keluar berdua dengan Lee Ji An. Selain itu Lee Ji An juga telah wiretapping handphone Park Dong Hoon dan membolehkan dia mendengar segala perbualan Park Dong Hoon secara langsung serta dapat merakamnya. Lee Ji An selalu menghabiskan masanya mendengar segala perbualan Park Dong Hoon, sekaligus mengetahui semua perkara yang terjadi dalam hidup Park Dong Hoon. Semakin lama Lee Ji An mendengar segala perbualan tersebut semakin dia sedar yang Park Dong Hoon seorang lelaki yang amat baik. Malah Lee Ji An mula berasa simpati pada Park Dong Hoon. Malah Park Dong Hoon juga turut membantu Lee Ji An dalam menguruskan hal ehwal neneknya itu. Tanpa Lee Ji An sedar, dia secara tidak sengaja mula jatuh hati pada Park Dong Hoon dan dari ingin menjatuhkan Park Dong Hoon, dia mula berpihak pada Park Dong Hoon dan membantu Park Dong Hoon untuk terus kekal di syarikat tersebut.
Do Joon Young mahukan Lee Ji An terus rapat dengan Park Dong Hoon supaya skandal antara mereka boleh membuatkan Park Dong Hoon dipecat. Namun disebabkan Lee Ji An yang telah berpaling tadah, semua rancangan Do Joon Young tidak menjadi. Keadaan makin rumit apabila Park Dong Hoon mengetahui mengenai kecurangan isterinya itu, namun berpura - pura di depan isterinya, seolah - olah dia tidak tahu apa - apa. Dalam masa yang sama Lee Ji An tahu Park Dong Hoon tengah mengalami saat yang sukar dan cuba memberikan kata - kata semangat padanya untuk teruskan hidup. Lee Ji An turut meluahkan rasa cintanya pada Park Dong Hoon namun cintanya itu tidak berbalas kerana Park Dong Hoon seorang lelaki yang setia dan jujur, tidak mungkin Park Dong Hoon dapat membalas cintanya itu, tambahan lagi jarak usia mereka yang terlalu jauh dan Park Dong Hoon masih lagi suami orang. Apa yang bakal berlaku seterusnya? bolehkah mereka bersatu? akan bahagiakah mereka nanti?.
bila dah kerja sama2 mesti jatuh hati haihhh kesiannya cinta tak berbalas
BalasPadamTak tengok drama ni. Sekarang mood tengok drama takde pulak 😑
BalasPadamwaaa.. mcm best jer cerita ni..
BalasPadamSaya nak cuba tengok drama ni lah...hopely bestlah
BalasPadamNak tengok jugak tapi takut sad ending🙁
BalasPadam