9 Mac 2019

Baca Online Novel Asalkan Dia Bahagia Karya Hani Fazuha




Asalkan Dia Bahagia, Novel Asalkan Dia Bahagia, Karya Hani Fazura, Sinopsis Novel Asalkan Dia Bahagia, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Melayu TV3 2019, Drama Melayu 2019, Drama Asalkan Dia Bahagia, Slot Akasia, TV3, Cast, Pelakon Drama Asalkan Dia Bahagia, Shukri Yahaya, Ayda Jebat, Idris Khan, Nadiyah Shahab, Fatin Afeefa, Bella Dowanna, Syazuwan Hassan, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar, Safura, Kay Maria, Fadilah Mansor, Novel Online Asalkan Dia Bahagia Bab 1 Hingga Bab 11, Blog Dari Hati Miss Mulan, Cover Depan Novel Asalkan Dia Bahagia,
Baca Online Novel Asalkan Dia Bahagia (Drama Adaptasi Novel)

Novel Asalkan Dia Bahagia karya novelis Hani Fazuha telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 28 episod yang disiarkan di slot Akasia TV3 bermula 8 Mac 2019. Pelakon Shukri Yahaya akan melakonkan watak sebagai Haris Aryan, Ayda Jebat pula akan memegang watak sebagai Adira Imani manakala Idris Khan pula sebagai Ikmal Reza. Pelakon lain yang turut membintangi drama Asalkan Dia Bahagia ini adalah Nadiyah Shahab, Fatin Afeefa, Bella Dowanna, Syazuwan Hassan, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar, Safura, Kay Maria, Fadilah Mansor dan ramai lagi. Apa pun jom tengok sinopsis novel ini di bawah ye..




Sinopsis Novel Asalkan Dia Bahagia

Dunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira. Payahnya menjadi seorang Adira Imani apabila dia ‘harus’ mengahwini Haris Aryan demi ‘membawa pulang’ Ikmal Reza. Kerana dia hanya si anak pungut, perkataan akur itu perlu atas nama membalas budi. Ikmal itu abangnya dan Haris itu sahabat Ikmal. Masalahnya, antara dia dan Haris tidak pernah wujud perkataan cinta. Lebih bermasalah bila tiba-tiba orang yang dia anggap abang itu sebenarnya menyintai dirinya. “Abang cuma nak tunggu dua tahun lagi, sehingga Dira habis belajar dan abang akan pulang minta mama satukan kita. Tapi...mama dah salah faham.”- Ikmal.
Payahnya apabila dia sudah tidak ada jalan untuk berundur ke belakang. Lantas, yang ada di depan harus jua ditelan.
“Dira isteri aku, Ikmal.” Suara Haris tegang.
“Dan dia juga adik aku,” Balas Ikmal, juga dengan suara tegang.
“Kau tak perlu jadikan alasan adik untuk menjadi orang ketiga dalam rumah tangga kami.” Haris hantar pandangan penuh makna pada si isteri. Payahnya hubungan mereka apabila perkataan ‘orang ketiga’ sering mengundang curiga. Orang ketiga di mata Haris ialah Ikmal. Tapi, orang ketiga di mata Adira ialah Afida, si sepupu yang suka menempel dengan Haris. Masalahnya, Haris tidak pernah mahu mengaku dan payahnya bila masing-masing suka percaya pada telahan hati sendiri.
Asalkan Dia Bahagia, Novel Asalkan Dia Bahagia, Karya Hani Fazura, Sinopsis Novel Asalkan Dia Bahagia, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Melayu TV3 2019, Drama Melayu 2019, Drama Asalkan Dia Bahagia, Slot Akasia, TV3, Cast, Pelakon Drama Asalkan Dia Bahagia, Shukri Yahaya, Ayda Jebat, Idris Khan, Nadiyah Shahab, Fatin Afeefa, Bella Dowanna, Syazuwan Hassan, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar, Safura, Kay Maria, Fadilah Mansor, Novel Online Asalkan Dia Bahagia Bab 1 Hingga Bab 11, Blog Dari Hati Miss Mulan, Poster Drama Asalkan Dia Bahagia,
Pada yang suka baca novel online, korang juga boleh baca novel Asalkan Dia Bahagia ini secara online juga. Caranya korang hanya perlu klik link di bawah ini ye. Jadi sambil - sambil tengok drama ini di TV, korang pun boleh baca novelnya secara online gitu, tapi tak semua bablah ada, aku hanya jumpa kat internet beberapa bab saja. So kalau nak baca lebih lanjut, sila dapatkan novel ini di pasaran ye. Apa pun selamat membaca ye..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post