30 Jun 2019

Telefilem Kau Langit Aku Laut (Cerekarama TV3)




Kau Langit Aku Laut, Telefilem, Telemovie, Telefilem Kau Langit Aku Laut, Telemovie Kau Langit Aku Laut, Sinopsis Telefilem Kau Langit Aku Laut, Cast, Pelakon Telefilem Kau Langit Aku Laut, Izzue Islam, Azira Shafinaz, Aman Graseka, Biodata Terkini Azira Shafinaz, Cerekarama, TV3, Cerekarama TV3 2019, Cerekarama Kau Langit Aku Laut,
Telefilem Kau Langit Aku Laut - Cerekarama TV3

Telemovie Kau Langit Aku Laut akan disiarkan di slot Cerekarama pada 29 Jun 2019 ini di TV3, jam 10 malam. Antara pelakon telefilem Kau Langit Aku Laut ni adalah Izzue Islam, Azira Shafinaz, Aman Graseka dan ramai lagi. Selain itu telefilem ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh FJ Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik telemovie Kau Langit Aku Laut ni kan, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini di bawah ye.




Sinopsis Telefilem Kau Langit Aku Laut Lakonan Izzue Islam dan Azira Shafinaz

Mengisahkan Anas yang tak mahu lagi mempertaruhkan hidupnya sebagai penjenayah, setelah 7 tahun di penjara. Dia mengambil keputusan untuk pergi ke rumah pakciknya dan memulakan hidup baru lalu dia bertemu dengan April, apa yang berlaku seterusnya?.

Jom Baca Ini juga ➔ Biodata Terkini Azira Shafinaz
Read More

28 Jun 2019

Song Jong Ki dan Song Hye Kyo Bercerai




Song Song Couple, Song Jong Ki, Song Hye Kyo, Bercerai, Song Jong Ki dan Song Hye Kyo Bercerai, Penceraian Song Jong Ki dan Song Hye Kyo, Perfect Couple, Gambar Perkahwinan Song Song Couple, Gambar Kahwin Song Jong Ki dan Song Hye Kyo,

Agak mengejutkan bila di media sosial kecoh dengan berita penceraian pelakon popular Korea iaitu Song Jong Ki dan Song Hye Kyo. Mereka yang dilabel sebagai perfect couple itu akhirnya mengumumkan akan bercerai. Usia perkahwinan mereka juga tidak begitu lama dalam 2 tahun macam tu, alasan mereka bercerai adalah kerana "differences in personality". Sebelum mereka bercerai, memang ada desas desus dan juga khabar angin serta spekulasi dari media China mengenai perkahwinan mereka yang tengah dilanda masalah. Namun semua peminat tidak percaya dan fikir positif saja, akhirnya kini mereka akan bercerai. Lebih buruk bila pelakon popular Park Bo Gum turut dikaitkan dengan punca penceraian mereka. Kesian pula dekat Park Bo Gum bila nama dia pun dikaitkan sekali. Pasni dah tak ada dah song song couple lagi, ramai fans turut bersedih dengan berita penceraian mereka. Nak buat camne jodoh tak panjang kan.
Song Song Couple, Song Jong Ki, Song Hye Kyo, Bercerai, Song Jong Ki dan Song Hye Kyo Bercerai, Penceraian Song Jong Ki dan Song Hye Kyo, Perfect Couple, Gambar Perkahwinan Song Song Couple, Gambar Kahwin Song Jong Ki dan Song Hye Kyo,
Gambar Perkahwinan Song Jong Ki dan Song Hye Kyo


Read More

27 Jun 2019

CONTEST SAYA NAK DUIT RAYA

CONTEST SAYA NAK DUIT RAYA, BLOGGER, BLOG, HADIAH,

Hari ni aku nak join Contest Saya Nak Duit Raya, tarikh tamat contest ni adalah pada 1 Julai 2019 nanti. Hope ada rezekilah kan, syarat penyertaan juga sangat simple okey. Good Luck semua..



Read More

25 Jun 2019

Biodata Terkini Uqasha Senrose




Uqasha Senrose, Biodata, Profil, Pelakon Malaysia, Artis Malaysia, Biodata Pelakon Malaysia, Biodata Uqasha Senrose, Biodata Penuh Uqasha Senrose, Biodata Lengkap Uqasha Senrose, Pelakon Malaysia Uqasha Senrose, Profil Uqasha Senrose, Senarai Filem Lakonan Uqasha Senrose, Senarai Drama - Drama Lakonan Uqasha Senrose, Senarai Telefilem Lakonan Uqasha Senrose,

Hari ini aku nak share biodata pelakon cantik manis yang bernama Uqasha Senrose ni. Rasanya ramai yang kenal dengan Uqasha ni kan, disamping wajahnya yang cantik serta mempunyai bakat dalam lakonan, dia juga ada banyak kontroversi. First time aku tengok Uqasha ni berlakon adalah menerusi drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia!. Masa first time tengok Uqasha ni berlakon memang mukanya seiras dengan adiknya Nelydia Senrose tu hehe. Selain drama, filem dan telemovie, Uqasha ni juga pernah join rancangan realiti TV iaitu sebagai peserta dalam Super Spontan All Stars tapi dia tersingkir di minggu ke 6. Terbaru drama lakonan Uqasha Senrose bersama Syukri Yahaya kini tengah hangat bersiaran di slot MegaDrama Astro Ria yang bertajuk Rindu Awak Separuh Nyawa (Drama Adaptasi Novel). Apa pun jom tengok Biodata Penuh Uqasha Senrose di bawah ini okey..




Biodata Uqasha Senrose

Nama Penuh: Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen
Nama Komersil : Uqasha Senrose
Tarikh Lahir: 6 Julai 1992
Umur: 27 Tahun (2019)
Asal: Kelantan
Keluarga: anak kedua daripada 7 adik-beradik, Kakak kepada pelakon Nelydia Senrose serta Raysha Rizrose serta sepupu (belah ibu) pada pelakon Octovia Manrose dan Aprena Manrose.
Pekerjaan: Model dan Pelakon
Media Sosial : Instagram Uqasha Senrose
Filem - Filem Lakonan Uqasha: Hantu Kak Limah (2018), Bencinta (2013), Paku Pontianak (2013), Lukisan Hati (2010) 
Uqasha Senrose, Biodata, Profil, Pelakon Malaysia, Artis Malaysia, Biodata Pelakon Malaysia, Biodata Uqasha Senrose, Biodata Penuh Uqasha Senrose, Biodata Lengkap Uqasha Senrose, Pelakon Malaysia Uqasha Senrose, Profil Uqasha Senrose, Senarai Filem Lakonan Uqasha Senrose, Senarai Drama - Drama Lakonan Uqasha Senrose, Senarai Telefilem Lakonan Uqasha Senrose,
Senarai Drama - Drama Lakonan Uqasha Senrose: Rindu Awak Separuh Nyawa, Perempuan Tanpa Dosa, Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis, Biar Jadi Kaktus, Setelah Terlafaznya Akad, Spanar Jaya X. Rahsia Hati Perempuan, Dia Segala - galanya, Perempuan Paling Bahagia, Khabar Dari Casablanca, Hero Seorang Cinderella, Kerana Anisa, Syurgaku Tak Sempurna, Tundukkan Playboy Itu, Strawberi & Karipap Musim 2, Pengembaraan Jason Murad, Sayap Jibril, Qarin, Dan Hati Pun Berkata, Babyana, Kalau Itu Jodoh Kita, Ratu Shuhada, Tok Abah, Sebenarnya, Saya Isteri Dia!.
Teater: Ombak Rindu (2016)
Rancangan TV: Super Spontan 2014 (Cameo), Peserta Super Spontan All Stars (2015), Spontan Boboi & Kengkawan (Cameo), Sepahtu Reunion, Ketuk - Ketuk Ramadhan (2016), Sepahtu Reunion Live (2017).
Senarai Telefilem Lakonan Uqasha Senrose: Malam Tahlil Suhaila Balik, Boyfriend Aku Dari Neraka, Saya Jual Ye Bang, Hantu Don, Dipulangkan Kasihnya, Andai Ku Cinta Lagi, Esok Untuk Kita, Kampung Kuala Lambat, Pok Ya Cong Codei, Ilham, Hanya Kau Yang Satu, 3 Hari 7 Likur, Jam Aju Tanpa Jarum, Ally Akashah, Orang Gaji Pontianak, Tok Samad, Lelaki - Lelaki Dalam Hidupnya, Sesumpah Ramadan, Cik Puan Bibik, Wang Atau Cinta, Mat Despatch Raya Sakan, Bila Hati Berbunga, 7 Petola Cinta, Sedalam Mana Cinta, Oops Terlebih Pulak, Hitam, Arman. 


( Blog Dari Hati Miss Mulan )
Read More

22 Jun 2019

Baca Online Novel Setelah Terlafaznya Akad




Setelah Terlafaznya Akad, Novel Setelah Terlafaznya Akad, Sinopsis Novel Setelah Terlafaznya Akad, Karya Anna Milia, Drama Adaptasi Novel, Drama Bersiri 28 episod, Drama Melayu 2019 Astro, Cast, Pelakon Drama Setelah Terlafaznya Akad, Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Nadya Syahera, Erwin Dawson, Zulhemy, Sharifah Shahora, Alif Muhaimin, Norlia Ghani, Hamidah Wahab, Rashdan Baba, Ikhram Juhari, Cover Depan Novel Setelah Terlafaznya Akad, Drama Baru Kamal Adli, Kisah Kahwin Paksa,

Novel Setelah Terlafaznya Akad karya Anna Milia telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 28 episod yang akan disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria bermula 17 Jun 2019 yang lalu. Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose akan menjadi hero dan heroin drama Setelah Terlafaznya Akad ini. Kamal Adli akan memegang watak sebagai Hanan manakala Uqasha Senrose sebagai Nawal, Zeera Azizi sebagai Hani, Nadya Syahera sebagai Milah, Alif Muhaimin sebagai Roslan, Azza Suaymi sebagai Diyan dan ramai lagi. Jadi sambil - sambil tengok drama ini di TV, korang juga boleh baca novel Setelah Terlafaznya Akad ini secara online gitu. Caranya korang cuma perlu klik link di bawah tu ye. Sebelum tu jom tengok sinopsis novel ini di bawah okey, selamat membaca..




Sinopsis Novel Setelah Terlafaznya Akad

Berkahwin dengan Nawal si berhingus hijau tu? Memang taklah. Budak perempuan itu mencacatkan keindahan zaman kanak-kanaknya. Namun, apabila Nawal dengan senang hati menerima pinangan dan umi main peras ugut, Hanan tidak ada pilihan. Bagi Nawal pula, dia terpaksa menerima pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Ikutkan hati, tak sudi dia berlakikan Hanan si lembik yang selalu merajuk. Apa susah? Buatlah macam main pondok-pondok dulu. Mereka kan sudah sepuluh kali kut berkahwin sebelum ini. Apabila, bergaduh, larilah balik rumah masing-masing.
“Awak kena masak setiap hari. Tak pakai dah jadual yang kita buat tu. Semua kerja rumah awak kena buat seorang. 

Setelah Terlafaznya Akad, Novel Setelah Terlafaznya Akad, Sinopsis Novel Setelah Terlafaznya Akad, Karya Anna Milia, Drama Adaptasi Novel, Drama Bersiri 28 episod, Drama Melayu 2019 Astro, Cast, Pelakon Drama Setelah Terlafaznya Akad, Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Nadya Syahera, Erwin Dawson, Zulhemy, Sharifah Shahora, Alif Muhaimin, Norlia Ghani, Hamidah Wahab, Rashdan Baba, Ikhram Juhari, Cover Depan Novel Setelah Terlafaznya Akad, Drama Baru Kamal Adli, Kisah Kahwin Paksa, Poster Drama Setelah Terfaznya Akad, Drama Baru Uqasha Senrose,

Kita kena duduk sebilik. Kena berlakon yang kita pasangan paling bahagia di muka bumi ni.” – Hanan

“Beres!” – Nawal
Apa yang berada dalam gambaran minda Hanan dan Nawal sama sekali tidak benar. Kali ini berlainan benar karakter masing-masing. Hanan dengan sikap terlalu melindungi. Nawal pula dengan bajet isteri mithali. Lalu, mereka pun melayari alam rumahtangga dalam versi mereka sendiri. Tetapi, kali ini Nawal tidak lagi berkahwin pondok apabila dia jatuh cinta berkali-kali dengan Hanan. Dia tidak rela berpisah dengan Hanan. Untuk itu, dia perlu menjadi wanita sempurna di mata lelaki itu. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya dan anak mereka.


➢ Kalau nak baca bab yang seterusnya, sila dapatkan novel ini di pasaran ye..

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

20 Jun 2019

Baca Online Novel lsteri Aku Kalis Cinta




lsteri Aku Kalis Cinta, Novel lsteri Aku Kalis Cinta, Karya Mawar Kamila, Sinopsis Novel lsteri Aku Kalis Cinta, Novel Online, Baca Online Novel, Baca Online Novel lsteri Aku Kalis Cinta Bab 1 Hingga Bab 33, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu TV3 2019, Slot Samarinda, TV3, Cetera Hati Diya, Drama Cetera Hati Diya, Drama Baru Fattah Amin, Pelakon Drama Cetera Hati Diya, Fattah Amin, Azar Azmi, Zila Bakarin, Azrel Ismail, Faye Kusairi, Raja Hakim, Asha Zainul, Melanie Tan, Mak Wan Latah, Cover Depan Novel Isteri Aku Kalis Cinta,
Drama Cetera Hati Diya Adaptasi Novel Isteri Aku Kalis Cinta Karya Mawar Kamila

Novel Isteri Aku Kalis Cinta karya Mawar Kamila telah diadaptasikan menjadi drama bersiri bertajuk Cetera Hati Diya dan mempunyai 15 episod serta disiarkan di slot Samarinda TV3. Fattah Amin akan melakonkan watak Zahil, manakala Azar Azmi pula akan melakonkan watak Diya. Pelakon Azrel Ismail pula akan membawa watak sebagai Zakuan, Zila Bakarin sebagai Dato Laila, Faye Kusairi sebagai Kamelia, Raja Hakim sebagai Syamil, Asha Zainul Maira, Melanie Tan sebagai Rania. Novel ini diterbitkan pada March 2014 yang lalu. Jadi sambil - sambil tengok drama Cetera Hati Diya lakonan Fattah Amin dan Azar Azmi di TV, korang juga boleh baca versi novelnya yang bertajuk Isteri Aku Kalis Cinta ni secara online juga. Caranya mudah je, korang cuma perlu klik link - link yang ada kat bawah sekali tu ye. Sebelum tu jom tengok sinopsis novel ini dibawah okey. Selamat membaca ye..




Sinopsis Novel Isteri Aku Kalis Cinta (Drama Cetera Hati Diya)

A“Saya harap, saya benar-benar kalis cinta. Saya tak mahu mencintai awak. Saya terlalu ingin membenci awak. Andai masa dapat diundur, saya nak perkahwinan ini tak pernah terjadi supaya saya tak akan pernah memberi hati pada awak.” ~ Diya. Pada Diya, Zahil hadir mengubat luka silamnya kemudian merobek pula luka yang lebih dalam. Maaf? Diya memilih, tidak! Hancur luluh hati Zahil Hariz apabila bahagia yang mereka bina musnah kerana kedegilan Diya. Zahil tiada upaya untuk mengubah masa silam Diya sebagaimana dia tidak berdaya mengubah hubungan cinta mereka yang cukup rumit. Kemunculan watak Zakuan, Syamil, Tina dan Nadya menambah konflik sedia ada. 

lsteri Aku Kalis Cinta, Novel lsteri Aku Kalis Cinta, Karya Mawar Kamila, Sinopsis Novel lsteri Aku Kalis Cinta, Novel Online, Baca Online Novel, Baca Online Novel lsteri Aku Kalis Cinta Bab 1 Hingga Bab 33, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu TV3 2019, Slot Samarinda, TV3, Cetera Hati Diya, Drama Cetera Hati Diya, Drama Baru Fattah Amin, Pelakon Drama Cetera Hati Diya, Fattah Amin, Azar Azmi, Zila Bakarin, Azrel Ismail, Faye Kusairi, Raja Hakim, Asha Zainul, Melanie Tan, Mak Wan Latah,

“Allah memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.

 Tetapi mengapa Allah hanya anugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Allah telah berikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Dan awak, Adelia Dayana adalah cinta saya.” ~ Zahil. 

Memberi kasih pada yang tidak mahu menghargai, sakitnya bagaikan patah hati. Hakikatnya, Zahil tak pernah meragui hati Diya. Namun apabila ada insan lain yang mampu buat Diya mengukir senyum, Zahil beralah dengan memberi hak kepada Diya untuk membuat pilihan. Penceraian atau kemaafan? Apakah pilihan Diya? ‘Isteri Aku Kalis Cinta’ merungkai penghujung sebuah dendam dan penantian.



Baca Online Novel Isteri Aku Kalis Cinta Bab 1 Hingga Bab 33



Bab 32 & 33 Novel Isteri Aku Kalis Cinta (untuk baca bab seterusnya, sila dapatkan novel ini di pasaran ye)

< Blog Dari Hati Miss Mulan >
Read More

18 Jun 2019

Drama Adam Chempaka (TV3)




Adam Chempaka, Drama Adam Chempaka, Slot Lestary TV3, Poster Drama Adam Chempaka, Sinopsis Drama Adam Chempaka, Drama Melayu TV3, Drama Bersiri TV3 2019, Cast, Pelakon Drama Adam Chempaka, Adam Lee, Sweet Qismina, Zera Hariz, Raja Afiq, Balkisyh Semundur Khan, Dhia Ly, Roy Azman, Ku Faridah, Kazar Saisi, Sharul Kamal, Riena Diana, Nada Nursyuhada, Alif Hadi, Syafnida Shuhaimi,
Drama Adam Chempaka Slot Lestary TV3

Drama Adam Chempaka adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 dan sudah mula bersiaran di TV3 sejak 12 Jun 2019 yang lalu, iaitu setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Pelakon - pelakon yang membintangi drama Adam Chempaka ini adalah seperti Adam Lee, Sweet Qismina, Zera Hariz, Raja Afiq, Balkisyh Semundur Khan, Dhia Ly, Roy Azman, Ku Faridah, Kazar Saisi, Sharul Kamal, Riena Diana, Nada Nursyuhada, Alif Hadi, Syafnida Shuhaimi dan ramai lagi. Selain itu drama Adam Chempaka ini hanya mempunyai 13 episod saja dan diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Adam Chempaka serta sinopsis ringkas drama ini di bawah ye..




Adam Lee sebagai Adam Mirza
Sweet Qismina sebagai Chempaka
Zera Hariz sebagai Laila
Raja Afiq sebagai Khairil
Balkisyh Semundur Khan sebagai Che Shima
Dhia Ly sebagai Shasha
Roy Azman sebagai En Lutfi
Ku Fridah sebagai Zubaidah
Kazar Saisi sebagai Pak Dan
Sharul Kamal sebagai Syukri
Riena Diana sebagai Bella
Nada Nursyuhada sebagai Ayu
Alif Hadi sebagai Luqman
Syafnida Shuhaimi sebagai Shelly
Adam Chempaka, Drama Adam Chempaka, Slot Lestary TV3, Poster Drama Adam Chempaka, Sinopsis Drama Adam Chempaka, Drama Melayu TV3, Drama Bersiri TV3 2019, Cast, Pelakon Drama Adam Chempaka, Adam Lee, Sweet Qismina, Zera Hariz, Raja Afiq, Balkisyh Semundur Khan, Dhia Ly, Roy Azman, Ku Faridah, Kazar Saisi, Sharul Kamal, Riena Diana, Nada Nursyuhada, Alif Hadi, Syafnida Shuhaimi,

Mengisahkan Chempaka, gadis manis yang tinggal bersama neneknya, Zubaidah yang berperangai kebudak-budakan disebabkan dimensia dan bersama kakak iparnya, Laila yang selalu mempunyai plan jahat. Kemudian datang Adam, jejaka yang baik hati muncul dalam hidupnya. Mereka berkenalan antara satu sama lain dan mula jatuh cinta. Apa yang berlaku seterusnya?..

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

14 Jun 2019

Dato Lee Chong Wei Umum Persaraan - 13 Jun 2019




Malaysian shuttler Lee Chong Wei announces his retirement from the sport after 19 years on the international circuit, Lee Chong Wei, Dato Lee Chong Wei, Dato Lee Chong Wei Bersara, Video Sidang Media Dato Lee Chong Wei Umum Bersara, Reaksi Pemain Badminton Dunia Terhadap Persaraan Lee Chong Wei, Karier Badminton Lee Chong Wei Terhenti Selepas 19 Tahun, Lee Chong Wei Bersara Atas Sebab Faktor Kesihatan,

Teka - teki mengenai karier Badminton Dato Lee Chong Wei akhirnya terjawab sudah, bila beliau mengumumkan persaraannya dalam sidang media khas pada 13 Jun 2019 yang lalu. Faktor kesihatan adalah sebab utama yang memaksa Dato Lee Chong Wei untuk bersara lebih awal. Ikutkan beliau ingin bersara selepas Olimpik Tokyo 2020 nanti, di samping cuba mendapatkan emas Olimpik yang diidamkannya, tapi hajatnya tak kesampaian. Bukan mudah untuk beliau membuat keputusan ini, tapi itu yang terbaik, memang sedih sebenarnya bila tengok sidang media tu kat TV. Terutamanya ketika Dato Lee Chong Wei mengalirkan air mata ketika berterima kasih pada insan - insan yang banyak berjasa padanya selama ini. Boleh tengok video kat bawah ini..

Video Sidang Media Dato Lee Chong Wei Umum Bersara
As a fans aku memang teringin sangat nak tengok LCW kembali beraksi, pastu tengok dia masuk Olimpik lagi buat kali ke - 4 kan n siapa boleh lupa legendary match antara LCW dan Lin Dan dalam mana - mana tournament. Namun kesihatan LCW lebih penting kerana beliau telah mendapat nasihat dari doktor untuk berehat dan tidak lagi sesuai untuk meneruskan latihan berintensiti tinggi. Risiko untuk kanser itu merebak kembali sangat tinggi jika latihan diteruskan. Jadi nak tak nak LCW terpaksa buat keputusan besar dalam hidupnya dan bersara. Dah 19 tahun LCW menjadi pemain Badminton, dah banyak kali dia mengharumkan nama Malaysia serta banyak jasanya pada negara. 




Reaksi Pemain Badminton Dunia Terhadap Persaraan Lee Chong Wei

"Going to court alone. No one is with me anymore," China's badminton star Lin Dan posted Thursday (June 13) on social media Weibo following the announcement of Datuk Lee Chong Wei's retirement. He also shared a song from the 90s titled Don't Cry My Friend by singer David Lui in his post on Chinese social media site Weibo. Chong Wei has always been Lin Dan's biggest rival in badminton.
Former Danish player Peter Gade, the world no.1 in 2006, also expressed his gratitude to Chong Wei for the memories they had shared throughout the years.
"Dear Lee Chong Wei. The badminton world will miss you in every way! Thank you for all the moments we've shared through the years. I wish you all the best in the coming years with your family and friends," he said on his official Facebook page.
Another Dane, Viktor Axelsen, who is currently 6th in the world ranking men's singles, also wished Chong Wei the best for his future.
Sumber - The Star Online
Malaysian shuttler Lee Chong Wei announces his retirement from the sport after 19 years on the international circuit, Lee Chong Wei, Dato Lee Chong Wei, Dato Lee Chong Wei Bersara, Video Sidang Media Dato Lee Chong Wei Umum Bersara, Reaksi Pemain Badminton Dunia Terhadap Persaraan Lee Chong Wei, Karier Badminton Lee Chong Wei Terhenti Selepas 19 Tahun, Lee Chong Wei Bersara Atas Sebab Faktor Kesihatan,
Read More

13 Jun 2019

Baca Online Novel Nota Buat Cempaka




Nota Buat Cempaka, Novel Nota Buat Cempaka, Drama Nota Buat Cempaka, Drama Adaptasi Novel, Karya Sophilea, Drama Bersiri 26 Episod, Drama Melayu, Drama Melayu TV1 2019, Slot Widuri, Novel Online, Baca Novel Online, Baca Online Novel Nota Buat Cempaka Bab 1 Hingga Bab 20, Sinopsis Novel Nota Buat Cempaka, Cover Depan Novel Nota Buat Cempaka, Pelakon Drama Novel Buat Cempaka, Eyka Farhana, Daler Yusof, Allan Toh, Hani Nazrina, Rosnah Johari, Syuhaida Abraz, Marisa Yasmin, Qasrina Qistina, Khairil Anwar Aman, Nadzmi Adhwa, Azhar Amir,

Novel Nota Buat Cempaka karya novelis Sophilea telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 26 episod yang kini disiarkan di slot Widuri TV1, setiap Khamis hingga Ahad, jam 7 malam. Watak Cempaka Elina akan dilakonkan oleh Eyka Farhana, manakala Daler Yusof akan melakonkan watak Dr. Luqman. Allan Toh pula akan membawa watak Dr Mathew, Hani Nazrina sebagai Dyja, Nadzmi Adhwa sebagai Fikry. Jadi sambil - sambil tengok drama Nota Buat Cempaka ni di TV, korang juga boleh baca novelnya secara online juga, caranya korang hanya perlu klik link - link di bawah tu sekali okey. Sebelum tu jom tengok sinopsis novel ini di bawah ye, selamat membaca okey.




Sinopsis Novel Nota Buat Cempaka

“MANA mungkin Doktor Luqman Harith jatuh cinta pada Staff Nurse Cempaka Elina?”
NAMUN mereka bertunang juga. Berbulan bertunang, Luqman senyap. Tiba-tiba sahaja, mereka satu hospital, satu wad. Cempaka kalut. Tunang dinginnya yang kayu ini dekat sangat dengan dirinya. Hati masih libang-libung, tapi keluarga Luqman ajukan mereka dinikahkan cepat. Nikah gantunglah mereka, bak kata orang-orang tua.

“Saya tak nak jadi perampas. Lebih baik doktor bagitahu family doktor yang kita batalkan majlis kita. Kita berpisah.” Cempaka berterus terang.

“Perampas? Rampas dari siapa? Atau sebab Mathew?”

Cempaka menjeling. “Mathew tak ada kena mengena dengan hal saya dan doktor.” “Bila dia ada kaitan dengan Cempaka sudah tentu dia ada kena mengena dengan saya. Cempaka isteri saya, tak ingat? Memanglah tak ingat sebab gelang nikah pun tak pernah pakai. Cincin tunang pun kejap pakai kejap tak. Takut sangat agaknya saham jatuh.”

“Di hospital, memanglah tak boleh pakai.” Cempaka menjawab.

“Luar hospital, pernah pakai?”

Cempaka gigit bibir.

“Kenapa gigit bibir? Nak saya gigitkan?”

Nota Buat Cempaka, Novel Nota Buat Cempaka, Drama Nota Buat Cempaka, Drama Adaptasi Novel, Karya Sophilea, Drama Bersiri 26 Episod, Drama Melayu, Drama Melayu TV1 2019, Slot Widuri, Novel Online, Baca Novel Online, Baca Online Novel Nota Buat Cempaka Bab 1 Hingga Bab 20, Sinopsis Novel Nota Buat Cempaka, Pelakon Drama Novel Buat Cempaka, Eyka Farhana, Daler Yusof, Allan Toh, Hani Nazrina, Rosnah Johari, Syuhaida Abraz, Marisa Yasmin, Qasrina Qistina, Khairil Anwar Aman, Nadzmi Adhwa, Azhar Amir,

Merah menyala wajah Cempaka apabila Luqman cakap macam itu. Ya Allah rasa nak menyorok dah ini. Luqman pula tayang muka selamba. Tersenyum gatal pula dia. Eiii… Teruknya dia.
SAAT Cempaka mengulit bahagia dengan cara tersendiri versi Doktor Luqman… Dia dikejutkan dengan bicara suaminya di malam majlis persandingan mereka…
“Kenapa? Kenapa mesti ada ikatan antara saya dan awak andai hati awak untuk yang lain, Luqman? Kenapa perlu dirantai saya kalau saya bukan sesiapa, Luqman?” - Cempaka
APABILA sudah serumah, sebilik, sekatil…
“Cempaka Elina... Tiada istilah kesilapan bila abang terima Cempaka sebagai tunang, sebagai isteri abang yang sah. Tiada ungkapan silap atau salah bila kita dijab kabulkan. Semua ini ketentuan dari Allah, Cempaka.– Luqman Harith
MENYEDARI dirinya pilihan kedua Luqman, calon kehendak keluarga… Ke mana harus dia pergi namun jiwa Cempaka terubat dengan nota-nota misteri yang sentiasa mendatanginya… Dan, siapa pula Fikri, Dyja dan Mathew yang mencelah dalam hubungan mereka?

Baca Online Novel Nota Buat Cempaka Bab 1 Hingga Bab 20

➔ Bab 16 Hingga Bab 20 Novel Nota Buat Cempaka
⏩ Untuk baca bab yang seterusnya, sila dapatkan novel ini di pasaran ye..

Read More

12 Jun 2019

Drama Bukan Cinta Aku (Akasia TV3)




Bukan Cinta Aku, Drama Bukan Cinta Aku, Slot Akasia, TV3, Drama Baru Slot Akasia TV3 2019, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bersiri, Syafiq Kyle New Drama, Janna Nick New Drama, Pelakon Indonesia Baim Wong, Sinopsis Drama Bukan Cinta Aku, Poster Drama Bukan Cinta Aku, Cast, Pelakon Drama Bukan Cinta Aku, Syafiq Kyle, Janna Nick, Baim Wong, Mimi Lana, Daler Yusuf, Maria Farida, Eizlan Yusof, Marisa Yasmin, Eyka Farhana, Aishah Azman, Dini Schatzmann, Azizah Mahzan, Fizo Omar, Paula Verhoevan, Jay Iswazir, Blog Dari Hati Miss Mulan,
Drama Bukan Cinta Aku Lakonan Syafiq Kyle, Janna Nick dan Baim Wong

Drama Bukan Cinta Aku adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang sudah bersiaran sejak 5 Jun 2019 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Drama Bukan Cinta Aku ini dibintangi oleh Syafiq Kyle, Janna Nick, Baim Wong, Mimi Lana, Daler Yusuf, Maria Farida, Eizlan Yusof, Marisa Yasmin, Eyka Farhana, Aishah Azman, Dini Schatzmann, Azizah Mahzan, Fizo Omar, Paula Verhoevan, Jay Iswazir dan ramai lagi. Selain itu drama ni mempunyai 20 episod dan jalan cerita drama ini juga nampak menarik. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Bukan Cinta Aku ini serta sinopsisnya di bawah ini okey..

Janna Nick sebagai Riana (Nur Ariana)
Syafiq Kyle sebagai Tengku Isma
Baim Wong sebagai Arjuna
Mimi Lana sebagai Qisya
Daler Yusuf sebagai Aidil
Eizlan Yusof sebagai Dato Razak
Maria Farida sebagai Datin Raihan
Dini Schatzmann sebagai Remy
Azizah Mahzan sebagai Mak Arjuna
Marisa Yasmin sebagai Tengku Khaleeda
Fizo Omar sebagai Sam
Eyka Farhana sebagai Nida
Paula Verhoevan sebagai Bella
Aishah Azman sebagai Lily
Jay Iswazir seabgai Adi 





Sinopsis Drama Bukan Cinta Aku Siaran Slot Akasia TV3


Riana yang belajar di London bercuti di San Francisco bersama keluarganya untuk cuti semester. Riana kelihatan murung pulang kerana bergaduh dengan kekasihnya Aidil, anak kepada seorang ahli politik. Disana Riana sering ditemani Arjuna, pemandu peribadi keluarganya. Kata-kata semangat Arjuna memberi kekuatan kepada Riana untuk meneruskan hidupnya tanpa Aidil. Melihat pada ketulusan Arjuna membuatkan Riana suka kepada Arjuna. Hubungan Arjuna dan Riana sangat unik. Memang Arjuna sukakan Riana tapi, Arjuna sedar dirinya hanya seorang pemandu. Dia tak layak mendampingi Riana. Hubungan mereka semakin rapat dan mula merahsiakan hubungan cinta mereka daripada kedua ibu bapa Rania. Malangnya rahsia mereka terbongkar dan Rania dipaksa berkahwin dengan Tengku Isma. Sejak perkahwinan itu, Rania tidak begitu gembira. Apa berlaku seterusnya?..

Ending Drama Bukan Cinta Aku - Update 2/7/2019

Ramai yang tak puas hati bila Arjuna mati, dah lah jadi gila, mati pula tu, baru je dia ingat Riana kan, tup tup mati. Sesuai dengan tajuk drama ni, bukan cinta Arjuna, Riana mahu pun Isma. Masing - masing keseorangan.

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

9 Jun 2019

Sinopsis Telefilem Wakaf Dosa (Cerekarama TV3)




Wakaf Dosa, Telefilem, Telemovie, Telefilem Wakaf Dosa, Telemovie Wakaf Dosa, Sinopsis Telemovie Wakaf Dosa, Poster Telefilem Wakaf Dosa, Cast, Pelakon Telemovie Wakaf Dosa, Dato Rosyam Nor, Izzue Islam, Farahdhiya, Sweet Qismina,
 Telefilem Wakaf Dosa - Cerekarama TV3

Telefilem Wakaf Dosa telah pun disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 8 Jun 2019 yang lalu. Antara pelakon telefilem Wakaf Dosa ini adalah Dato Rosyam Nor, Izzue Islam, Farahdhiya, Sweet Qismina dan ramai lagi. Selain itu telemovie Wakaf Dosa ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Menarik juga jalan cerita telemovie ini kan, plus sedih pula bila watak Bakri Zain tu kena fitnah teruk sampai keluarga sendiri pun tak percayakan dia. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie Wakaf Dosan di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Wakaf Dosa Lakonan Dato Rosyam Nor dan Izzue Islam

Bakri Zain (Rosyam Nor) merupakan seorang pelakon senior yang memenangi banyak anugerah dan rezekinya tidak pernah putus. Dalam masa yang sama Danial Muhaimin seorang pelakon terkenal yang mula mencemburui Bakri apabila sering dibanding-bandingkan. Daniel bertambah marah apabila festival filem terpaksa menarik keluar namanya dan memilih Bakri Zain sebagai calon untuk kategori pelakon lelaki terbaik. Sejak dari itu, hasad dengki mula muncul dalam diri Daniel. Daniel makin tak puas hati bila watak utama yang diinginkan dalam sebuah filem turut menjadi milik Bakri Zain. Tak lama kemudian Bakri Zain dilanda satu kontroversi hebat yang meruntuhkan kariernya dan keluarganya sendiri juga turut membencinya. Manakala orang ramai pula tak habis - habis mengutuk dan mengkritiknya. Bakri Zain kemudian keluar dari rumah, hanya anak sulungnya saja yang mempercayainya dan menjaganya di masa susah. Apa yang berlaku seterusnya?. Dapatkah kebenaran dirungkai?.

( Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

8 Jun 2019

Telefilem Derita Pia (TV3)




Pia, Derita Pia, Telefilem, Telemovie, Telefilem Derita Pia, Telemovie Derita Pia, Telefilem Raya TV3, TV3, Sinopsis Telefilem Derita Pia, Ending Telefilem Derita Pia, Sad Ending, My Opinion, Cast, Pelakon Telefilem Derita Pia, Zara Zya, Alif Satar, Azira Shafinaz, Naim Daniel, Sheila Rusly,
Telemovie Raya - Derita Pia 

Telefilem Derita Pia sudah pun disiarkan pada 3 Syawal yang lalu dan telefilem Derita Pia ini adalah sambungan pada drama Pia. Pelakon - pelakon utama telefilem Derita Pia ini masih sama seperti dalam drama Pia tu, cuma watak Doktor Karl saja yang tiba - tiba hilang dalam telefilem ni hehe. Telemovie Derita Pia ini dibintangi oleh Zara Zya, Alif Satar, Azira Shafinaz, Naim Daniel, Sheila Rusly dan ramai lagi. Tajuk telefilem ni pun dah menggambarkan macam mana jalan ceritanya, memang derita habislah si Pia tu. Dari komen - komen yang aku baca ramai yang tak puas hati dengan ending telefilem Derita Pia ni, sebab Pia derita sampai ke sudah, tak ada bahagia pun. Plus mak ngah yang dera Budi tu terlepas pula, tak kena hukuman. Ramai juga penonton yang geram sebab Pia ni baik sangat, apsal lah dia benarkan Zafran tu kahwin dengan Qis. 




Paling lawak bila fikir balik, boleh pula mak bapa Qis tu benarkan Qis kahwin dengan Zafran, hidup bermadu pula tu, pastu keadaan Zafran yang buta lagi. Kalau orang lain kat tempat Pia tu, mesti dah meroyan lepas dapat tahu Mak Ngah dok dera Budi dan last sekali Budi mati. Dah ada video kan, bukti yang mak ngah dok dera Budi tu, tapi Pia boleh simpan n tak bagitau Zafran pun atau pun polis. Tapi tula Pia ni terlebih baik dia salahkan diri dia yang lalai dan mengabaikan Budi tu. Last sekali Pia pun mati manakala Zafran pula boleh pula hidup bahagia dengan Qis. Memang kesian dengan Pia, Zafran pun bengap apsallah bagi dua - dia bini duduk serumah. Apa pun aku tak puas hati juga dengan ending telefilem ni sebab kalau boleh aku nak Pia dan Budi hidup bahagia. Apa pun telefilem Derita Pia ni berjaya buat penonton jadi marah dan beremosi gitu.
Read More

5 Jun 2019

Sinopsis Telefilem Remuk (TV3)




Remuk, Telefilem, Telemovie, Telefilem Remuk, Telemovie Remuk, Sinopsis Telefilem Remuk, Telemovie Raya TV3, Telefilem Raya Remuk TV3, TV3, Cast, Pelakon Telefilem Remuk, Saharul Ridzwan, Shukri Yahaya, Nabila Huda, Wan Sharmila, Qistina Raisah, Aini Batrisya, Iman Isaac, Fauziah Nawi, Sabri Yunus, Qistina Raisah, Riz Amin, Esma Dainal, Meor Mohd, Anne Abdullah,
Telefilem Raya TV3 - Remuk

Telemovie Remuk telah disiarkan di malam raya iaitu pada 4 Jun 2019 yang lalu di TV3. Antara pelakon telefilem Remuk ini adalah Saharul Ridzwan, Shukri Yahaya, Nabila Huda, Wan Sharmila, Qistina Raisah, Aini Batrisya, Iman Isaac, Fauziah Nawi, Sabri Yunus, Qistina Raisah, Riz Amin, Esma Dainal, Meor Mohd, Anne Abdullah dan ramai lagi. Sebelum ni nampak Saharul Ridzwan dan Shukri Yahya bergandingan dalam drama 30 Pesanan Suara. Kali ini diorang bergandingan pula dalam telemovie Remuk ini. Selain itu telemovie Remuk ini diarahkan oleh Pali Yahya & Eez Jalaluddin serta diterbitkan oleh P&D Pictures Sdn Bhd. Memang nampak menarik jalan cerita telefilem Remuk ini, apa pun jom tengok sinopsis telemovie Remuk ini di bawah okey.




Sinopsis Telefilem Remuk Lakonan Saharul Ridzwan dan Shukri Yahaya

Mengisahkan mengenai Zakuan (Saharul Ridzwan) yang merupakan seorang warden penjara yang menanti gilirannya untuk cuti raya bersama keluarga pada tahun ini. Tambahan pula, sanak saudara di kampung sentiasa menanti kepulangannya untuk beraya bersama. Lain pula dengan kisah Zamri (Shukri Yahaya) yang didapati bersalah atas membunuh tanpa niat ketika menyelamatkan isterinya daripada diserang perompak dan dipenjarakan di tempat Zakuan bekerja. Zamri sangat tertekan ketika berada di penjara kerana memikirkan anak dan isterinya di rumah yang terpaksa membuat persiapan raya tanpa dirinya buat kali pertama. Ketegangan berlaku apabila Zakuan tidak dibenarkan untuk bercuti ketika raya kerana kekurangan staf di kompleks penjara tersebut. Ternyata perkara ini telah menghancurkan hati isteri Zakuan (Nabila Huda) yang rasa dia lagi mementingkan tugasnya dari keluarga sendiri. Situasi ini menyebabkan perselisihan faham antara merea berdua. Zakuan terpaksa akur dengan setiap keputusan yang dia terima dan dia banyak mendiamkan diri ketika mengawal Zamri di hospital. Berlainan pula dengan Zamri yang mula bengang dengan perangai Zakuan kerana tidak menumpukan perhatian kepadanya seperti warden penjara yang lain. Zamri membuat provokasi supaya Zakuan dapat beri reaksi kepadanya tapi lain jadi apabila Zakuan turut menengking dan meluahkan isi hatinya kepada Zamri. Apa lagi ujian dan cabaran yang akan menimpa Zakuan dan Zamri ketika mereka sedang berusaha untuk keluar daripada masalah yang dihadapi sekarang?.

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More


My Random Post