10 Jun 2018

Drama Nur Episod 9 Hingga 16 (TV3)

Nur, Drama Nur, Slot Samarinda, TV3, Sinopsis Drama Nur, Episod 9 Hingga 16, Sinopsis Drama Nur Episod 9 Hingga Episod 16, Pelakon Drama Nur, Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah, 2018,
Sinopsis Drama Nur Episod 9 Hingga Episod 16 (TV3)

Drama Nur memang tengah fenomena dan trending sekarang serta menjadi kesukaan penonton disebabkan jalan ceritanya yang lain daripada yang lain dan unik. Disamping terdapat pelbagai iktibar dan pengajaran yang boleh diambil dari drama Nur ini. Plus banyak nasihat - nasihat yang berguna ada dalam drama Nur ini. Paling trending adalah scene sub bunjut dalam episod 16 drama Nur ini yang lawak sampai aku pun boleh tergelak sekali hahaha. Dalam scene yang kelakar itu masih ada pengajaran yang terselit disitu kan. Antara pelakon drama Nur ini adalah Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah dan ramai lagi. Lagi beberapa episod saja, drama ini akan habis, rindu pula dengan drama Nur ini nanti kan. Apa pun kali ini aku nak share sinopsis drama Nur ini dari episod 9 hingga episod ke - 16Jadi selamat membaca okey. Bagi yang ketinggalan nak baca sinopsis dari episod 1 hingga episod 8 boleh klik link - link di bawah ini okey.

Sinopsis Drama Nur Episod 9 Hingga Episod 16 (Samarinda TV3)

Akhirnya Adam terpaksa mengikut perancangan keluarganya untuk bernikah dengan Qhadeeja walaupun dia mencintai Nur. Ketika majlis akad nikah tersebut, Qhadeeja ternampak Adam terserempak dengan Nur dan Adam sempat meluahkan perasaan cintanya pada Nur tanpa sedar yang Qhadeeja turut berada disitu. Qhadeeja yang terkejut dengan pengakuan Adam yang mencintai perempuan lain, membuatkan Qhadeeja kecewa dan sedih lalu bertindak melarikan diri dari majlis akad nikahnya itu dan membuat semua orang yang lain menjadi keliru. Ayah Adam dan adik Adam turut menjadi saksi ketika Adam meluahkan perasaan cintanya pada Nur. Akhirnya ayah Adam menasihati serta menggalakkan Adam untuk memperisterikan Nur walaupun mereka tahu Aishah dan mak Adam tidak akan bersetuju. Nur yang tidak tahu Adam tidak jadi berkahwin kecewa dan bersedih di rumahnya, manakala ibu Nur menasihati anaknya itu supaya tidak mempercayai janji - janji manis lelaki. Tiba - tiba Adam datang ke rumah Nur di waktu pagi namun Nur tidak mahu berjumpa dengan Adam dan menyuruhnya pulang saja. Adam tidak berputus asa dan kali ini dia pergi berjumpa dengan ibu Nur pula dan menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Nur. Akhirnya Ibu Nur membawa Adam pergi berjumpa dengan Nur di rumahnya. Nur gembira kerana Adam ingin menjadikannya isteri walaubagaimanapun bapa ayam ibu Nur iaitu Marzuki tiba - tiba datang dan menghalang Adam untuk berkahwin dengan Nur.



Disebabkan tidak mahu Marzuki menjadi penghalang hubungan Nur dan Adam, ibu Nur terpaksa berlakon dan menipu, ibu Nur meminta Adam membayar sejumlah wang sebagai syarat untuk membawa Nur keluar dari tempat tersebut dan Adam bersetuju. Malah Ibu Nur juga terpaksa menghalau Nur keluar dari situ kerana risau kalau Marzuki berubah fikirannya. Adam kemudian membawa Nur ke motel murah dan membiarkan Nur tinggal disitu buat sementara waktu. Nur agak sedih apabila dihalau oleh ibunya sedemikian rupa. Bapa Adam akhirnya menyuruh Adam dan Nur bernikah secepat mungkin dan majlis akad nikah mereka berjalan dengan lancar. Namun ibu Adam dan kakak Adam iaitu Aishah tidak mengetahui pernikahan rahsia Adam dan Nur ini sehingga Haji Mukhsin iaitu ayah Adam memberitahu mereka. Adam turut membawa Nur untuk berjumpa dengan kakak dan ibunya namun ibu Adam serta Aishah tidak mampu menerima kenyataan yang Adam sudah pun berkahwin dengan Nur. Mereka berdua sangat membenci Nur, namun ayah Adam menyuruh Adam dan Nur untuk tinggal di rumah tersebut walaupun mendapat tentangan daripada ibu Adam dan Aishah. Ibu Adam tidak dapat menerima Nur sebagai menantunya dan berasa rimas serta tidak tenang bila Nur berada di rumahnya. Melihat kelakuan ibunya yang tidak tenang membuatkan Aishah menghalau Nur keluar dari rumah itu. Amirul adik Adam turut menyaksikan yang kakak iparnya itu dihalau oleh Aishah. 

Walaubagaimanapun Aishah, ibu Adam berpura - pura tidak mengetahui sebab Nur lari dari rumah tersebut. Amirul pula hanya mendiamkan diri setelah diugut oleh Aishah. Adam pergi mencari Nur namun tidak berjumpa dan merasakan dirinya dah gagal untuk menjadi suami yang baik untuk Nur. Tak lama kemudian Nur pengsan di tepi jalan kerana kelaparan dan dibawa ke hospital. Kebetulan Nur dirawat oleh doktor Mukhriz, malah Qhadeeja juga sempat berborak dengan Nur. Nur menghalang Qhadeeja dari memberitahu Adam mengenai keadaannya. Amirul kemudian pecah rahsia tentang Nur yang dihalau oleh kakak sulung mereka Aishah dan ibu mereka. Adam marah dan kecewa dengan tindakan kakak dan ibunya itu. Tak lama kemudian Adam mendapat berita yang Nur berada di hospital dan bergegas ke hospital tersebut. Akhirnya Adam berjumpa dengan Nur dan membawa Nur untuk tinggal di motel buat sementara waktu. Adam turut memberi kata dua pada ibunya untuk menyedarkan kesalahan ibunya, Adam tidak akan pulang ke rumah selagi ibunya tidak dapat menerima Nur sebagai menantunya. Disebabkan ibu Adam tidak sanggup kehilangan anaknya itu, maka dia pergi berjumpa dengan Adam untuk memujuk Adam pulang ke rumah, ibu Adam juga meminta Adam untuk memberikannya masa untuk menerima Nur dengan hati yang ikhlas. Akhirnya Adam dan Nur pulang semula ke rumah tersebut.

Selain itu Aishah turut mengetahui yang suaminya dah berzina di dalam rumahnya itu dan bergaduh besar dengan suaminya iaitu Syed Hamadi. Aishah terus pergi ke rumah ibunya namun dia berasa geram melihat Nur telah masuk ke rumah itu semula lalu berlalu pergi. Tak lama kemudian Aishah memberitahu suaminya yang dia mengizinkan suaminya itu untuk bernikah lagi bagi mengelakkan suaminya dari terus melakukan maksiat. Syed Hamadi berasa seronok dan gembira apabila Aishah dah beri kebenaran untuk dia berkahwin lain. Nur cuba mengambil hati ibu mertuanya namun tidak begitu berjaya, tapi disebabkan satu kejadian, ibu Adam mula lembut hati dan boleh berbual mesra dengan Nur. Malah ibu Adam juga berasa menyesal dengan kelakuannya sebelum ini selepas mendengar cerita sebenar mengenai kisah anaknya dengan Nur itu. Aishah masih marah dan benci pada Nur walaupun telah dinasihati oleh ayahnya, Aishah yakin Nur telah membomohkan mereka sekeluarga. Kelihatan Amirul juga tidak begitu menyukai Nur, dia merasakan Nur ada penyakit Aids yang merbahaya. malah Amirul juga yakin yang Nur telah membomohkan mereka sekeluarga melalui masakannya lalu melaporkan pada kakaknya Aishah. Ketika mereka sekeluarga makan malam, Aishah datang menyerang dan mengatakan dia ada bukti yang Nur telah membomohkan mereka sekeluarga, namun insiden tersebut telah membuatkan mereka tertawa kerana Aishah menyangka sub bunjut yang ada dalam sup tersebut adalah sihir yang sengaja diletakkan oleh Nur untuk membomohkan mereka sekeluarga.



Aishah benggang dengan Amirul yang telah salah memberi info, manakala Syed Hamadi masih berhutang sana sini dan kini diburu oleh ceti haram. Selepas itu Adam cuba menasihati Amirul mengenai Nur dan kemudian ayah mereka mengajak Adam dan Amirul untuk pergi berdakwah ke lorong tersebut. Apa yang berlaku seterusnya?.

2 ulasan:

  1. terbaek.. nanti nak tengok dari awal episod la. hehe

    BalasPadam
  2. scene sup bunjut 10 kali ulang pun tetap lawak

    BalasPadam



My Random Post