31 Mac 2019

Keputusan Pemenang Festival Filem Malaysia Ke - 30




FFM30, Festival Filem Malaysia Ke - 30, Keputusan Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-30, Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke - 30 (FFM30), Filem One Two Jaga Menang Besar, Filem One Two Jaga Menang Filem Terbaik Dalam FFM30, Filem Melayu, Malay Movies,

Mengangkat tema ‘Inspirasi Sinemaku’, majlis berprestij #FFM30 telah berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Adibah Noor. Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) mempertandingkan 24 kategori termasuk tiga anugerah khas. Sebanyak 42 karya yang bertanding, 25 daripadanya adalah filem berbahasa Malaysia, 8 naskhah Mandarin, 7 Tamil dan 2 lagi Kantonis. Tahniah buat filem One Two Jaga kerana menang besar di FFM30 kali ini, dimana filem One Two Jaga tercalon untuk 10 anugerah dan berjaya memenangi enam daripadanya. Jadi kat sini aku nak share keputusan pemenang FFM30, jom tengok senarai pemenang di bawah ini ye.




Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke - 30 (FFM30)



Filem Terbaik :
One Two Jaga (Pixel Play Entertainment)


Pengarah Terbaik :
Namron (One Two Jaga) 

Pelakon Lelaki Terbaik :
Rosdeen Suboh (One Two Jaga)

FFM30, Festival Filem Malaysia Ke - 30, Keputusan Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-30, Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke - 30 (FFM30), Filem One Two Jaga Menang Besar, Filem One Two Jaga Menang Filem Terbaik Dalam FFM30, Filem Melayu, Malay Movies, Filem One Two Jaga, Poster Filem One Two Jaga, Pelakon Filem One Two Jaga, Along Eyzendy, Amerul Affendi, Ario Bayu, Zahiril Adzim, Vanida Imran, Rahhim Omar, Rosdeen Suboh, Izuan Fitri, Azman Hassan, Chew Kin Wah,



Pelakon Wanita Terbaik :
Datin Seri Umie Aida (Dukun)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik :
Hasnul Rahmat (Polis Evo 2) 

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik :
Nabila Huda (Makrifat Cinta)

Pengarah Harapan :
Quek Shio Chuan (Guang) 

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik :
Eng Wei Jie (Rise Of The Legend: Lee Chong Wei)

Pelakon Wanita Harapan :
Jaya Ganason (The Farm En Veettu Thottathil) 

Pelakon Lelaki Harapan :
Kyo Chen (Guang)

Anugerah Khas Juri 1 :
Paskal The Movie (Asia Tropical Films Sdn Bhd) 

Anugerah Khas Juri 2 :
Vedigundu Pasangge (Veedu Production Sdn Bhd)

Anugerah Khas Juri 3 :
Busker (Astro Shaw Sdn Bhd) 

Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman :
Seniman AR Badul

Anugerah Penggiat Belakang Tabir :
Habsah Hassan

Filem Box Office :
Munafik 2 (Skop Productions Sdn Bhd) 

Lakon Layar Terbaik :
Amri Rohaiyat, Fared Ayam & Namron (One Two Jaga) 

Sinematografi Terbaik :
Yeong Tuck Wei (Guang)

Cerita Asal Terbaik :
Pitt Haniff, Muhammad Syafiq & Namron (One Two Jaga) 

Kostum & Busana Terbaik :
Andy Sulaiman (Dukun) 

Penataan Bunyi Terbaik :
Imaginex Studio Sdn Bhd (Pulang)

Penataan Seni Terbaik :
Chan Hsien Yu (Guang) 

Kesan Khas Terbaik :
Pixelpost (Dukun)

Penyunting Terbaik :
Raja Affandi Raja Jamaludin (Dukun)

Skor Muzik Asal Terbaik :
Nick Davis (Two Sisters) 

Poster Terbaik :
Jazzy Pictures (One Two Jaga)

Lagu Tema Terbaik :
Atma Jiwa, Monoloque (Busker)

- Tahniah buat semua pemenang FFM30 -

(Blog Dari Hati Miss MuLaN)


Read More

30 Mac 2019

Sinopsis Saya Jual Ye Bang - Astro First Eksklusif




Saya Jual Ye Bang, Super Tele, FTV, Filem Televisyen, Telemovie, Telefilem, Telefilem Mega Saya Jual Ye Bang, Sinopsis Saya Jual Ye Bang, Astro Eksklusif, Poster Telefilem Saya Jual Ye Bang, Cast, Pelakon Telemovie Saya Jual Ye Bang, Zizan Razak, Uqasha Senrose, Nadiyah Sahab, Dato’ AC Mizal, Idris Khan, Vicha, Bell Ngasri, Ray ERA, Adaptasi Filem Taiwan Ace Of Sales, Romantik Komedi, Telefilem Astro 2019, Telemovie Astro 2019,
Sinopsis Filem Televisyen Saya Jual Ye Bang Siaran Astro First Eksklusif

Filem Televisyen (FTV) / Super - Tele  Saya Jual Ye Bang ini bergenre romantik komedi dan diarahkan oleh Kabir Bathia serta sudah disiarkan di Astro First Eksklusif (saluran 480) dan On Demand bermula 14 Mac 2019 yang lalu. Antara pelakon telefilem Saya Jual Ye Bang ini adalah Zizan Razak, Uqasha Senrose, Nadiyah Sahab, Dato’ AC Mizal, Idris Khan, Vicha, Bell Ngasri, Ray ERA dan ramai lagi. Super - Tele Saya Jual Ye Bang ini adalah adaptasi dari filem Taiwan berjudul “Ace of Sales” (2016). Manakala lagu tema / OST Saya Jual Ye Bang ni dinyanyikan oleh Zizan Razak bertajuk Kau Takkan Tahu. Apa pun jom tengok sinopsis cerita ini di bawah ye..




Sinopsis Saya Jual Ye Bang Lakonan Zizan, Uqasha dan Nadiyah Shahab

Mengisahkan tentang Rose (Uqasha Senrose), seorang pegawai pemasaran yang bercita-cita tinggi, mempunyai seorang suami yang sangat penyayang dan sentiasa merendah diri iaitu Amin (Zizan Razak), seorang mekanik. Walaupun tidak memiliki kehidupan yang mewah dan hidup dalam keadaan serba sederhana, namun Rose dan Amin merupakan pasangan yang sangat bahagia. Suatu hari, Rose tiba-tiba diberhentikan kerja di atas kesalahan yang tidak disengajakan. Setelah berbulan-bulan lamanya Rose menganggur, akhirnya Rose ditawarkan kerja sebagai jurujual di sebuah pasaraya, namun pekerjaan itu agak mencabar dan Rose tidak mampu untuk mencapai sasaran jualan bulanan yang dikehendaki oleh majikannya. 

Pada masa yang sama, Rose turut tertekan dengan sikap rakan sekerja yang dilihat kerap kali memperlekehkannya kerana kegagalan beliau menjual produk syarikat. Oleh kerana sebuah insiden yang mengelirukan, beliau berkenalan dengan seorang usahawan tersohor, Datuk Jaki (Dato’ AC Mizal) yang mengajar beliau selok belok perniagaan dan cara-cara untuk menjadi seorang jurujual hebat. Dari situ, beliau mengorak selangkah lagi dan terlibat dengan dunia pengacaraan di mana namanya kemudian menjadi sebutan dan popular. Rose mula lalai akan tanggungjawabnya sebagai isteri dan mengabaikan Amin. Pada masa yang sama, pengurus Rose, Mr. Sam (Idris Khan) turut cuba mendekati Rose. Rose kini dalam dilema dan rumahtangganya bersama Amin dilihat semakin goyah. Bagaimana pula dengan Amin yang begitu mencintai isterinya?

~Blog Dari Hati Miss Mulan~ darihatimissmulan.blogspot.com
Read More

27 Mac 2019

Sinopsis Drama Che Salmah Bintang Radio (TV2)




Che Salmah Bintang Radio, Drama Che Salmah Bintang Radio, Drama Melayu, Drama Bersiri, TV2, RTM, Sinopsis Drama Che Salmah Bintang Radio, Filem Thailand Suddenly Twenty, Poster Drama Che Salmah Bintang Radio, Cast, Pelakon Drama Che Salmah Bintang Radio, Anas Ridzuan, Chacha Maembong, Dian P.Ramlee, Fathul Wafi dan Fathil Dani, Drama Melayu 2019, Drama Melayu TV2 2019, Drama Melayu RTM,
Sinopsis Drama Che Salmah Bintang Radio (TV2)

Drama Che Salmah Bintang Radio disiarkan di TV2 (RTM) setiap Isnin hingga Rabu, jam 3 petang. Antara pelakon drama Che Salmah Bintang Radio ini adalah Anas Ridzuan, Chacha Maembong, Dian P.Ramlee, Fathul Wafi dan Fathil Dani dan ramai lagi. Selain itu drama Che Salmah Bintang Radio ini diarahkan oleh Fairuz Loy. Nampak menarik drama ni kan, bila tengok sinopsis drama ni mengingatkan aku tentang filem Thailand yang bertajuk Suddenly Twenty, tapi ada perbezaan sikit - sikitlah jalan ceritanya kan. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye, selamat membaca okey.




Sinopsis Drama Che Salmah Bintang Radio Lakonan Chacha Maembong & Anas Ridzuan

Mengisahkan tentang Che Salmah yang tinggal dengan anak tunggalnya Azhar, menantunya Amyza, dan dua cucunya Anas dan Aisya. Pergolakan keluarga bermula apabila Che Salmah sering memarahi Amyza seolah-olah membencinya. Amyza yang menghidapi sakit hipertensi akhirnya jatuh sakit dan terlantar di hospital. Azhar menegur sikap ibunya dan mencadangkan agar ibunya tinggal di rumah orang-orang tua buat sementara waktu. Che Salmah mengambil keputusan meninggalkan rumah itu dan di pertengahan jalan dia telah didatangi oleh seorang lelaki tua yang memberikannya sejenis jamu untuk menenangkan hatinya dan boleh menjadi cantik. Setelah meminum jamu tersebut dengan tiba-tiba Che Salmah pengsan dan apabila dia sedar, dia sudah menjadi seorang perempuan yang cantik. Kini Che Salmah menjelma menjadi seorang wanita cantik menghadapi kerenah anak-anak muda yang mengganggunya kerana kecantikannya. Che Salmah terus berjalan dan terus berangan-angan untuk menjadi seorang penyanyi yang hebat yang pernah diimpikannya tetapi hajat itu tidak pernah kesampaian. Dalam masa yang sama, Azhar dan anak-anaknya mencari Che Salmah yang telah hilang daripada rumah. Keinginannya menjadi penyanyi terus bergolak, lantas apabila melintasi sebuah pusat karaoke, Che Salmah terpanggil untuk menyanyi di situ.Kecantikan dan kemerduan suaranya telah memikat ramai orang. 
Anas dan kawan-kawannya yang sedang mencari neneknya juga turut teruja mendengar suara merdu dan keayuan wajah Che Salmah terus masuk ke pusat karaoke itu. 
Che Salmah Bintang Radio, Drama Che Salmah Bintang Radio, Drama Melayu, Drama Bersiri, TV2, RTM, Sinopsis Drama Che Salmah Bintang Radio, Filem Thailand Suddenly Twenty, Poster Drama Che Salmah Bintang Radio, Cast, Pelakon Drama Che Salmah Bintang Radio, Anas Ridzuan, Chacha Maembong, Dian P.Ramlee, Fathul Wafi dan Fathil Dani, Drama Melayu 2019, Drama Melayu TV2 2019, Drama Melayu RTM,
Apabila Che Salmah melihat Anas, dia terus berlari ke belakang tempat itu dan tiba-tiba Che Salmah amat terkejut apabila terserempak dengan Anas cucunya. Anas tidak menyedari bahawa perempuan itu adalah neneknya, tetapi Che Salmah mengetahui bahawa Anas adalah cucunya. Namun, hal ini terus menjadi rahsia. Anas tawarkan Che Salmah sebagai penyanyi kugirannya. Che Salmah menyamar sebagai Sally dan menyewa rumah milik Pak Ali. Apabila melihat Sally, Pak Ali teringat akan Che Salmah kawannya semasa muda dahulu. Pada masa yang sama Azhar dan isterinya amat gusar kerana ibunya yang hilang masih belum ditemui lagi. Che Salmah pula muncul tiba-tiba dengan penampilan seorang wanita cantik dan bersuara merdu diterima untuk menjadi penyanyi kumpulan muzik yang diketuai oleh Anas cucunya.Selepas habis latihan menyanyi, Anas menjemput Sally makan malam di rumahnya. Perangai Sally agak pelik kerana Sally bersikap seolah-olah dia ialah Che Salmah dan apabila dia tersedar, dia terus mengubah perangainya menjadi seperti Sally semula. Hal ini amat menghairankan keluarga Anas temasuk ayahnya Azhar. Azhar pula berasa amat sedih atas kehilangan ibunya dan isterinya Amyza juga berasa amat bersalah menyebabkan ibu mertuanya menghilangkan diri. Hubungan anatara Azhar dan Amyza menjadi dingin. Pak Ali curiga dengan tingkahlaku Sally. Sally rindu anak dan cucunya namun terpaksa bertahan kerana identitinya yang barunya itu. Anas dan ahli kumpulan muziknya juga curiga kerana Sally agak kolot dan tidak mempunyai telefon pintar. Tembelang Sally pecah bila Pak Ali perasan Sally memakai rantai sama dengan Che Salmah. 
Pak Ali menyelongkar bilik Sally dan terjumpa cermin mata Che Samah di dalam sebuah beg pakaian Sally. Che Salmah terpaksa berterus-terang dengan kejadian yang dialaminya hingga membuatkan dirinya terus menyamar sebagai Sally.Che Salmah terus menjadi penyanyi dalam kumpulan muzik Anas dan menyewa bilik di rumah Pak Ali. Sementara itu, Azhar sekeluarga yang gagal mencari Che Salmah sangat bersedih dan menyesal kerana telah menghalau ibunya keluar daripada rumahnya dulu. Seorang komposer, Ahmad menawarkan Che Salmah menyertai syarikat rakamannya.Pada suatu petang Amyza datang ke rumah Pak Ali dan cuba menyelidik tentang ibu mertuanya. Pada suatu malam Salmah terpijak kaca dan kakinya berdarah. Pak Ali datang membantunya. Kaki Sally yang terluka dan berdarah akibat terkena kaca menjadi berkedut-kedut. Pak Ali dan Sally amat risau dan cuba mencari orang tua yang memberikan jamu dulu di Chow kit Road. Malangnya mereka gagal. Kaki Sally terpaksa dibalut untuk menyembunyikannya. Dalam pada itu Azhar dan Amyza cuba menyiasat tentang bil kad kredit yang digunakan atas nama Che Salmah dan bertanyakan hal ini kepada Pak Ali. Kebetulan pada waktu itu Sally ada bersama. Melalui gelagat Sally, Azhar dan Amyza mengesyaki sesuatu tentang Sally. Amyza dan Azhar berasa hairan dan curiga tentang penampilan Sally yang cantik itu. Dalam masa yang sama Karisma Records mempunyai harapan yang sangat tinggi akan kemampuan Sally sebagai penyanyi yang hebat untuk memajukan syarikatnya. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Che Salmah dapat mencari penawar mengubah kembali identiti dirinya?
Jom Baca ini juga ➤ Review Korean Drama - Less Than Evil
~Blog Dari Hati Miss Mulan~ - darihatimissmulan.blogspot.com
Read More

20 Mac 2019

Sinopsis Filem Bikers Kental 2




Bikers Kental 2, Filem Melayu, Malay Movie, Movie, Movie Bikers Kental 2, Filem Bikers Kental 2, Sinopsis Bikers Kental 2, Pelakon Filem Bikers Kental 2, Zizan Razak, Dato Awie, Dato Afdlin Shauki, Bront Palarae, Amerul Affendi, Ayie Hushairi, Julangtip Sukkasem, Korravee Pimsuk, Peerasak Reabroy, Filem Melayu 2019, Malay Movie 2019, Poster Filem Bikers Kental 2,

Filem Bikers Kental 2 telah pun diayangkan di pawagam bermula 14 Mac 2019 yang lalu dan filem ini adalah sambungan kepada filem Bikers Kental yang ditayangkan pada tahun 2013. Antara pelakon filem Bikers Kental 2 ini adalah  Zizan Razak, Dato Awie, Dato Afdlin Shauki, Bront Palarae, Amerul Affendi, Ayie Hushairi, Julangtip Sukkasem, Korravee Pimsuk, Peerasak Reabroy dan ramai lagi. Nampaknya Zul Ariffin tak berlakon dalam filem ini, tapi dia ada dalam filem Bikers Kental (2013) yang dulu. Bikers Kental 2 ialah sebuah filem aksi pengembaraan permotoran Malaysia 2019 arahan Helmi Yusof dan diterbitkan oleh MRB Network Sdn Bhd. Nampak menarik filem ini, tambahan lagi ada ramai pelakon best yang berlakon dalam filem aksi komedi Bikers Kental 2 ini. Apa pun jom tengok watak pelakon serta sinopsis filem ini di bawah ye..

Watak - Watak Pelakon Filem Bikers Kental 2

  • Zizan Razak sebagai Bidin Al-Zaifa
  • Afdlin Shauki sebagai Aidid
  • Awie sebagai Eddie Cuardo
  • Amerul Affendi sebagai Al Buqerk
  • Ayie Hushairi sebagai Eddy
  • Bront Palarae sebagai Pornthaliwat
  • Julangtip Sukkasem sebagai Cherry Porntit




Sinopsis Filem Bikers Kental 2 Lakonan Zizan dan Awie
Enam tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, Bidin Al-Zaifa kini sudah mempunyai sebuah pernigaan sendiri dalam bidang permotoran, Bidin memulakan perniagaan dalam berus udara dan pelekat motor secara kecil-kecilan secara sendiri. Rentetan kisah cinta Bidin dengan gadis Thailand bernama Cherry Porntit melalui hubungan jarak jauh, kali ini Bidin bertekad untuk memperisterikan Cherry yang masih lagi menetap di Hatyai. Sebagaimana kali pertama bertemu, Bidin sekali lagi akan ke Hatyai dengan menunggang motosikal kesayanganya, Aprilla RSV4 untuk bertemu kekasih hatinya dan melamarnya. Kali ini Bidin akan Hatyai demi cintanya terhadap Cherry secara solo. Bagaimanapun, Bidin kini sudah mempunyai musuh di Thailand, Pornthaliwat Thani yang telah dipenjarakan selepas ditangkap. Dengan ini secara rasminya, Porthaliwat menyimpan dendam terhadap Bidin Al Zaifa. Pornthaliwat yang baru sahaja dibebaskan dari penjara dan disambut oleh Al Buqerk. Pornthaliwat bertanya mengenai Bidin tetapi sehingga sekarang, Al Buqerk masih tidak berjaya menjejaki Bidin. 
Bikers Kental 2, Filem Melayu, Malay Movie, Movie, Movie Bikers Kental 2, Filem Bikers Kental 2, Sinopsis Bikers Kental 2, Pelakon Filem Bikers Kental 2, Zizan Razak, Dato Awie, Dato Afdlin Shauki, Bront Palarae, Amerul Affendi, Ayie Hushairi, Julangtip Sukkasem, Korravee Pimsuk, Peerasak Reabroy, Filem Melayu 2019, Malay Movie 2019, Poster Filem Bikers Kental 2,
Mereka diculik oleh Khunna, ketua mereka. Khunna meminta wangnya dikembalikan dan menembak mati Pornthaliwat untuk mnegugut Al Buqerk. Sementara itu di Kuala Lumpur, Bidin masih bekerja di Red Garage yang kini telah diambil alih oleh adik kepada Aidil iaitu Aidid selepas Aidil berhijrah ke Los Angeles untuk mengejar impiannya bertemu dengan Paul Senior. Bidin merancang untuk melawat Cherry dan keluarganya di Hatyai untuk berkenalan dengan lebih dekat sebelum melamar kekasih hatinya itu. Bidin mengajak Eddie menemaninya tetapi Eddie tidak dapat menyertai Bidin memandangkan terdapat beberapa perkara yang harus diselesaikannya di Kuala Lumpur. Eddie hanya dapat menyertai Bidin beberapa hari kemudian. Bidin akhirnya bergerak seorang diri ke Hat Yai. Semasa di dalam perjalanan, beliau singgah di Dannok untuk berhenti makan tetapi dikejar Al Buqerk yang ternampaknya. Bidin berjaya melepaskan diri dan menyambung perjalanannya ke Hat Yai. Dengan bantuan rakannya Eddy, Aidil dan geng, mereka sekali lagi bertolak ke Thailand dengan motosikal, kali ini untuk memenangi cinta dan melawan musuh.

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

18 Mac 2019

Apa Yang Aku Beli Guna Duit Google Adsense?




Apa Yang Aku Beli Guna Duit Google Adsense, Handphone baru, My New Smart Phone, Lazada Malaysia, Shopping Online, Payment Google Adsense, Cash Out Google Adsense For The Second Time, Xiomi Redmi Note 5, Redmi Note 5, Made In China, Redmi Note 5 Red Colour,

21 Februari 2019 yang lalu, payment Google Adsense dah masuk, tapi 25 Feb baru aku cash out, kali kedua ni paymentnyer banyak sikitlah dari kali pertama tu. Aku sebenarnya dah lama niat nak beli handphone baru, maklumlah handphone lama tu memang dah lamalah kan, jenamanya Samsung Galaxy Ace yang saiznya lebih kecil sedikit dari handphone jenis trend terkini yang lebih nipis dan lebar gitu. Awalnya aku niat nak simpan duit tu dan kumpul and then beli handphone yang harganya RM1000 ke atas. Tapi rasanya macam malas nak menunggu lebih lama, jadi aku decide nak beli handphone yang lebih murah harganya tapi berkualiti dan berbaloi gitu. Dengan menggunakan duit Google Adsense ni serta tambah dengan sedikit duit sendiri, maka dapatlah aku beli handphone baru. 




Alhamdulilah aku beli online je handphone tu dekat Lazada Malaysia. 5 March 2019 handphone tu dah sampai kat aku dan Alhamdulilah handphone tu semua okey, tak ada masalah apa pun. Awalnya risau juga beli henpon secara online ni, tapi nasib baik semuanya okey gitu. 
Handphone yang aku beli adalah Xiomi Redmi Note 5, awalnya aku berkenan dengan handphone warna biru tu, tapi laku sangat pula, asyik tak ada stok je. Warna lain pun cantik - cantik juga, tapi henpon jenis ni memang cepat habis stok, pastu aku pilih warna merah yang hampir - hampir nak habis stok juga hahaha, nasib sempat beli. Setakat ni handphone tu berfungsi dengan amat baik sekali.
Apa Yang Aku Beli Guna Duit Google Adsense, Handphone baru, My New Smart Phone, Lazada Malaysia, Shopping Online, Payment Google Adsense, Cash Out Google Adsense For The Second Time, Xiomi Redmi Note 5, Redmi Note 5, Made In China, Redmi Note 5 Red Colour,
Bila dah ada henfon baru ni, sakan gak aku download dan main game dalam henfon ni hahaha.
Read More

15 Mac 2019

Novel Encik Imam Ekspres Karya Cik Tet




Dia Imam Ekspress, Novel Encik Imam Ekspres, Novel Dia...Encik Imam Ekspres, Karya Novelis Cik Tet, Drama Encik Imam Ekspres, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Melayu 2019, Drama Astro 2019, Drama Baru Nelydia Senrose, Pelakon Drama Encik Imam Ekspres, Nelydia Senrose, Fikry Ibrahim, Isaac Iman, Ben Amir, Nafiz Muaz, Ruzana Ibrahim, Elisya Sandha, Sherry Ibrahim, Faiz Nor, Anne Abdullah, Badrul Muhayat, Raja Azmi, Daler Yusuf, Drama Adaptasi Novel, Cover Depan Novel Encik Imam Ekspres,

Kali ini giliaran Novel Dia... Encik Imam Ekspres karya novelis Cik Tet yang diadaptasikan menjadi drama bersiri 14 episod yang tengah hangat disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria. Drama Encik Imam Ekspres ini disiarkan bagi menggantikan drama Senafas Rindu yang telah tamat episodnya. Drama ini dibintangi oleh Nelydia Senrose, Fikry Ibrahim, Isaac Iman, Ben Amir, Nafiz Muaz, Ruzana Ibrahim, Elisya Sandha, Sherry Ibrahim, Faiz Nor, Anne Abdullah, Badrul Muhayat, Raja Azmi, Daler Yusuf dan lain - lain lagi. Cover novel ni cantik juga, berbunga gitu, apa pun jom tengok sinopsis novel ini serta watak - watak pelakon drama Encik Imam Ekspres ini di bawah ye..
Dia Imam Ekspress, Novel Encik Imam Ekspres, Novel Dia...Encik Imam Ekspres, Karya Novelis Cik Tet, Drama Encik Imam Ekspres, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Melayu 2019, Drama Astro 2019, Drama Baru Nelydia Senrose, Pelakon Drama Encik Imam Ekspres, Nelydia Senrose, Fikry Ibrahim, Isaac Iman, Ben Amir, Nafiz Muaz, Ruzana Ibrahim, Elisya Sandha, Sherry Ibrahim, Faiz Nor, Anne Abdullah, Badrul Muhayat, Raja Azmi, Daler Yusuf, Drama Adaptasi Novel,
Nelydia Senrose sebagai Diya (Diyana Aqilah)
Fikry Ibrahim sebagai Ajim (Engku Razil)
Isaac Iman sebagai Awish

Ben Amir sebagai Iyad (Engku Riyad)

Elisya Sandha sebagai Atun

Nafiz Muaz sebagai Izzat Hairi

Ruzana Ibrahim sebagai  Zura

Anne Abdullah sebagai Suriani

Badrul Muhayat sebagai Hambali
Sherry Ibrahim sebagai Myza
Faiz Nor sebagai Azman
Daler Yusuf sebagai Encik Damien





Sinopsis Novel Encik Imam Ekspres

Pertama kali bertentang mata, ada rasa aneh menjengah hati kedua-duanya. Namun rasa yang terbit terpaksa disembunyikan di sudut hati yang paling dalam kerana si dia itu bakal menjadi milik orang. Tiga tahun berlalu, kedua-dua hati itu ditemukan kembali. Masing-masing dengan lara di hati lantaran kesakitan yang ditinggalkan insan tersayang. Cinta kembali mengetuk hati kedua-duanya. Bagi Diyana Aqilah, rasa cinta itu perlu dilawan. Bimbang kalau hati bakal dilukai lagi. Namun, bagi Engku Razil pula, peluang yang muncul takkan dilepaskan lagi begitu sahaja. Cukuplah tiga tahun dia memendam rasa. Kehadiran si cilik, Sarah Akisya yang comel dengan pelatnya melancarkan lagi misi memikat Engku Razil.
“Sebab Kisya aje?”~ Diya “Sebab… hati abang juga inginkan Umi Kisya ada di sini. Hati abang cakap, jangan sesekali lepaskan Umi Kisya pergi dari sini.” ~ Engku Razil

Dia Imam Ekspress, Novel Encik Imam Ekspres, Novel Dia...Encik Imam Ekspres, Karya Novelis Cik Tet, Drama Encik Imam Ekspres, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Melayu 2019, Drama Astro 2019, Drama Baru Nelydia Senrose, Pelakon Drama Encik Imam Ekspres, Nelydia Senrose, Fikry Ibrahim, Isaac Iman, Ben Amir, Nafiz Muaz, Ruzana Ibrahim, Elisya Sandha, Sherry Ibrahim, Faiz Nor, Anne Abdullah, Badrul Muhayat, Raja Azmi, Daler Yusuf, Drama Adaptasi Novel, Poster Drama Encik Imam Ekspres,

Ketika hati sudah bersedia untuk menerima, sebuah musibah mula menguji kedua-duanya. Lain yang diimpikan, lain yang berlaku. Walaupun mereka bersatu, namun rasa kecewa di hati mengatasi segala-galanya hingga Diya ambil keputusan untuk menjauh. Cinta itu memang sudah lama ada. Rindu itu juga sudah lama memekar. Tapi bila acap kali diuji, hati Diya jadi nanar!

“Abang dah tiupkan penawar yang paling mujarab untuk luka di jari isteri abang ni. Cuma abang tak pasti, penawar yang sama akan berjaya untuk mengubati luka di hati Diya. Tapi abang takkan berputus asa. Abang akan terus mencari dan terus merawat sehingga luka di hati isteri abang ni sembuh tanpa tinggal segaris parut.” ~ Engku Razil.

Mampukah Encik Imam Ekspres merawat luka di hatinya sekali gus melenyapkan semua rasa kecewa yang ada? Ataupun perhubungan mereka bakal berakhir sepantas ia bermula.

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

14 Mac 2019

Telemovie Penunggu Simpang - Cerekarama TV3




Penunggu Simpang, Telemovie, Telefilem, Telemovie Penunggu Simpang, Telefilem Penunggu Simpang, Cerekarama, TV3, Cerekarama Penunggu Simpang, Cerekarama 2019, Telefilem TV3 2019, Hantum Kisah Seram, Cast, Pelakon Telemovie Penunggu Simpang, Aiman Tino, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Zee Zainal, Faiz Tapaw, Khaty Azian, Nafiez Zaidi, Ropie, Jaja Iliyes,

Telefilem Penunggu Simpang akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 23 Mac 2019 ini, jam 9.30 malam. Telemovie Penunggu Simpang ini disiarkan khas sempena DFKL 2019 (Drama Festival Kuala Lumpur) yang akan berlangsung tak lama lagi. Antara pelakon telemovie Penunggu Simpang ini adalah Aiman Tino, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Zee Zainal, Faiz Tapaw, Khaty Azian, Nafiez Zaidi, Ropie, Jaja Iliyes dan ramai lagi. Manakala pengarah telefilem ini adalah Along Kamaluddin. Nampak menarik telefilem ini kan, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini di bawah ye..




Sinopsis Telemovie Penunggu Simpang Slot Cerekarama TV3

Tahun 1990, simpang jalan disebuah kampung bernama Kampung Simpang-Simpang dikatakan berhantu. Munculnya penunggu yang digelar Penunggu Simpang yang dikatakan menyerupai seorang wanita cantik. Apa yang berlaku seterusnya?..

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

13 Mac 2019

Review Drama Korea Familiar Wife




Familiar Wife, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Familiar Wife, Drama Korea Familiar Wife, Poster Familiar Wife, Sinopsis Drama Korea Familiar Wife, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Dari Hati Miss Mulan, Drama Korea 2018, TVN, Cast, Pelakon Drama Korea Familiar Wife, Ji Sung, Han Ji Min, Kang Han Na, Jang Seung Jo, Lee Jung Eun, Oh Eui Sik, Lee You Jin, Cha Hak Yeon, Romantik Komedi, Fantasi, Time Travel, Good Drama, TVN Drama 2018, Ji Sung New Drama, Han Ji Min Drama,
Familiar Wife - Korean Drama Review

Okey today aku nak buat review Korean Drama Familiar Wife, drama ini mempunyai 16 episod, disiarkan di channel TVN dan release pada 1 Ogos 2018 dan tamat pada 20 September 2018 yang lalu. Selain itu drama Korea Familiar Wife ini dibintangi oleh Ji Sung, Han Ji Min, Kang Han Na, Jang Seung Jo, Lee Jung Eun, Oh Eui Sik, Lee You Jin, Cha Hak Yeon dan ramai lagi. Drama ini bergenre romance, fantasy and time travel dan Korean Drama Familiar Wife ini disiarkan bagi menggantikan drama What's Wrong With Seceretary Kim dan kemudian akan digantikan dengan drama baru yang bertajuk The Smile Has Left Your Eyes lakonan Seo In Guk. Pelakon Jo Jung Suk turut jadi cameo dalam drama ini iaitu sebagai watak Chef Kang, iaitu watak yang pernah dipegangnya dalam drama Korea Oh My Ghost. Maklumlah screenwriter drama ini dan drama Oh My Ghost adalah orang yang sama, plus kedua - dua drama tersebut turut disiarkan di channel TVN kan. Jadi memang sesuailah Jo Jung Suk jadi cameo dalam drama ini kan.




Aku suka dengan jalan cerita drama ini sebab terselit banyak pengajaran gitu. Mengisahkan tentang Cha Joo Hyuk (Ji Sung) dan Seo Woo Jin (Han Ji Min) yang telah berkahwin selama 5 tahun dan mempunyai 2 orang anak yang masih kecil. Bila dah kahwin ada komitmen banyak, pastu diorang ada masalah kewangan lagi dan Seo Woo Jin jadi sangat stress kerana perlu bekerja dan jaga anak dalam masa yang sama. Plus suaminya pula macam tak ambil berat dan peduli tentang keadaannya, ditambah lagi dengan mak Seo Woo Jin yang sakit ada dementia. Semua hal ini membuatkan Seo Woo Jin berubah sikap dari seorang yang ceria dan happy go lucky menjadi pemarah dan garang hingga membuatkan suaminya iaitu Cha Joo Hyuk takut dengannya. Manakala Cha Joo Hyuk pula bekerja di bank, dia kerap balik lambat dan sering membiarkan isterinya sendiri. Cha Joo Hyuk juga berasa tertekan kerana isterinya tidak menghormatinya dan kerap marah dan menengkingnya. Mereka berdua berasa sangat tidak gembira.
Familiar Wife, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Familiar Wife, Drama Korea Familiar Wife, Poster Familiar Wife, Sinopsis Drama Korea Familiar Wife, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Dari Hati Miss Mulan, Drama Korea 2018, TVN, Cast, Pelakon Drama Korea Familiar Wife, Ji Sung, Han Ji Min, Kang Han Na, Jang Seung Jo, Lee Jung Eun, Oh Eui Sik, Lee You Jin, Cha Hak Yeon, Romantik Komedi, Fantasi, Time Travel, Good Drama, TVN Drama 2018, Ji Sung New Drama, Han Ji Min Drama, Korean Drama GIF, Korean Drama Familiar Wife Gif, Animated Picture, Korean Drama Familiar Wife Animated Picture, Gambar Bergerak,
Tak lama kemudian Cha Joo Hyuk bertemu dengan cinta pertamanya di zaman kolej iaitu Lee Hye Won (lakonan Kang Han Na) yang merupakan anak orang kaya dan sangat cantik. Hye Won memberitahu Cha Joo Hyuk yang dirinya ada hati pada Cha Joo Hyuk ketika mereka sama - sama berada di kolej dulu. Selepas itu Cha Joo Hyuk mula berasa menyesal kerana berkahwin dengan Woo Jin serta tidak mengorat Hye Won dengan bersungguh - sungguh di masa lalu. Akhirnya Cha Joo Hyuk mendapat peluang untuk kembali ke masa silam iaitu di hari pertama dia berjumpa dengan Woo Jin. Cha Joo Hyuk berazam untuk mengubah masa silamnya supaya masa kininya juga berubah. Akhirnya apa yang dihajatinya tercapai kerana isterinya kini sudah berubah dan bukan lagi Seo Woo Jin tapi Lee Hye Won. C.Joo Hyuk berasa sangat gembira kerana hidupnya berubah, malah dirinya juga tidak susah lagi kerana telah menjadi menantu orang kaya gitu. Apa yang perlu dilakukan Joo Hyuk adalah hanya menjaga hati Hye Won dan mengikut segala cakapnya supaya mereka sentiasa bahagia. Namun hidup Cha Joo Hyuk mula jadi huru - hara bila Seo Woo Jin kini bekerja di tempat yang sama dengan C.Joo Hyuk. Walaubagaimanapun Seo Woo Jin tidak ingat apa - apa mengenai dirinya yang pernah menjadi isteri C.Joo Hyuk.
Familiar Wife, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Familiar Wife, Drama Korea Familiar Wife, Poster Familiar Wife, Sinopsis Drama Korea Familiar Wife, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Dari Hati Miss Mulan, Drama Korea 2018, TVN, Cast, Pelakon Drama Korea Familiar Wife, Ji Sung, Han Ji Min, Kang Han Na, Jang Seung Jo, Lee Jung Eun, Oh Eui Sik, Lee You Jin, Cha Hak Yeon, Romantik Komedi, Fantasi, Time Travel, Good Drama, TVN Drama 2018, Ji Sung New Drama, Han Ji Min Drama, Korean Drama GIF, Korean Drama Familiar Wife Gif, Animated Picture, Korean Drama Familiar Wife Animated Picture, Gambar Bergerak,
Lebih parah bila kawan baik Cha Joo Hyuk turut jatuh hati pada Seo Woo Jin, apa yang bakal berlaku seterusnya?. Itu adalah serba sedikit sinopsis drama Familiar Wife ini. Latar tempat drama ini banyak di bank, iaitu tempat C.J.Hyuk dan S.Woo Jin bekerja. C.J.Hyuk bekerja di bahagian loan manakala Seo Woo Jin bekerja di bahagian Direct Banking. Lagu tema / OST Familiar Wife ini biasa - biasa saja bagi aku sebab tak ada lagu yang benar - benar buat aku minat gitu. Banyak perubahan yang berlaku bila Cha Joo Hyuk berjaya menukar sejarah hidupnya. Perubahan juga turut berlaku dalam hidup orang - orang di sekeliling Cha Joo Hyuk seperti adiknya dan kawan - kawan baiknya serta Seo Woo Jin juga. Seo Woo Jin kini seorang yang yakin diri, berani, sentiasa tersenyum dan bekerjaya. Ini adalah kali pertama aku melihat Jang Seo Jo melakonkan watak yang happy go lucky dan sedikit komedi iaitu sebagai Yoon Jong Hoo yang merupakan kawan baik C.Joo Hyuk lakonan Ji Sung. Sebelum ini dia selalu melakonkan watak serius seperti dalam drama Money Flower. Bila tengok drama ni, penonton dapat melihat macam mana gaya pekerja bank bekerja serta situasi - situasi yang tidak dijangka yang perlu dihadapi mereka.
Familiar Wife, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Familiar Wife, Drama Korea Familiar Wife, Poster Familiar Wife, Sinopsis Drama Korea Familiar Wife, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Dari Hati Miss Mulan, Drama Korea 2018, TVN, Cast, Pelakon Drama Korea Familiar Wife, Ji Sung, Han Ji Min, Kang Han Na, Jang Seung Jo, Lee Jung Eun, Oh Eui Sik, Lee You Jin, Cha Hak Yeon, Romantik Komedi, Fantasi, Time Travel, Good Drama, TVN Drama 2018, Ji Sung New Drama, Han Ji Min Drama, Korean Drama GIF, Korean Drama Familiar Wife Gif, Animated Picture, Korean Drama Familiar Wife Animated Picture, Gambar Bergerak,
Agak kesian jugalah bila tengok Cha Jyuk mula menyesal dengan sikapnya pada Seo Woo Jin dulu. Aku suka dengan nasihat Cha Joo Hyuk pada kawan - kawannya mengenai isu tentang suami perlu menghargai isteri, sangat berguna nasihat tu terutama untuk kaum lelaki. Antara scene favorite aku dalam drama ini adalah ketika Yoon Jong Ho tahu perkara sebenar dan benar - benar marah pada Cha Joo Hyuk. Manakala C.Joo Hyuk yang ketika itu menumpang di rumahnya merasakan dirinya perlu keluar dari rumah itu sebab rasa bersalah dan Jong Ho juga melayannya dengan dingin. Tapi Jong Ho menghalang Cha Joo Hyuk keluar dari rumahnya kerana tak sanggup tengok Cha Joo Hyuk susah. Paling rare bila Jong Ho siap angkat beg C.Joo Hyuk masuk ke rumahnya semula. Wah memang sedih scene ni plus terharu tengok hubungan persahabatan diorang ni. Aku paling annoying scene Cha Joo Hyuk jual mahal dengan Seo Woo Jin tu, Seo Woo Jin dah buat macam - macam untuk dekat dengan Cha Joo Hyuk tapi C.Joo Hyuk nak menjauhkan diri pula. Walaubagaimanapun ending drama Korea Familiar Wife ini memang happy ending gitu. 
Familiar Wife, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Familiar Wife, Drama Korea Familiar Wife, Poster Familiar Wife, Sinopsis Drama Korea Familiar Wife, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Dari Hati Miss Mulan, Drama Korea 2018, TVN, Cast, Pelakon Drama Korea Familiar Wife, Ji Sung, Han Ji Min, Kang Han Na, Jang Seung Jo, Lee Jung Eun, Oh Eui Sik, Lee You Jin, Cha Hak Yeon, Romantik Komedi, Fantasi, Time Travel, Good Drama, TVN Drama 2018, Ji Sung New Drama, Han Ji Min Drama, Korean Drama GIF, Korean Drama Familiar Wife Gif, Animated Picture, Korean Drama Familiar Wife Animated Picture, Gambar Bergerak,
Aku rasa memang berbaloi tengok drama ini, sebab ada banyak pengajaran plus drama ni ada Ji Sung dan Han Ji Min kot, memang kena tengok sebab diorang berdua pelakon hebat. Apa pun aku bagi 8/10 bintang untuk drama ini.
Read More

10 Mac 2019

Sinopsis Telemovie Dulang Boy - Cerekarama TV3




Dulang Boy, Telemovie, Telefilem, Telemovie Dulang Boy, Telefilem Dulang Boy, Sinopsis Telemovie Dulang Boy, Cerekarama, TV3, Cerekarama Dulang Boy, Cast, Pelakon Telemovie Dulang Boy, Armand Ezra, Mimi Lana, Indah Emeerlda, Asmidar, Anas Ridzuan, Ungku Hariz, Azman Hassan, Naque Ariffin, Fathi Kamil, Telefilem 2019, Cerekarama TV3 2019, DFKL2019,
Cerekarama Dulang Boys TV3

Telefilem Dulang Boy akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 9 March ini, jam 9.30 malam sempena DFKL2019 (Drama Festival Kuala Lumpur 2019) yang akan berlangsung tidak lama lagi. Antara pelakon Dulang Boy ini adalah Armand Ezra, Mimi Lana, Indah Emeerlda, Asmidar, Anas Ridzuan, Ungku Hariz, Azman Hassan, Naque Ariffin, Fathi Kamil dan ramai lagi. Idea asal telemovie Dulang Boy ini adalah daripada Nur Izni Binti Jamaludin. Manakala pengarah telefilem Dulang Boy ini adalah Megat Sharizal dan diterbitkan oleh Konda Kondi Studios. Nampak unik drama ini, kalau baca dari sinopsis telemovie ini, memang nampak menarik gitu. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem Dulang Boy ini di bawah ye.




Sinopsis Telemovie Dulang Boy Lakonan Mimi Lana

Malam sebelum majlis akad nikah Kak Ros, adiknya Kerol Lazania (KL), 10 tahun dipanggil untuk membuat raptai angkat dulang. Kerol ditugaskan untuk mengangkat dulang kasut yang akan diberikan kepada pengantin lelaki. Kasut yang diangkatnya itu ialah kasut idamannya. Pada pagi pernikahan, ketika semua orang sedang sibuk buat persiapan, KL dan kawan baiknya, Yoyo, secara senyap-senyap meminjam tanpa izin kasut itu untuk mengambil gambar. Sambil mereka bergambar di padang, KL terpijak lecak dan mengotorkan kasut itu. Dia dan Yoyo cuba mencucinya. Macam-macam cara mereka guna sehingga kasut itu terkoyak. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

Jom Baca ini juga ➔ Biodata Terkini Mimi Lana
Read More

9 Mac 2019

Baca Online Novel Asalkan Dia Bahagia Karya Hani Fazuha




Asalkan Dia Bahagia, Novel Asalkan Dia Bahagia, Karya Hani Fazura, Sinopsis Novel Asalkan Dia Bahagia, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Melayu TV3 2019, Drama Melayu 2019, Drama Asalkan Dia Bahagia, Slot Akasia, TV3, Cast, Pelakon Drama Asalkan Dia Bahagia, Shukri Yahaya, Ayda Jebat, Idris Khan, Nadiyah Shahab, Fatin Afeefa, Bella Dowanna, Syazuwan Hassan, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar, Safura, Kay Maria, Fadilah Mansor, Novel Online Asalkan Dia Bahagia Bab 1 Hingga Bab 11, Blog Dari Hati Miss Mulan, Cover Depan Novel Asalkan Dia Bahagia,
Baca Online Novel Asalkan Dia Bahagia (Drama Adaptasi Novel)

Novel Asalkan Dia Bahagia karya novelis Hani Fazuha telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 28 episod yang disiarkan di slot Akasia TV3 bermula 8 Mac 2019. Pelakon Shukri Yahaya akan melakonkan watak sebagai Haris Aryan, Ayda Jebat pula akan memegang watak sebagai Adira Imani manakala Idris Khan pula sebagai Ikmal Reza. Pelakon lain yang turut membintangi drama Asalkan Dia Bahagia ini adalah Nadiyah Shahab, Fatin Afeefa, Bella Dowanna, Syazuwan Hassan, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar, Safura, Kay Maria, Fadilah Mansor dan ramai lagi. Apa pun jom tengok sinopsis novel ini di bawah ye..




Sinopsis Novel Asalkan Dia Bahagia

Dunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira. Payahnya menjadi seorang Adira Imani apabila dia ‘harus’ mengahwini Haris Aryan demi ‘membawa pulang’ Ikmal Reza. Kerana dia hanya si anak pungut, perkataan akur itu perlu atas nama membalas budi. Ikmal itu abangnya dan Haris itu sahabat Ikmal. Masalahnya, antara dia dan Haris tidak pernah wujud perkataan cinta. Lebih bermasalah bila tiba-tiba orang yang dia anggap abang itu sebenarnya menyintai dirinya. “Abang cuma nak tunggu dua tahun lagi, sehingga Dira habis belajar dan abang akan pulang minta mama satukan kita. Tapi...mama dah salah faham.”- Ikmal.
Payahnya apabila dia sudah tidak ada jalan untuk berundur ke belakang. Lantas, yang ada di depan harus jua ditelan.
“Dira isteri aku, Ikmal.” Suara Haris tegang.
“Dan dia juga adik aku,” Balas Ikmal, juga dengan suara tegang.
“Kau tak perlu jadikan alasan adik untuk menjadi orang ketiga dalam rumah tangga kami.” Haris hantar pandangan penuh makna pada si isteri. Payahnya hubungan mereka apabila perkataan ‘orang ketiga’ sering mengundang curiga. Orang ketiga di mata Haris ialah Ikmal. Tapi, orang ketiga di mata Adira ialah Afida, si sepupu yang suka menempel dengan Haris. Masalahnya, Haris tidak pernah mahu mengaku dan payahnya bila masing-masing suka percaya pada telahan hati sendiri.
Asalkan Dia Bahagia, Novel Asalkan Dia Bahagia, Karya Hani Fazura, Sinopsis Novel Asalkan Dia Bahagia, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Melayu TV3 2019, Drama Melayu 2019, Drama Asalkan Dia Bahagia, Slot Akasia, TV3, Cast, Pelakon Drama Asalkan Dia Bahagia, Shukri Yahaya, Ayda Jebat, Idris Khan, Nadiyah Shahab, Fatin Afeefa, Bella Dowanna, Syazuwan Hassan, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar, Safura, Kay Maria, Fadilah Mansor, Novel Online Asalkan Dia Bahagia Bab 1 Hingga Bab 11, Blog Dari Hati Miss Mulan, Poster Drama Asalkan Dia Bahagia,
Pada yang suka baca novel online, korang juga boleh baca novel Asalkan Dia Bahagia ini secara online juga. Caranya korang hanya perlu klik link di bawah ini ye. Jadi sambil - sambil tengok drama ini di TV, korang pun boleh baca novelnya secara online gitu, tapi tak semua bablah ada, aku hanya jumpa kat internet beberapa bab saja. So kalau nak baca lebih lanjut, sila dapatkan novel ini di pasaran ye. Apa pun selamat membaca ye..
Read More

7 Mac 2019

Drama Cikgu Papa Kirim Salam Lakonan Amar Asyraf dan Liyana Jasmay




Cikgu Papa Kirim Salam, Drama Cikgu Papa Kirim Salam, Slot Dahlia, TV3, Drama Melayu, Drama Bersiri, Liyana Jasmay New Drama, Drama Melayu 2019, Drama Melayu TV3, Watak Pelakon, Guru, Cast, Senarai Pelakon Drama Cikgu Papa Kirim Salam, Amar Asyraf, Liyana Jasmay, Rania Humaira, Zee Zainal, Shasha Raman, Aprena Manrose, Iswan Ismail, Kuna Muzani, Anas Ridzuan, Aman Graseka, Rashidah Jaafar, Amanda Misbun, Kismah Johar, Julia Farhana Marin, Rafasya,
Drama Cikgu Papa Kirim Salam Slot Dahlia TV3

Drama Cikgu Papa Kirim Salam adalah drama terbaru di slot Dahlia yang disiarkan bagi menggantikan drama Petua Nenek yang telah tamat episodnya. Selain itu Drama Cikgu Papa Kirim Salam ini mempunyai 20 episod dan bersiaran setiap Sabtu dan Ahad, jam 7 malam. Drama ini juga sudah mula bersiaran di TV3 sejak 2 March 2019 yang lalu. Nampak macam sweet je cerita ni kan, kalau baca sinopsis pun memang rasa best drama ini. Manakala lagu tema / OST Drama Cikgu Papa Kirim Salam ini pula bertajuk Stereotype nyanyian Akim & The Majistret. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini serta senarai pelakon drama Drama Cikgu Papa Kirim Salam serta watak - watak yang mereka bawa di bawah ini ye.




Watak - Watak Pelakon Drama Cikgu Papa Kirim Salam

Amar Asyraf sebagai Adam Haikal
Liyana Jasmay sebagai Cikgu Siti Munirah
Rania Humaira sebagai Soraya
Zee Zainal sebagai Paan
Aprena Manrose sebagai Normala
Anas Ridzuan sebagai Anas Lokman
Kuna Muzani sebagai Hasimah
Aman Graseka sebagai Rahman
Shasha Raman sebagai Cikgu Intan
Iswan Ismail sebagai Sufian
Rashidah Jaafar sebagai Rohaya
Kismah Johar sebagai Salmah
Amanda Misbun sebagai Ibu Mimi
Julia Farhana Marin sebagai Atia
Cikgu Papa Kirim Salam, Drama Cikgu Papa Kirim Salam, Slot Dahlia, TV3, Drama Melayu, Drama Bersiri, Liyana Jasmay New Drama, Drama Melayu 2019, Drama Melayu TV3, Watak Pelakon, Guru, Cast, Senarai Pelakon Drama Cikgu Papa Kirim Salam, Amar Asyraf, Liyana Jasmay, Rania Humaira, Zee Zainal, Shasha Raman, Aprena Manrose, Iswan Ismail, Kuna Muzani, Anas Ridzuan, Aman Graseka, Rashidah Jaafar, Amanda Misbun, Kismah Johar, Julia Farhana Marin, Rafasya,
Sinopsis Drama Cikgu Papa Kirim Salam (Slot Dahlia TV3)

Mengisahkan Adam Haikal, seorang duda berusia 30an tidak menyangka cikgu baru yang selalu diceritakan oleh anaknya, Soraya (8 tahun) adalah bekas kekasihnya yang juga cinta pertamanya, Siti Munirah. Bermulalah kisah bagaimana Adam berusaha memikat hati Siti Munirah dan ianya bukan semudah disangkakan, Siti Munirah sangat terluka dengan cara Adam meninggalkannya suatu masa dulu tanpa sebarang pesan. Dengan bantuan orang-orang di sekeliling Adam, mampukah Adam terus bertahan melembutkan hati Cikgu Siti itu?
Read More


My Random Post