9 Jun 2019

Sinopsis Telefilem Wakaf Dosa (Cerekarama TV3)




Wakaf Dosa, Telefilem, Telemovie, Telefilem Wakaf Dosa, Telemovie Wakaf Dosa, Sinopsis Telemovie Wakaf Dosa, Poster Telefilem Wakaf Dosa, Cast, Pelakon Telemovie Wakaf Dosa, Dato Rosyam Nor, Izzue Islam, Farahdhiya, Sweet Qismina,
 Telefilem Wakaf Dosa - Cerekarama TV3

Telefilem Wakaf Dosa telah pun disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 8 Jun 2019 yang lalu. Antara pelakon telefilem Wakaf Dosa ini adalah Dato Rosyam Nor, Izzue Islam, Farahdhiya, Sweet Qismina dan ramai lagi. Selain itu telemovie Wakaf Dosa ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Menarik juga jalan cerita telemovie ini kan, plus sedih pula bila watak Bakri Zain tu kena fitnah teruk sampai keluarga sendiri pun tak percayakan dia. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie Wakaf Dosan di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Wakaf Dosa Lakonan Dato Rosyam Nor dan Izzue Islam

Bakri Zain (Rosyam Nor) merupakan seorang pelakon senior yang memenangi banyak anugerah dan rezekinya tidak pernah putus. Dalam masa yang sama Danial Muhaimin seorang pelakon terkenal yang mula mencemburui Bakri apabila sering dibanding-bandingkan. Daniel bertambah marah apabila festival filem terpaksa menarik keluar namanya dan memilih Bakri Zain sebagai calon untuk kategori pelakon lelaki terbaik. Sejak dari itu, hasad dengki mula muncul dalam diri Daniel. Daniel makin tak puas hati bila watak utama yang diinginkan dalam sebuah filem turut menjadi milik Bakri Zain. Tak lama kemudian Bakri Zain dilanda satu kontroversi hebat yang meruntuhkan kariernya dan keluarganya sendiri juga turut membencinya. Manakala orang ramai pula tak habis - habis mengutuk dan mengkritiknya. Bakri Zain kemudian keluar dari rumah, hanya anak sulungnya saja yang mempercayainya dan menjaganya di masa susah. Apa yang berlaku seterusnya?. Dapatkah kebenaran dirungkai?.

( Blog Dari Hati Miss Mulan)

2 ulasan:

  1. tak tengok tv, tak perasan pula cekerama ni..

    BalasPadam
  2. Ada tengok cerita ni..cerita yang baik dan memberi pengajaran yang perlu diingat bahawa fitnah itu merosakkan.

    BalasPadam



My Random Post