15 Mac 2019

Novel Encik Imam Ekspres Karya Cik Tet




Dia Imam Ekspress, Novel Encik Imam Ekspres, Novel Dia...Encik Imam Ekspres, Karya Novelis Cik Tet, Drama Encik Imam Ekspres, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Melayu 2019, Drama Astro 2019, Drama Baru Nelydia Senrose, Pelakon Drama Encik Imam Ekspres, Nelydia Senrose, Fikry Ibrahim, Isaac Iman, Ben Amir, Nafiz Muaz, Ruzana Ibrahim, Elisya Sandha, Sherry Ibrahim, Faiz Nor, Anne Abdullah, Badrul Muhayat, Raja Azmi, Daler Yusuf, Drama Adaptasi Novel, Cover Depan Novel Encik Imam Ekspres,

Kali ini giliaran Novel Dia... Encik Imam Ekspres karya novelis Cik Tet yang diadaptasikan menjadi drama bersiri 14 episod yang tengah hangat disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria. Drama Encik Imam Ekspres ini disiarkan bagi menggantikan drama Senafas Rindu yang telah tamat episodnya. Drama ini dibintangi oleh Nelydia Senrose, Fikry Ibrahim, Isaac Iman, Ben Amir, Nafiz Muaz, Ruzana Ibrahim, Elisya Sandha, Sherry Ibrahim, Faiz Nor, Anne Abdullah, Badrul Muhayat, Raja Azmi, Daler Yusuf dan lain - lain lagi. Cover novel ni cantik juga, berbunga gitu, apa pun jom tengok sinopsis novel ini serta watak - watak pelakon drama Encik Imam Ekspres ini di bawah ye..
Dia Imam Ekspress, Novel Encik Imam Ekspres, Novel Dia...Encik Imam Ekspres, Karya Novelis Cik Tet, Drama Encik Imam Ekspres, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Melayu 2019, Drama Astro 2019, Drama Baru Nelydia Senrose, Pelakon Drama Encik Imam Ekspres, Nelydia Senrose, Fikry Ibrahim, Isaac Iman, Ben Amir, Nafiz Muaz, Ruzana Ibrahim, Elisya Sandha, Sherry Ibrahim, Faiz Nor, Anne Abdullah, Badrul Muhayat, Raja Azmi, Daler Yusuf, Drama Adaptasi Novel,
Nelydia Senrose sebagai Diya (Diyana Aqilah)
Fikry Ibrahim sebagai Ajim (Engku Razil)
Isaac Iman sebagai Awish

Ben Amir sebagai Iyad (Engku Riyad)

Elisya Sandha sebagai Atun

Nafiz Muaz sebagai Izzat Hairi

Ruzana Ibrahim sebagai  Zura

Anne Abdullah sebagai Suriani

Badrul Muhayat sebagai Hambali
Sherry Ibrahim sebagai Myza
Faiz Nor sebagai Azman
Daler Yusuf sebagai Encik Damien





Sinopsis Novel Encik Imam Ekspres

Pertama kali bertentang mata, ada rasa aneh menjengah hati kedua-duanya. Namun rasa yang terbit terpaksa disembunyikan di sudut hati yang paling dalam kerana si dia itu bakal menjadi milik orang. Tiga tahun berlalu, kedua-dua hati itu ditemukan kembali. Masing-masing dengan lara di hati lantaran kesakitan yang ditinggalkan insan tersayang. Cinta kembali mengetuk hati kedua-duanya. Bagi Diyana Aqilah, rasa cinta itu perlu dilawan. Bimbang kalau hati bakal dilukai lagi. Namun, bagi Engku Razil pula, peluang yang muncul takkan dilepaskan lagi begitu sahaja. Cukuplah tiga tahun dia memendam rasa. Kehadiran si cilik, Sarah Akisya yang comel dengan pelatnya melancarkan lagi misi memikat Engku Razil.
“Sebab Kisya aje?”~ Diya “Sebab… hati abang juga inginkan Umi Kisya ada di sini. Hati abang cakap, jangan sesekali lepaskan Umi Kisya pergi dari sini.” ~ Engku Razil

Dia Imam Ekspress, Novel Encik Imam Ekspres, Novel Dia...Encik Imam Ekspres, Karya Novelis Cik Tet, Drama Encik Imam Ekspres, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Melayu 2019, Drama Astro 2019, Drama Baru Nelydia Senrose, Pelakon Drama Encik Imam Ekspres, Nelydia Senrose, Fikry Ibrahim, Isaac Iman, Ben Amir, Nafiz Muaz, Ruzana Ibrahim, Elisya Sandha, Sherry Ibrahim, Faiz Nor, Anne Abdullah, Badrul Muhayat, Raja Azmi, Daler Yusuf, Drama Adaptasi Novel, Poster Drama Encik Imam Ekspres,

Ketika hati sudah bersedia untuk menerima, sebuah musibah mula menguji kedua-duanya. Lain yang diimpikan, lain yang berlaku. Walaupun mereka bersatu, namun rasa kecewa di hati mengatasi segala-galanya hingga Diya ambil keputusan untuk menjauh. Cinta itu memang sudah lama ada. Rindu itu juga sudah lama memekar. Tapi bila acap kali diuji, hati Diya jadi nanar!

“Abang dah tiupkan penawar yang paling mujarab untuk luka di jari isteri abang ni. Cuma abang tak pasti, penawar yang sama akan berjaya untuk mengubati luka di hati Diya. Tapi abang takkan berputus asa. Abang akan terus mencari dan terus merawat sehingga luka di hati isteri abang ni sembuh tanpa tinggal segaris parut.” ~ Engku Razil.

Mampukah Encik Imam Ekspres merawat luka di hatinya sekali gus melenyapkan semua rasa kecewa yang ada? Ataupun perhubungan mereka bakal berakhir sepantas ia bermula.

(Blog Dari Hati Miss Mulan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post