5 Jun 2019

Sinopsis Telefilem Remuk (TV3)




Remuk, Telefilem, Telemovie, Telefilem Remuk, Telemovie Remuk, Sinopsis Telefilem Remuk, Telemovie Raya TV3, Telefilem Raya Remuk TV3, TV3, Cast, Pelakon Telefilem Remuk, Saharul Ridzwan, Shukri Yahaya, Nabila Huda, Wan Sharmila, Qistina Raisah, Aini Batrisya, Iman Isaac, Fauziah Nawi, Sabri Yunus, Qistina Raisah, Riz Amin, Esma Dainal, Meor Mohd, Anne Abdullah,
Telefilem Raya TV3 - Remuk

Telemovie Remuk telah disiarkan di malam raya iaitu pada 4 Jun 2019 yang lalu di TV3. Antara pelakon telefilem Remuk ini adalah Saharul Ridzwan, Shukri Yahaya, Nabila Huda, Wan Sharmila, Qistina Raisah, Aini Batrisya, Iman Isaac, Fauziah Nawi, Sabri Yunus, Qistina Raisah, Riz Amin, Esma Dainal, Meor Mohd, Anne Abdullah dan ramai lagi. Sebelum ni nampak Saharul Ridzwan dan Shukri Yahya bergandingan dalam drama 30 Pesanan Suara. Kali ini diorang bergandingan pula dalam telemovie Remuk ini. Selain itu telemovie Remuk ini diarahkan oleh Pali Yahya & Eez Jalaluddin serta diterbitkan oleh P&D Pictures Sdn Bhd. Memang nampak menarik jalan cerita telefilem Remuk ini, apa pun jom tengok sinopsis telemovie Remuk ini di bawah okey.




Sinopsis Telefilem Remuk Lakonan Saharul Ridzwan dan Shukri Yahaya

Mengisahkan mengenai Zakuan (Saharul Ridzwan) yang merupakan seorang warden penjara yang menanti gilirannya untuk cuti raya bersama keluarga pada tahun ini. Tambahan pula, sanak saudara di kampung sentiasa menanti kepulangannya untuk beraya bersama. Lain pula dengan kisah Zamri (Shukri Yahaya) yang didapati bersalah atas membunuh tanpa niat ketika menyelamatkan isterinya daripada diserang perompak dan dipenjarakan di tempat Zakuan bekerja. Zamri sangat tertekan ketika berada di penjara kerana memikirkan anak dan isterinya di rumah yang terpaksa membuat persiapan raya tanpa dirinya buat kali pertama. Ketegangan berlaku apabila Zakuan tidak dibenarkan untuk bercuti ketika raya kerana kekurangan staf di kompleks penjara tersebut. Ternyata perkara ini telah menghancurkan hati isteri Zakuan (Nabila Huda) yang rasa dia lagi mementingkan tugasnya dari keluarga sendiri. Situasi ini menyebabkan perselisihan faham antara merea berdua. Zakuan terpaksa akur dengan setiap keputusan yang dia terima dan dia banyak mendiamkan diri ketika mengawal Zamri di hospital. Berlainan pula dengan Zamri yang mula bengang dengan perangai Zakuan kerana tidak menumpukan perhatian kepadanya seperti warden penjara yang lain. Zamri membuat provokasi supaya Zakuan dapat beri reaksi kepadanya tapi lain jadi apabila Zakuan turut menengking dan meluahkan isi hatinya kepada Zamri. Apa lagi ujian dan cabaran yang akan menimpa Zakuan dan Zamri ketika mereka sedang berusaha untuk keluar daripada masalah yang dihadapi sekarang?.

(Blog Dari Hati Miss Mulan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post