28 Dis 2015

Sinopsis & Review Filem Dilwale Lakonan Shah Rukh Khan Dan Kajol

Assalammualaikum..
Rasanya semua pun teruja dengan filem terbaru gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol ni yang bertajuk Dilwale. Baru jer release 18 Disember 2015 yang lalu dan ternyata filem Dilwale ni mendapat sambutan hebat dari penonton, penuh satu pawagam hahaha, biasanya takdela ramai sangat yang gi tonton filem hindustan di pawagam tapi disebabkan penangan SRK n Kajol ramai yg gi menontonnya. Kajol pula nampak cantik dan muda dalam cite ni, apapun aku nak kongsikan sinopsis dan review cite Dilwale ni yang aku copy dari http://thevocket.com/ . So selamat membaca k..
Sinopsis & Review Filem Dilwale

Pembukaan cerita ini memaparkan Raj (Shah Rukh Khan) yang tinggal di Goa bersama adik lelakinya Veer (Varun Dhawan), dan dua orang sidekick nya Shakti (Mukesh Tiwari) dan Anwar (Pankaj Tripathi). Turut diperkenalkan pada babak awal ialah kawan baik Veer iaitu Sidhu (Varun Sharma). Raj dan Veer menampung hidup mereka dengan menjalankan perniagaan bengkel kereta-kereta mewah.
Raj dilihat sebagai seorang yang sopan dan dihormati oleh jiran tetangga. Ini dapat dilihat apabila Raj menyelamatkan Money Bhai (Johnny Lever) daripada dipukul oleh orang kampung akibat mencuri telefon.
Pada suatu pagi, Veer yang sedang menguji BMW pelanggan bersama-sama Sidhu terserempak dengan Ishita (Kriti Sanon) yang terkandas di tepi jalan akibat kerosakan skuternya. Bermula saat itu Veer mula menawan hati Ishita dan akhirnya mereka jatuh cinta. 
20 minit pertama Dilwale tiada apa yang menarik. Malah saya merasakan sedikit bosan apatah lagi melihat karekter Raj yang tidak berapa jantan. Namun persepsi saya mula berubah apabila masuk babak Raj dan sidekicknya mencari gengster yang memukul adiknya.
Cerita menjadi semakin menarik apabila masuk babak flashback 15 tahun dulu di Bulgaria yang mana nama sebenar Raj ialah Kaali, seorang mafia. Ia memaparkan aksi kejar-mengejar dan tembak-menembak antara geng Kaali dan musuhnya. Ketika aksi kejar-mengejar menggunakan kereta itulah Kaali terlanggar Meera (Kajol) yang muncul secara tiba-tiba di hadapan keretanya yang dipandu laju. 
Sejak terlanggar Meera, Kaali seperti tidak dapat lupakan Meera dan bermula lah kisah mengorat Kaali untuk menawan hati Meera. Antara babak menarik Kaali mengorat Meera yang saya tak dapat lupakan ialah ketika Meera meminta pertolongan Kaali untuk menyelamatkannya daripada gangguan lelaki-lelaki tempatan yang selalu mengganggunya. Babak lain ialah ketika Meera hanya memberi 5 minit saja untuk Kaali datingdengan beliau. Babak ini bagi saya memang genius, kelakar dan romantik habis. 
Pengarah filem Dilwale, Rohit Shetty pandai dalam membuat twist apabila Meera sebenarnya ialah anak kepada musuh Kaali apabila Meera dilihat turun dari Hummer kuning bak seorang Kak Long kawasan selepas aksi tembak menembak yang menyaksikan kereta Kaali terbabas. Seperti dijangka Meera tidak meneruskan niat membunuh Kaali walaupun sudah mengacukan pistol ke arah Kaali apabila melepaskan Kaali yang ketika itu helpless.
Fast Forward selepas 15 tahun, mereka dipertemukan semula menerusi adik masing masing Veer dan Ishita. Memori dan dendam lama mereka menjadi penghalang untuk Veer dan Ishita meneruskan perkahwinan. Pada masa yang sama Veer dan Ishita cuba merungkai kisah lama abang dan kakak mereka. Namum sampai ke penamat cerita Veer dan Ishita masih tidak tahu yang abang dan kakaknya bekas mafia.
Sepanjang saya menonton filem ini, saya mengharapkan penamat yang lebih dramatik seperti ada pertempuran antara Kaali dan musuh lama mahupun geng dadah di kawasan tempat tinggalnya. Dan, Veer dapat tahu yang abangnya seorang ketua mafia 15 tahun dulu yang selama ini kelihatan seperti seorang alim. Namum semua itu tidak berlaku. Untuk lakonan pula, Shah Rukh Khan menampilkan lakonan yang sepatunya sebagai seorang Shah Rukh Khan. Saya rasa peminat-peminat wanita pasti cair melihat renungan mata dan penampilan beliau ketika babak majlis kahwin Sidhu.
Kajol pula, walaupun sudah berusia masih berupaya membuat orang ramaimelting. Bukan saja dari segi rupa paras bahkan lakonannya masih mantap walaupun ringkas dan tidak nampak berat.
Sinematografi dan babak di Bulgaria sangat mengasyikkan. Lagu-lagu yang dimainkan pula just nice. Cuma satu lagu saja yang masih bermain dalam kepala saya sehingga kini iaitu Janam JanamSecara keseluruhan Dilwale ialah filem yang seronok untuk ditonton walaupun jalan ceritanya agak dapat dijangka.

Read More

22 Dis 2015

Jenis - Jenis Kasut Sneakers


Assalammualaikum..
Sape kat sini suka pakai kasut jenis Sneakers ni? Memang best pakai kasut jenis ni sebab sangat selesa dan mudah nak berjalan kan. Sneaker merupakan jenis kasut yang paling ideal untuk wanita yang lebih suka bergaya santai dan menginginkan pemakaian yang selesa sepanjang hari. Oleh kerana itu, sneakers sering dipilih oleh para wanita ketika ingin melancong ke luar negara mahupun berjalan di dalam negeri. Pemakaian sneaker ini juga sesuai dipadankan dengan apa jua jenis pakaian kasual termasuklah t-shirt dan jeans mahupun  skirts dan blouse! Jadi, tahukah korang apakah jenis-jenis sneakers atau types of women sneakers shoes yang sesuai untuk korang gayakan? Jom tengok dibawah ni :-
Rekaan sneakers yang paling common atau sering dipakai oleh para wanita adalah koleksi sneaker classic seperti gambar yang diatas ni. Sneakers jenis ini sesuai digayakan untuk semua jenis pakaian kasual yang korang gemari. 
Rekaan sneaker yang kedua pula adalah Plimsoll shoes dimana mempunyai rekaan yang sedikit berlainan daripada rekaan sneaker classic.  Jika koleksi sneaker classic mempunyai rekaan tali yang lebih penuh, rekaan tali pada plimsoll pula hanyalah separuh sahaja.
Seterusnya adalah rekaan slip on sneakers yang direka tanpa tali seperti gambar berikut. Ia amat sesuai digayakan bersama pemakaian jeans dan leggings. 
Dan bagi korang yang ingin kelihatan lebih tinggi dan pada yang sama ingin berjalan dengan selesa, pilih koleksi wedges sneakers yang direka dengan struktur tapak yang lebih tebal dan tinggi. So apakah jenis sneakers kegemaran korang?

Read More

19 Dis 2015

Senarai Movies/Filem Korea 2014-2015 Yang Aku Dah Tonton

Assalammualaikum..
Kat sini aku nak senaraikan beberapa filem/movie korea yang aku dah tonton baru-baru ini. Semua filem Korea (Korean Movies) yang aku senaraikan ni adalah masih baru lagi yang baru release antara tahun 2014 hingga tahun 2015.

1- The Beauty Inside (2015)
Best gak cite The Beauty Inside ni hero filem dilakonkan oleh ramai pelakon2 best dan heroin cite ni adalah Han Hyo Joo. Jalan ceritanya boleh tahan.

2- Shoot Me In The Heart (2015)
Sebuah filem yang mempunyai jalan cerita yang unik dan banyak pengajaran, memang enjoy layan movie ni. Takde heroin dalam cerita ni sebab lebih memfokuskan kepada 2 watak utama cite ni yang dilakonkan oleh Lee Min Ki dan Yeo Jin Goo.

3- Perfect Proposal (2015)
Movie yang best untuk ditonton, ada twist di pertengahan jalan cerita membuatkan jln cerita makin menarik. Dilakonkan oleh Im Soo Jung dan Yoo Yeon Seok.

4- Fashion King (2014)
Filem Fashion King dibarisi oleh pelakon2 hebat dan popular seperti Joo Won, Sulli, Park Se Young, Ahn Jae Hyun, Kim Sung Oh dan merupakan adaptasi drp Webtoon popular di Korea. Sayangnyer jalan ceritanya kurang best bagi aku manakala endingnyer juga kurang jelas, serius tak berapa suka dengan rambut Joo Won dalam movie nih huhu.

5- Monster (2014)
Sebuah movie yang penuh suspen dan thriller, dilakonkan oleh Lee Min Ki dan Kim Go Eun. Lee Min Ki memang nampak menakutkan dalam filem ni dengan wataknya yang agak psiko dan ganas. Tapi mmg layaannnn cite ni.

6- My Brilliant Life (2014)
Sebuah filem yang indah dan banyak pengajaran, memfokuskan tentang kehidupan seorang remaja yang bernama Ah Reum yang menghadapi suatu penyakit yang membuatkan dirinya tua dari usia sebenar. Ibu Bapa Ah Reum berjuang dan melakukan pelbagai cara untuk mencari duit bagi membayar bil2 perubatan anak mereka. Movie ni memang menyentuh hati penonton dan ramai juga yang menangis menonton cite ni. Dilakonkan oleh Song Hye Kyo, Kang Dong Won dan Jo Sung Mok.

7- My Love My Bride (2014)
Dilakonkan oleh Shin Min Ah dan Jo Jung Suk, gandingan diorang ni sememangnya sangat cute n comel jer. Jalan cerita die okey tapi xdela best sangat tpi still boleh layan lagi. Mengisahkan tentang couple yang sweet yang akhirnya berkahwin namun mula menghadapi masalah2 kecil dalam perkahwinan mereka. Bermula dari salah faham serta pergaduhan kecil antara mereka yang membuatkan keadaan mula menjadi tegang dan akhirnya berlaku satu insiden yang tidak diingini. Namun penamat cite ini still happy ending gitu.
Read More

25 Nov 2015

Oh My Venus - Drama Korea Terbaru

Assalammualaikum..
Best gak layan drama Oh My Venus ni sebab dibintangi oleh pelakon yang best dan favourite aku gitu iaitu So Ji Sub dan Shin Min Ah. Sape yang lupa dengan lakonan So Ji Sub dalam The Master's Sun dan aku memang dah suka dengan Shin Min Ah sejak dari drama My GF Is a Gumiho lagi. Last drama die kalau x silap aku adalah drama Arang and The Magistrate, lepas tu die banyak berlakon filem kot, ni kira drama terbarulah gitu. Gandingan So Ji Sub dengan Shin Min Ah nampak serasi jer, suke tengok scene2 kelakar dlm cite ni. Setakat ni drama Oh My Venus ni baru masuk episod 4, bila tengok Shin Min Ah jadi chubby/tembam dalam cite ni nampak comel sgt gitu hihi. 
Read More

21 Nov 2015

Drama Alif Imani Best

Assalammualaikum..
Layannn gak drama Alif Imani ni, baru 2 episod tapi dah rasa best..pasni mesti lagi sedih jalan ceritanyer kan..Sape lagi yang layannn drama Alif Imani ni?? drama Alif Imani ni disiarkan setiap jumaat, Slot Ratu Tv9. Drama2 terbitan Suhan Movies ni memang selalunya best dan jalan ceritanya menarik. Selain drama ni aku tengok gak drama Akulah Balqis dan Memori Cinta Suraya.
Read More

22 Okt 2015

Aku Dah Tonton Filem Jwanita

Assalammualaikum..
Baru2 ni aku ada tonton Jwanita di Astro First, komen aku mengenai filem Jwanita ni best gak, rasanya kalau tengok kat pawagam mesti lagi takut dengan sistem bunyi yang best. Kalau tengok kat rumah ni biase2 jer, xdela takut sangat. Lakonan Maya Karin mmg best, banyak giler darah dalam filem ni okey hehehe. Aku suka gak dengan watak Julaika tu, nampak benar die sayang dengan kakaknya tu. Pendek kata memang layannn filem Jwanita ni.

Read More

15 Okt 2015

Trend Drama Korea Sekarang

Assalammualaikum..
Aku di masa lapang gemar juga menonton drama Korea ni, asalkan best aku tengok jer. Drama Korea yg menjadi pilihan aku adalah drama yang mempunyai tidak lebih dari 20 episod. Yelah leceh juga nak ikut drama yg mempunyai episod yg byk2 tu. Drama Korea terbaru yg tengah ditayangkan sekarang kebanyakkannya mempunyai dekat 50 episod. Fuyoo hahaha kalau dulu ada dlm 2 atau beberapa jer kali ni lebih plak. Ada beberapa kerat jer drama yg mempunyai episod 16-20 episod. Kat bawah ni aku senaraikan Drama Korea terbaru yang mempunyai banyak episod, lebih kurang 50 episod ke atas..

  1. All is Well- 100 episod
  2. Glamorous Temptation - 50 episod
  3. Six Flying Dragons - 50 episod
  4. I Have a Lover - 50 episod
  5. Mom - 50 episod
  6. My Daughter Geum Sa Wol - 50 episod
Itu sebahagian daripada senarainya, tapi kebanyakan drama diatas disiarkan di slot hujung minggu yang kebiasaannya mmg byk episod. Tapi tulaa 50 episod byk sgt hihi, walaupun byk ada gak yg aku tengok macam cite no 6 tu - My Daughter Geum Sa Wol, best jalan ceritanya..


Read More

7 Okt 2015

Filem Bravo 5

Assalammualaikum..
Baru-baru ni aku ada menonton Filem Bravo 5 lakonan  Beto Kusyairy ,Remy Ishak,Sofi Jikan ,Sashi Tharan,Xavier Fong,Frank Peterson dan Chew Kin WahFilem ini mengisahkan mengenai lima anggota Komando Tentera Darat yang menjalankan operasi mengekang kebangkitan pengganas komunis. Melalui filem ni baru aku tahu yg tahun 1989 masih ada lagi saki baki komunis di Msia ni, nampak sangat pengetahuan sejarah aku masih lgi kurang hehehe walaupun aku minat Subjek Sejarah. Filem ni dibarisi pelakon2 hebat seperti Beto dan Remy serta Sinematografi filem ni sangat cantik okey sesuai dengan bajet besar filem ni hehehe.

Permulaan cerita filem Bravo 5 ni memang best, tapi bila masuk pertengahan cerita dan akhir cerita ianya dah jadi boring sedikit bagi aku. Rasa macam ada benda tak kena jer masa pertengahan cerita tu, tak dramatik dah jadinya. Apapun pujian harus diberikan juga untuk filem ni sebab diorang berani untuk buat filem ni, sekurang-kurangnya ada jugak filem perang Msia ni. Lagipun jarang2 kita ada filem yang bercorak sebegini jadi haruslah kita menghargainya.

Read More

30 Sep 2015

Muzik Video Ayda Jebat - Siapa Diriku

Assalammualaikum..
Layan n syok gak dengar lagu Siapa Diriku nyanyian Ayda Jebat dan Muzik Videonyer pun cute and sweet jer. MV tu mmg meriah siap ada Fasha Sandha, Michael Ang, Dato Jalaludin Hassan dan Mawar Rashid. Jom layannn Muzik Video Ayda Jebat kat bawah ni k..

Siapa Diriku - Ayda Jebat

Read More

16 Sep 2015

Evolusi Laman Web Kegemaranku


Assalammualaikum..
Bagi penggemar Drama2 Korea yang suka menonton online pastinya ada laman web tertentu yang menjadi kegemaran kan. Begitu juga aku hehehe, awalnya aku gemar menonton drama2 Korea di laman web Dramacrazy.net, lama juga aku menonton disitu sehinggalah laman web tersebut ditutup atas sebab tertentu. Kemudian aku beralih ker Gooddrama.net pula dan sehingga kini aku masih menonton disana tapi kadang2 jer sebab malas pulak bila satu episod dipecah-pecahkan menjadi beberapa bahagian kat laman web tu.
Kemudian aku beralih pula ke Dramabay dan agak lama juga aku di laman web dramabay ni sebab aku suka server/video kat situ yang agak okey dan laju juga. Namun baru2 ini entah kenapa diorang dah tukar servey lain dan video menjadi lambat giler nak loading dan membuatkan aku sedikit frust sebab aku dah agak lama bersama dramabay. Walaubagaimanapun kdgkala aku masih juga menonton disitu ataupun membaca komen2 kat situ.
Kini aku beralih ke DramaFire pula hehehe, setakat ini aku berpuas hati menonton online di laman web dramafire ni. Ikutkan ada byk lagi laman web lain cthnya seperti dramacool, dramanice dan byk lagi tapi aku selesa dengan pilihan aku sekarang.



Read More

29 Ogo 2015

Pengalaman di KK4-UM

Assalammualaikum..
Terjumpa gambar kat atas ni di FB, inilah rupa bilik utk pelajar2 baru yang akan memasuki UM. Aku juga adalah bekas pelajar dan menetap di KK4 ketika aku berada di tahun pertama. Tahun kedua aku dah duduk luar sbb yelaa susah nak terus stay di kolej kalau korang tak betul2 aktif dengan aktiviti yang dianjurkan di kolej. Well aku rindu jugak dengan bilik aku dulu yang mana berada di tingkat yang sama dengan dewan santapan tu dan tingkap bilik aku tu betul2 mengadap pokok besar kt depan kolej tu hahaha. Meja study plak aku amik yang ditengah-tengah dan katil plak aku pilih yang dua tingkat tapi aku duduk yang bahagian bawah nyer. First day di KK4 tu merupakan first day aku berjauhan dengan family sebab yelaa aku asal dari negeri lain n merantau ke KL nun.

Aku ingat lagi first day nak mendaftar kat KK4 UM tu, bertolak dari umah tengah malam n aku gi naik Van sekali dengan mak dan bapa aku, beserta pak long aku, mak long dan anak lelaki bongsunyer, ingat lagi diorang semua laa yang tolong bawakan barang2 aku naik bukit KK4 tu hehehe. Roomate aku dua2 budak Matriks, aku jer budak under STPM kiranya aku tua setahun dari diorang, n roomate aku sorang budak Akaun, sorang lagi budak Sains, aku lak Sastera. Minggu haluansiswa agak menyeksakan jugak laa, bayangkanlah habis semua aktiviti pukul 2 pagi pastu pukul 4 pagi dah kena bangun dah hahaha. Memang ramai juga yang sakit2 masa ni, aku plak terbalik lepas minggu haluansiswa baru aku sakit, siap balik kampung dulu dengan homesick lagi kan, nasiblah minggu tu baru minggu add n drop subjek yang kita nak amik.

Di KK4 ni juga lah aku bertemu dengan 2 kawan aku yang akan amik subjek sama dengan aku dan merupakan housemate aku jugak nanti iaitu sorang budak Kelantan, sorang lagi budak Selangor. Di KK4 Kiteorang bertiga berbeza bilik dan tingkat tapi kiteorg mmg sentiasa satu group. Di fakulti pulak ntah camne pula kiteorg ada pertambahan ahli kumpulan menjadi 5 orang yang mana dua org lagi budak kolej KK2 dan KK3 yang mana sorang budak asal Pahang dan Terengganu. So kami memang sentiasa berlima terutama kalau melibatkan kerja2 berkumpulan, assignment dsbnya. Kiteorang juga sentiasa pastikan mengambil kelas tutorial yang sama. Berbalik pada KK4, Aku ni jenis yang suke lepak2 dlm bilik jer, malas nk keluar gi study kat dewan ker ape, lagi satu aku rindukan Nasi Goreng Cendawan yang dijual kat kedai makan belah bawah tu, selalu kalau roomate aku keluar gi mana2 aku akan pesan nasi goreng cendawan tu hahaha. Kadang2 masa balik dari kuliah pun aku akan singgah beli juga tapi tu pun kalau ada yg temankan aku laa. Kalau sorang2 aku nak gi beli segan pulaa sebab ramai juga budak2 lelaki lepak situ. Rasanya makcik yang jual kt situ tak boleh teka apa yang aku akan pesan hahahaha.

Berpuasa masa di kolej kediaman juga best. Sayangnya gambar2 masa majlis berbuka puasa di KK4 dah hilang dalam kamera tu sebab salah setting ker aper. Masa dalam bilik memang 24 jam online internet hehe, chatting tu payah citer laa, time tu famous dengan Friendster dan Yahoo Messenger hahahaha, Facebook masih belum begitu famous lagi masa tu. Aku ingat lagi member aku yang duduk hujung bilik tu selalu datang bilik n kiteorang sembang dan chatting sekali, kadang2 makan sama2 di bilik aku, rommate member aku tu satu negeri dengan aku dan merupakan roomate aku masa kat umah sewa nanti. Apapun duduk di KK4 ni best gak sebab fakulti dekat jer, just jalan kaki dah sampai, x payah nak tunggu bas bagai, releks jer nak gi library malam2 pun hihi. Bila duduk luar ni kena terkejar-kejar dengan bas Rapid, nasib lah bas UM pun masuk tempat aku. Paling aku tak suka adalah hujan lebat di UM, mmg jenuh nak balik umah sebab bas lambat, bas takde, sebab UM akan jem teruk kalau hujan lebat. 

Ikutkan banyak lagi nak cite, tapi biarlah yang lain jadi rahsia hehe Apapun pengalaman  di UM dan KK4 memang tak dapat dilupakan..


Read More

28 Ogo 2015

Drama Korea - Yong Pal

Assalammualaikum..
Drama Korea yang tengah hangat ditayangkan sekarang adalah Yong Pal lakonan Joo Won dan Kim Tae Hee. Sekarang ni baru masuk episod 8 dan jalan ceritanya memang boleh tahan, ada suspen semua. Tambah2 hero dan heroin nyer juga popular dan sepadan gitu. Dengar cerita episod cite ni akan dipanjangkan lagi atas sambutan hangat para penonton. Apapun aku harap jln citenyer akan jadi makin best dan tak meleret-leret macam sstgh cite korea lain. 
Drama Oh My Ghost dan The Time We Were Not In Love dah habis. Manakala drama The Scholar Who Walk The Night aku drop sebab aku tak berkenan betul dengan heroin cite tu hihi.
Kan best kalau Joo Won dan Kim Tae Hee ni muncul dalam Running Man kan...

Read More

Wajah Baru Blog Dari Hati Miss Mulan

Assalammualaikum..
Dah lama tak update blog ni, asyik tumpu kat blog satu lagi tu jer hihi, kesian blog ni terabai kejap. Sebenarnya dah lama aku mencari template blog yang sesuai untuk blog ni tapi tak jumpa yang betul2 berkenan di hati. Yela nak suruh org editkan kasi lawa2 agak mahal jugak skrg ni, kurang2 dlm RM30 ke atas or RM50 ke atas pun ada, pastu nak kena bank in segala bagai leceh hihi. Macam blog aku satu lagi aku tempah kat sorang kakak ni, just RM20 n bayar dlm bentuk topup senang cite hihi tapi sayang sikit kakak tu dah macam x aktif berblog or edit blog dah. Apapun aku jumpa free template ni dari blog Mastura Aziz. Thanks lawa2 gak design die hihi. Semangat sikit nak update blog ni kan.

Read More

14 Jan 2015

12 Drama Korea Kesukaanku


Assalammualaikum..Hari ni aku nak senaraikan 12 drama Korea yang aku rasakan best dan korang harus tengok hehehe. Aku selalunya sukakan drama korea yang bergenrekan Romantik Komedi hehehe. Apapun banyak drama2 korea yang best tapi aku senaraikan mengikut kesukaan aku jer..

 1-My Girlfriend Is A Gumiho
2-Flower Boy Ramyun Shop
3-Rooftop Prince
4-I Hear Your Voice
5-The Master’s Sun
6-Pinocchio
7-My Love From The Stars
8-Marriage Not Dating
9-To The Beautiful Of You
10-My Girl
11-49 Days
12-Temptation


So bagi yang tercari-cari drama mana yang best, bolehla tengok semua drama2 kat atas ni yer hehe..
Read More

My Random Post